Khairy tiada masalah untuk layak bertanding Ketua pemuda UMNO
October 12, 2008 by admin
Walaupun Mukhriz mendahului dengan 29 pencalonan dan Khairy Jamaluddin dengan 14 pencalonan dan Khir Toyo hanya mendapat 7 undi dari 53 bahagian yang telah mengadakan mesyuarat Pemuda UMNO. Harapan untuk bersaing dalam perlumbaan Ketua Pemuda UMNO jelas terbuka kepada Mukhriz dan Khairy Jamaluddin.
Pencalonan bagi meneruskan persaingan bagi untuk melayakan diri untuk menjadi calon Ketua Pemuda yang akan ditentukan oleh 191 bahagian UMNO Malaysia akan memastikan bahawa hanya calon yang layak akan berpeluang untuk bertanding. Calon perlu mendapat 38 undi bagi merealisasikan hasrat bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO.
Ini bererti Mukhriz memerlukan 9 pencalonan lagi manakala Khairy Jamaluddin memerlukan 24 pencalonan lagi dan Khir Toyo memerlukan 31 pencalonan lagi untuk layak bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kemungkinan besar kerusi ini akan di tandingi oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga Mukhriz Tun Mahahthir di mana Khairy dijangkakan tidak mempunyai halangan untuk melepasi kuota pencalonan. Sementara itu Dr. Khir sendiri mengakui laluannya sukar tetapi tetap yakin memperolehi cukup pencalonan walaupun agak jauh ketinggalan dibelakang Mukhriz dan Khairy.
Bercakap kepada wartawan di majlis sambutan Aidil Fitri di kawasannya di Simpang Lima, Sungai Besar Sabtu, beliau melihat pertembungan pemilihan Ketua Pemuda UMNO kali ini dijangka hebat kerana calonnya
anak bekas Perdana Menteri dan menantu Perdana Menteri. Ditanya mengenai senario itu, Dr Khir berkata, sebagai calon baru menawarkan diri, beliau bergantung pada kekuatan dan pengalaman sendiri bukan
bapa dan orang lain.
“Kita tahu Mukhriz bergantung kekuatan Dr Mahathir, Khairy dengan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), ini memang agak sukar selain ada usaha menidakkan calon lain bertanding,” katanya. Beliau berharap calon-calon yang bertanding bergantung kekuatan sendiri bukan orang lain kerana pandangan bapa dan anak pasti berbeza. “Saya pernah nyatakan bahawa kita kena benarkan semua calon bertanding walaupun empat orang. Biar mereka (calon) jumpa kita (perwakilan dan ahli) jelaskan wawasan dan janji untuk dilaksanakan serta apa sudah dilaksanakan untuk parti,” katanya.
Mungkin keyataan Khir Toyo ada sedikit kesilapan kerana Khairy tidak lagi bertanding atas kekuatan bapa mertuanya kerana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi memainkan peranan untuk mempengaruhi
pencalonan kepada Khairy. Sekiranya Perdana Menteri memainkan peranan untuk mempengaruhi pencalonan pasti keputusan pencalonan tidak berlaku seperti apa yang telah berlaku hari ini. Kini hanya Mukhriz sahaja yang dikatakan bergantung kepada pengaruh ayahnya kerana Tun juga turut mencampuri kempen Ketua Pemuda UMNO.
Hanya 3 orang pemimpin sahaja yang bertanding atas kekuatan sendiri, Khairy, Khir dan Zainol namun terserlah kekuatan atas dasar kekuatan sendiri memihak kepada Khairy.
Keputusan 14 pencalonan yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin bolah dikatakan baik kerana Khairy kini bertanding dengan kekuatan sendiri dan dengan berbaki 138 bahagian Pemuda UMNO yang akan bermesyuarat, Khairy dijangka tidak mempunyai kesukaran untuk melepas kuota pencalonan.



















Dalam apa jua pertandingan, pencalonan bukan penentu kemenangan dalam pertandingan. Perwakilan yang akan menimbang dari segenap aspek sebelum memuktamatkan pemenangnya.
Memang ler tapi ..dari segi moral dan psaikology aku jangkkakaan Mukhriz telah mendahului dan akan terpilih kerana dia mempunyai reputasi yg bagus berani mengkritik dan bukan yes man ……………….
Walaupun aku bukan UMNo tapi aku sokong Mukhriz bukan pasal dia anak TUN tapi perwatakan usia dan misi nya
tahniah Mukhriz
Aku salute kau kerana berani menyatakan kebenaran walau pun selama ini kau hanya menganggap mereka adalah pesaing.
Janganlah jadi macam kebanyakan PR yang hanya berasakan pemimpin mereka saja yang ada janggut, misi, misai dan kelayakan jadi PM-916.
Tahniah dol.
aku sokong KJ supaya dia jadi ketua..sebab nanti senang sikit hangpa nk melingkup..huhu
Aku respek dikau dol kerana mempamerkan nilai sebenar pemimpin PR — pelingkup pilihan rakyat.
P/s: PR = Partai Replika
Jentera KJ dah berterabur dah yop…Kota Belud kaw KP Sabah pun sokong DM.
Skrg ni KJ tukar nada dah..minta kesian sama perwakilan…
Silap-silap tak cukup pencalonan…KT closing in on KJ…
DM 36 - KJ 16 - KT 10
Unless of course…envelope coklat…wakakakaka..
Labu oh Labu..
Kekuatan sendiri? Betul tu. kj memang ada kekuatan (RM) sendiri.
Betul tu kerisik malaya…menurut persepsi massa ‘kamu semua’ memang terkenal dengan kuasa tersebut. Lihatlah ke dalam terlebih dulu dan jangan jadi macam Pas yang asyik teropong ke sebelah luar aja.
Proses pencalunan masih panjang lagi……………… masih banyak lagi.
DM36 -KJ16 - KT 10.
KT akan tercicir dan terkedu mengenang nasib kerjaya politiknya……… finished.
KJ akhirnya akan melayakan diri untuk terus bertanding………………… DM akan jadi saingan paling sengit dihujung pertanding…………… ini pasti akan terjadi.
Diperingkat ini cumalah satu gambaran SIKAP dan PERANGAI ORANG MELAYU berpolitik………………….. sejak TunM jadi Presiden dan PM…………jadi keputusan pencalunan tidak akan menentukan siapa yang akan keluar sebagai KETUA PEMUDA…………….
Peringkat sterusnya adalah satu peringkat PERTARUNGAN SEBENAR ………. antara BERANI BERUBAH lawan SETIAKAWAN………………. pastinya para pemuda Umno yang akan mewakili pemuda Melayu dalam tampok ketuanan bangsa akan membuat penilaian dan keputusan………………. mahu berani berubah atau mahu bersatu bersetiakawan menghadapi………………. segala musibah tsunami politik PRU12………………. terutamanya…………. pembiakan koloni Mr. Replika SSS………………….. bersama virus-virus songsangnya…………. yang awal wujudnya adalah…………………. kelemahan TunM untuk terus berkuasa…………….. dibayangi aura Mr. Replika SSS……………….. yang kononnya mengaku pahlawan sejati membela Islam…………………….. tapi akhirnya…………. secara senyap dipergunakan olih Tuan Guru Nik Aziz untuk berkuasa……………
Nah cari lah CAHAYA KEMULIAN disebalik semua ini…………………. pemuda Umno mahu jadi apa??????????????/
admin… jangan buyers kat mukhriz…. nampak sangat kau nih orang kj… jangan la melaga2kan lagi pemimpin umno…
Kenapa pada waktu inilah kedengaran berbagai seruan bersifat retorik dan ‘ad hoc’? Antaranya bersatulah, jangan laga-lagalah, jangan pecah-belahlah, jangan itu, ini dan bla, bla. Kenapa?
Tidakkah seruan sedemikian sepatutnya kedengaran dan dihayati sebelum dan sejurus selepas berlakunya hurikan politik 308. Adakah ianya berlaku sedemikian?
Ironinya, ketika perbezaan pendapat sepatutnya diraikan, lontaran vokal tidak dianggap menongkah arus, kritikan dianggap membina dan individualisme dianggap kesatuan dalam kepelbagaian, ia seolah-olah ditafsirkan sebagai tidak baik dan berkonotasi negatif pula? hmmm.
p/s: “forgetful”
bro, mukhriz dah layak. end of the day akan ada pertembungan diantara mukriz dan kj untuk perhimpunan agung tahun depan.
whoever win or loose please STAY UNITED!
Kebelakangan ini Tun seronok untuk meronyeh KJ..hairan,kenapa tidak beliau ronyeh2 sekali 2 calon yang lain?? -Calon yg lagi seorang sememangnya beliau takkan berbuat demikian.
Jelas, beliau juga sebenarnya memang takut akan pembawaan dan cara pendekatan KJ bebanding 3 calon yang lain..jadi,jangan khuatir saya kira..KJ pada gelanggang yang lain sudah berjaya sebenarnya..
Mengenai retorik dan pengisian,pada saya ianya mesti wujud serentak. Analoginya begini, kereta tidak boleh bergerak jika mengharap pada enjin semata2..ia juga perlu petrol. Maka, lengkaplah ia.
Retorik pada zaman Aristotle dicipta untuk menyakinkan orang sekeliling, jadi retorik perlu untuk memastikan pengisian yang berkesan..
Mende la spark ni. Asyik copy komen yang sama je. kj tak ajar ke nak tulis komen lain?
Assalamualaikum.. Pertama kali aku memberi komen di blog ini. Selama ini hanya lalu dan membaca.. Berita dan isu2 yang di bangkit kan sangat menarik.. tapi sejak akhir-akhir ni dah lain macam.. sejelas jelas nya blog ini terlampau pro pada KJ. walau pun umum telah ketahui blog ini asal nya cuba menyaingi Mykmu.net yang lebih menyuarakan hasrat akar umbi..
Nasihat saya kepada KJ dan editor blog ini. Jelas kini akar umbi telah pun menyuarakan ingin perubahan. Kemana pergi nya semangat “setia kawan” sdangkan blog ini menjurus kerapuhan UMNO ini sendiri.
Maaf . ikhlas dari saya anak melayu yang mahukan perubahan. Harap KJ dan editor “Berani Berubah” sikap.
Hello
saya tengok kelab penyokong ni lebih mengamalkan sokongan yang berpuak-puak atau lebih terangnya menyokong KJ sahaja, sedangkan yang bertanding ni semua orang umno…lihatlah laman web harakah, tak pernahpun mengutuk ahli-ahli PAS sendiri.
so kelab penyokong boleh tukar nama je lah…lagi baik
hahaha…ramai betul penjilat khiry…kekuatan sendiri konon…bapak mentua dia masih pm…lainla kalau lepas bulan mac..baru boleh kata kj terkontang kanting tanpa backup besar…tapi ape2 hal…gua sokong kj jadi KP umno…biar cepat sikit lingkup parti keramat ni…idup kj..pade doh!!!!
Bapak mentua - Bapak Demokrasi (ptuuiihh!)
Menantu - Bapak Demo Kasi (kat Kelantan ‘demo kasi’ duit, kawe ambik)
Kj alami zaman sukar dan penolakan
Admind kpmu berkata Kj tak ada masalah dalam mendapat pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO . Persoalannya betul ke ??
Kerana situasi sekarang yang dapat kita lihat ialah Kj bergelut untuk mencukupkan kuota pencalonan padahal Datuk Mukriz telah pun layak .
Rasanya admind kpmu cuba menyakinkan diri sendiri bahawa KJ akan mendapat memenuhi kuota tersebut . Berbanyak-banyaklah berdoa wahai admind kpmu semuga mendapat pencalonan . Jangan sampai tewas tak cukup pencalonan sudah la ye!!
ADMIN APALAH KAU NI BIAS KAT PAK LAH NGAN KJ
KALAU MACAM NI JANGAN BUAT BLOG NANTI ORANG TAK LAYAN BARU TAU
KALAU NAK BIAS TU BIAR HALUS SIKIT NI MACAM BUDAL SEKOLAH PUNYA MENTALITY
CHEAP ADMIN
aduhh
mane PM baru neh?bapak sampah PKR mane?
aku dengar..bapak2 umno menikus hari ni en ahmad…sorang pun takut utk berbahas ngan anwar berkenaan bajet…sampah betulkan derang…menteri kewangan baru pon takdak teloq…lepas ni nak jadi pm..
pembangkang lagi teruk
sikit sikit keluar dewan
ingat sikit pembangkang tu majoriti pembangkang tu bangsa asing bkn melayu
huh…!!! harap mangkuk kerry tu kalahlah hendaknya….
errrr..dia dah layak ke blum??????