|
Abdul Aziz Mustafa
Tue | Sep 30, 08 | 10:35:16 am MYT
|
|
KUALA LUMPUR, 29 Sep (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta masyarakat bukan Islam menutup aurat mereka sebelum melawat mana-mana masjid.
|
| |
Mereka, katanya, perlu menghormati sensitiviti umat Islam termasuk menutup aurat sekiranya mereka mengunjungi sesebuah masjid kerana bagi umat Islam, masjid merupakan tempat suci yang perlu dihormati
”Kalau hendak melawat tempat orang (masjid), kena hormat, kena tutup aurat walaupun bagi agama orang itu (bukan Islam) ia tidak perlu, kerana ini tempat orang lain.
”Ia sama seperti kita ke ICU (unit rawatan rapi), ada tempat kena tutup muka, pakai kasut dan gaun yang selalu dipakai jururawat tapi kita kena ikut sebab ia peraturan di situ,” kata beliau.
“Apa yang penting, kita kena tahu menghormati tempat itu (masjid). Saya sendiri pun jaga sensitiviti orang bukan Islam,” Utusan Malaysia memetik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai berkata.
Akhbar tersebut baru-baru melaporkan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok memakai skirt sahaja ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Setiausaha Akhbarnya, Y W Yeoh bagaimanapun menjelaskan, Selepas Teresa dibebaskan 19 September lalu, beliau sibuk dari siang sampai larut malam dengan pelbagai program setelah dijemput pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong termasuk majlis berbuka puasa di perkarangan masjid tersebut.
“Selepas dibebaskan pada pukul kira-kira 1.20 petang, beliau tidak sempat balik ke rumah pun, apa tah lagi menukar pakaian. Lagipun, jemputan untuk majlis tersebut di terima pada saat-saat akhir iaitu lewat petang hari itu juga.
“Dalam keadaan sedemikian, pakaian beliau adalah berpatutan dan sama sekali tidak boleh dianggap kurang sopan atau biadap. Skirt itu pula bukan skirt pendik dan panjangnya melepasi lutut.
“Lagipun, beliau berada di perkarangan masjid dan tidak masuk ke dalam bangunan masjid,” katanya.
Isu tersebut dibangkitkan setelah tersiar laporan dan gambar majlis tersebut di dalam blog Teresa.
Akhbar tersebut kemudiannya meminta Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa mengulas perkara itu.
Zakariah bagaimanapun pun agak cermat dan seimbang dalam ulasannya.
Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.
Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.
“Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.
“Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,” akhbar tersebut memetik Zakariah berkata.
Pihak pihak pengurusan masjid itu juga, katanya, seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.
Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.
Walaupun diasak dengan pelbagai laporan negatif, hubungan baik Teresa dengan masyarakat Islam tidak kelihatan terjejas.
Dalam majlis berbuka puasa di Kg Tengah, Batu 13, Puchong baru-baru ini, beberapa ratus penduduk kampung menghadirinya.
Walaupun penganjur bimbang majlis tersebut tidak dihadiri oleh penduduk kampung memandangkan pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas Teresa, mereka akhirnya amat lega dengan sambutan penduduk kampung tersebut kepada program itu._
~ http://umnolawanpas.wordpress.com/
LALUAN POLITIK DIPERMUDAHKAN DENGAN MENYARUNG JERSI TOK ARAB?
Tidak ada agenda baru sebenarnya…cumanya bukanlah menjadi tradisi harakah sekularis untuk mengulas isu dalam nada yang menyinggung wibawa dan perasaan kalangan mereka sendiri.
Kaedah menyorokkan laporan negatif dan hanya memaparkan laporan yang positif sudah lama dibudayakan oleh lidah rasmi Erdogan-Pas.
Begitu juga kaedah memutarbelitkan kenyataan yang membawa imej buruk agar ia nampak di sebaliknya …walau pun ulasan mereka ternyata bertentangan dengan persepsi umum dan budaya setempat mahu pun sejagat namun mereka merelakannya demi menjaga hati budi rakan dan taulan.
Rating dan keuntungan adalah segala-galanya…la nih… bagi media politik yang berlindung di belakang jenama yang ke arab-araban.
ayat bron jelas menunjukkan umno lg teruk dari tu.. betul atau tidak? kalau nak dibandingkan dgn media perdana aku rasa lg teruk.. kesimpulannya wadah umno lagi bercabang dan auta..
Bawah buka atas buka
Dalam hal ini tindakan Teresa masuk masjid dengan skit amatlah di kesalkan namun bagi teresa mungkin tidak tahu dan mungkin buat tak tahu tentang hukum hakam dalam Islam , Mungkin juga teresa hendak menguji sejauh mana kuatnya Islam di kalangan Masjid tersebut . dan ajk masjid tersebut terlalu taksub menyokong teresa hingga lupa bahawa teresa itu bukan agama Islam .
Mungkin ini juga fatwa atau ajaran baru dar PR untuk penyokongnya , (mungkin)
Tapi bagi peminpin UMNO juga jangan la terlalu lantang melaungkan perkara aurat ini . Pemimpin Wanita UMNO yang dah tua bangka ( lebih dari baligh) pun masih tidak tahu cara nak tutup rambut . Ada yang berambut perang lagi .
Jangan tahu bertunjuk orang buat salah tapi diri sendiri tidak tentu hala .
Hukum tetap hukum tak kira Pas , Dap , Pkr atau UMNO . Yang haram tetap haram .
setuju dgn nik mot.. bila tang agama ni kena tolak semua fahaman. kalau ada kesedaran sesapa bleh tegur, tapi kena berpada-pada la..
lagi haram kalau terima dana dari musuh2 islam..balas budi tandatangan iktiraf israel..ada ka patut
mad..
ko ader bukti ker..
aku nk tgk la, ish berita hangat ni..
btl tu, aku sokong nik mot..
Hukum tetap hukum tak kira Pas , Dap , Pkr atau UMNO . Yang haram tetap haram ..
gua rs seseorg patut beritahu terressa ni.. mungkin dia x tau, jd kita yang tau patut bgtau… mad, ko la bgtau, psl ko seme tau..
Takkanlah jemaah pr yang pi semayann tak tahu hukum? Tegurlah. jangan jadi macam harakah-Erdogan. — tegur mana yang bawak keuntungan tetapi kalau isu yang bawa kerugian disorokkan pulak.
lagi satu kenapa setelah nampak kemungkaran depan mata maka lidah PR terus jadi kelu? Atau sememangnya geng pr mudah “high” walau pun setakat dapat tengok buku lali teresa, ish, ish.