Nazri cabar pembangkang bawa usul hapus hak istimewa orang Melayu di Dewan Rakyat
October 31, 2008 by Pendeta · 2 Comments
Sesi penggulungan perbahasan bajet 2009 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berlangsung macam biasa – panas dan menarik perhatian bukan sahaja kalangan pemerihati yang hadir di Parlimen tetapi juga Ahli-Ahli Parlimen serta anggota pentadbiran kerajaan lainnya.
Pada sesi petang Rabu, Nazri diserang bertubi-tubi berhubung dengan soal hak istimewa orang Melayu.
Namun beliau yang popular dengan panggilan ‘Cif” tenang sahaja dan menegaskan pendirian kerajaan tidak akan meminda atau menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu.
“Saya adalah satu daripada 222 Ahli Parlimen. Jika dua pertiga Ahli Dewan ini setuju untuk meluluskan bagi menghapuskan Perkara 153 saya terima tetapi saya sendiri tidak akan menyokong Perkara 153 dihapuskan dan saya akan tetap mempertahankannya,” katanya sambil meminta pihak pembangkang jika mereka hendak memansuhkan Perkara 153 mereka boleh berbuat demikian dengan membawa usul di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian kerana timbul isu yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu semasa perbahasan daripada kalangan pihak pembangkang sebelum ini.
Penegasan serta jawapan Nazri tersebut membuatkan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr. Zulkefli Ahmad bangun dan berkata, pakatan pembangkang bersetuju untuk mempertahankan Perkara 153 tetapi membangkitkan soal dalam melaksanakan serta memelihara hak Melayu ia jangan sampai menindas hak kaum lain.
Nazri dengan gaya bersahaja berkata “ Ini yang cakap soal nak pertahan hak istimewa orang Melayu saya dengar daripada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang Melayu sahaja tetapi Ahli Parlimen pembangkang daripada kaum lain tak kata apa pun,” katanya sambil tegaskan kerajaan tidak pernah menindas kaum lain dalam masa laksanakan hak istimewa orang Melayu.
Dalam masa penggulungan itu juga, soalan-soalan tambahan serta penjelasan yang dikemukakan semakin menghangat suasana perbahasan.
Ahli Parlimen Pasir Salak Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajudddin Abdul Rahman mempertikaikan sikap pembangkang yang terang-terang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menyebut Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang paling jelas mempertikaikan perakra itu.
Kit Siang bangun dengan peraturan Mesyuarat perkara 36 (12) mendakwa Tajuddin mengelirukan Dewan kerana beliau tidak pernah pertikai hak istimewa orang Melayu.
Tajuddin selepas itu meneruskan penjelasan yang dipohonnya kepada Nazri dan sekali lagi Ahli Parlimen PKR Gombak, Azmin Ali bagun menggunakan peraturan mesyuarat yang sama untuk menghalang Tajuddin daripada membuat kenyataan yang sama.
Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta Tajuddin mengawal ucapannya dan pada masa ini Tajuddin jelas mempertikaikan peraka itu.
“Ini apa ini…bila saya hendak bercakap peraturan itulah peraturan inilah…itu pembangkang mereka boleh cakap ikut suka mereka saja,” katanya yang jelas tidak puashati kerana isu hak istimewa orang Melayu disentuh oleh pembangkang secara terbuka.
“Kata kita tindas kaum lain, saya cabar dalam bidang ekonomi siapa kuasai ekonomi negara, tunjukkan berapa penguasaan ekonomi orang Melayu,” katanya sambil menambah kaum Cina paling menguasai ekonomi negara ini dan ia menjadi bukti hak mereka tidak pernah dinafikan.
Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali tidak ketinggalan membangkitkan soal kepentingan hak istimewa orang Melayu.
Dalam soalannya, beliau bertanya kepada Nazri adakah beliau setuju jika pembangkang hendak meminda Perkara 153, Menteri-Menteri Besar di negeri yang dikuasai pembangkang hendaklah mengadap Sultan masing-masing mohon perkenan untuk Perkara 153 dimansuhkan.
Jawab Nazri “ Saya kira itu cadangan yang baik. Biarlah mereka mengadap ke bawah duli Sultan di negeri mereka masing-masing”.
Selain isu hak istimewa orang Melayu, Nazri turut menjelaskan tindakan tegas kerajaan terhadap pertubuhan haram HINDRAF dan penahanan beberapa individu pertubuhan itu di bawah ISA.
Katanya, tindakan tegas itu bukan menunjukkan kerajaan menindas tetapi berdasarkan perkara-perkara yang mereka lakukan sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.
Tambahnya, sebelum ini kerajaan juga bertegas kepada kaum bukan Melayu dan isu Al-Arqam dan Jemaah Islamiyah dan tindakan menahan pemimpin mereka di bawah ISA tidak pun dikatakan menindas Melayu.
