Khairy sedia rapatkan Pemuda BN
October 11, 2008 by admin
KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berjanji akan menyatupadukan serta mengeratkan hubungan di antara semua sayap Pemuda dalam parti komponen Barisan Nasional (BN), jika beliau menang pada pemilihan Mac depan. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, berkata mereka yang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno akan menjadi Ketua Pemuda BN dan perkara pertama yang perlu dilakukan pemimpin itu ialah untuk mencari jalan merapatkan semula barisan dalam BN menjadi satu parti yang sentiasa bergerak bersama.
“Kita perlu mengutamakan perpaduan dalam BN kerana selaku parti komponen, kestabilan parti amat penting untuk meyakinkan rakyat dan membuktikan BN serius dalam membela nasib rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan yang dirasmikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, semalam.
Sementara itu, mengulas ucapan perasmian Dr Koh yang mencadangkan supaya semua parti komponen BN digabungkan dan menjadi sebuah entiti, Khairy berkata, pandangan seperti itu tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana Umno terbuka terhadap sebarang pandangan demi kepentingan bersama.
“Perkara utama ialah kita mesti berfikiran terbuka kerana kita bercakap mengenai masa depan dan landskap politik yang baru. Kita mahu menunjukkan kepada orang ramai kita serius dalam menerima perubahan.
“Semua parti komponen BN boleh berbincang mengenai cadangan itu dan mekanisme yang akan digunakan pada Konvensyen BN pada 2 Februari tahun depan seperti yang dicadangkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.
Beliau berkata, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP) boleh menjadi model bagi identiti parti pelbagai kaum di negara ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pemuda PPP, Senator T Murugiah, berkata cadangan itu boleh dilaksanakan tetapi ia akan mengambil masa lama sebelum menjadi kenyataan.



















aku dengar KJ dah ketinggalan, betul ke? emm..camni, ada cara tak aku nk support mamat ni?
PERALIHAN KUASA
Apabila pemerintah bertukar kerajaan mahupun takhta bertukar tangan sesuatu yang rakyat dambakan adalah perubahan dan penambahbaikan atau ‘reform’ dan ‘improvement’.
Bidang memilih pengganti bukannya kerja mudah seumpama membuat telahan atau ramalan bilangan bintang di langit. Sebaliknya adalah amanah berat kerana yang memilih samaada suara rakyat atau pemerintah tertinggi yang bakal menerima kesan dari pilihan yang dibuat di kehidupan dunia ini mahupun kehidupan selepasnya.
Mengira detik bilangan hari peralihan kuasa bukan satu persoalan. Bulan Mac tahun depan bukanlah jauh di hujung dunia. Bukan pula lambat apabila dihitung purnama. Tetapi titik persoalan utama sekarang adalah kredibiliti yang dinanti daripada si pengganti.
Sesuatu yang dinanti adalah kredibiliti yang datang daripada keupayaan dan kejujuran pengganti. Malaysia mungkin mempunyai ramai kelibat pemimpin berkarisma dan bijak tapi apa yang bakal dituntut adalah keupayaan yang menjadi teras kekuatan pemimpin dan kejujuran yang menjadi dinding akhlak bakal si pengganti. Diharap Malaysia akan menerima pemimpin yang punya kedua-duanya.
Apapun yang pergi akan tetap dikenang dan yang datang bersilih ganti.
Khas buat Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi lafaz selamat tinggal diucapkan dan jika ditakdirkan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak akan menjadi pengganti atau bakal pemerintah lafaz tanhiah diucapkan.
Tambahan lagi kepada DS NAJIB ucapan….
GET READY ditalukan kerana rakyat khasnya TUN MAHATHIR MOHAMAD tidak akan duduk senyap kerana segala tindak-tanduk dan gerak-geri akan diperhati.
Layari→http://dospenang.blogspot.com
Sekian tQ
Cat.DoG(“,*
minyak bila nk turun lg ni? 78usd dah skrg…
ketinggalan pun x pa….mesti layak bertanding lah…no problem..
minyak x turun pun tak pa..kami orang BN duit banyak..wakakak
Macam mana nak jadi ketua pemuda kalau seumur hidup menang tak bertanding je (pru12 pun menang free gak sebab byk undi pos).
Nak rapatkan pemuda BN? Puih!!! Pemuda Rembau pun tak leh nak rapatkan…
Semua wakil PR yang menang itu pu kerana ada sistem undi pos, ah, ah, ah
Cuma yang tak dapat undi pos ialah che det.
Dia dah pencen hok, hok, hok.
pr menang pasal undi pos..?..sasau dah dikatoed ni..die punye kj jauh tertinggal..
KJ memang lebih layak berbanding Mukhriz , confirmed!!
mari kita menyusur pencapaian KJ ..
1998 - habis belajar
1999 - Special Officer - Pak Lah
2001 - kahwin dgn Nori
2003 - Deputy Principal Private Secretary - Pak Lah
2005 - ada RM9.2 Juta ( juta bukan ribu ) beli saham ECM Libra - KJ boleh tulis buku - ” How to be Multi Millionaire within 6 years if u close to Prime Minister ” - confirmed Book of The Year - masa ni mata KJ mungkin gelap sikit sebab dia pernah keluar statement, ” I can make millions .Saya boleh jadi jutawan segera kalau saya mahu.Saya ada prinsip dan yang utama impian untuk sama berjuang dalam Umno mengatasi segalanya” Agendadaily . Bab KJ letak kekawan kat GLC company - semi GLC , 10% semua tu tak betul KJ seorang yang ada prinsip tak mungkin KJ buat
.
2006 - langkah pertama nak bermula dgn Kementerian Belia & Sukan
mulakan MyTeam-TV3
2007 - MyTeam merge dgn Perak UPB FC - UPB-MyTeam FC , September 2007 terus jadi Vice President - FAM , satu lagi buku KJ boleh tulis ” How to be FAM Vice President within 2 Years ” , bukan setakat Lagenda bolasepak Kedah , Allahyarham Datuk Basri Akil tak boleh buat , Shebby pun terkedu nak komen, Scolari pun pening taktik yang KJ pakai . Bolasepak Malaysia memang lagi maju bila KJ masuk FAM , terserlah kepimpinan KJ 2 tahun duduk FAM , memang semua pasal bola kat Malaysia ni lagi meriah , ranking dunia pun makin tinggi - bertambah
2008 - jadi calon PRU , Pak Lah letak calon yang agak luarbiasa - rakyat tak kenal , kebanyakannya bukan pimpinan UMNO kawasan , muda , tak dikenali ( tapi semua pilihan ni tak ada kena mengena dengan KJ ” decision Pak Lah sesorang ”
,yang juga tak bermaksud nak balance pencalonan KJ + dengan perancangan masa depan akan sokong KJ nanti, duo PM - Anak Menantu dimalukan , keputusan PRU tak macam yang Pak Lah rancang terbantut perancangan KJ nak masuk kabinet , kalau tak dah memang tentu KJ jadi Menteri Belia & Sukan.
2009 - KJ mesti menang Ketua Pemuda … Hidup KJ, Hancur UMNO !!