Top

Pembelian Eurocopter Akan Dibincang - Najib

October 29, 2008 by Pendeta 

PUTRAJAYA, 29 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri berhubung penangguhan pembelian helikopter Eurocopter EC725.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ini kerana kerajaan telah memutuskan agar projek yang tidak mempunyai kesan yang besar dikaji semula pelaksanaannya agar peruntukan yang boleh dijimatkan itu dapat diguna untuk membangunkan ekonomi dan dapat dirasai oleh rakyat.

“Oleh itu, dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Negara baru-baru ini, kita telah bincang beberapa projek yang boleh dikatakan sebagai ‘lumpy expenditure’ yang boleh dikaji semula.

“Bagaimanapun, kita telah serahkan perkara ini untuk dirunding dengan kementerian yang berkenaan khususnya Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan mesra Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC725, yang keseluruhannya bernilai RM1.679 bilion, pada masa ini sehingga keadaan krisis ekonomi dunia kembali stabil.

Najib berkata jika Kementerian Pertahanan boleh menerima prinsip ini, projek-projek seperti itu boleh dikaji semula pelaksanaannya sama ada ditangguhkan pelaksanaannya atau pembayarannya dipanjangkan.

“Jadi, khusus tentang pembelian Eurocopter ini, kita akan bincang dengan Kementerian Pertahanan dari segi kaedah yang paling sesuai.

“Walaupun ada keperluan dari segi airforce kerana pesawat Nuri ini terlalu lama dan banyak Nuri yang telah jatuh terhempas dan ramai yang telah terkorban jadi, sebab itulah tender antarabangsa telah dipanggil untuk menggantikan pesawat Nuri,” katanya._Bernama

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

9 Responses to “Pembelian Eurocopter Akan Dibincang - Najib”

  1. Mat Rasuah on October 29th, 2008 10:33 pm

    Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah ‘mengsongklap 5 billion ringgit’ duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk akan digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.

    Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn.Berhad. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap ‘nilai jatuh’.

    Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.

    Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini akan jatuh kembali.

    Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. 5 bilion ringgit ini adalah duit kita semua di judikan di Bursa Saham oleh Najib Razak.

  2. Mat Rasuah on October 29th, 2008 10:35 pm

    Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurokopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia di tipu 1 bilion ringgit ?

    Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.

    Cara ‘menipu’ ini samalah seperti cara Najib Razak membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli. Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana dituduh terlibat membunuh Altantuya.

    Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.

  3. Mat Rasuah on October 29th, 2008 10:46 pm

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC725 sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia.

    bla…bla..bla

    Menurut Abdullah, harga yang agak tinggi dibayar Malaysia berbanding helikopter Eurocopter yang dibeli oleh Brazil kerana helikopter yang ditawarkan mempunyai kemampuan untuk pelbagai fungsi khususnya aktiviti mencari dan menyelamat, tempur serta mengangkut anggota tentera.

    mat rasuah:

    takkan lah beza harga membeli 12 heli -copter cougar dengan spec yang high-end dengan heli yang di beli oleh Brazil boleh sampai Rm 1 Billion?
    dah lah brazil beli 24 heli berbandingkan dengan Malaysia yang 1/2 dari bilangan itu…hairan!hairan!

    (tapi Ini mana nak keluar TV3 dan Utusan Malaysia Beb…nasib baik Malaysia Today and Malaysiakini yang buat keluar isu)

    Dengan Harga rm 1 billion Malaysia boleh beli kapal (fleet ship) yang boleh membawa jet pejuang dengan rm500 juta setiap satu…

    Aku pun tak paham kenapa pak lah bercakap tak bertapis…kroni mana yang Najib bagi?…gadis mana lagi yang menjadi perantaraan jual beli heli ini?…walahualam!

  4. Mat Rasuah on October 31st, 2008 7:34 pm

    Petikan dari NST (aku dah cari kat Utusan isu Eurocopter nie…tak jumpa!):

    THE Defence Ministry did not carry out a physical evaluation of the Eurocopter helicopter before ordering 12 units as the manufacturer would have had to fabricate the aircraft based on the buyer’s specifications.

    Deputy Defence Minister Datuk Wira Abu Seman Yusop said test flights or factory visits were also not done for the same reason.

    He said the helicopters would go through a physical pre-acceptance test during construction and a post-acceptance test on completion.

    “At such a preliminary stage no physical evaluation was needed as we were just choosing the helicopters based on our needs and specifications.”

    He said this after Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) asked if the Eurocopter had been physically evaluated before signing a RM1.607 billion order for the helicopters.

    Referring to an analogy by M. Manogaran (DAP-Teluk Intan), who had said a person buying a Perodua Kancil would conduct a physical inspection before putting down money, Abu Seman said buying a helicopter was not the same as buying a car.

    He said the Royal Malaysian Air Force had experts knowledgeable with the latest helicopter technology.

    Replying to points raised during the debate on the 2009 Budget, he said the absence of physical inspections or factory visits was also to maintain the integrity of the six-man valuation committee.

    The purchase has been put off to reduce government expenditure with the money to be used on projects that would directly benefit the people.

    Abu Seman’s statement elicited a barrage of questions from opposition MPs.

    Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said it did not make sense that such sophisticated aircraft were bought based solely on documentation specifications.

    Lim had earlier said that purchasing aircraft without physical tests showed a severe disregard for human lives.

    “Malaysia can go into the Guinness Book of World Records for being the first country to purchase aircraft without physical evaluation.”

    Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) said the government should not depend on an aircraft’s capabilities based on specifications listed on paper.

    Abu Seman said of the 17 companies that bid for the tender, three were short-listed with Eurocopter on top of the list for meeting the government’s specifications.

    mat rasuah:

    ” Deputy Defence Minister Datuk Wira Abu Seman Yusop said test flights or factory visits were also not done for the same reason. ”

    aku rasa RMF dah sasau! Kalau orang biasa pun kalau nak beli kereta yang mahal contohnya BMW 6 siri ke, Aston MArtin ke….mereka akan cuba test draive dulu….rm 324 sebijik bukan Rm 40 sebijik beb!

    Setakat tengok dalam kertas….mana boleh beb! Gila apa!?

    kalau orang nak beli rumah pun…kena pergi tengok tempat kat mane…show house dulu….tengok sape dia punya developer….kalau developer kroni maca UMNO …tolak tepi …mungkin semua kelulusan teknikal nego bawah meja.

    hai! apa nak jadi dengan Malaysia dapat bakal PM yang hampeh!

  5. Mat Rasuah on November 2nd, 2008 12:46 am

    ACA begins probe into deferred RM1.6bil Eurocopter deal
    (petikan dari Staronline 1/nov/08

    SEREMBAN: The Anti-Corruption Agency has begun probing into the proposed purchase of 12 Eurocopters with its officers taking away several documents, connected to the now deferred RM1.6bil deal, from the Defence Ministry.

    ACA director-general Datuk Seri Ahmad Said Hamdan said the agency would be thorough in the probe headed by its investigations director Datuk Shukri Abdull.

    “We have already opened a file on this. We have taken several documents on the purchase of the helicopters from the ministry and are currently looking at them,” he said.

    He was speaking to reporters after opening a shooting competition organised by the agency at the Mantin shooting range near here.

    Ahmad said the ACA would check to see if procedures for the purchase of the helicopters were adhered to.

    “We want to see if there were any irregularities. We can’t tell for sure if there was an element of corruption involved in the deal…we have to investigate this,” he said.

    He was asked to comment on a police report lodged by Parti Keadilan Rakyat deputy youth chief Fariz Musa against Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on alleged abuse of power in the proposed purchase of the helicopters.

    The Opposition had also claimed that there were flaws in the deal as there had been no physical inspection and specification tests on the helicopter.

    However, the purchase of the Eurocopter helicopters to replace the Sikorsky S61-A4 Sea Kings or Nuri helicopters was shelved earlier this week to reduce Government expenses in tight economic times.

    On Friday, Najib had said that the Opposition was making a meal of the purchase, especially with its contention that the government had not conducted physical and specification inspections on the helicopter.

    Najib, who was Defense Minister when the decision was made, said the Eurocopter was a proven helicopter in several developed nations, including France.

    He said Malaysian pilots knew of the aircraft’s capabilities as they had flown them at exhibitions as well as during last year’s Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition.

    Ahmad said the Public Accounts Committee could continue with its own probe into the matter.

    “Let them (PAC) investigate this first. We will do so in stages,” he said.

    On a separate matter, Ahmad said the ACA has received reports on alleged money politics in the on going Umno divisional elections.

    “These are serious allegations…it can be in Umno or any other political party, we will surely investigate these reports,” he said.

    Ahmad said overall, every three out of 10 reports received by the ACA received were mere accusations.

    “Many of these are also poison pen letters and the information given is sometimes insufficient.

    “It is better if complainants lodge reports with us so that we can act accordingly,” he added.

  6. Mat Rasuah on November 3rd, 2008 7:18 am

    Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan
    KANGAR 2 Nov. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu, sebagai keterlaluan.

    “Zaid perlu bertaubat. Jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,” kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

    Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu, Zaid seharusnya membela Melayu, bukan memburukkan Melayu.

    “Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka,” kata Shahidan yang ditemui pada penutup Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2008 dan Kejohanan Lumba Basikal Wanita Piala Presiden di sini hari ini.

    Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

    Baru-baru ini, Zaid mendakwa, konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu, malah, beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara

    mat rasuah:

    Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung di bawah Perlembagaan dan Hak Keistemewaan Orang Melayu. Jika kritikan datang dari yang Bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang Bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keisntemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.

    Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.

    Asas semua ini ialah perebutan kuasa politik. Gerombolan United Malays National Organisation selama 50 tahun ini telah memonopoli kuasa politik yang memungkinkan mereka melakukan apa sahaja atas nama Ketuanan Melayu. Kini konsep ‘Ketuanan Melayu ‘ telah dibakul sampahkan oleh umat Melayu sendiri.

    Penolakan umat Melayu terhadap Ketuanan Melayu ini amat mengerunkan gerombolan United Malays National Organisation. Maka untuk meneruskan hegemoni kuasa mereka tidak dapat tidak mereka pasti akan bertukar jubah – Jubah Hijau.

    Dalam masa yang terdekat pasti akan muncul banyak lagi kes, cerita dan berita dimana agama akan di jadikan benteng dan topeng. Peguam yang berkata ‘ saya orang Islam dahulu sebelum seorang pegum’ - hanyalah kata-kata pembuka tirai.

    Yang akan datang nanti adalah kehodohan Islam yang telah di Melayukan. Yang lebih hodoh nanti ialah Ketuanan Melayu yang bertopengkan Islam

  7. PKR De Factoed on November 4th, 2008 8:18 pm

    Pembelian 12 helikopter Eurocopter ikut prosedur
    Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Nor Azma Laila dan Che Wan Badrul Alias
    bhnews@bharian.com.my

    PAC sahkan ikut piawaian antarabangsa, tiada penyelewengan

    KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tidak berlaku penyelewengan dalam prosedur proses tender pembelian 12 helikopter Eurocopter C-725 yang bernilai RM1.604 bilion dan ia menepati piawaian antarabangsa.

    Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian dan penjelasan daripada Kementerian Pertahanan serta Kementerian Kewangan berhubung prosedur pembelian berkenaan.

  8. imuc d greatest on November 11th, 2008 8:48 am

    hahaha faktoe… pertahanan negara tu plg penting… tp naper nk tangguh? sbb ekonomi? kalo x der penyelewengan naper tangguh?…

    Allah bg akal untuk manusia supaya berfikir… bg aku tv3, utusan x layak jd wartawan… tv3 jd wartawan akan melingkup..

    bukti..
    1- program hiburan jd keutamaan
    2-berita seme dh kena byr
    3-kes sensasi cerai jd bahan
    4-sumbangan diheboh2kn

  9. PKR De Factoed on November 16th, 2008 1:12 am

    Buktikanlah. Cakap kosong aja tidak membawa kepada kebaikan untuk rakyat — buang masa. Lagi pun PR memang flip-flop. Bohongi rakyat dengan tindakan bobrok pengambilalihan kuasa tetapi habuk pun tak ada, kahkah. Beretika dan profesionalkah wartawan pembangkang yang mengajak rakyat menyokong agenda 916? Ish, ish kata dulang paku serpih bro….

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom