Kimanis calonkan Rosnah, Sandakan calonkan Shahaniza
October 10, 2008 by admin
Pencalonan bagi saingan jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia bermula hari Khamis dengan mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kimanis mencalonkan Naib Ketua Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid Shirlin bagi merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Mac depan.
Namun begitu, satu lagi Puteri UMNO Bahagian di Sabah iaitu Sandakan memberikan pencalonan kepada Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Samsudin.
Puteri Kimanis menggandingkan pencalonan Rosnah dengan Ketua Puteri Umno Kedah Shahanim Mohd Yusof untuk merebut jawatan Naib Ketua Puteri UMNO manakala Puteri Sandakan menamakan Pengerusi Biro Pendidikan Puteri UMNO, Nolee Ashilin untuk jawatan Naib Ketua.



















Comments
Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.
Anda harus berdaftar untuk memberi komen.
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!