Kes Bunuh Altantuya: Abdul Razak Bebas, Azilah Dan Sirul Azhar Diperintah Bela Diri
October 31, 2008 by admin
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi disini hari ini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap tuduhan itu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin yang membuat keputusan itu berkata beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.
Mahkamah menetapkan 10 Nov ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri.
Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri.
Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di sini antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas.
Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Okt dan 9.45 malam 19 Okt tahun 2006.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati.
Altantuya, ibu kepada dua anak lelaki masing-masing berusia 4 tahun dan 10 tahun, mendapat latihan sebagai guru dan penterjemah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Rusia di National University of Mongolia.
Mayatnya dilupus dengan cara diletupkan dengan bahan letupan. Cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.
Kes sensasi itu mendapat liputan meluas kerana Altantuya dilaporkan datang ke Malaysia untuk mencari Abdul Razak yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.
Mahkamah telah mengambil masa selama 151 hari bermula 4 Jun tahun lepas untuk mendengar keterangan daripada 84 saksi pendakwaan sebelum menangguhkan keputusan itu sehingga hari ini selepas kes pendakwaan ditutup pada 23 Jun lepas.
Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar, Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican and Ahmad Zaidi Zainal manakala Abdul Razak diwakili peguam Wong Kian Kheong.
Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid.
Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh adalah peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.



















ntah la x tau nk ckp aper…
kalo 2 pegawai poliss tu jer yg slh, aper kena mengena polis tu ngan altantuya…
polis tu plk x pernah tunjuk muka
pastu ketua hakim plk, dilantik dgn kontroversi..
x tau la apa nk jd.. seme blh dibeli
tp mesti ader yg sokong dgn keputusan ni…
tunggu jer la balasan seme skali org2 m’sia
La….
sebelum mahkamah buat keputusan pun aku dah tahu.
Terima kasih kepada Magic SMS by Najib Tun Razak..yang ayat akhiran berbunyi begini…” free at the end,no worries”..betul ke?
kalau Rzak Baginda kena Hukum….barulah aku terkejut bagaimana skrip yang di buat tidak diikuti oleh Artis dan para pelakon..
hahaha!
Jangan nak memandai-memandai buat komen yang bukan-bukan tentang keputusan Mahkamah. Tak pasal-pasal nanti kena tuduh menghina Mahkamah pulak.
mongolia punye keje.. hahaha..
dah boleh dijangkakan..apa nk heran dgn sistem perundangan malaysia
tehmanjalara on November 1st, 2008 11:19 am
Jangan nak memandai-memandai buat komen yang bukan-bukan tentang keputusan Mahkamah. Tak pasal-pasal nanti kena tuduh menghina Mahkamah pulak.
mat rasuah:
Bukan nak hina…ini berdasarkan fakta. Mahkamah malaysia bukan boleh dipercayai…kroni boleh lepas..rakyat menderita.
Yang palling lawak sekali pita Lingham “correct! correct! correct!”… wujud pula kem-kem dalam perbadanan Hakim Malaysia…itu nasib baik Judge chin yang keluarkan isu….tu pun dah kena buang …sbb membocorkan rahsia…kebobrokan sistem kehakiman malaysia.
SERUPA JUGA KES LIWAT, KEADILAN ADALAH MILIK SEMUA
BUKAN HAK TERTUDUH ATAU PENUDUH SAJA
Banyak kematian yang berpunca daripada pembunuhan diserata dunia tetapi tidak dapat ditentukan pelakunya. Ia satu yang lazim. Walaupun naluri manusia mahukan kepastian tetapi manusia harus faham batasan kemampuan mereka.
Mari perhalusi pandangan Mufti Perlis (Utusan 2/11) agar ianya memberikan sedikit klu tentang peranan dan sempadan yang perlu diketahui dalam usaha membasmi perkara mungkar.
Nah, kalau pun beria-ia mahu menghapuskan kemungkaran, janganlah sampai melanggar hak dan ‘privasi’ individu. Contohnya, kalau tak dapat tengok kemungkaran seseorang menerusi pintu premis (secara terbuka), tak perlulah panjat bumbung untuk mengesahkan kemungkaran telah berlaku. Itulah yang dapat difahamkan mengenai pendapat Tuan SS Mufti tadi.
Keadilan mesti meliputi semua pihak tetapi bukan hak mutlak satu pihak saja. Justeru dalam usaha mencari keadilan untuk satu pihak janganlah sampai berlaku ketidakadilan kepada pihak yang satu lagi.
Ini amat penting. Mangsa tetap dengan statusnya yakni tidak berubah — jadi mangsa. Oleh itu jangan pula ada insan lain yang akan menjadi mangsa akibat ketidakadilan pihak tertentu yang berusaha mencari keadilan bagi mangsa pertama.
Kegagalan satu pihak mendapat keadilan bukan bermakna ia tidak akan mendapatkan keadilan itu untuk selama-lamanya. Tanggapan itu salah. Keadilan tetap dan pasti menjelma. Cumanya cepat atau lambat saja
Keadilan kalau tidak diketemui ‘di sini’ makan nun ‘di sana’ nanti akan terserlah jua. Jadi, kenapa melatah seolah-olah tidak percaya kepada kebesaran dan keadilan Tuhan sekalian alam?
Ada ketikanya adat dunia sukar difahami. Satu atau dua kes yang tidak diketahui pelakunya (limit perundangan) diperbesarkan oleh media Barat sehingga mengatasi keutamaan laporan kes pembunuhan beramai-ramai di Iraq, Afghanistan, Palestine dsbnya. Siapa peduli?
Wal hal di negara yang disebutkan itu pelakunya amatlah ketara (manusia terlatih yang dikerah untuk membunuh) dan mangsa mereka bukan saja berkecai malah mengewap dibakar bom napalm dll.
Pertanyaannya, kenapa pula tidak ada yang berani menggunakan upaya fizikal untuk menuntut keadilan bagi para mangsa atau setidak-tidaknya lantang bersuara membantah ketidakadilan segolongan negara kuasa besar? Ya, siapa peduli?
Memang menjadi agenda Barat untuk memperbesarkan satu atau dua kes pembunuhan yang dianggap terpencil. Tujuannya bagi menutup ribuan kematian yang dilakukan secara terancang dan secara terbuka. Siapa yang nampak agenda tersebut? hmmm, semua buat-buat tidak nampak adalah.
“Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost “.
Itu lah magic sms yang telah Najib hantarkan oleh Shafie peguam Razak Baginda. Apakah Najib sekali menunjukkan kebolehan beliau dalam silap mata dan dapat meramalkan apa yang akan terjadi kepada nasib seseorang?
Seperti yang berlaku kepada Sepul anak sedara uncle pon…ehhh! uncle pet, najib telah menunjukkan keperihatinan sebagai pemimpin malaysia kepada rakyat dengan memberi motivasi tertutup kepada sepul yang kononny di liwat.
Ada juga manusia yang tidak paham apa itu magic sms dan kaitannya dengan perbicaraan Razak Baginda. …adoi!adoi! sakit kepala la…
Razak Baginda ini siapa? Apa kaitan dengan Najib Razak? Apakah kaitan Razak baginda dengan Shafie dan Najib pula? Siapa pula Sahfie ini? Kenapa ada sms dari Najib kepada Shafie berkaitan dengan keuutusan kalah atau menang Razak Baginda yang lebih awal?
Inilah persoalan nya…kenapa?Judge belum buat keputusan bos kepada yang tertuduh sudah tahu keputusan nya? Apakah Bos itu mempunyai sifat tuhan ataupun rasul Tuhan? Atau Bos itu menerima wahyu dari tuhan speerti mana yang berlaku kepada Muhammad di perang badar?
keadilan itu perlu ada justifikasinya…jika di dalam Islam pun,salah satu komponen dalam perhakiman Islam yang paling penting adalah salah satunya adalah saksi. Saksi perlu mempunyai rekod yang bersih dari penipuan, rasuah, amanah, keselamatan nya tidak terancam dan jujur. Dan sistem itu perlu bersih dari rasuah, penipuan dan tiada ragu. Tapi apakah sistem kehakiman Malaysia bebas dari unsur2 berikut semenjak lima tahun lepas? Tidak!! Saksi utama menghilangkan diri selepas beberapa siri kejadian yang aneh dan luar biasa. Sistem Kehakiman Malaysia di sabit oleh beberapa siri perbicaraan pembelian hakim oleh beberapa individu yang kaya dan penuh dengan kroni UMNO.
faham-fahamkan lah…
sirul ngan azilah kenal ke altantuya?
x kan x kenal, tiba2 nak bunuh…
pastu naper muka sirul ngan azilah kena tutup, kenalkn la pd rakyat lps didapati berslh sblum jlnkan hukuman… kalo org x kenal sirul ngan azilah tu, mmg la perundangan malaysia dh teruk sgt…
pelabur asing akan lari kalo undang2 mcm ni, skrg kes ni, dunia tgk tau…
pastu najib plk jd PM
hahahahahahaha abis, hancur…
skrg internet ada, berita cpt jer tersebar, 1 dunia blh tau…
bron…
lu persoalkan mcm tu…
kalo lu nak tau, tu la tanda2 nk kiamat…
jd, kita sebagai org islam, jgn la nak ikut apa yg x betul…
kalo kita ikut, kita sm jer mcm diaorg…
pada satu zaman org yahudi dijadikan bijak pandai, dan boleh menguasai dunia…. jadi pada masa itu umat islam (bkn umat melayu) harus berwaspada supaya tidak terikut jejak langkah diaorg)
tu dh tercatat… kalo lu blh lawan kuasa Allah, nauzubillah…
dan sampai 1 masa pula dajjal itu keluar, syurganya adalah neraka, dan nerakanya adalah syurga… lu paham x maksud tu bron…
kalo lu rs dgn buat kejahatan, lu blh bahgia, masa tu lu kena hati2 bron… gua bkn ckp pd lu sorg, tp pd seme la…
Walau pun kita ni pembangkang tetapi jangan cepat membuat kesimpulan berdasarkan apa yang kita mahukan.
Suami yang paling rapat dengan isteri contohnya kes OJ kat AS dan walaupun satu dunia agak dia yang lakukan pembunuhan isteri beliau tetapi undang2 dunia menetapkan sebaliknya — beliau bebas.
Nampaknya kes model Mongolia belum berakhir. Keputusan belum dibuat. Namun, perlu diingat bahawa keadilan bukan saja layak dituntut oleh pihak famili model berkenaan tetapi keadilan juga adalah aspek kritikal yang harus dipastikan sampai kepada kedua-dua tertuduh.
Ingat bahawa mereka yang sudah pergi tetapi pergi dan tidak akan kembali tetapi jangan pula yang masih hidup membuat kesilapan dengan meletakkan hukum dalam tangan masing-masing.
Sejarah telah melihat bagaimana di serata dunia terdapat mereka yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh tetapi akhirnya dibebaskan kerana pihak mahkamah terkhilaf dalam membuat keputusan.
Kalau pembangkang mahukan keadilan, mereka mesti bersedia untuk berlaku adil dalam hujah mereka. Keadilan bukan milik PR atau Ameno tetapi ia sebahagian kerangka universe.
Walau pun kita ni pembangkang aku x kenal sape itu at.. atual.. tgk aku nak sebut pun susah, ni kan kenal..
Walau pun kita ni pembangkang.. imuc xpyh la nk gaduh2.. rilex bro.. tgu la pas bln 3… br ko blh kutuk aku.. sekarang kite kutuk KJenglot dulu…
Walau pun kita ni pembangkang siapa cakap perundang malaysia teruk? ok ape.. tgk bff aku xkena tuduh.. polis pangkat rendah yang kena..
Walau pun kita ni pembangkang..
“Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost “
mande nie.. aku xantar sms nie pun.. ape bukti?
PEMBERSIHAN PREMIS RENDAH MORAL DI NEGERI PR
DICEMOH PENYOKONG SENDIRI?
Kalau ada rakaman suara yang berbunyi: “Saya tak kata saya tak pernah pergi ke banglo tersebut”. Ia adalah sesuatu yang menggemparkan kalau ia keluar daripada mulut TERTUDUH dalam kes salah laku seks.
Nah, kerana al -jubu-99 akan duduk dalam kandang tertuduh makanya pernyataan seperti ini amat relevan dalam konteks pembuktian terhadap kes rendah moral pembangkang!!!
Pembangkang hanya mendapat sokongan daripada kalangan yang tidak mengambil kira ASPEK MORAL sebagai kriteria pemilihan pemimpin mereka. Mereka dapat apa yang mereka pilih — insan sewaktu dengan al-jubu**.
Kini impak daripada pemilihan yang dibuat oleh penyokong pembangkang sudah jelas. Keruntuhan moral membarah dalam negeri yang mereka kuasai. Semua ini kerana mereka melihat aspek moral daripada kaca mata nafsu tetapi bukan dari kacamata murni.
Nah, apabila pihak berkuasa negeri yang dikuasai pembangkang mengacah mahu menegakkan aspek moral ramai yang membantah sehingga melimpah-ruah komentar negatif dalam laman-laman blog pembangkang.
Apabila kerajaan pembangkang ‘beretorik’ menghapuskan pusat-pusat yang merupakan prasarana penggalak keruntuhan moral di Pulau Mutiara, perkara yang sepatutnya mendapat restu bertukar menjadi penentangan.
Ya, berbondong-bondong komentar cemuhan yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan yang datangnya daripada penyokong pembangkang sendiri (rujuk blog pembangkang)!!!
Nota kaki: Harap-harap pencacai Pas bukalah mata tuh.
Kalau ada rakaman suara yang berbunyi: “Saya tak akan naik kan harga minyak untuk tahun 2008, Saya tak kan bubarkan parliment, Saya tak bagi Singapore ambil Pula Bt. Seputih dan Saya Tak akan berkahwin lagi”. Ia adalah sesuatu yang menggemparkan kalau ia keluar daripada mulut seorang Perdana Menteri.
Nah, kerana Bodowi memberi kenyataan seperti ini amat relevan dalam konteks pembuktian terhadap kes rendah moral MAMAT2 UMNOputra!!!
MAMAT2 UMNOputra hanya mendapat sokongan daripada kalangan yang tidak mengambil kira ASPEK MORAL sebagai kriteria pemilihan pemimpin mereka. Mereka dapat apa yang mereka pilih — insan sewaktu dengan Bodowi n Najis.
Kini impak daripada pemilihan yang dibuat oleh penyokong UMNOputra sudah jelas. Keruntuhan moral membarah dalam negara. Semua ini kerana mereka melihat aspek moral daripada kaca mata nafsu tetapi bukan dari kacamata murni.
Nah, apabila pihak berkuasa kerajaan mengacah mahu menegakkan aspek moral ramai yang membantah sehingga melimpah-ruah komentar negatif dalam laman-laman blog seperti KPMU.
Apabila kerajaan ‘beretorik’ menghapuskan pusat-pusat yang merupakan prasarana penggalak keruntuhan moral di Seluruh Negeri, perkara yang sepatutnya mendapat restu bertukar menjadi penentangan.
Ya, berbondong-bondong komentar cemuhan yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan yang datangnya daripada penyokong MAMAT2 UMNOputra sendiri (rujuk blog KPMU)!!!
Nota kaki: Harap-harap pencacai UMNOputra bukalah mata tuh.
ROKET DAP IBARAT TELAN MATI KATAK, LUAH MATI PR
Setelah kecewa dengan kegagalan meletakkan Anwar dipersada kuasa Putrajaya Pas yang kini kehabisan modal politik mengalih perhatian kepada isu angkasawan.
Kini mereka sedar roket DAP adalah model yang ketinggalan zaman. Tak mampu menghantar pembangkang ke angkasa. Peluang mengibarkan panji-panji PR di lapisan stratosfera bumi telah terkubur.
Namun, apakan daya bagi Pas walaupun sudah luntur dan layak dilupuskan tetapi Pas masih mempunyai perasaan cinta terhadap roket DAP. Agar tidak kehilangan semua darjat, setidak-tidaknya Pas boleh menyimpannya sebagai barang antik.