Khairy bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia
October 8, 2008 by admin
Inilah yang pernah kami katakan bahawa Tun juga bertanding jawatan Ketua pemuda UMNO Malaysia dan seruan Tun kepada mereka yang mahu bertanding supaya bertanding secara bersih juga adalah cakap-cakap yang tidak serupa bikin. Dalam Blog beliau Tun telah menyindir Khairy Jamaluddin sebagai Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan .
Mukhriz akan kalah sekiranya permainan kotornya terus di mainkan dan sekiranya Tun terus menyerang calon yang menajdi lawan kepada beliau. Tun yang cuba bermain kotor sebenarnya takut akan kekalahan anak beliau dalam pertandingan ini. Sekiranya Tun tidak mempunyai harapan Mukhriz akan menang dan KJ akan menang , betul lah apa yang dijangkakan oleh Tun itu.
Tidak kita nafikan Tun sememangnya bijak dan jangkaan beliau sememangnya tepat. Sebaiknya Tun yang seketika mahu menajdi orang yang baik dan menasihat agar calon tidak bermain kotor tetapi beliau sendiri yang mengamalkan politik kotor. Sila baca petikan tulisan Tun di blog beliau -
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Khairy Jamaluddin, yang dijangka berhadapan dengan saingan anaknya, Datuk Mukhriz dan beberapa calon lain, akan menang pemilihan Ketua Pemuda Umno Mac depan.
“Meskipun anak saya akan bertanding (jawatan Ketua Pemuda), saya tidak ragu-ragu bahawa Khairy akan memperoleh kemenangan,” kata bekas Presiden Umno itu dalam tulisan terbaru blognya hari ini.
Dr. Mahathir yang telah banyak mengkritik kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy menambah:
“Saya tidak tahu sama ada orang ramai ada mendengar pencuri yang mengatakan “pencuri!”,” kata beliau yang bersara Oktober 2003 dan kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional oleh Abdullah.
Bagaimanapun pencuri berkenaan berjaya melepaskan diri sebab orang ramai mengejarnya dari arah bertentangan.
“Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan,” katanya lagi.
Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak ketinggalan mengucapkan “semoga berjaya” kepada Khairy yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno, kedudukannya yang dimenangi tanpa dicabar empat tahun lalu.
Selain Khairy dan Mukhriz yang masing-masing merupakan anggota Dewan Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dua pemimpin yang lain termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo.
“Anda (Khairy) seorang yang pintar dan layak untuk dianggap sebagai graduan pintar daripada institusi agung, Oxford University dari Great Britain,” katanya.
Malah dalam tulisannya Dr. Mahathir berkata, beliau turut kongsi sedih dengan nasib Khairy yang mengatakan beliau dihalang daripada menemui ahli-ahli Pemuda.
Perkembangan itu kemungkinan akan menyebabkan beliau kehilangan peluang bersaing jawatan yang diingini, katanya.



















Sepatutnya ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Namun, ada juga yang sengaja-sengaja buat atau memaksa kuah tumpah ke dalam nasi.
Politik, politik.
Saya yakin Khairy boleh menang dan jika kita kira undian di akar umbi Kahry kini memperolihi 85 peratus undi dan pasti beliau akan menjawat jawatan Ketua pemuda UMNO, Tun memang tahu akan sukarnya Mukhriz untuk menentang Khairy,
memang pun……..KJ akan menang dan akan jadi ketua pemuda…………….sippet TunM bertajuk “KHAIRI’S DILEMMMA’ dengan citer sang pencuri yang brilian tu…..memang tak releven untuk KJ……. ia releven untuk TunM dan Mukriz……… sebab snipet itulah sebenarnya……….TUNM’S DILEMMA…………… macam citer apik tua jual …..terong dan limau banyak besar…………. ada yang faham lain…….ada yang sangka lain…………………..las-las………….apik cina tua tu……………kena baham harimau………… jadikan lah citer lawak tu……………sebagai teladan……
Pujipuja alpa membunuh waspada…………..
pak lah dah letak jawatan, perwakilan tak perlu lagi takut nak calonkan orang lain. Keldai Junior tu mesti tengah panas. Sibuk kumpul duit agaknya. Duit raya RM1000 masa raya kat rembau belum cukup nak beli undi.
Nasihat buat perwakilan, kalau dia bagi duit sebat aje. Tapi undi calon lain yang tak rasuah. Cukup la UMNO dijahanamkan oleh Keldai Junior ni. Bak kata pak lah, inilah masa untuk kukuhkan UMNO dan BN.
Umum keputusan sebelum pertandingan
Usaha terdesak KPMU untuk kempen Kj di hujung-hujung talian hayat . Mesyuarat agong peringkat bahagian pun belum kpmu dah umum keputusan . Rasanya editor kpmu ni dah kemaruk sangat menyokong kj yang banyak mendatangkan duri dalam daging dalam UMNO .
Kpmu seharusnya rasional dan bijak berfikir bukan membuat provokasi yang bodoh dan tidak siuman begini . Rasanya Kj seharus juga menarik diri dari bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana KJ yang bertanggungjawap atas kejatuahan Pak Lah .
Khairy ni OK lah
yg KO bapak sampah PKR tu ;p
KJ menang lingkup UMNO….pucuk dicita ulam mendatang…
kj ok?…bukan umno lingkup..silap2 malaysia pun sama melingkup