Lihat debat dari sudut positif
October 31, 2008 by admin
Cadangan peribadi Khairy Jamaluddin agar diadakan debat antara calon Pemuda UMNO tidak perlu dipandang negatif kerana cadangan berkenaan adalah cadangan yang baik bagi mereka yang berfikiran positif.
1) Ianya dapat menerangkan kepada Pemuda malahan remaja Malaysia visi dan corak pentadbiran yang mahu dibawa oleh kesemua calon Ketua Pemuda bagi dinilaikan bersama. Ianya bukanlah merupakan janji-janji manis seperti yang dikatakan oleh Hishamuddin yang takut calon pemuda tidak dapat menunaikan janji semasa berdebat apabila mereka menjadi Ketua Pemuda UMNO nanti. Ini adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana dengan adanya debat ini Pemuda boleh memantau janji-janji yang telah diberikan perlu dilaksanakan dan mereka yang berdebat pasti tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan kerana umum telah mengetahui apa yang telah dijanjikan.
2) Mukhriz pula berkata bahawa dengan adanya debat ini akan mendedahkan perkara yang tidak baik didalam kepimpinan Pemuda UMNO khususnya UMNO. Jika debat ini membicarakan mengenai perancangan kepimpinan yang positif dan visi calon yang bakal menjadi Ketua secara Positif, tidak timbul pendedahan keburukan UMNO melainkan Mukhriz masih mengamalkan sikap yang biasa dilakukan oleh beliau dengan ayahnya memburukkan UMNO. Sekurang-kurangnya dengan debat ini dan dengan perancangan yang bijak dan menarik boleh mendorong minat remaja untuk menyertai UMNO kerana faham dan ketahui perancangan dan visi yang menarik yang dibentangkan oleh calon-calon berkenaan.
3) Mengapa debat ini tiba-tiba menghantui Mukhriz dan juga dengan tiba-tiba kekuasaan Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dilontarkan untuk megingati Pemuda bahawa beliau masih Ketua Pemuda UMNO sehingga Mac sedangkan ketika Mukhriz membuat sidang akhbar dan mengutuk Perdana Menteri dan bersikap kurang ajar kepada Pemimpin tertinggi UMNO, Hishamuddin tidak pernah mengingatkan bahawa segala ini mesti melalui beliau selaku ketua peuda UMNO ?
4) Debat adalah lebih baik dari bertemu dengan perwakilan dari bahagian ke bahagian kerana ianya dapat mengelakkan pertumbuhan politik wang yang telah menjadi barah dalam pemilihan UMNO kali ini kerana sikap gila kuasa pemimpin yang mahu merebut jawatan yang dikosongkan. Dengan ada debat ini, perancangan, visi yang baik boleh mengatasi kehebatan sogokan wang.
5) Dengan adanya debat ini, perwakilan boleh menilai kehebatan pemikiran dan perancangan atau kelemahan calon ketua pemuda UMNO yang bakal memimpin Pergerakan muda UMNO ini, Perwakilan juga dapat melihat sama ada buah fikiran datang dari calon ini atau pun calon itu sebenarnya meminjam pemikiran orang lain untuk melontarkan idea atau mengharapkan idea atau perancangan oleh orang lain seperti ayah atau penasihat calon-calon berkenaan, kerana pemuda tidak mahu tertipu mendapat calon yang tidak berakal dan manja hanya mengharap sentuhan dari ayah untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia.
6) Dengan adanya debat ini juga, Perwakilan dapat menilai jasa-jasa yang telah dilaksanakan oleh calon-calon yang akan bertanding untuk pemuda dan boleh menilai kan kembali ketepatan slogan-slogan yang mereka gunakan, seperti Berani Berubah, Setiakawan dan Pemuda Berani.
7) Debat ini tidak akan memberikan keburukkan atau mencalarkan imej Pemuda kerana ianya juga di amalkan dinegara barat untuk memberikan peluang kepada calon menilai dan memilih Ketua Pemuda
yang mereka rasakan layak. Kita tidak akan membuat silap jika kita tahu nilai sesuatu yang mahu kita miliki.
Debat ini juga menemukan calon-calon dengan perwakilan untuk menyelami lebih dalam lagi hati masing-masing dan salitulrahim yang diikat akan merapat kan saf-saf Pemuda UMNO dan dengan cara tidak langsung boleh mengikat setiakawan dan memantapkan lagi sayap muda UMNO ini.
Jadilah pemimpin yang berani kerana darah yang mengalir dalam calon-calon ini adalah calon yang berdarah muda dan dengan adanya cabaran ini adalah satu perubahan dalam warna-warni Pumuda yang cuba diubah oleh Khairy Jamaluddin. Anggaplah ini satu pembaharuan dan perubahan yang di bawa oleh Khairy Jamaluddin sebagai satu perubahan dan bukan satu perkara yang cuba memberikan impek yang buruk kepada Pemuda UMNO. Manakah pengisian Berani Berubah Mukhriz jika menikus dengan lontaran idea baru dari Khairy Jamaluddin. Sekurang-kurangnya Khir Toyo melaksanakan visi Pemuda Berani dan menyahut cabaran ini.
Selamat Berdebat



















Kehebatan orang yang berdebat tidak boleh dijadikan ukuran kemampuannya melaksanakan agenda pembangunan umat Melayu Islam.
Tun M tak pandai berdebat, tetapi dia hebat…
Anwar petah berdebat, akibatnya Melayu akan merempat…
Nak DEBAT atau nak FIKIR…
Jadilah Ahli Fikir!
YANG PENTING BUAH FIKIRAN YANG DILONTARKAN SECARA TERBUKA DAN TERBUKA UNTUK ANALISA — BUKAN ISU MENANG ATAU KALAH.
Siapa kata Tun tidak pandai berdebat. Haha, awak mesti buta sejarah. Beliau dapat berdebat dengan mantaplah yop. Debat adalah kebolehan semula jadi ahli politik. Politik itu sendiri tidak boleh dipisahkan daripada perdebatan.
Cumanya, kehebatan tersebut tidak disedari kerana tidak ada yang ’sudi’ berdebat dengan beliau ketika beliau berada di tampuk kekuasaan. Lagi pun pada masa itu kalangan yang berpendidikan tidaklah seramai hari ini.
Namun manusia ada kelemahan masing-masing. Apabila kelemahan tersebut menimbun dan sukar diperbaiki maka atas sebab itu dunia telah menyaksikan ianya sebagai alasan wajar untuk beliau menyerahkan pucuk pimpinan kepada penggantinya.
hehhhe….. ini cadangan orang terdesak untuk berdebat debat tv just untuk 2/3 jam….. cadangan mukhriz lagi bernas kalau nak menyampaian visi dan misi…… buat majlis penerangan terus ke setiap bahagian di hadapan akar umbi…….. secara tertutup….. kalau akar umbi nak beri soalah dan feedback pun boleh….. inilah cara yg terbaik….. teranglah apa yg nak di bawa nanti…. debat ini mesti ada hujahan melawan dan membela diri……. terjurus keada perlawanan siapa yg menng di akhirnya sedangkan motif menyampaikan visi dan misi…… tak kena tempat…. cadangan mukhriz dilihat lebih praktikan dan bernas untuk erus menyampaikan maklumat on the ground direct to the related person which is ahli pemuda in akar umbi….
USAH BERBANGGA SEKADAR MENJADI SARANG ‘KAKAK TUA’
Admin,
Merujuk kepada saranan penyokong Mukhriz iaitu mengadakan perjumpaan diperingkat bahagian sebagai satu kaedah ‘berkempen’ bukanlah cara baru. Ia adalah cara lama dan rutin.
Masalah yang tidak diperhalusi ialah ruang waktu yang membatasinya. Maksudnya ialah apabila sesebuah parti mempunyai cawangan disegenap pelosok negara dari Perlis hingga ke Sandakan Sabah ia dianggap mustahil.
Makanya cadangan supaya pengenalan calon dan pendedahan misi dan visi dibuat dalam majlis tertutup di setiap bahagian jelas menampakkan kekontangan budaya berfikir secara bernas dan lojikal.
Mana mungkin sesi penerangan tertutup dapat diadakan disetiap ’serambi’ akar umbi kerana faktor ruang waktu yang mengekang kesempurnaannya. Untuk apa dilaksanakan idea ini sedangkan ia hanya dapat ditamatkan selepas PRU 13 dan bukan pada Mac 2009! Lucukan?
