Top

Pemuda perlu menolak unsur peribadi demi maruah Pemuda UMNO

October 12, 2008 by admin 

Pemilihan Ketua Pemuda UMNO perlu dinilaikan dengan pemikiran yang terbuka dan perlu dilihat akan kemampuan calon yang bertanding. Ketepikan semua unsur-unsur yang tidak menguntungkan pemuda. Jika  pemuda mahukan satu perubahan dan memantapkan lagi sayap pemuda UMNO. Jika memilih Mukhriz hanya kerana berlandaskan rasa segan kepada Tun dan memilih Mukhriz  kerana mahu menyebelahi kekalutan dan krisis antara kedua keluarga ini bererti kita mengadai dan menyambung kemelut pergeseran ini agar berterusan. Pemuda perlu melihat Khairy dan Mukhriz dari keberkesanan memimpin Pemuda UMNO dan bukan dari isu krisis kedua orang tua mereka.

Mukhriz yang berpayung dan bergantung kepada pengaruh ayahnya tidak mungkin dapat memimpin pemuda  secara  relevan kerana pengaruh Tun yang terlalu banyak mencampuri urusan kepimpinan UMNO tidak mungkin akan memberikan satu kepimpinan yang positif dan bebas kepada pemuda. Jelas  pencalonan yang di berikan kepada  Khairy membuktikan Khairy adalah pemimpin yang sebenarnya  tidak bergantung kepada  pengaruh bapa  mertuanya, apa yang diperolehi adalah hasil terjemahan pemuda UMNO yang telah menilai kebolehan beliau selaku naib ketua pemuda UMNO, Insyaalah Khairy akan melepasi kuota  pencalonan atas  terjemahan kekuatan beliau sendiri.

Khairy yang tidak lagi dibayangi dan dilindungi  payung  bapa mertuanya  kini bertanding secara “gentelman” dengan  menghidangkan daya  dan  kebolehan beliau memimpin pemuda UMNO melalui jawatan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Yang perlu dipilih sekarang adalah Ketua Pemuda UMNO dan bukan  anak atau menantu sesiapa. Pemuda perlu bijak untuk mengasingkan  dua keadaan yang berbeza ini dan pemuda perlu memikirkan kepimpinan  yang bagaimana  yang di perlukan bagi menjadi  pemuda  sebagai satu sayap yang agresif dan di segani oleh parti lawan.

Mengikut jejak kerja  yang telah dilaksanakan oleh kedua pemimpin ini, Khairy lebih komited dan Khairy lebih memberikan perhatian kepada parti dan Khairy sepatutnya  diberikan peluang untuk memimpin pemuda dan  menerukan  kesenibungan dan lakaran kepimpinan  pemuda UMNO. Pemuda perlu bersatu dan tidak lagi mampu untuk berpecah. Sesuai dengan “tag line”  beliau, setiakawan, kita  pasti akan dapat melihat kekukuhan setiakwan dibawah kepimpina Khairy Jamaluddin.

Dalam keyataan terbaru, beliau  berjanji akan menyatupadukan serta mengeratkan hubungan di antara semua sayap Pemuda dalam parti komponen Barisan Nasional (BN), jika beliau menang pada pemilihan Mac depan. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, berkata mereka yang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno akan menjadi Ketua Pemuda BN dan perkara pertama yang perlu dilakukan pemimpin itu ialah untuk mencari jalan merapatkan semula barisan dalam BN menjadi satu parti yang sentiasa bergerak bersama.

“Kita perlu mengutamakan perpaduan dalam BN kerana selaku parti komponen, kestabilan parti amat penting untuk meyakinkan rakyat dan membuktikan BN serius dalam membela nasib rakyat,”.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

58 Responses to “Pemuda perlu menolak unsur peribadi demi maruah Pemuda UMNO”

  1. PKR De Factoed on October 12th, 2008 3:14 pm

    APAKAH KHALAYAK MASSA SEBENARNYA PUKUL ANAK SINDIR MENANTU?

    KPMU,

    Lihat keadaan hipotetikal ini:

    Katakanlah si A dari organisasi U (OU) telah mendapat sokongan yang berkurangan dan susulannya si A bersedia di tuding jari sebagai faktor yang menyebabkan OU kurang popular.

    Persoalannya tidak mungkinkah ada faktor lain katakanlah apa saja (faktor M contohnya) yang lebih signifikan pengaruhnya tetapi kurang disedari kehadirannya? Apa kata kalau penurunan populariti OU bukan kerana faktor A semata-mata tetapi lebih kepada faktor M tadi?

    Katakanlah khalayak mungkin secara diam-diam memberi penilaian negatif terhadap OU kerana adanya faktor M. Justeru A mungkin berada pada tempat dan masa yang tidak sesuai sehingga menyebabkan A menjadi apa yang dikenali sebagai “individu yang disindir walhal yang mahu ditolak adalah faktor M.”

    Apakah signifikannya keadaan ini dalam konteks OU? Ya, sudah tentu ianya penting kerana kalau pun faktor A ditiadakan tetapi kalau betullah faktor M ada kaitan dengan kemerosotan populariti makanya penilaian khalayak terhadap OU akan sentiasa dibayangi oleh faktor M.

    Persoalannya: bagaimana mahu mengesahkannya hipotetikal ini? Adakah menerusi satu kajian sains sosial atau dengan menanyakan pandangan massa? Atau mungkin biarkan aja angin lalu menentukannya heh, heh.

    p/s: kome tak tahu ke? kah, kah aku lagi tak tahu!!!

  2. scorpiones on October 12th, 2008 5:40 pm

    nampak sangat. kpmu( Khairi Punya Macai Umno). aku orng kedah ahli umno tapi x sokong umno. sbb dulu masa sekolah main blasah ja isi borang x pnah pikir. aku pnah jumpa khairy skali pnah jumpa mukhriz skali. rasaya mukhriz 10 kali ganda lebih baik. walaupun aku x suka umno rasa best bila jumpa mukhriz. harap dia menang la. lg pun dia naik masa bapak dia dah x ada.

  3. Bron on October 12th, 2008 5:44 pm

    Kau tak sokong era bila ye? Era A atau M?

  4. Bron on October 12th, 2008 6:08 pm

    Aku pun hairan macam mana orang yang tak pernah berfikir sebelum bertindak macam ’sting’ boleh memilih jersi PR.

    Sepatutnya berfikirlah sebelum bertindak. Ya, sepatutnya berfikirlah sebelum menyokong agenda najis PR-916.

  5. osanekpmu on October 12th, 2008 6:17 pm

    KPMU.net dengan Malaysia Today sebenarnya tiada perbezaannya. Matlamat blog2 ini memusnahkan kesatuan. Malaysia today memecahkan kesatuan kerajaan malaysia, sementara KPMU.net memecahkan UMNO. KJ kata semangat setiakawan. setiakawan tahi ayam.

    @@ KJ…. lihatlah blog tajaan anda, ada semangat setikawan tak??? tarak .!!!

    KJ hendaklah arahkan blog ini berhenti memuji anda, lagi banyak puji lagi ramai yg membenci anda. Saya cadangkan tutup saja blog ini.

  6. KeRIS malaya on October 12th, 2008 7:09 pm

    Aku rasa la kan, kpmu boleh tukar jadi ‘Kumpulan Pelawak Maya UMNO’. Tak habis-habis buat lawak.

    Yang terbaru kat artikel ni.. ‘khairy bertanding secara gentlemen’. Joke of the Year.

    Dah tentu pak lah masih presiden UMNO. Tak dilindungi payung bendenye macam tu.

    Sekurang-kurangnya Mukhriz bertanding masa Tun dah letak jawatan. Itu baru kekuatan sendiri. Mana ada Mukhriz dapat jawatan-jawatan free macam kj.

    Pemuda patut pilih ketua yang kurang kontroversi, diterima rakyat dan berkaliber. Tengok balik la keputusan pru12. Mukhriz cuba dijahanamkan bila diletakkan di Jerlun (banyak kawasan pas kat situ). Mukhriz bukan saja selamat, tapi dapat lebih undi daripada pru11.

    si kj ni lak dapat antara kawasan paling selamat, Rembau. Pru11 UMNO menang 18 ribu lebih, tapi bila kj bertanding menang 5 ribu lebih je. Itu pun nasib baik ada undi pos. kj hilang lebih 13 ribu undi. Jelas rakyat kat kawasan dia sendiri menolak dia. Macam mana dia nak dapat sokongan seluruh negara kalau dia jadi KP UMNO?

    Kepada admin kpmu yang banyak dapat ‘wang ehsan’ dari kj, sudah-sudah le buat lawak. Makin menyampah orang kat kj korang tu nanti.

  7. Bron on October 12th, 2008 7:20 pm

    Osanekmu,

    Kenapa nak gigit tangan pihak yang melepaskan kamu daripada dunia yang sebelum ini tiada peluang memberikan pandangan, kritikan dan kecaman sebebas sekarang ini.

    Nah bagaimana kamu boleh samakan blogger lain dengan malaysia today tu. Sudah tentu kau bukan pembaca yang kritikal sehingga menganggap malaysia today sama macam lain-lain laman blog pesaingnya. Tidak keterlaluan dikatakan yang cerapan kamu sedikit kureng.

    Kalau kamu mencerap dengan minda terbuka dan bebas kamu akan dapati kurengnya pandangan yang tidak sebulu dengan admin dia atau PR dalam blog tersebut. Semuanya yes pot-pet, bla, bla; yes pet-pot, bla, bla,bla.

    Janganlah secara tidak adil samakan kawan dengan pesaing cuma kerana kawan itu tidak sependapat dengan kamu.

  8. PKR De Factoed on October 12th, 2008 9:15 pm

    KeRIS malaya on October 12th, 2008 7:09 pm

    “Tak dilindungi payung bendenye macam tu.”

    Ulasan:

    Ini cuma pandangaan OK.

    Saya tertarik dengan elemen payung. Persoalanya bagaimana payung itu mahu memayungkan orang lain sedangkan dia sendiri sudah tidak dipayungi oleh rakan dan taulan? Fikir-fikirkan le..

  9. osanekpmu on October 12th, 2008 11:38 pm

    Bron… KPMU baru kena erti merdeka… sebab itulah tulisannya tiada visi untuk m menyatupadukan ahli UMNO. Mungkin saudara juga baru tahu erti bebas dan baru jumpa blog macam ni?

    KJ kata kita akan bersatau.. KPMU kata kita lagakan mereka biar UMNO terus bertelagah.

  10. Bron on October 13th, 2008 3:06 am

    Osanekmu,

    Kenapa pada waktu inilah kedengaran berbagai seruan bersifat retorik dan ‘ad hoc’? Antaranya bersatulah, jangan laga-lagalah, jangan pecah-belahlah, jangan itu, ini dan bla, bla. Kenapa?

    Tidakkah seruan sedemikian sepatutnya kedengaran dan dihayati sebelum dan sejurus selepas berlakunya hurikan politik 308. Adakah ianya berlaku sedemikian?

    Ironinya, ketika perbezaan pendapat sepatutnya diraikan, lontaran vokal tidak dianggap menongkah arus, kritikan dianggap membina dan individualisme dianggap kesatuan dalam kepelbagaian, ia seolah-olah ditafsirkan sebagai tidak baik dan berkonotasi negatif pula? hmmm.

    p/s: “forgetful” Siapa?

  11. mahyuddin mahzan on October 13th, 2008 8:45 am

    1.Semua orang melayong hendak menyatukan ahli-ahli UMNO supaya kembali kukuh.

    2.Laungan itu sudah didengar dari dulu lagi sampai la sekarang dan rasa-rasa akan dilaungkan sampai bila-bila.

    3.Ahli-ahli UMNO tidak boleh bersatu sebab setiap ahli ada agenda sendiri bila menyertai parti.

    4.Dalam agenda mereka tidak termasuk mempertahankan orang melayu atau berjuang untuk orang melayu walaupun parti yang mereka sertai itu dikatakan untuk perjuangan orang melayu.

  12. komrad_inc on October 13th, 2008 9:43 am

    Apa2 pun mukhriz dah layak pun untuk bertanding. :) kepada penjilat-pejilat khairi, sudah-sudahla… Terimala hakikat yang KJ punca Pak Lah ditolak. KJ seorg opportunist yang angkuh, melihat dia saya teringatkan anwar ibrahim, dan saya berharap orang2 seperti ini tidak akan diberi peluang untuk memimpin UMNO kerana hanya akan membawa kerosakan. Pandangan penulis di atas, tak lebih dari pandangan desprado dari penyokong KJ (mungkin arahan KJ) yang terdesak nak dapat pencalonan. :) Hidup Mukhriz..

  13. tehmanjalara on October 13th, 2008 9:59 am

    ‘ KETEPIKAN SEMUA UNSUR-UNSUR YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN PEMUDA’
    ( Terkini )

    Tepat dan bernas saranan tersebut malah pemuda juga perlu mengenepikan unsur-unsur yang menjadi BEBAN dan MASAALAH kepada pemuda dan UMNO keseluruhannya. Trend pemilihan setakat ini mencerminkan tahap pemikiran pemuda yang lebih terbuka dan kritis terhadap kepimpinan mereka pada masa ini

    Syabas PEMUDA dan Tahniah Mukhriz, tapi ingat perjuangan anda baru saja bermula dan perjalanan anda masih terlalu jauh dan berliku-liku..

  14. semat on October 13th, 2008 11:06 am

    Tahniah DM

    Syabas kerana siang-siang lagi dah layak masuk gelanggang………………………. dan bagus………..anda sedar akan perjalanan yang masih panjang dan berliku……………. untuk anda tempuhi………….. macam puisi bapakanda ………. perjuangan masih belum selesai…………. untuk anda berdepan dengan Mr. Replika SSS………….. yang bapakanda gilap suatu masa dahulu.dan tersasar dari semua segi …. … kini terus membiak……………….. membawa virus songsang dalam koloninya untuk dinobatkan sebagai oarng paling berkuasa di watan Melayu ini………………

    Awas……..KJ TETAP AKAN MENJADI SAINGAN ANDA………….. dan sengit.

    Kejayaan anda itu cumalah satu gambaran……….. SIKAP dan PERANGAI bermuka-muka orang Melayu dalam berpolitik…………. sejak dulu kini……………… selama-lamanya.

    Pemuda UMNO memang sudah pintar berpolitik………….. mereka mahu pejuang tulin…………… untuk dinobatkan sebagi ketua……………

    Pejuang tulin dilahirkan……………….. bukan ditimang…..dijulang………….dipuja puji………..dan PEJUANG TULIN tak perlu bernaung dibawah aura kehebatan orang lain!!!

    PEJUANG TULIN mesti diuji kehebatannya……………………

    Pemuda Umno memang kian matang berpolitik. dan……………… licik didalam SIKAP dan PERANGAI yang gemar bermuka-muka itu………….. mereka memang mahukan satu pertarungan visi dan misi yang sengit……………. untuk membuat penilaian…………. siapakah jaguh sebenar……………. untuk dinobat sebagai ketua.

    KJ adalah calon terbaik untuk menguji keampuhan BISA KERIS MELAYU ………… yang telah bersarung pada akal……… yang anda miliki itu………….

    Apakah……….keris anda benar-benar khursani……………… tetap akan diuji……….. selepas tamatnya proses pencalunan……………. ini mesti terjadi…….. kerana…..

    PEMUDA MELAYU mahu melihatnya…………… keris siapa yang lebih ampuh???

  15. Spark on October 13th, 2008 11:15 am

    Awal lagi… x payah la nak ucapkan tahniah pada DRM… sepatutnya kita ucapak x yah nak menyibuk jerkan DRM… kerana perjuangannya sudah tamat

  16. Spark on October 13th, 2008 11:17 am

    Kebelakangan ini Tun seronok untuk meronyeh KJ..hairan,kenapa tidak beliau ronyeh2 sekali 2 calon yang lain?? -Calon yg lagi seorang sememangnya beliau takkan berbuat demikian.

    Jelas, beliau juga sebenarnya memang takut akan pembawaan dan cara pendekatan KJ bebanding 3 calon yang lain..jadi,jangan khuatir saya kira..KJ pada gelanggang yang lain sudah berjaya sebenarnya..

    Mengenai retorik dan pengisian,pada saya ianya mesti wujud serentak. Analoginya begini, kereta tidak boleh bergerak jika mengharap pada enjin semata2..ia juga perlu petrol. Maka, lengkaplah ia.

    Retorik pada zaman Aristotle dicipta untuk menyakinkan orang sekeliling, jadi retorik perlu untuk memastikan pengisian yang berkesan..

  17. zhero on October 13th, 2008 4:35 pm

    Wahai Ahli Umno

    Mari kita buru KJ hingga ke lobang chacing.

  18. KeRIS malaya on October 13th, 2008 5:15 pm

    spark,

    Tun cuma nak sedarkan orang UMNO betapa bahayanya si kj ni kepada UMNO dan orang Melayu. Dan ternyata masih ramai lagi yang tak sedar-sedar. Paling banyak contoh dalam ‘Kelab Pelawak Maya UMNO’ ni.

    Kalau nak pertahan kj tu biar la berfakta. pak lah tu nak letak jawatan sebab dah sedar diri. menantu dia ni je yang tak sedar diri lagi.

    Harap Pemuda dapat nyahkan petualang ni daripada UMNO.

  19. Bron on October 13th, 2008 5:23 pm

    Patut le ada pemimpin dari Johor yang menyarankan agar UMNO mengamalkan budaya politik beraskan ilmu.

    Saya pada mulanya sangsi dan mahu tahu kenapa pula? Tetapi setelah melihat cadangan zhero di atas maka saya dapat rasakan betapa ceteknya nilai intelektual dan keilmuan yang berlegar dalam minda UMNO dan juga PR.

  20. semat on October 13th, 2008 5:31 pm

    Bang Spark………………… kita mesti berfikiran terbuka bang……………… tak salah kita naikan semangat DM ni bang……………. walau pun pertarungan belum beakhir….. tak pe kita puji puja dia ni…………. pujapuji ni kan kegenaran dia…… tak kan laaa abang Spark tak tahu………….sikap dan perangai dua beranak nii……………… pujipuja tu memang hobi dia laa banggggggggg.

    Itulah strategi dia bangggg……………. dia puji orang lain selain dirinya dan anaknya……………….. semuanya ada MAKNA TU banggggggggggg……… contohnya Rais Yatim Jelebu………………sekali kena puji layak jadi PM……………… puhhh…..RAIS YATIM JELEBU yang pernah terbakar jembatan……..terus saja puji DM kepala gondol niii……………………..kata RAIS YATIM JELEBU…………….DM nie memang best………ada aura tersendiri……….. ..puuuyoooooooooo magik laa bangggggggg…………. mehhhhhgiiiikkkkkkkkkkk.

  21. Petai2020 on October 13th, 2008 6:32 pm

    Assalamualaikum.. Pertama kali aku memberi komen di blog ini. Selama ini hanya lalu dan membaca.. Berita dan isu2 yang di bangkit kan sangat menarik.. tapi sejak akhir-akhir ni dah lain macam.. sejelas jelas nya blog ini terlampau pro pada KJ. walau pun umum telah ketahui blog ini asal nya cuba menyaingi Mykmu.net yang lebih menyuarakan hasrat akar umbi..

    Nasihat saya kepada KJ dan editor blog ini. Jelas kini akar umbi telah pun menyuarakan ingin perubahan. Kemana pergi nya semangat “setia kawan” sdangkan blog ini menjurus kerapuhan UMNO ini sendiri.

    Maaf . ikhlas dari saya anak melayu yang mahukan perubahan. Harap KJ dan editor “Berani Berubah” sikap.

  22. nik mot on October 13th, 2008 9:07 pm

    Admind KPMU

    Jika sebelum ini admid kpmu begitu ghairah dan yakin dengan KJ tapi kini admind kpmu dengan nada yang berbeza mengubah rentak gaya kempen pada KJ namun yang pasti Datuk Mukriz telah layak dan Kj masih terkial-kial mencari pencalonan untuk melengkapi kuota .

    Yang jelas sokongan pada KJ kian terhakis dan jelas bahawa akar umbi menolak kj yang rakus dan bongkak . Yang nyata admind kpmu harus sedar dan seharusnya berani berubah untuk menyokong apa yang akar umbi mahu bukan terus menyokong Kj yang bakal karam .

    Admind kpmu seharusnya jangan terlalu rakus menyokong Kj yang telah banyak merosakkan sokongan orang ramai pada PRU 12 yang lalu . Dan seharusnya KJ bertanggungjawap atas kekalahan BN pada PRU 12 yang lalu .

    Admind kpmu seharusnya membuka minda dan waras dalam komen bukan menurut sahaja apa yang KJ katakan .

  23. mikoyan on October 13th, 2008 9:11 pm

    kelab penyokong kj…kpkj

  24. KeRIS malaya on October 13th, 2008 9:29 pm

    kelab penyokong menantu (presiden) UMNO - kpmu

  25. KeRIS malaya on October 13th, 2008 10:00 pm

    Aku setuju dengan tajuk kat atas. Tolak unsur peribadi demi maruah UMNO. Tolak juga calon yang tak bermaruah.. yang hantar virus masuk dalam web pesaing yang lain.

  26. semat on October 13th, 2008 10:50 pm

    Sikap dan perangai BERANI BERUBAH (BB) nie………………. sebenarnya dah lama diamalkan…………. tak diperjuangkan pun manusia nie tetap akan berubah……. kalau tidak diamalkan tentu tamadun tidak akan berkembang…….

    BB nie………. bolih bawa kebaikan dan bolih juga membawa keburukan……………. berani berubah nie akan jadi baik bergantung pada………………… siapa yang memandu dan memimpinnya………………….. kalau ia dipimpin olih………………….. pemimpin yang suka dipujapuji ia akan membawa lebih keburukan dari kebaikan………………. contohnya TunM……………. selama 22 tahun jadi PM………. TunM memang sukakan puji dan puja……………….ketupat paling besarlah…………. lukisan moral paling panjang lah……………..semuanya mahu paling besar dan paling panjang……………sampai senak-senak……….las-las ramailah Melayu yang serba bolih………….. semua bolih…………. semua dibelasah…………………pukul borong punya………. over……. yaa sangat over………..at the end Mahathir pun amat kecewa………………… menangis tersedu-sedu dipentas…………… ngaku gagal merubah Melayu…………… sepanjang 22 tahun ……..segelintir saja Melayu yang jadi benar-benar baik……………. tapi ramai jadi separuh lurus separuh bengkok ……. sikap dan perangainya ……………. macam jembatan separuh lurus separuh bengkok yang terbengkalai………. Mahathir terus menangis dan bermerah mata……….. sampai kini………………………..

    Kalau Mahathir yang dikatakan tersohor dan hebat……………visi dan misinya……. ngaku gagal………… apa lagi DM yang kerisnya belum teruiji keampuhannya…….. silap-silap BB dibawah kepimpinan DM akan jadi lebih teruk dan tenat lagi……….. mungkinkah akan lebih banyak Mr. Replika versi DM akan lahir dan didirikan……………….. siap tahu??????

    Inilah akibatnya……………. Pujipuja alpa membunuh waspada…………..TunM pun cari kambing hitamnya!!!!

    Saya tidak mahu lagi mengurai SETIAKAWAN……………………tagline yang akan jadi tema perjuangan KJ jika berjaya di nobatkan sebagai Ketua Pemuda……….

    Cukuplah kita menyebutnya…………………… ia sudah terasa ada kesucian, hening dan sopan………………… untuk kita mencari nekmat damai abadi……………

    KJ pasti mampu melaksanakan……………………. kerana KJ tidak akan ikut cara Mahathir……………. tapi………….. KJ akan belajar dari kesilapan dan kegagalan Mahathir…………… selama 22 tahunmenjayakan konsep BB………….. yang kini diwariskan pula pada DM…. ……………..

    Berhentilah sejenak……….renunglah semua ini dengan penuh istiqamah……….
    dan jujurlah pada diri sendiri……………

  27. lobai_tayot on October 13th, 2008 11:32 pm

    berani berubah? betul ke mukriz berani berubah? kalau si botak nih betul2 berani berubah apasal dia tak nak follow bapak kesayangannya keluar umno? kenapa bro? cuba lah korang pikir baik2…

    kalau dah bapak sendiri yg ajak keluar umno pon dia tak nak ikut, apakan lagi org lain yg tak ada pertalian darah dengan dia… kau ingat si mukhriz ni boleh setia ke kat najib? kalau macam nih la perangai si botak nih, aku berani potong bulu ketiak lah, confirm 1 hari nanti si botak nih lawan najib @ sape2 saja yg jadi pemimpin umno pada masa depan…

    perubahan apa yg si botak ni nak buat? berubah kepada sistem diktator bapak dia dulu? inikah perubahan yg kita mahu? inikah perubahan yg semua ahli umno idam2kan? kalau lah ini perubahan yg ahli umno mahukan, tahniah la untuk seluruh ahli umno!!! bila ada orang nak lawan dalam parti, haramkan parti & buat parti baru, lepas tu halang penyokong lawan masuk parti baru yg ditubuhkan… inikah perubahan yg dimahukan?

    percayalah cakap den nih, kalau si mukriz monang nanti, confirm pemuda umno akan jadi lesu & bisu… apa yg si botak nih boleh buat bro? nak berucap pon tunggang langgang, lembik, langsung takde karisma seorang pemimpin…

    dalam suasana politik yg cukup menggila sekarang ini, kita memerlukan seorang ketua pemuda yg lantang & berkarisma tinggi!!! bukan yg lembik & lembap macam si botak… kalau lah tak kerana pengaruh bapak nya yg jobo (angkuh) & besar kepala tuh dah confirm la si botak nih tak dapat pencalonan yg cukup…

    sapa kata kj gunakan pengaruh pak lah untuk bertanding ketua pemuda nih? pak lah akan letak jawatan mac nih, kj akan berjuang sendiri tanpa bantuan bapa mertuannya… siapa yg lebih gentle? siapa yg benar2 melakukan perubahan… lu pikir la sendiri bro!!!!!!

  28. Petai2020 on October 14th, 2008 12:16 am

    Minta maaf pada “semat” dan “lobai_tayot”..

    Kenapa anda berdua bernada sebegitu rupa..
    Kenapa ada sikap membenci pada semangat “Setia Kawan” kamu.
    Jika ada salah minta di perbetulkan.. jadi kan lah yang buruk itu cantik..
    Dimana semangat “Setia Kawan” itu. Tunjuk kan lah.
    Dari luahan komen2 kamu diatas tidak mencermin kan langsung semngat itu.

    Pendapat aku komen sebegitu tidak menunjuk kan kematangan langsung. Seperti barua D.A.P yang sengaja nak hancur kan UMNO yang kita sayangi.

    Kenapa perlu nak kusutkan keadaan yang dah memang kusut. Berilah komen yang membina, yang boleh merapat kan saudara KJ dan Dato Mukriz supaya mereka dapat bekerjasama dan memantapkan UMNO ini.

    Ingat UMNO sahaja yang memperjuangkan HAK2 ORANG MELAYU.

  29. dash on October 14th, 2008 12:47 am

    KPMU DAN ADMIN RUPANYA DI SPONSOR OLEH KJ AND DOLAH AND THE GENG

    NAMPAKNYA BOLEH BLAH ADMIN YG DI UPAH

    DALAM KEADAAN SEKARANG ADA JUGA ADMIN YANG MURAHAN YANG NAK LAGAKAN ORANG MELAYU

    CHEAP ADMIN

  30. ahmadhelmibahari on October 14th, 2008 12:54 am

    go KJ go KJ!
    jangan jadi bapak sampah PKR tu,dok macam2 cacai2 mcm orang gila tapi tidaklah menipu..lalala

  31. mikoyan on October 14th, 2008 12:55 am

    lobai_tayot

    sapa kata kj gunakan pengaruh pak lah untuk bertanding ketua pemuda nih? pak lah akan letak jawatan mac nih, kj akan berjuang sendiri tanpa bantuan bapa mertuannya… siapa yg lebih gentle? siapa yg benar2 melakukan perubahan… lu pikir la sendiri bro!!!!!!

    - lawak la lu bro…ade jugak org sayang kat kj ni…

  32. armnus on October 14th, 2008 6:53 am

    gaduh2..jgn tak gaduh..huhu..apa la korg ni, tak elok la mcm ni..ahaks..

  33. dash on October 14th, 2008 9:15 am

    mi koyan

    lu ni ketinggalan lah

    siasat dulu salah laku kj tu jangan asyik sokong je buta tuli, geng ni rsak bangsa tau demi wang.
    lakun mcm nak khidmat bangsa

    siasat geng level 4 dulu
    sykt2 kj

  34. ady on October 14th, 2008 9:27 am

    haha as per comment by berok2 UMNO ter bukti bahawa UMNO sahaja yang boleh berlaga2 sesama sendiri.. Terbukti jua UMNO sahaja yang mempunyai pengikut yang tiada kesefahaman.. kalo dah machai macam beruk tentulah Ketua mereka macam ORANG UTAN, GORILLA and KING KONG.. haha.. gaduh2 lagi!!!

  35. dash on October 14th, 2008 9:58 am

    ok lah gaduh dlm umno

    tapi tak serupa ahli PKR yang dah tak tau yang pemimpin terikut yahudi dan bangsa tergadai.

    macai mcm ady apa tau yg dsai runding
    ko asyik jadi macai je tukang demonstrasi tapi tak tau yang parti dah campur berbagai bangsa dah tak tau hala tuju

    ingat sikit bangsa lain tu nak tumpang perahu DSAI je utk sampai ke pengkalan.
    dah sampai ke tebing lain pulak rentak depa.
    INGAT TU jangan khayal dengan agenda DSAI je.

  36. semat on October 14th, 2008 10:11 am

    Askm Petai 2020………..

    Bolih tanya sikit………………… Petai 2020 nie sapa lak nie…………. adik wawasan 2020 ko…………………… kalau adik wawasan 2020 tu……………… waris dan kerabat DM TunM la tu kan????????????…………… kelako lak nama tu….

    Tapi kalo ko nak boli potai nie………………ko tanyo le kek Pak Lobai Toyot tu……….. nanti Pak Lobai Toyot ………………akan bawa ko kek kampong BELI HOI…….. kek bukit mantin…………..kek situ le tempat orang asli ado jual potai mato bosa terjojol ………………….. sesuai bona la tu……… sodap dibuek sambal potai tu Potai

    Kami berdua nie…………… bukan membenci Potai……… kami semua cuma bagi pendapat yang pro KJ aja…….. caranya memang nampak separuh kasar separuh lembut ( fenomena biasa blog dan bloger ye)………….. macam le jembatan bengkok separuh lurus separo tu………. yang TunM nak buat…………… tapi Pak Lah kata mengarut laaa………. separuh bengkok lah jadinya otak ko nanti kalo kau buat juga………………. tak kan ko tak tahu perangai jiran Malaysia yang kiasu tu…………… tapi TunM degil…… nangis-nangis nak buat juga…………. buatlahhh……… buat laaa……… kalo kau tak buat……. jaga ko……….sampai la nie mata TunM terus merah………………………..

    TunM nie………….. memang tak leh ditegur lagi daaa……………. TunM memang sudah terlalu perasan………..sudah amat besar kepala………….semua orang disangkanya lemah….. tidak hebat macam dirinya…………..akibat dari pujipuja keterlaluan selama 22 tahun…………… sikap TunM saperti inilah…….. yang telah memecah belahkan SETIAKAWAN…………. rakyat Malaysia keseluruhannya……… virus perpecahan ini telah membiak dalam diam……………… yang mana akhirnya meledak dilanda tsunami politik PRU12………………………… TunM terus menunding jari…………..tu dia kambing hitamnya…………. tangkap dan sembeleh …….. buat sop………………… bagi PAS, DAP dan PKR…………..makan kenyang-kenyang…… yang rugi adalah UMNO……….. TunM peduli apa……..

    Saya memang sayangkan UMNO……………. kerana dia teras pemerintahan SETIAKAWAN………………. UMNO sebagai tuannya……….. jadi kepala kepimpinan negara………………jadi saya mesti taat……….. itu kehendak Tuhan…………. dan kerajaan UMNO pun tidak melarang………….. kalau saya nak dirikan solat sampai pagi bawa kemalam…………… berzikir muntah-muntah pun UMNO tidak larang…………… kita mungkin bolih saja melihat PAS itu…… nampak suci dan diredhai Allah………………. tapi parti pekat kehijauan ini…………. yang kelihatan suci dan diredhai……… sudah lebih setengah abad berusaha, berdoa dan bertawakal……. siap sembahyang hajat ramai-ramai kat padang………tapi tidak juga berjaya…………. melaksanakan misi negara Islamnya…………….. kenapa???????????…………. kini………..yang saya nampak Tuan Guru Nik Aziz bagitu intim dengan Anuar Ibrahim………………. yang diragui akhlak dan arah tuju perjuangannya…………… apa sebabnya Tuan Guru jadi bagitu??????????……… Tak bolih ke Tuan Guru nie bersetiakawan dengan UMNO/BN…………… najis ke UMNO nie…….. dibandingkan dengan PR yang mahu buat ladang babi di Selangor….. dan kemudian ahlinya terlibat dengan skandel sek yang dianggap sedekah itu……….. kita sebenarnya sama saja……………. baik PAS mahu pun UMNO…………… kita tidak perlu terlalu berretorik sebenarnya………………….. sampai muzakarah jadi muqabalah…………. untuk terus berbalah-balah……….

    Saya bukan mahu mengusutkan keadaan……………. tapi saya cuma mahu kita semua berhenti sejenak dari terus berbalah-balah………………… untuk merenung dan berfikr tentang apa sahaja yang bolih kita jadikan panduan dan teladan……………. bagaimana kita khususnya UMNO……..bolih melahirkan PEMUDA BERANI ( bukan versi Khir Toyo dengan penyapunya ) untuk BERANI BERUBAH ( bukan versi DM proksi TunM dengan konsep pujipujanya) membina kembali SEMANGAT SETIAKAWAN yang mulus, tulus dan pogressif versi KJ ( bolih saja dianggap proksi Pak Lah)………………..bagi mengecap nekmat damai abadi…………………… bagi menyempurnkan konsep MELAYU ITU ISLAM - RAHMAT TERBESAR ANUGERAH/AMANAH ALLAH PADA BANGSA MELAYU AWAL WUJUD PADA TAKDIR SEJARAH…..KESEMPURNAANNYA PADA KITA……. PEWARIS SEJARAH ITU………………..

    Bagaimana kita bolih sempurnakannya?????????????

    Asas segala keberkahan berorganisasi dan berjuang adalah SETIAKAWAN!!!!!

    tapi itulah sifat semula jadi. bolg dan bloger ye kan………………. itu fenomena biasa

  37. semat on October 14th, 2008 10:34 am

    Abang Adi……………oiiiiiiiiiiiiiiiii………………. BELI HOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII……… Ko nie macam terkejut lak Adiee…………… baru bangun tido ke????………………. atau ko lemah semangat agaknya nie…………….melatah-latah ternampak beruk, orang utan dan kingkong masa ko nak beli petai kat bukit mantin………….. kek kampong BELI HOI……….. penempatan orang asli……………. banyak jual potai laaaa Adie………..

  38. PKR De Factoed on October 14th, 2008 10:49 am

    Betul pandangan awak (semat) bahawa “change” bukanlah hak milik mana-mana individu. Sama juga dengan perkataan reformasi basi yang telah dipatenkan. Ia bukan milik PR.

    Yang penting ialah perkara berikut diberikan perhatian: Berubah kerana apa? Ke arah mana? Banyak mana? Bagaimana? Untuk siapa? Bebas atau di bawah pengaruh tertentu?

    Tidak semua perubahan membawa kepada kebaikan apatah lagi yang bersifat ‘hangat-hangat tahi ayam’ atau yang bersifat ‘melepaskan batuk di tangga’.

    Perubahan adalah satu proses yang sukar, mencabar dan amat memerlukan elemen motivasi, kesungguhan dan pengorbanan untuk berjaya.

    Kekangan kepada proses perubahan ialah kekurangan dan kelemahan yang terdapat didalam diri setiap insan itu sendiri. Ia harus disedari dan diperbaiki.

    Perubahan biarlah cukup dan melata yakni merangkumi kulit dan isi. Dan kalau pun aura itu ada biarlah ia berdasarkan pancaran dan gelombang murni yang terbit daripada dalam diri individu dan bukan disebakan pengaruh, sentimen dan fizikal luaran.

  39. sil80 on October 14th, 2008 10:55 am

    KPMU kena adil dalam menyampaikan berita mengenai Umno.Janganlah menghentam satu pihak yg lain dan menyokong satu pihak saja.Kalau mcm ni mcmana Umno nak bersatu semula.Pak Lah pun kata jgn dok berpuak puak.Aku tgk KPMU ni mcm menggalakkan lagi sikap berpuak plak dalam UMNO.

  40. semat on October 14th, 2008 11:11 am

    Siapa kata kita diKPMU atau UMNO berpuak-puak…………. Abang Sil80????

    Semangat 46 sudah tidak ada lagi……… yang ada cuma UMNO (baru)……….. kita cuma berbeza pendapat dan berbeza aliran sokongan……………. mungkin setengahnya kesat, kusut , saling bertelagahan dan over………………… dan ada juga stengah pendapat itu mulus dan tulus……..tapi apa pun……. semua itu cumalah pandangan dan ide yang dilontarkan melalui lebuh raya siber ……. itu fenomena biasa blog denganblogers……….. pro dengan kontra………………. kita cuma mesti pandai menilai dan mencari hikmahnya…. ….kerana……….perbezaan pendapat adalah rahmat…………….

  41. belitung on October 14th, 2008 12:40 pm

    jgn naikkan KJ org semer dah benci sama dia……jgn gadaikan Malaysia pd KJ, dia nk jd jutawan segera ajer tu….abes duit rakyat dia songlap nanti…

  42. semat on October 14th, 2008 12:45 pm

    kalau itu matlamat KJ yang tersembunyi yang juga bolih kita ragukan benar tidaknya…………… dan kita tulus menyokongnya dithap proses pencalunan ini……. sokong tulus kerana ALLAH……………… insya’Allah KJ akan kecundang!!!!!!!!!!!!!!

    Percayalah……………. bagitu juga sebaliknya.

  43. zhero on October 14th, 2008 4:21 pm

    Bron

    Semua baghagian kat rembau pun tak nak calon kan KJ. Kau ni suka sangat KJ sebab apo? Nak duit dia?

    Mari kita buru KJ hingga ke lobang chacing.

  44. Bron on October 14th, 2008 6:16 pm

    Yang pasti saya tidak pernah sebut nama KJ. Yang pasti saya hanya mengulas kenyataan mengenai budaya memperkasakan minda dan ilmu dalam UMNO. Noktah.

    Satu pertanyaan: Saya ada kaitan ngat KJ atau awak yang taksub dengan Mukriz? Keh, keh, keh

  45. Bron on October 14th, 2008 6:30 pm

    belitung on October 14th, 2008 12:40 pm

    “jgn naikkan KJ org semer dah benci sama dia……jgn gadaikan Malaysia pd KJ, dia nk jd jutawan segera ajer tu….abes duit rakyat dia songlap nanti…”

    Ulasan:

    KALAU pr AMAT MUDAH UNTUK MENGENAKAN KAMU. mEREKA HANYA PERLU TUKARKAN NAMA KT MENJADI DM BAGI MELAGA-LAGAKAN KAMU.

    “jgn naikkan DM, PR semer dah benci sama dia……jgn gadaikan Malaysia pd DM, dia nk jd jutawan segera ajer tu….abes duit rakyat dia songlap nanti…”

    HMMM, BUDAYA ILMU MEMANG PERLU DIPERTINGKATKAN DALAM KALANGAN KAMU.

  46. mdili on October 14th, 2008 6:53 pm

    Hahahha…tulisan yg paling lawak di abad ini…nak naikkan jenglot, buruk2kan lawan…kunun2 “maruah Pemuda UMNO”.

    Dey thambi..berpijaklah di bumi yg nyata…kalau hidung x mancung, pipi jgn tersorong2 lak…jgn bagi malu pak mentua hang ha…sian kat dia..mau x lena tido dia nanti…

  47. lobai_tayot on October 14th, 2008 9:25 pm

    pado potai 2020,SENADA SEIRAMA ITU LAH TANDANYA SEMANGAT SETIA KAWAN YG CUKUP UTUH ANTARA KAMI!

    satu yg aku nak posan kek kau potai, UMNO BUKAN “SAHAJA” MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU, TETAPI YG PALING PENTING IALAH UMNO SEBAGAI PEJUANG AGAMA ISLAM YG TERUNGGUL DIRANTAU INI!!!!!!!

  48. dash on October 14th, 2008 9:42 pm

    APA KATA NAJIB PUN IKUT PAK LAH RESIGN

    DIA NI PROBLEM BOY NANTI JADI PM SUSAH PULAK KITA

    APA PENDAPAT TUAN?

    BUAT SATU TEAM BARU UNTUK RENTAP MAMAT pr TU

  49. KeRIS malaya on October 14th, 2008 9:51 pm

    Orang belaan jenglot ni memang susah nak difahamkan. Mata dan telinga dah penuh disumbat duit kjenglot tu.

    Aku setuju dengan lobai, UMNO BUKAN “SAHAJA” MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU, TETAPI YG PALING PENTING IALAH UMNO SEBAGAI PEJUANG AGAMA ISLAM YG TERUNGGUL DIRANTAU INI!!!!!!!

    Sebab tu kita kena tolak orang yang makan gaji hasil jawatan free dan guna pulak duit tu untuk beli undi sebab Islam tak terima perasuah.

  50. al-jubu-ri on October 14th, 2008 10:13 pm

    Betul tu Keris Malaya, dalam kalangan kamu bukan saja ramai yang makan gaji hasil jawatan free (seperti yang kamu akui) malah yang dah keluar parti pun dapat ofis dan duit free. Itu pun tak kenang budikan?

    Adakah kamu juga pembela jenglot?

  51. KeRIS malaya on October 14th, 2008 11:57 pm

    Tak la teruk macam orang tu. Main jubor pun dapat jadi ahli parlimen.

  52. komrad_inc on October 15th, 2008 1:47 am

    kepada semat..

    Berani ke anda nafikan yg KJ adalah punca kepada merosotnya sokongan rakyat kepada Pak Lah? anda boleh tulis apa sahaja… Tapi anda tak boleh nak menafikan hakikat tu… tengok saja pada keputusan PRU12 untuk DUN Rembau.. Pastu buat perbandingan dengan keputusan sebelum-sebelumnya.. Berfikir biarlah dengan pertimbangan dengan waras. Pada saya, amat jelas sekali KJ adalah serangga perosak. Dan anda adalah salah seorang pencacai upahan KJ.

  53. dash on October 15th, 2008 1:35 pm

    APA KATA NAJIB PUN IKUT PAK LAH RESIGN

    DIA NI PROBLEM BOY NANTI JADI PM TURUN NAIK MAHKAMAH SUSAH PULAK KITA

    APA PENDAPAT TUAN?

    BUAT SATU TEAM BARU UNTUK RENTAP MAMAT pr TU

  54. Bron on October 15th, 2008 4:52 pm

    Komrad,

    Itu hanya pendapat peribadi ’semat’ terhadap mereka-mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan. Sama ada pandangan beliau adalah percuma atau di sebaliknya atau dibayangi berbagai unsur tidak sihat, bukanlah untuk sesiapa jua membuat telahan rambang. Lagi pun ianya hanya mencerminkan diri dan calon yang kamu sokong itu.

    Apa yang mahu dilihat bukanlah tuduhan tidak berasas yang berupa si dia buat itu, ini dan si polan pula buat bla, bla. Sebagaimana yang disebutkan tadi ia hanya membuka pekung di dada sendiri, rakan dan kumpulan.

    Nampaknya pelayar masih belum belajar bagaimana untuk mengkritik secara tajam tetapi berhemah.

    Akhir kata kalau faktor M adalah faktor yang perlu diberikan penekanan kerana dalam konteks persepsi awam ia adalah bapak kepada ‘lebah madu’ yang menghisap madu dan bunga itu ditinggalkan setelah madu kehabisan.

    Apakah itu yang kamu katakan pembaharuan? Tidakkah itu bermakn mengundur ke belakang???

  55. ujang_jambo on October 15th, 2008 4:59 pm

    den salah sorang dari perwakilan kat bhgn. 2 hari lopeh den kono pangge kat restoran oleh calon ketuo pemuda bhgn. Dia kato duit rayo dah dapek? Den kato dah, tapi den sodokah kat budak bola kg. Den sebab den tak makan duit politik, dio kato ado lai lopaih ni..cam gayo promote kj…den suko kj ni tapi tah camano den tojobak lak kat kem botak…sobab botak ni nampak lebih pejuang sederhano! Apo2 pun mintak maap la kj kuargo den sumo fanatik Tun Mahathir…jadi raso den undi botak lah nampaknyo lai pun kpmu ni asyik salahkan oghang jo tak minat den mintak maap kj lai sekali

  56. mdili on October 15th, 2008 5:11 pm

    Tu la yg den donga sobab abang den pon dapek gak dari kem jenglot ni…yg den x boleh tahan tu bilo dak botak ni dah lopeh dapek pencalonan, ado lak meroyan kato sobab bagi duit..dio ingat orang cam jenglot ko…lopeh tu siap edit cantiknya berito pasal dak botak tu sokong si razali tu…kalau camtu la kau punyo perangai wahai jenglot n sewaktu dongannyo tu…mintak maap la…mimpi la kau siang n malam hari nak jadi pemimpin…

  57. Bron on October 16th, 2008 1:24 am

    Kalau beri duit raya, lojiknya tentu dah lopeh macam Muhriz tu. Sebab tak beri duit rayo lah yang lain-lain bolum lopeh kah, kah, kah.

  58. mdili on October 16th, 2008 9:11 am

    Alahai…camtu ko kau pandang mentality pemudoooo…bagi duit jo boleh lopeh yoooo…camano la kau nak cito pasal nak pimpin negaro kalau sumo pon boleh boli…buek malu kaum yo kau ni la…

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom