KENYATAAN MEDIA DATUK SERI ABDULLAH
October 9, 2008 by admin
Saya telah berkhidmat kepada negara lebih dari 45 tahun. Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang wakil rakyat. Saya telah bertugas sebagai ahli pentadbiran sehingga, Alhamdulillah, saya berpeluang untuk memegang jawatan yang tertinggi di dalam kerajaan. Saya telah melihat Malaysia melangkah maju dari sebuah negara yang miskin kepada sebuah negara yang moden dan disegani.
Walaupun prestasi pencapaian negara adalah membanggakan, saya percaya bahawa negara kita berada di sebuah persimpangan. Kita perlu berani membuat perubahan, kita perlu mempercepatkan evolusi dan proses pematangan. Sekiranya kita gagal membuat perubahan tersebut, segala pencapaian kita selama lebih 50 tahun mungkin tergadai.. Dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati.
Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung yang akan datang. Saya tidak mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional berpecah belah. UMNO dan Barisan Nasional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran-cabaran global, agar kita berjaya menjadi sebuah negara yang maju – sebuah negara yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.
Tempoh saya sebagai Presiden UMNO akan tamat pada bulan Mac 2009. Namun, ada beberapa inisiatif yang saya ingin laksanakan sebelum saya menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal pengganti saya. Inisiatif-inisiatif ini adalah penting untuk membolehkan negara kita terus melangkah maju. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki daya saing negara dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran-cabaran luaran yang pasti mendatang. Saya menyeru seluruh rakyat agar bersatu bersama saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.
Pertama, institusi negara perlu diperkukuhkan:-
Badan kehakiman perlu memperkukuhkan kedudukan dan kredibilitinya di mata rakyat. Saya akan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus.
Negara juga memerlukan sebuah institusi yang dapat memerangi gejala rasuah dengan efektif. Oleh itu, saya juga akan membawa rang undang-undang ke parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang akan mempunyai kuasa penyelidikan dan penguatkuasaan yang lebih besar berbanding kuasa yang sedia ada pada Badan Pencegah Rasuah.· Saya juga akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.
6. Kedua, saya telah begitu kerap dan sering menegaskan bahawa kekayaan dan hasil kemakmuran Negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata Negara. Ketika membentangkan Bajet 2009 yang lalu,saya telah menjelaskan tentang komitmen Kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan Jaringan Keselamatan Sosial. Kita akan meningkatkan usaha bagi memastikan perlaksanaan inisiatif ini dapat disegerakan bagi membantu rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama. Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas akan dapat mula dinikmati di Iskandar, dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di serata Negara.
7. Ketiga, saya ingin melihat Kerajaan dan Barisan Nasional memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah Negara yang bersatu dan harmoni. Hakikatnya, kita telah sama-sama melihat bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan agama semakin merosot dan terhakis. Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini. Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang, melalui dialog; tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil; bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas, tanpa sebarang keraguan; dan berikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua. Bagi tujuan ini, saya akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional pada awal tahun depan. Ini sememangnya satu usaha jangka panjang yang saya harap dapat saya mulakan dan akan terus saya berikan sumbangan bagi memastikan kejayaannya.
8. Saya serius dan komited untuk mencapai segala misi yang saya gagaskan, dan saya yakin bakal pengganti saya akan meneruskan usaha-usaha ini. Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya, Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama; melainkan peraduan dan keharmonian. Ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit. Ini adalah masa untuk memperkukuhkan peraduan dan kerjasama antara kita Ini adalah masa untuk kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, mengatasi segalanya.



















KPMU,
terima kasih kerana telah berulang kali kenyataan sampah abdullah badawi kita lihat dan di paparkan oleh pihak media. Pertama kali, bila Lelah mengambil alih jawatan PM dr Tun Mahathir.
Berkobar-kobar semnagatnya, itu sebelum melihat kuasa dan duit yang akan dimiliki. Ayat-ayat dipaparkan dan menjadi flamboyant pemerintahan Lelah…rasuah akan di hapuskan….ISA dan sistem Pengadilan Malaysia…telus dan mesra rakyat…Bla…Bla…Bla…pot…pet…pot…pet…Uncle pot…uncle pet sepul…
Setelah menang besar pada pilihanraya pertama ketika menjadi perdana menteri. Beliau menjadi lupa…Ingatkah kita dengan speech Tun M “Melayu Mudah Lupa”?? Rupa-rupanya speech ini ditujukan kepada Dollah Hdhari.
Beliau telah terlupa hanyut dalam tidur…hanyut dan dibawah arus kuasa dan hilang arah dlm mencari kebenaran. Beliau telah menjerut kuasa rakyat…telah menaikkan harga Minyak dari Rm1.30 sehingga RM 2.70 (kerana bodoh pengiraan Matematik).
Semua kontrak di anugerah kepada anak-anak dan anak menantu. Pada 6 bulan pertama selepas peralhan kuasa, saham Scomi naik sehingga 300%, membuatkan ia menjadi sebuah kompeni yang membuat profit yg tinggi pada tahun 2004. Kempen minat isteri (endon ketika itu) di invest berpuluh juta RM menggunakan duit rakyat.
Pembelian private jet utk kegunaan keluarga dan sendiri, isu makan angin di Australia tatkala Johor dilanda banjir paling teruk dlm sejarah menambahkan lagi kebencian orang ramai terhadap Imam hdhari ini.
kemunculan Islam versi sendiri yang di panggil Islam Hdhari membuatkan orang Islam keliru, kerana Isteri tidak menutup aurat, tudung jambulnya keluar macam balun ayam jantan…lagi mengkonpiuskan keadaan.
Abdullah tenggelam dalam kesesatan dan kekayaan yang dibina utk keluarganya dan kroni. pembelian share media Prima (share media perdana arus tempatan) oleh menantu …..lagi menambahkan kekusutan rakyat yg sebelum ini mendengar dr mulut beliau sendiri bahawa beliau adalah telus. Beberapa kali juga, beliau asyik tertidur dalam mesyuarat negara dan antara bangsa telah menjatuhkan maruah negara.
…….And Finally, Pak lah telah turun takhta,……lagi aku tidak pernah mengambil kata-kata pak lah sebagai satu janji….aku hanya ambil kata-kata pak lah sebagai lawak jenaka utk minggu ini, dan bahan kutukan aku di masa hadapan.
Ini kerana, aku tidak percaya yang pak lah mampu buat….sbb Pak Lah adalah pengganti sementara Dr M ke Perdana Menetri yang ke-6. Dan aku rasa pak lah tak layak menjadi Perdana Menteri Ke - 5 . Therefore, Perdana Menteri ke-5 hanya bermula selepas march 09….
sekian,
mat rasuah
sambungan:
Dalam adat Perpatih di Jelebu Dolah ini tidak akan duduk di anjung rumah bersama kepala adat. Dia akan duduk di tepi pintu untuk mengangkat dulang dan cawan. Kalau di penanggah di kampung saya Dolah ini akan menjadi pengacau beras di kawah ketika kenduri kendara - tidak lebih dari itu.
sambungan lagi:
…..Ada kesedihan juga dalam hati saya apabila Dolah berundur. Saya sedih dan kasihan melihat Dolah yang ‘cacat’ di tibai Muhyidin yang menjadi barua Mahathir Muhamad. Dolah terkapai-kapai hilang nafas. Penasihat politik Dolah hanyalah budak yang baru bersunat politik – tidak dapat melakukan apa-apa selain dari meminta tanda tangan akhir dari Dolah untuk projek-projek skim cepat kaya.
soalan cepu emas kepada bebudak KPMU:
1) Apakah agaknya yang akan kita ingati tentang Abdullah Ahmad Badawi sepuluh tahun dari hari ini?
2) Dah minta tanda tangan belum dari Dolah untuk projek-projek skim cepat kaya?
Dalam 10 tahun kite akan ingat BODOWI Sebagai PM yang amat TERUK dalam Sejarah MAlaysia.. Kite akan buat kat dia sebagai teladan dalam buku sejarah kerana JANGAN SESEKALI TIDO SEMASA MENGURUSKAN HAL EHWAL NEGARA.
Dont do the PAK LAH
NI TACTIC BODOWI.. Hangpa dah tau ramai mau LOMPAT PArti g PR.. So Nanti Sidang Parlimen Bang Nuar tak bleh buat MOTION OF NO CONFIDENT TO PRIME MINISTER!!!!!!!! Sebab BODOWI mau letak jawatan… PENGECUT BODOWI!!!!!!!!!!!!! NI lah perdana menteri malaysia pertama tak tau malu, tak ade telur!!!!!!!! telur dah kendur!!!!!!!!! Huhuhu!!!!!!
Cadangan ikhlas
1.Tan Sri Muhiddin Yassin sila kemukakan percalonan sebagai Presiden UMNO
2. Dato Seri Najib Tun Razak sila kekalkan percalonan sebagai Timbalan Presiden UMNO
3. Dato Seri Rais Yatim, Ketua UMNO Bahagian Cheras dan Dato Seri Ali Rustam, sila kemukakan percalonan tuan-tuan sebagai Naib Presiden UMNO
4. Dato Mukhriz Tun Mahathir sila kemukakan percalonan Ketua Pemuda
5. Dato Puad (Bahagian batu Pahat) sila kemukakan percalonan Naib Ketua Pemuda.
x jgk ady…
satu taktik lg
paklah mintak belas kesian supaya org sokong dia dan bagi pencalonan dalam pemilihan nnt…
kalo cukup pencalonan pastu mng plk tu, ikut undang2, dia blh terus berkuasa…
ko tau la kan, paklah ni, ari ni kata lain, esok ckp lain.. bknnya x biasa…
dia bkn malu pon perbodohkan rakyat… dia ingat rakyat x tau…
buat karangan, pastu baca mmg la sng mcm karangan kat atas tu..
ckp pandai la!… cuba buat! janji mcm2, tp buatnya tidak.. minyak bila nk turun?
janji setiap awl bulan? ntah hape haper ntah
gua sokong cadangan ikhlas lu catdog..
sbb gua x rasa najib layak jd pm
Mat Rasuah & Ady
Wat pa tulis macam conteng atas kertas kajang tetapi merapu tak dak fakta kecuali fitnah yang busuk.
Tulisan kamu sama seperti menuduh Tonik-pas tak dak gigi, takdak taring, pakai lilitan liberal kat kepala, beri bisnes kat kroni dan menantu, makan duit rakyat, tua bangka dan bla,bla.
Ady,
Tok sah jadi katak yang berangan-angan nak buat lompat bergalah le, lompat kijang le.
Kamu kan tahu katak jantan PR hanya pandai lompat atas belakang katak yang sejenis aja, hehe.
p/s: katak PR yang tak suka komunikasi sejenis eloklah berhijrah aje.
Faktoed,
Bukan aja banyak katak kat dalam laman PR, malah sejak kebelakangan ini depa jadi keliru bagaimana mahu ‘mendewa-dewakan’ pemimpin retorik mereka itu.
Nasib baik le dah ada alim ulama yang buka mulut terhadap pembinaan potret gergasi Nuar. Kalau tidak lima negeri PR akan di penuhi dengan arca gergasi mata lebam.
Tak cukup ngan itu, dengar cerita dah ada rancangan nak dirikan panji gergasi Tonik-pas, Mr Fatwe-pas, Lim Dap Dewa sebagai menandakan penguasaan PR.
Ish, ish dunia pembangkang dah terbalik ke?
Fcutoed…
mau fakta??
Harga minyak, inflasi, kadar graduate menganggur, pembangunan tiada, mat rempit berkeliaran (nie menantu BODOWI punye Idea), JENAYAH(kes rompak, culik,bunuh sebab beban kehidupan tinggi), kemasukkan RAKYAT ASING SECARA ILLEGAL NAIK(dalam tempoh 4 thn BODOWI)
Benda depan mata la.. KO JE buta.. ko blajar sampai darjah 6 gak ke seperti ahli2 umno sekarang ni?
dan lagi satu aku tak suke sangat ko depa nie.. suka salahkan orang lain.. tak pandai take own responsibilities..
aku tak paham la orang melayu UMNO nie.. patut la negara nie dah nk lingkup..
hmm… potret gergasi?? TUGU negara tu bukan macam patung berhala? siap letak kalung bunga. tu bukan tanah berkuburan la untuk letak bunga.. so macam memuja la…
cube pikir dan lihat..
Heh, heh,
Terserlah sifat sebenar spesis PR. Melalut ikut buntut apabila marah. Geli le wei.
tugu negara 2 sume pejuang dol..yg dok buat patung si nuar buek apo..taksub sgt 2…
Tentu ada beza antara potret, lukisan, replika dan patung.
Buat apa le bina replika yang mana pakaian, tali leher, wajah dan potongan badannya sebijik macam potongan badan Anwar? Dah ada kebenaran dari dia ke?
Udah tu replika didirikan seolah-olah bagi menyaingi ketinggian sebuah patung dewa berhampiran. Apa faedahnya? PR, PR…mengarut le hujah korang.
Adi….adie……ko kata kat aku ko tak sokong Anwar……………….sebab aku sebut ……you kiss you pay…….. lah ni….ko nampak macam gelojoh dan mula naik brahi lak………puhhhhh…….meroyan-royan…….berdozen-dozin…… ko login……..sebut-sebut nama Anwar tu…….bang nuar…….. ohhh….bang nuar……..macam dah ston lak….ko macam nak sesuatu aje……nie…… eeeeee…..buccccccukkkkkkkkkkk laaaa.
aik? bile mase lak ku kata sokong anwar oi semat.. aku nak sama kan kebodohan melayu la wei.. ko buat tugu tu sama la dgn PR buat gambar gergasi tu.. nyways ade ke aku sebut name org PR?? btul ke kalo BODOWI jatuh dia jadi PM?? bodoh la korang nie.. kitaorg tak mau BODOWI or UMNO memerintah saja!!! pgl TUN Mahathir balik pun kitrg terima asalkan bukan BODOWI and GANG!!!
MEnjahaman kan NEGARA..
Nie sibuk2 pasal org PR nie nape?? macam orang KPMU ja sebut2 name dia.. Hai suke ke kat dia?? cube tgk comment seorang.. SEMAT, BRON, FCOK je sebut name dia.. MINAT KE?? haha xper2.. kite minda terbuka.. tp jangan lah sampai *tuuuuuttt* plak ye…
Main thing is BODOWI Telah menjahaman kan RAKYAT MALAYSIA..
Ady,
Tak kisah le ko nak tuuuutt Tun ke, Tonik ke, Al-Juburi ke…bagi aku secara peribadi tak dak pot pun.
Kau nak ajak sapa jadi pemimpin kamu adalah urusan kamu. Untuk menentukan siapa yang layak atau tidak jadi pemimpin tertinggi negara pastinya kamu sekonek pun tak dak kuasa tu…sorry to say le.
By the way, to say that si polan and si polan “Telah menjahaman kan RAKYAT MALAYSIA..” adal a bit keterlaluan.
Awak hanya seorang daripada 26 juta rakyat dan pendapat awak tidak mewakili semua mereka yang lain itu. Jangan le over buat stetmen ok bro.
Berkobar-kobar suara sumbang sampah mengutuk Pak Lah n Kerajaan..
bak anjing menyalak bukit kesakitan
pak lah letak jawatan..umno akan terus maju….hidup umno…hidup umno..hidup umno…allahhuakbar….
adi……adie……. ko ni memang spesis mudah lupa laaa…..sebijik macam apa yang TunM katakan…..siap dengan puisinya laggiiiiiiiiii…….. tapi ko masih berperangai haprak macam tuuuuttttttttt……….. lepas ko mudah lupa ko kata lak MELAYU BODOH……. tapi sebodoh-bodoh melayu aku nie lah die…………………tak lah aku tergamak nak sokong………….BN……………… yang telah menghancurkan impian budak Sepul tu……. Anak muda Sepul nie………. dah lah pras menonggeng……. sebab tersungkur di menara gading macam BN tersungkur….dipuncak takhta…………… dah dapat kerja jadi kopi boi dipaksa lak menonggeng…………. tapi tak sapa pun geng pr mau percya……siap sumpah laknat sekali….tak caya jugak……… eeee brutal nye……………. tapi ko memang mudah lupa………….. sokong giler kat BN tuoodiii……………. siap bena replika lagi…. beso lak tu….mahal lagi…………. maka ramai lah geng pr………….. duduk tepi repleka………LEKA BERILUNISASI…………………alahaiiiii…..cayangggggggg… biler laaa BN cayangggg ….nak jadim PM……..Pak Lah dah turun nie cayangggg………. cepat laaa….cepat laaa……. aku tak tahan niii…….. critttt……… habuk pun tarak……….auta lebihhhhhhhhhhhhh.
Nota tuuuuuuuttttttttttttttttttt
BN yang aku tulis tu…………. janganlah kofaham atau tafsirkan sebagai Barisan Nasional…………… jangan prasan die……. BN tuuu……aku maksudkan Bang N***
laaa…….tudi……….
ady on October 9th, 2008 10:32 am
Fcutoed…
mau fakta??
Harga minyak, inflasi, kadar graduate menganggur, pembangunan tiada, mat rempit berkeliaran (nie menantu BODOWI punye Idea), JENAYAH(kes rompak, culik,bunuh sebab beban kehidupan tinggi), kemasukkan RAKYAT ASING SECARA ILLEGAL NAIK(dalam tempoh 4 thn BODOWI)
Ulasan:
1. Harga minyak naik adalah fenomena global so what the heck are trying to say? PR boleh beri minyak auta percuma ke?
2. Kadar graduate menganggur: Ini semua kerana kamu terlalu kemaruk beretorik kat laman blog. Sepatutnya buka ladang, bisnes dan jadi usahawan kerana dengan cara itu lebih banyak peluang kerja dapat di sediakan untuk anak watan. Teori aje lebih tetapi aspek praktikal tidak ada, mangkuk.
3. Pembangunan: Yang penting daerah mana yang perlu dibangunkan dan siapa yang bakal mendapat faedah pembangunan. Nah, konsep ini yang perlu dikaji semula dan ia pastinya mengambil masa. Sabar separuh dari iman bro.
4. Mat rempit: Gejala sosial berlaku dalam semua kelompok. Membanteras gejala tidak sihat perlukan kerjasama semua. Apakah sumbangan anda dalam perkara ini?
5. Jenayah: Tidak semua yang melakukan jenayah kerana desakan kehidupun. Keinginan untuk hidup mewah juga adalah puncanya kan, kan?
6. Illegal entry: Dari satu sudut ini menggambarkan betapa makmurnya negara ini sehinggakan ramai manusia berminat mencari sesuap nasi. Pada sudut lain mereka pastinya tidak dijemput secara formal bukan? Mereka tidak dianggap sebagai masuk secara halal bukan? Dan paling penting di situ ada sekatan dan undang-undang berkaitan termasuk denda yang berpatutan bukan? Berilah cadangan (mana yang relevan dan praktikal) bagaimana mengatasi masalah yang kompleks ini. Tak kira le dalam harakah-reformasi ke atau apa ke kalau ia membina pasti boleh dijadikan panduan!
nama je semat..tapi tak smart pun, terowong smart mungkin ye..hua..hua..hua
ada jugak penyokong sayfool ye kat sini.. ni mesti kawan baik dia tak pun pakcik dia yg hebat giler tu..
ko masuk aja laa dalam trowong tu…….armnus………ko pakai laaa topi biru putih………….. bila ko keluo nanti ……. topi biru putih ko tuuut…. tambah pekattt…….. bertukar jadi kuning…..atau kuning kehijau-hijauan……….. bucccccuuuukkkkkkkkk
jangan ko masuk trowong Smart…………….aku trajang ko…………..tapi ko masuk laaa trowong gelap berpintal SHIT……….. macam Prof. Shanon amat ceritakan liwat satu dekad lalu…………. dalam novel satira politik yang laku macam pisang goreng panas …………… dijaja olih geng BA…….. Bang A****R…………….
semat
smart la ko ni
hensem………
putau2
kuat gile budak semat ni..siap nk terajang org..ni la bdk2 picisan hasil didikan umno.. semat aku request terajang laju2 bleh? wakaka..semat, semak..emm…tak kisah la..janji mak bapak dia happy
haha aku dah agak dah.. Fcukoed Boy dah mengarut..
1. Harga minyak naik adalah fenomena global so what the heck are trying to say? PR boleh beri minyak auta percuma ke?
(alo macha.. if u follow the comment from our fellow commenters lu punye menteri kesayangan sudah mkn more than 50sen per liter(minus subsidi n rebate)… RASUAH BEB)
2. Kadar graduate menganggur: Ini semua kerana kamu terlalu kemaruk beretorik kat laman blog. Sepatutnya buka ladang, bisnes dan jadi usahawan kerana dengan cara itu lebih banyak peluang kerja dapat di sediakan untuk anak watan. Teori aje lebih tetapi aspek praktikal tidak ada, mangkuk.
(Alo dude.. minyak melambung naik baru mau cakap pasal buat bisnes n buka ladang??? mane bank mau finance anak watan baru graduate wei!!! kalo ko anak dato. dato sri or ayphool bleh la.. terpaksa la g jumpe NAJIS, nak minta tolong ambik loan. kan sape2 bleh jumpe kat umah dia)
3. Pembangunan: Yang penting daerah mana yang perlu dibangunkan dan siapa yang bakal mendapat faedah pembangunan. Nah, konsep ini yang perlu dikaji semula dan ia pastinya mengambil masa. Sabar separuh dari iman bro.
(haha kaji nk bg kroni mane untuk certain project buat duit?? this is bcuz kerajaan masih xmau buat sistem open tender)
4. Mat rempit: Gejala sosial berlaku dalam semua kelompok. Membanteras gejala tidak sihat perlukan kerjasama semua. Apakah sumbangan anda dalam perkara ini? (Sumbangan??? KJ dah buat sumbangan tu utk pihak rakyat malaysia dengan merempit bersama perempit!!!! hahaha)
5. Jenayah: Tidak semua yang melakukan jenayah kerana desakan kehidupun. Keinginan untuk hidup mewah juga adalah puncanya kan, kan?
(nie lah jawapan paling bodoh… ni nk sara anak and keluarga la ngok!!! minyak naik,harga barang naik.. gaji ciput.. semua psal BODOWI tak berfikir the consequential pada rakyat.. )
6. Illegal entry: Dari satu sudut ini menggambarkan betapa makmurnya negara ini sehinggakan ramai manusia berminat mencari sesuap nasi. Pada sudut lain mereka pastinya tidak dijemput secara formal bukan? Mereka tidak dianggap sebagai masuk secara halal bukan? Dan paling penting di situ ada sekatan dan undang-undang berkaitan termasuk denda yang berpatutan bukan? Berilah cadangan (mana yang relevan dan praktikal) bagaimana mengatasi masalah yang kompleks ini. Tak kira le dalam harakah-reformasi ke atau apa ke kalau ia membina pasti boleh dijadikan panduan!
(MAKMUR??!!!!! haha hang nie orang pendatang haram ka!!!?? UMNO KATA CINA PENDATANG HARAM bleh la pulak… Hiprocrate la lu.. Lu punye kerajan lulus kemasukkan pekerja asing yang terlalu ramai(zzz mase sign approval) sehingga ramai anak watan sengsara tiada perkerjaan.. )
Renung - renung kan dan selamat beramal..