Nota kaki: ‘Kalau tak ada berada masakan tempua bersarang rendah’. Justeru, penjenamaan atau transformasi atau pembaharuan atau apa saja istilah yang mahu digunakan tidaklah lebih penting daripada pengisiannya. Debat hanyalah salah satu daripada elemen pengisian yang boleh dianggap relevan, realistik dan diterima ramai sebagai wadah bestari.
Maksud aku Tun tak pandai berdebat itu secara ‘relative’ sahaja. Sebab kalau berdebat pun hasilnya tiada. Tun lebih bersifat ‘action oriented’ daripada banyak bercakap…
Nampaknya pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO lebih HANGAT daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Siapa yang menghangatkan keadaan…
Mengapa ya…
USAHLAH YANG BAIK SAJA DIIKTIRAF YANG BURUK TIDAK DISANGGAH
Hello,
Mahazal** kamu kata “Actioned oriented”?
Ya, pada sudut yang negatif memanglah kamu nampak macam itu baghal.
1. Tengok ajalah pemimpin mana paling banyak MENUKAR GANTI timbalannya sepanjang karier?
2. Siapa paling banyak sumbat pesaing politik kat dalam kandang Isa?
3. Siapa paling banyak menubuhkan kumpulan penasihat? Senang tak perlu peras otak sendiri. Kalau nasihat yang diberikan tidak betul nah pecat aja pemberi nasihat. Kan senang gitu.
4. Siapa paling banyak di”equate”kan dengan Fira** pada zaman moden kerana action oriented yang disalurkan secara negatif?
Jawapannya semua sudah tahu cumanya ada golongan yang enggan menerimanya kerana bangsa Asia mudah berasa terhutang budi. Sehinggakan dengan budi yang seseorang taburkan maka ia dengan mudah dapat mengelabui mata penerima budi terhadap aspek kebobrokan pemberi budi.
Tidak mengapa kalau ACTION ORIENTED adalah seimbang (negatif di neutralkan dengan elemen positif). Ini tidak berlaku. Mahazal** tidak menyalurkan “Action oriented” pada sisi yang positif, contohnya, membangunkan agama, menutup jurang ekonomi, membangunkan keusahawanan agar ianya menjadi budaya murni waima di kalangan penduduk rural sekali pun.
aik? x abih2 pasal debat lagi nie??? boring la!!! udah2 lah melalak pasal berdebat nie.. kalo nak sangat g la debat berdua, botox versus mat rempit…
aku bleh sediakan tempat, belakang tandas awam automatik 20sen Jalan Sultan Ismail…
Nah, g la berdebat kosong
ady on November 3rd, 2008 9:49 am
aik? x abih2 pasal debat lagi nie??? boring la!!! udah2 lah melalak pasal berdebat nie.. kalo nak sangat g la debat berdua, botox versus mat rempit…
aku bleh sediakan tempat, belakang tandas awam automatik 20sen Jalan Sultan Ismail…
Ulasan: Tandas tempat kamu dan al-juburi melepaskan geram tu ke? kahkahkah.
la.. melepas geram? tu tempat melepas taik la… sama seperti hujah2 debat MAt Rempit dan Botox.. hujah2 yang dilepas nye semuanye taik belaka…
Nah, terbukti la ko fcuked boy tidak beradat..
tkyah debatlah KJ…..pembelit punye Melayu….buktikan dulu kau tu pembela melayu…bukan “ckp” diri kau tu pembela melayu…..”buat kerja” dulu yg menampakkan kau tu membela melayu…..
Kalau berpidato atau berdebat secara profesional ia bukan saja memberi nilai tambah kepada organisasi yang diwakili malah ia mampu menimbulkan rasa kagum dan hormat bukan saja dari kalangan sesama ahli malah seluruh warga tanpa mengenal batas usia dan warna kulit.
Ini berbeza kalau rasa hormat yang diperolehi menerusi aksi yang luar biasa seperti menayangkan simbol yang berkaitan dengan kekuatan fizikal yang mana impak positifnya agak terbatas kepada sesama ahli. Sedangkan, khalayak yang berada di luar organisasi mungkin beranggapan sebaliknya (tersinggung dan sebagainya).