Top

Najib 7, Muhyiddin 6, Mohd Ali 1

October 12, 2008 by admin 

Perlumbaan untuk mendapatkan pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi Umno semakin rancak apabila lebih 30 bahagian mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing hari ini. Sehigga jam 2.20 petang Sehingga ini Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tujuh  pencalonan bagi jawatan presiden. Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat enam pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat satu pencalonan.

Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan , Parit Buntar dan Jempol.

Manakala Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat lima pencalonan sehingga ini, termasuk dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan dan Jempol.

Manakala Parit Buntar pula mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Manakala Kalabakan pula mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal,
Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Hishammudin.

Bahagian Parit Buntar pula mencalon Zahid, Syed Hamid dan Tan Sri Isa Samad.

Jempol pula mencalonkan Hishammuddin, Isa dan menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan.

Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri bertanding jawatan presiden, belum mendapat pencalonan.

Begitu juga dengan dua lagi calon bagi jawatan timbalan presiden - Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Nur Jazlan belum mendapat pencalonan

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom