Top

Hebatkah Ron si Kuda Kepang ?

October 30, 2008 by admin 

Pada 18 Okt. yang lalu Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan Mac tahun depan. Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkannya memperjuangkan idealisme, agama, bangsa dan tanah air secara konsisten, ikhlas dan jujur. “Ini termasuk perjuangan mempertahankan kedaulatan negara dalam konteks Iskandar Malaysia dan Pulau Batu Puteh,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. sini

Datuk Ruhanie Ahmad adalah seorang bloggers yang kecewa dengan kerajaan dan sering meluahkan perasaan kecewa beliau di dalam blog kudakepang. Beliau sebenarnya adalah orang kuat kepada Tun Dr Mahathir yang kecewa dengan kepimpinan Pak Lah. Penulis agak terperanjat juga apabila Datuk Ruhanie Ahmad menawarkan diri untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi. Dalam hati penulis berdetik berkata. Apakah hebat sangat Ruhanie ini? Apakah beliau merasakan bahawa beliau sudah baik sangat untuk bertanding Kerusi MT ? Adakah orang mahu mencalonkan beliau ? Apakah hanya kerana beliau adalah penyokong kuat Tun Mahathir dan bekas orang kuat Muhyiddin Yassin, beliau akan turut tersenarai dalam ‘chai’ Muhyiddin dalam team Tun Mahathir. Inilah kesempatan yang mahu diambil oleh Ruhanie.

Sebenarnya, tulisan beliau bukanlah baik mana dan boleh merubah kedudukan politik tanah air, dirinya sendiri juga tidak berubah sedari dahulu ketika masih menjadi ahli Parlimen. Tempatnya dahulu diganti oleh Syed Hood dan kini disandang pula oleh Datuk Noraini Ahmad. Rakan seperjuangan sewaktu mula-mula dalam politik telah sampai jauh tetapi beliau masih di takuk lama (sentiasa kecewa) Salahkan beliau dalam blog beliau kini sudah sampai ke penghujung apabila Datuk seri Najib menjadi Perdana Menteri. Siapa yang mahu disalaknya lagi. Sebenarnya, jika ada perubahan dalam senario politik tanah air bukanlah dari salahkan beliau kerana tulisan beliau bukanlah begitu berbisa, hanya mencerminkan kekecewaan beliau sahaja.

Hari ini saya menyemak senarai ahli yang dicalonkan untuk kerusi MT. Puas saya cari nama Ruhanie Ahmad, sehingga senarai yang mendapat hanya satu pencalonan, saya masih tidak dapat melihat nama beliau tersenarai. Lantas dihati saya berkata. Tidak ada yang mahu mencalonkan beliau. Bermakna beliau tidaklah layak untuk bertanding MT, pencalonan pun tak dapat.Tak ada klass lah Ruhanie Ahmad ini. Sama saja standard macam ahli biasa. Lain kali lihat lah diri dalam cermin dahulu sebelum melakukan sesuatu. Kenalah pakai baju yang sama saiz dengan badan. Jangan hanya mahu menyalak, bukan semua orang yang suka. Kalau mereka suka tentu Tuan sudah dapat pencalonan. Bukan semua orang yang setuju membaca tulisan beliau. Bawa-bawalah berhenti menyalahkan orang lain, lihat diri sendiri dahulu dan tanya lah diri. Baikkah aku, berjasakah aku pada parti aku. Sudah cukup baikkah aku melayan keluargaku. Eloklah muhasabah diri dan melihat akan kekurangan diri sendiri. Inilah terjemahan rakan-rakan buat  Ron.

Oleh : Razlan Onn

Nota Kaki: Bagi aku Ron akan hilang kewarasan beliau apabila mengalunkan penanya seperti kuda kepang yang sentiasa hilang kewarasan ketika mengiramakan alunan bunyia-bunyian sehingga terpaksa di sedarkan di akhir permainan.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

4 Responses to “Hebatkah Ron si Kuda Kepang ?”

  1. Lambok on October 30th, 2008 11:12 am

    Nak juga bertanding..hayak..
    jgn la jd haprak..

  2. PKR De Factoed on October 30th, 2008 11:48 am

    KEMAHUAN TERHADAP ‘POP’ BOLEH MENJURUS KEPADA LUPA DIRI

    KPMU,

    Tidak dinafikan peranan besar prasarana siber dalam menyediakan ruang lebih luas, bebas, kreatif dan interaktif kepada ramai penulis berbakat (baru dan lama).

    Lazimnya, walau sebanyak mana sekali pun diusahakan, realitinya, hukum alam memperlihatkan setiap perkembangan yang positif akan disusuli juga dengan impak negatif.

    Semua ini adalah peringatan bagi manusia yang sedang belayar menuju destinasi. Walau pun terdapat banyak landasan yang boleh diikuti untuk manusia sampai ke destinasi akhir tetapi hanya satu saja landasan yang membawa kepada destinasi yang tepat.

    Dan sekiranya manusia itu berada atas landasan yang tepat sekali pun, masih tidak ada jaminan yang manusia akan selamat sampai ke destinasi akhir. Ini disebabkan pendedahan terhadap berbagai faktor luaran dan dalaman mempengaruhi kelancaran perjalanan yang ditempuhi manusia berkenaan.

    Perjalanan manusia di alam maya juga ada landasan-landasan yang perlu diikuti. Tanpanya, perjalanan mungkin terganggu. Destinasi mungkin tersasar.

    Respon terhadap penulisan di laman siber sememangnya jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan laman konvensional. Ia membangkitkan motivasi dan peningkatan produktiviti. Ia amat positif.

    Malangnya respons positif (puji-pujian) yang diterima daripada kalangan komentar telah menyebabkan ramai blogger menganggapnya sebagai satu pengiktirafan luar biasa.

    Di sinilah bermulanya keseronokan melayari medium penulisan yang secara teoretikalnya tiada sempadan — seolah-olah dilamun mimpi indah, melayari tasik tenang tidak bertepi.

    Tanpa menyedari bahawa kebanyakan komentar yang diberikan tidak semestinya jujur, bebas emosi, bias dan sebagainya. Ini menjurus kepada ujudnya perasaan glamour dan popular.

    Perasaan glamour dan popular adalah separuh real, tidak selari dengan hakikat sebenar dan tidak berpijak atas bumi yang nyata.

    Apabila perasaan ini yang memandu hala tuju penulisan di laman internet dalam keadaan upaya sebenar sudah tidak selari dengan populariti dan glamour yang dikejar-kejar maka apabila sampai pada satu tahap ia akan jatuh berdebuk.

  3. anak melayu on October 31st, 2008 7:13 pm

    hehee… admin dok kutuk kuda kepang tulisantak sebaik mana pun…. hehehe geli hati aku…. that mean tulisan admin ni lebih baik dan ilmiah…… eku setuu lebih baik tulisn admin ni….. lebih banyak mengutuk…. lebih banyak melagakan ahli…..

  4. KeRIS malaya on November 2nd, 2008 9:53 pm

    Kuda kepang dikutuk, kuda hitam dipuji. Admin ni K9 kjenglot agaknya..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom