Biasalah .. Di Mata Tun Hanya Mukhriz yang layak
October 11, 2008 by admin
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel mereka ‘pak lawak’ sebagai satu penghinaan dan boleh memecahbelahkan parti. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu berhenti daripada memberi pandangan negatif berhubung parti jika beliau ikhlas hendak memperbetulkan parti.
Katanya, kenyataan Dr Mahathir bahawa tiga pesaing selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan Mac tahun depan, sebagai ‘pak lawak’ tidak sewajarnya dibuat.
“Hentikan pandangan negatif jika Dr Mahathir benar-benar serius dan ikhlas hendak perbetulkan parti,” katanya ketika dihubungi, bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir yang melabel beliau sebagai pak lawak kerana menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno.
Selain Nur Jazlan, dua lagi yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan disifatkan Dr Mahathir sebagai ‘pak lawak’ ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.
Rabu lalu, ketika mengulas mengenai Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri selepas ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.
Beliau menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Abdullah dan oleh itu, Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepemimpinan negara kelak.
Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya Muhyiddin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah ‘pak lawak’ semata-mata.
Nur Jazlan juga berkata, meskipun apa yang dinyatakan Dr Mahathir itu adalah pandangan peribadinya, beliau berharap ia tidak menghina orang muda kerana apa yang hendak dibawanya adalah untuk meremajakan Umno.
Sementara itu, Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas panjang berhubung kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya berkata, perkara itu harus diserahkan kepada perwakilan untuk membuat pemilihan dan penilaian.
Beliau berkata, pengalamannya sebagai pemimpin Umno, termasuk sumbangannya selama ini serta kedudukan sebagai seorang daripada Naib Presiden parti akan digunakan untuk terus berkhidmat dan berjuang.
Muhammad pula ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir itu juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menilai kemampuannya memikul tanggung jawab berkenaan
Nota Kaki : BiASALAH , JIKA DI MATA TUN YANG LAYAK MUKHRIZ SAHAJA , ORANG LAIN SEMUANYA TAK LAYAK.



















PAK LAWAK sebenar bukanya calon-calon yang bertanding kerusi Timbalan Presiden……………… tapi PAK LAWAK sebenar sekarang ini adalh TUN DR. MAHATHIR………………. yang mula meracau…………. bukak citer lawak………….. macam Nabil buat citer lawak………. Tun Dr. Mahathir citer tentang PENCURI YANG BRILIAN utntok orang gelakkan KJ…………… tapi Tun Dr. Mahathir tak sedar……. penonton yang tergealak besar bukan gelak pasal citer pencuri yang brilian itu…………. tapi penonton tergelak keranan Tun Dr. Mahathir sudah mula jadi PAK LAWAK………..
MENCEMARKAN STATUS PM TERSOHORNYA……………….
TUTUPLAH MULUT TU TUN………………… berikan lah mereka peluang…………. mungkin mereka itu bolih jadi lebih baik dari Tun……………… Tun tak perlu perasan……………….atau……………Tun tak perlu lah cemburu……….. zaman Tun dah berakhir………………. Tun bantulah mereka…………..kenapa mesti mempersendakan mereka semua……………….. kalau kita suka mempersendakan orang……………orang lain akan mempersendakan kita balik……… ini lumrah……hukum sains juga begitu Tun…………… enough is enough laaa Tun………………. beramal AJALaaaaaa.
Mengapa Pelawak?
1. Muhammad Muhammad Taib (MMT) : Dia ni, Ahli Parlimen mana? Mana ada dalam sejarah Malaysia, TPM seorang senator. Sebagai rakyat Malaysia, saya tak rela seorang TPM terdiri dari orang yang tidak diangkat secara diundi (dilantik oleh Pak Lah).Mat Taib nama tanding No 2 ? Biar betul bang. Macam mana PM nak hantar dia jadi wakil berucap kat PBB. Kena bawa penterjemah la. Bahasa Inggeris pun tak pandai sampai kena cekup di Australia. Mata rabun sampai tak bleh baca sign board kat airport australia. Nanti kat PBB kena cekup pulak. Masa jadi MB bawa lari anak raja. Jadi TPM nanti anak sapa pulak dia bawa lari. Kat PBB nanti juruacara akan perkenalkan seperti ini ” Your Excelllency delegates, we are proud to present you from the left corner , Mr. Mat Tyson of Malaysia. weighing 2oo pound
2. Mohd Ali Rostam (MAR) : 2 X 5 macam MMT. Setakat jadi ADUN, nak jadi TPM, baik tak payah. Pasal apa dulu, tak plan betul-betul. Kalau dah tau yang hujung tahun 2008 ni (yang ditunda ke Mac 2009), nak ada pemilihan parti, nominate la nama jadi MP (bukan ADUN), masa penamaan calon-calon BN Melaka dalam PRU dulu. Sebagai pengerusi BN Melaka, MAR telah melepaskan peluang keemasan ini. Sudah menunjukkan ketidak-layakannya, kerana tidak pandai merancang (Jika nak jadi pemimpin politik peringkat nasional). Sebagai rakyat Malaysia, saya tak rela seorang TPM terdiri dari orang yang tak pandai merancang. Tengok Koh Tsu Khoon, nominate diri jadi calon MP, sebab nak jadi pemain politik peringkat nasional (walaupun kalah di Batu Kawan).Ali Ketam ni nak jadi tanding No 2 juga. Erm..epas ini ramai la yang dapat Dato Melaka macam Dato Mindanao tu.Tak pernah berjasa kepada Melaka pun dapat anugerah. Kriteria nya kena makan buah melaka kot. Dalam mesyuarat UMNO nanti, kalau baling batu je tentu kena kepala Dato melaka sebab ramai sangat.
3. Nur Jazlan Mohamed (JAZ) : Bekas senior saya kat MRSM Kulim dulu. Sebagai seorang junior, saya sokong keberaniannya. Tidak akan rugi apa-apa kalau bertanding. Cuma, secara relatifnya, masih agak muda, dan sehingga kini, masih tidak membuktikan apa-apa. Sebagai rakyat Malaysia, saya tak rela seorang TPM terdiri dari “experimental TPM”, sebagaimana Pak Lah (experimental PM).
Mengapa MY laYak (bukan laWak)?
1. Seorang yang secara constant, gigih menolak Pak Lah keluar dari jawatannya (begitu juga JAZ). MMT dan MAR, dari dulu dok asyik mempertahankan Pak Lah. Bila Pak Lah isytihar tak nak lagi jadi PM, dengan muka tak malunya, kedua-dua Pak Lawak ini isytihar nak jadi TPM.
2. Sikap penolakan, berserta istiqomahnya dalam perjuangan, menunjukkan MY mempunyai ciri-ciri seorang penggerak. Seorang TPM hendaklah seorang penggerak, bukan seorang yang digerak (lebih buruk kalau seorang yang digerak dari tidur, di dalam mesyuarat penting).
3. Seorang TPM mestilah seorang yang PRO-AKTIF (macam Tun), bukan RE-AKTIF (lebih teruk kalau POST-AKTIF macam Pah Lah. Ibarat kata seorang mufti, yang didengar dari Pak Lah terkini adalah sesuatu yang telah diketahui 12 tahun lepas). MY ada sedikit ciri-ciri ini (Kena banyakkan lagi lepas ini).
Selamat Memilih Timbalan Presiden (insya-allah TPM).
Sekian tQ
Cat.Dog(‘’,*
sama je..semua nya pak lawak, berebut kuasa.. ni baru betul2 umno yg lawak..
ANTARA EVOLUSI, MUTASI, TRANSFORMASI DAN ANJAKAN PARADIGMA.
KPMU,
Kedengarannya ada spesis pokok politik yang mahu mengadakan perubahan besar-besaran. Alasannya ialah kalau TIDAK ADA perubahan maka habislah, lingkup, punah dan pupus!! Wow real tuh!!!
Kalau itulah kehendaknya maka secara umumnya, pertanyaan yang sering dilontarkan berhubung dengan konsep perubahan ialah siapa dan bagaimana?
Ya, memadaikah yang berubah itu hanya bahagian tertentu atau dalam konteks tertentu sedangkan daun kering, daun hijau, ranting, dahan, batang akar dan akar tunjang tidak sedemikian atau ‘ditetapkan’ agar menjadi sebaliknya?
Perkhabaran ini satu yang membuka mata dan memberi harapan baru kepada banyak pihak. Namun, setakat ini bisikan bayu membawa gambaran yang berlainan. Bahagian pokok tertentu yang mahu terlibat aktif dalam proses perubahan akan diberikan rintangan kalau tidak pun dicantas.
Aspek kedua penting dalam membicarakan bab perubahan ialah bagaimana dan banyak mana perubahan mahu dilaksanakan? Adakah mengikut penilaian individu atau kelompok daun kering yang telah gugur atau daun kering yang masih menunggu masa untuk gugur atau berdasarkan kriteria dan kaedah yang ditentukan secara kolektif?
Bukankah perubahan paling bermakna perlu berdasarkan keadaan dan kehendak sebenar yakni bebas daripada kepentingan dan pengaruh tertentu?
Kalau kepentingan dan pengaruh tertentu itu selari dengan keadaan dan kehendak sebenar baguslah kerana setidak-tidaknya ia secara teknikalnya tidak menyimpang dan tergelincir. Tetapi bagaimana kalau ianya di sebaliknya?
Jika perkembangan semasa dijadikan ukuran dan penilaian maka persepsinya ialah sasaran yang mahu dicapai tidak boleh menerusi perbuatan melangkah bendul, tidak mengikut ‘adat dan tradisi’ atau jangan ada status quo yang dilihat menggigit jari. Entahlah, mungkin betul mungkin kekal sebagai persepsi umum.
Tidak mengapalah kalau ada sedikit elemen retorik, kepentingan atau agenda tertentu asalkan hasilnya ialah kekuatan baru yang akan dibina akan diiktiraf oleh bukan saja rakan satu pokok tetapi juga digeruni oleh pokok lawan; paling penting ialah menembalikan perasaan ‘respek’ populasi tumbuh-tumbuhan yang bernaung dalam ekologi yang sama.
Justeru, untuk mendapat anjakan dan penambahan upaya bersaing di tahap lebih tinggi, usaha tersebut harus TIDAK sepenuhnya di warnai oleh tindakan yang sekadar melepaskan batuk di tangga — menampakkan perubahan telah berlaku walhal ia tidak mencapai kualiti dan kuantiti yang ditetapkan dan diharapkan.
Sekiranya itu berlaku, hanya masa yang akan menentukan sama ada spesis pokok yang relevan dalam konteks sejarah waima zaman kontemporari ini mampu menobatkan dirinya sebagai pokok yang paling menarik dari segi estetika, tinggi, kukuh, mantap, rendang dan mampu memberikan manfaat simbiosis kepada pokok-pokok renek, lalang, rumput, kulat, dan rumput-rampai.
Bron…
apa yang kau melalut kat atas tu? semua species binatang dan tumbuh-tumbuhan hang tulis….hang tengah blajar subjek biologi ka?
hang nie pengamal teori darwin ka?..
dia sebenarnye nk apply keje kat kpmu ni..tu yg tulis mcm2 komen..ngarut2 pun byk tapi sikit pun admin tak pandang…kesian dia, bron kalau ko nak khidmat buat blog aku bleh tolong.. apa yg aku nampak ko ni suka menulis, jadi apa kata jgn sia2 kan idea yg ko ada tu dgn membuat blog sendiri..lagi ada kepuasan beb.. kalau nk bantuan bleh helo gua nanti.. sonang yo tu
Aku baru pulang dari jemputan rumah terbuka dan dalam perjalanan pulang td perkabaran radio mengesahkan kemenangan setakat ini berpihak kepada Mukhriz dgn 89 undi dan KJ 69…. Agak mengejutkan kerana berita malam tadi KJ masih mendahului….
Alhamdulilah….semoga kemenangan berterusan dan membuka lembaran baru buat kita semua!!!Yeah…..
sembang je besar..kpmu ni pun sembab gak, baru sikit KJ menang dah kecoh, hambik kau.. haha, mcm gua ni geng pemuda umno plak..
hurm…aku rasa kan…puak puak ayah pin ni…dah x da isu…masuk kpmu dok sibuk hal umno….apa la bangang puak puak ayah pin ni…dah x leh jadi PM..dok sebok hal umno pulak…kalau aku jadi hampa…dah tentu x masuk dah kpmu ni….. hampa ni bleh disamakan dengan sakai yang telanjang bogel di KLCC
sakai tu ko kot soksek..haha
mat taib timbalan? beruk hitam ketua pemuda? Makin jauh la rakyat daripada UMNO…
Apa pula bukti kalau selain daripada yang kamu cakapkan itu makanya rakyat yang telah disuruh menjauhkan diri oleh daun kering yang telah gugur (meminjam ungkapan Bron) akan kembali merapati parti kamu KeRisik malaya?
Itu hanyalah tanggapan dan keraguan kamu bukan? Ya, keraguan yang di pengaruhi oleh kepentingan tertentu tetapi bukan berdasarkan cerapan yang ‘neutral’ dan lahir daripada hati yang tulus ikhlas.
Mat Rasuah on October 11th, 2008 6:00 pm
“apa yang kau melalut kat atas tu? semua species binatang dan tumbuh-tumbuhan hang tulis….hang tengah blajar subjek biologi ka?
hang nie pengamal teori darwin ka?..”
Ulasan:
Hai Mat ini lah pertama kali aku tengok kamu menulis sebegini pendek dan ringkas. Awat dah kering idea atau kering gusi. Ah ah ah, rupa-rupanya kamu ada bakat ganti SRK.
armnus on October 11th, 2008 6:39 pm
dia sebenarnye nk apply keje kat kpmu ni..tu yg tulis mcm2 komen..ngarut2 pun byk tapi sikit pun admin tak pandang…kesian dia,
KAU JELES SEBAB AKU BANYAK MENULIS TENTANG PR. AKU TAHU KAMU TELAH DIBERHENTIKAN OLEH HARAKAH-RUMI KERANA “NON-PERFORMER” DAN SEKARANG SEDANG MENGINTAI PELUANG KAT KPMU. SEBAB ITU KAU JELES KALAU-KALAU AKU POTONG “LINE’ KAMU.
UNTUK PENGETAHUAN KAMU, TAK USAH LAH JELES MACAM ANWAR. KALAU TAK DITERIMA UNTUK BERPINDAH KE PUTRAJAYA ITU BERMAKNA BELIAU TELAH DITOLAK BEBE. SURUH ANWAR DUDUK DIAM-DIAM DAN TAK USAH POTONG LINE. BETULKAN?
ANYWAY AKU BUKANLAH BAYANG-BAYANG YANG KAMU JELESKAN ITU. HARAP MAKLUM.
bron kalau ko nak khidmat buat blog aku bleh tolong..
SAYA ADA BLOG SENDIRI TETAPI BUKAN BIDANG POLITIK. SIMPAN AJALAH PERTOLONGA KAMU ITU UNTUK BEBUDAK PR YANG LEBIH MEMERLUKANNYA.
apa yg aku nampak ko ni suka menulis,
TANPA RASA TAKBUR, SAYA TELAH DAN MASIH MENULIS BANYAK ARTIKEL DALAM PELBAGAI MEDIA. DARI HATI KAU YANG IKHLAS AKU DAPAT LIHAT BAGAIMANA KAU TIDAK PERNAH TERJUMPA PENULIS YANG KREATIF LAGI PROLIFIK MACAM AKU NI. BUKAN MEMBESARKAN DIRI TETAPI ITU HAKIKATKAN? ah, ah, ah.
jadi apa kata jgn sia2 kan idea yg ko ada tu dgn membuat blog sendiri..
SUDAH DIJELASKAN TADI DAN TERIMA KASIH AJALAH..
lagi ada kepuasan beb..
KALAU MAHU KEPUASAN DUNIAWI LEBIH BAIK TADI TAUKE HARAH-RUMI SUDAH TENTU YANG MASUK POKET ITU LEBAT BEB.
kalau nk bantuan bleh helo gua nanti.. sonang yo tu.
TERIMA KASIH KERANA BERSUSAH PAYAH MENCURAHKAN GARAM KE DALAM LAUT. HMMM.
ler bron, nak jeles buat apa… tak rugi apa2 pun…….. aku ada kerja tetap yg dah menjamin hidup, bukan menulis komen mcm ko..huhu, baca blog dan komen ni hobi masa lapang je.. emm
Udah la tu Labu..dah mmg ko pak lawak nak kata apa lagi..
Raja segala Pak Lawak tak lain tak bukan kalu bukan si KJ tu…
BERANI BERUBAH
P/s: Apa sudah jadi kat Tuaran…wakakakaka..
mmg kj raja lawak..pak lah bendahara lawak…umno parti lawak..haha
nak komen pun tak guna
bukan boleh nak mengundi
pada mereka mereka yang rasa berguna
lu fikir fikir lah sendiri
hi hi hi
calun2 pelawak??? HAAAA! HA! HA! MEMANG LAWAK..
armnus on October 11th, 2008 11:09 pm
ler bron, nak jeles buat apa… tak rugi apa2 pun…….. aku ada kerja tetap yg dah menjamin hidup, bukan menulis komen mcm ko..huhu, baca blog dan komen ni hobi masa lapang je.. emm
Ulsan:
Tak usah masuk bakul macam kau sorang aja ada kerja tetap. Islam tak galakkan sikap bongkak dan takbur.
Lagi pun macam mana kau boleh tahu yang kau mempunyai pekerjaan lebih baik dan pendapatan leboh baik daripada pelayar lain dalam KPMU?
Macam mana nak tahu yang kau ni bukan pemimpin PR yang dituduh meliwat tu? kah, kah, kah
hek ele mamat ni, ko terasa ke dgn komen aku tu? aku takde nak meriak apa pun..cube lu back track blk komen lu tu..haha, sapa ntah yg riak dan takabur ni bro..
ko saja je nk pusing ayat aku..padahal gua takde pun nak downgred yg lain..ni namanya buruk pra sangka..tak baik tu.. be positive ok..
Arnus,
Kau nampak sangat riak dan membanggakan diri. Usahlah malu nak mengaku.
Kau lihat aja PKR-Dol, walau pun satu dunia berasa malu dengan sifat gila kuasa si dia tuh, tetapi dia selamba aja dengan muka tebal dia.
La nih dia ada hati nak buat episod ketiga sandiwara trilogi PR-Putrajaya-916. kah,kah.
p/s: pemimpin borek, balaci PR apa lagikan?
Pemuda UMNO akan dilihat lebih cerdik kalau pilih Mukhriz
tapi kalau Pilih KJ …heheheheh ..sebaliknya
jangan angkat pelawqak jadi ketua
kah kah kah
PR sendiri dah tersalah pilih calon PM-916, masakan layak memberikan nasihat untuk pesaing PR.
Lawak sesungguhnya pembangkang le ning. Aku agak dia ni mesti nak bodek agar pemimpin depa (Mr. Replika) yang kuat bohong itu tidak di kritik kau-kau, sian, sian.
haha.. bron dah fresh otak ke ari ni? kesian dgn ko semalam.. aku bersimpati beb.. dah ada bahan lawak utk hari ni belum?
assalamualaikum wbt..
tergerak gak hati aku nak komen kat sini.. perlu diingat, bila Najib jadi Presiden UMNO, sape yang ade kat belakang die. Dah tentu TDM, bila Mukhriz jadi ketua pemuda, dah tentu TDM yang kontrol UMNO. Sape la Mukhriz tu kalau dia bukan anak TDM? Ke laut la..
Kalau betul pun, apa salahnya. Sekurang-kurangnya track record Tun sangat baik. Lagipun ideologi mereka ni lebih utamakan agama dan bangsa bukan anak menantu.
Assalamualaikum.. Pertama kali aku memberi komen di blog ini. Selama ini hanya lalu dan membaca.. Berita dan isu2 yang di bangkit kan sangat menarik.. tapi sejak akhir-akhir ni dah lain macam.. sejelas jelas nya blog ini terlampau pro pada KJ. walau pun umum telah ketahui blog ini asal nya cuba menyaingi Mykmu.net yang lebih menyuarakan hasrat akar umbi..
Nasihat saya kepada KJ dan editor blog ini. Jelas kini akar umbi telah pun menyuarakan ingin perubahan. Kemana pergi nya semangat “setia kawan” sdangkan blog ini menjurus kerapuhan UMNO ini sendiri.
Maaf . ikhlas dari saya anak melayu yang mahukan perubahan. Harap KJ dan editor “Berani Berubah” sikap.
haha Yg Penting Hari ni,parlimen dah bersidang..bapak sampah PKR tak pulakkk bawak isu nk ambik alih kerajaan.sampah tetapp sampahh
BYE BEY kjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj
en ahmad
parlimen bersidang..tapi ramai pak menteri tak hadir…baru bahas bajet…kalau cerita rampas kerajaan…mencicit depa lari keluar negara..dasar penakut dan dayus…menteri kewangan baru ilang teloq utk mempertahankan bajet 2009…tak berwibawa lansung..camni nak jadi pm..
di mata kpmu hanya kj yang layak……….
Salam semua…..
Lama gak gua tak komen…bukan apa cuma nak tengok badut2 PKR@PR dok buat lawak dlm kpmu ni…
La ni riuh sana sini pemilihan UMNO bahagian…semua org dok cakap2 tentang UMNO lah…lebih2 lagi juak2 Al Kemaruki…..tumpang sekaki la weiiii
Nak cakap pasai 916 dah lepaih pun…habuk pun tarak….
Nak cakap kerajaan langit Al Kemaruki pun takdak ‘umph’ lagi….pasai semuanya klentong semata2….
Kata nak buat undi tak caya semalam tapi klentong lagi…nampak sangat takdak MPbn yg nak lompat…
So apa lagi…media2 pembangkang baik eletronik maupun tabloid depa dok cite hal2 UMNO lah pulak …….
Dengaq kata 8 Okt. pulak….boleh lah tu….korbankan sekali semua kepercayaan yg ada kat kerajaan langit….
Hai…nampaknya Al Kemaruki & juak2nya hanya akan menggunakan pemilihan UMNO sebagai sentimen memghidupkan momentum ‘kerajaan baru’ yg semakin kurang….
Nampaknya angan2 Al Kemaruki hanya akan jadi angan2 sajalah…….
Hidup BN!!! ………Allahuakbar!!!!
ps: gar_soksek….ari raya lalu gua balik kejap kat Pmtg Pauh…soli la tak contact lu…sibok sangat…setahun sekali balik tau sajalah sana sini nak tuju…gua tanya abang gua kedai nasi ayam yg hang kata tu…dia kata memang ‘A’ dia punya nasi ayam tapi ari raya mana bukak…takpa lah kalau ada rezeki boleh la pi sana…..
Salam…………