Top

Gerakan tidak akan sertai pembangkang jika keluar BN

October 12, 2008 by admin 

Parti Gerakan Rakyat Malaysia tidak akan “dalam apa cara sekali pun” menyertai pembangkang sungguhpun jika parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Gerakan Selangor dan Anggota Jawatankuasa Pusat parti, A. Kohilan Pillay hari ini.

Beliau berkata, Gerakan sedang meneliti segala kemungkinan, termasuk menjadi sebuah entiti bebas, namun menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Apa jua keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti, ia mesti diterima dengan sebulat suara oleh akar umbi.

`Perkara ini membabitkan status serta masa depan kami dan ia akan ditangani dengan sebaik-baiknya. Kami tidak mahu menjadi sebuah lagi SAPP (Parti Maju Sabah) atau MDP (Parti Demokratik Malaysia, serpihan daripada DAP), apabila keputusan penting telah mengakibatkan perpecahan dalam parti,” katanya kepada pemberita di luar persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan di sini.

Selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac, Gerakan mendapati banyak anggotanya berhenti atau menyertai pembangkang, dan ini meletakkan tekanan yang amat berat kepada pemimpin parti supaya mengambil tindakan drastik demi kebaikan parti.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

One Response to “Gerakan tidak akan sertai pembangkang jika keluar BN”

  1. Bron on October 12th, 2008 6:30 pm

    Katakan nak amek balik pulau mutiara.

    Kalau bersendirian boleh ke?

    Kalau tak boleh makanya nanti perlukan rakan-rakan juga.

    Habis tu apa cerita ini. Tak tally le.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom