Top

Kekuatan sendiri – Khairy

October 6, 2008 by admin 

REMBAU 5 Okt. – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin
berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda
berdasarkan pada kekuatan dirinya sendiri dan bukan kerana pengaruh
pihak lain.Menurut Khairy, beliau berharap semua perwakilan yang akan bersidang
mulai 9 Oktober ini dapat menilai dirinya kerana kredibiliti serta
kekuatan beliau sejak menjadi Naib Ketua Pemuda empat tahun lalu.

Pada masa yang sama, beliau juga mengulangi pendiriannya untuk tetap
bertanding Ketua Pemuda walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dijangka mengumumkan proses peralihan kuasa kepada
Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih awal dari tarikh asal.

“Insya-Allah… Buat masa ini saya akan meneruskan rancangan untuk
bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana dari awal lagi saya
bertanding atas kekuatan diri sendiri dan sebarang keputusan yang akan
dibuat oleh Presiden dan Timbalannya tidak akan mempengaruhi apa yang
akan menjadi pilihan orang muda.

“Orang muda harus pilih orang muda untuk generasi Pemuda. Bukan sebab
tertentu atau faktor pucuk pimpinan dan sebagainya. Mereka kena pilih
kepimpinan untuk masa depan dalam parti,” katanya kepada pemberita
pada majlis rumah terbuka beliau di Balai Raya Kampung Gadong di sini
hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada sebarang
keputusan Perdana Menteri mengenai peralihan kuasa akan menjejaskan
peluangnya dalam merebut jawatan Ketua Pemuda yang telah dikosongkan
penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Mengenai wujudnya regu dalam kepimpinan Pemuda UMNO, Khairy berkata,
pemilihan kali ini tidak menampakkan kewujudan itu memandangkan semua
calon yang menawarkan diri adalah berdasarkan pada kemahuan akar umbi
dan lebih bebas.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom