Isu debat calon Ketua Pemuda UMNO -Khairy jumpa Hishammuddin
October 31, 2008 by Pendeta
PETALING JAYA 30 Okt. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan berjumpa dengan ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat berhubung cadangannya diadakan debat terbuka bagi calon-calon yang bertanding jawatan ketua pergerakan itu.
Khairy berkata, beliau akan berjumpa dengan Hishammuddin untuk menjelaskan mengenai cadangan yang dikemukakan beliau di samping meminta restu daripadanya.
“Saya hormat (Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda dan sedar semua ini merupakan prosedurnya. Debat terbuka itu merupakan cadangan peribadi saya.
“Saya akan jumpa beliau dalam masa terdekat untuk jelaskan mengenai cadangan itu dan minta restu. Terserah kepada beliau untuk teruskan (cadangan debat) atau tidak,” katanya ketika ditemui pada forum ‘Dialog Barat-Islam: Kedudukan Kita dan Hala Tuju Kita’ di International Institute of Advance Islamic Studies (IAIS) Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Hishammuddin mahu anggota pergerakan itu merujuk kepadanya terlebih dahulu berhubung isu debat antara calon ketua sayap kanan parti berkenaan kerana beliau masih menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO hingga Mac depan.
Beliau berkata, apa saja yang mahu dilaksanakan dan berkaitan Pemuda UMNO perlu merujuk kepadanya sebagai ketua supaya ia boleh dibincangkan dan diperhalusi bagi mengelak berlakunya perkara yang menjejaskan imej parti.
Seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyahut cabaran Khairy untuk berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masing-masing.
Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang turut dicalonkan merebut jawatan nombor satu dalam sayap itu tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana berpendirian bahawa soal pemilihan parti merupakan hal ehwal dalaman UMNO.
– Bernama



















yg sal debat ni pn satu hal……ko nk debat ap’ pemimpin umno ni smua dh rosak’….ap point ko nk b’debat…..aku syorkn berdebat sal cm na nk dpat kn rasuah yg besar ok lh…….
Kalau berpidato atau berdebat secara profesional ia bukan saja memberi nilai tambah kepada organisasi yang diwakili malah ia mampu menimbulkan rasa kagum dan hormat bukan saja dari kalangan sesama ahli malah seluruh warga tanpa mengenal batas usia dan warna kulit.
Ini berbeza kalau rasa hormat yang diperolehi menerusi aksi yang luar biasa seperti menayangkan simbol yang berkaitan dengan kekuatan fizikal yang mana impak positifnya agak terbatas kepada sesama ahli. Sedangkan, khalayak yang berada di luar organisasi mungkin beranggapan sebaliknya (tersinggung dan sebagainya).