Top

KJ terus mendahului dengan 4 pencalonan Mukhriz 3 Khir Toyo 1 pencalonan

October 10, 2008 by admin 

Keputusan Pertandingan Ketua Pemuda UMNO terbaru - KJ menang di Pengkalan Chepa sementara Mukhriz menang di Jerlun, menjadikan kedudukan  2 - 2 kepada KJ dan Mukhriz.

Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda dalam pemilihan parti Mac depan.    Dalam persidangan perwakilannya hari ini, yang dihadiri 182 ahli daripada 52 cawangan, Khairy mendapat 109 undi manakala ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir memperoleh 49 undi.Bahagian itu mencalonkan anggota Parlimen Muar Datuk Razali  ibrahim sebagai aib Ketua Pemuda

Sementara itu difahamkan bahawa pencalonan Kj di Kimanis yang sepatutnya diberikan kepada Kj telah di halang oleh Anipah Aman. Anipah Aman yang telah mengerahkan budak-budaknya untuk menutup pencalonan KJ di Kimanis, namun ianya tidak membabitkan bahagian-bahagian lain di negeri Sabah. Dari sumber yang kami perolehi, Anpiah telah menjalinkan kerjasama dengan Mukhriz Tun untuk membeli calon -calon dari Sabah yang nampak banyak berpihak dan menyokong  KJ.

Kelantan telah menujukkan sokongan yang positif dan Kj dijangkakan mendapat sokongan padu di Perak, N. Sembilan, Pahang, Sabah, Pulau Pinang, Terengganu, Selangor dan Melaka.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Comments are closed.

Bottom