Dipetik dari www.agendadaily.com
Kes Bunuh Altantuya: Abdul Razak Bebas, Azilah Dan Sirul Azhar Diperintah Bela Diri
October 31, 2008 by admin · 19 Comments
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi disini hari ini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap tuduhan itu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin yang membuat keputusan itu berkata beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.
Mahkamah menetapkan 10 Nov ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri.
Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri.
Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di sini antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas.
Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Okt dan 9.45 malam 19 Okt tahun 2006.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati.
Altantuya, ibu kepada dua anak lelaki masing-masing berusia 4 tahun dan 10 tahun, mendapat latihan sebagai guru dan penterjemah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Rusia di National University of Mongolia.
Mayatnya dilupus dengan cara diletupkan dengan bahan letupan. Cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.
Kes sensasi itu mendapat liputan meluas kerana Altantuya dilaporkan datang ke Malaysia untuk mencari Abdul Razak yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.
Mahkamah telah mengambil masa selama 151 hari bermula 4 Jun tahun lepas untuk mendengar keterangan daripada 84 saksi pendakwaan sebelum menangguhkan keputusan itu sehingga hari ini selepas kes pendakwaan ditutup pada 23 Jun lepas.
Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar, Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican and Ahmad Zaidi Zainal manakala Abdul Razak diwakili peguam Wong Kian Kheong.
Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid.
Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh adalah peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.
Lihat debat dari sudut positif
October 31, 2008 by admin · 11 Comments
Cadangan peribadi Khairy Jamaluddin agar diadakan debat antara calon Pemuda UMNO tidak perlu dipandang negatif kerana cadangan berkenaan adalah cadangan yang baik bagi mereka yang berfikiran positif.
1) Ianya dapat menerangkan kepada Pemuda malahan remaja Malaysia visi dan corak pentadbiran yang mahu dibawa oleh kesemua calon Ketua Pemuda bagi dinilaikan bersama. Ianya bukanlah merupakan janji-janji manis seperti yang dikatakan oleh Hishamuddin yang takut calon pemuda tidak dapat menunaikan janji semasa berdebat apabila mereka menjadi Ketua Pemuda UMNO nanti. Ini adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana dengan adanya debat ini Pemuda boleh memantau janji-janji yang telah diberikan perlu dilaksanakan dan mereka yang berdebat pasti tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan kerana umum telah mengetahui apa yang telah dijanjikan.
2) Mukhriz pula berkata bahawa dengan adanya debat ini akan mendedahkan perkara yang tidak baik didalam kepimpinan Pemuda UMNO khususnya UMNO. Jika debat ini membicarakan mengenai perancangan kepimpinan yang positif dan visi calon yang bakal menjadi Ketua secara Positif, tidak timbul pendedahan keburukan UMNO melainkan Mukhriz masih mengamalkan sikap yang biasa dilakukan oleh beliau dengan ayahnya memburukkan UMNO. Sekurang-kurangnya dengan debat ini dan dengan perancangan yang bijak dan menarik boleh mendorong minat remaja untuk menyertai UMNO kerana faham dan ketahui perancangan dan visi yang menarik yang dibentangkan oleh calon-calon berkenaan.
3) Mengapa debat ini tiba-tiba menghantui Mukhriz dan juga dengan tiba-tiba kekuasaan Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dilontarkan untuk megingati Pemuda bahawa beliau masih Ketua Pemuda UMNO sehingga Mac sedangkan ketika Mukhriz membuat sidang akhbar dan mengutuk Perdana Menteri dan bersikap kurang ajar kepada Pemimpin tertinggi UMNO, Hishamuddin tidak pernah mengingatkan bahawa segala ini mesti melalui beliau selaku ketua peuda UMNO ?
4) Debat adalah lebih baik dari bertemu dengan perwakilan dari bahagian ke bahagian kerana ianya dapat mengelakkan pertumbuhan politik wang yang telah menjadi barah dalam pemilihan UMNO kali ini kerana sikap gila kuasa pemimpin yang mahu merebut jawatan yang dikosongkan. Dengan ada debat ini, perancangan, visi yang baik boleh mengatasi kehebatan sogokan wang.
5) Dengan adanya debat ini, perwakilan boleh menilai kehebatan pemikiran dan perancangan atau kelemahan calon ketua pemuda UMNO yang bakal memimpin Pergerakan muda UMNO ini, Perwakilan juga dapat melihat sama ada buah fikiran datang dari calon ini atau pun calon itu sebenarnya meminjam pemikiran orang lain untuk melontarkan idea atau mengharapkan idea atau perancangan oleh orang lain seperti ayah atau penasihat calon-calon berkenaan, kerana pemuda tidak mahu tertipu mendapat calon yang tidak berakal dan manja hanya mengharap sentuhan dari ayah untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia.
6) Dengan adanya debat ini juga, Perwakilan dapat menilai jasa-jasa yang telah dilaksanakan oleh calon-calon yang akan bertanding untuk pemuda dan boleh menilai kan kembali ketepatan slogan-slogan yang mereka gunakan, seperti Berani Berubah, Setiakawan dan Pemuda Berani.
7) Debat ini tidak akan memberikan keburukkan atau mencalarkan imej Pemuda kerana ianya juga di amalkan dinegara barat untuk memberikan peluang kepada calon menilai dan memilih Ketua Pemuda
yang mereka rasakan layak. Kita tidak akan membuat silap jika kita tahu nilai sesuatu yang mahu kita miliki.
Debat ini juga menemukan calon-calon dengan perwakilan untuk menyelami lebih dalam lagi hati masing-masing dan salitulrahim yang diikat akan merapat kan saf-saf Pemuda UMNO dan dengan cara tidak langsung boleh mengikat setiakawan dan memantapkan lagi sayap muda UMNO ini.
Jadilah pemimpin yang berani kerana darah yang mengalir dalam calon-calon ini adalah calon yang berdarah muda dan dengan adanya cabaran ini adalah satu perubahan dalam warna-warni Pumuda yang cuba diubah oleh Khairy Jamaluddin. Anggaplah ini satu pembaharuan dan perubahan yang di bawa oleh Khairy Jamaluddin sebagai satu perubahan dan bukan satu perkara yang cuba memberikan impek yang buruk kepada Pemuda UMNO. Manakah pengisian Berani Berubah Mukhriz jika menikus dengan lontaran idea baru dari Khairy Jamaluddin. Sekurang-kurangnya Khir Toyo melaksanakan visi Pemuda Berani dan menyahut cabaran ini.
Selamat Berdebat
Isu debat calon Ketua Pemuda UMNO -Khairy jumpa Hishammuddin
October 31, 2008 by Pendeta · 2 Comments
PETALING JAYA 30 Okt. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan berjumpa dengan ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat berhubung cadangannya diadakan debat terbuka bagi calon-calon yang bertanding jawatan ketua pergerakan itu.
Khairy berkata, beliau akan berjumpa dengan Hishammuddin untuk menjelaskan mengenai cadangan yang dikemukakan beliau di samping meminta restu daripadanya.
“Saya hormat (Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda dan sedar semua ini merupakan prosedurnya. Debat terbuka itu merupakan cadangan peribadi saya.
“Saya akan jumpa beliau dalam masa terdekat untuk jelaskan mengenai cadangan itu dan minta restu. Terserah kepada beliau untuk teruskan (cadangan debat) atau tidak,” katanya ketika ditemui pada forum ‘Dialog Barat-Islam: Kedudukan Kita dan Hala Tuju Kita’ di International Institute of Advance Islamic Studies (IAIS) Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Hishammuddin mahu anggota pergerakan itu merujuk kepadanya terlebih dahulu berhubung isu debat antara calon ketua sayap kanan parti berkenaan kerana beliau masih menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO hingga Mac depan.
Beliau berkata, apa saja yang mahu dilaksanakan dan berkaitan Pemuda UMNO perlu merujuk kepadanya sebagai ketua supaya ia boleh dibincangkan dan diperhalusi bagi mengelak berlakunya perkara yang menjejaskan imej parti.
Seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyahut cabaran Khairy untuk berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masing-masing.
Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang turut dicalonkan merebut jawatan nombor satu dalam sayap itu tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana berpendirian bahawa soal pemilihan parti merupakan hal ehwal dalaman UMNO.
– Bernama
Isu debat calon Ketua Pemuda UMNO-Rapatkan rakyat dengan calon – Shahrir
October 31, 2008 by Pendeta · 2 Comments
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Debat di antara calon Ketua Pemuda UMNO wajar diadakan kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat bakal pemimpin masa depan, Read more
Muhyiddin, Mukhriz belum selamat
October 31, 2008 by admin · 3 Comments
Jumlah pencalonan yang diterima calon-calon yang bertanding jawatan tinggi Umno tidak semestinya menjamin kemenangan mereka dalam pemilihan Mac depan, demikian menurut beberapa ahli akademik tempatan hari ini.Menurut mereka, ini kerana jumlah pencalonan daripada bahagian tidak menggambarkan sokongan sebenar para perwakilan kepada mereka yang bakal bertanding itu. Read more
Pengakuan Ikhlas - Sememangnya Khir Toyo dapat bonus RM 100 ribu dari PKNS
October 30, 2008 by admin · 75 Comments
Wak tergamam juga apabila membaca pengakuan laman web pro Tun dan Khir Toyo yang dipetik dari sebuah blog lain. Bukan mahu menyokong pembangkang, tetapi yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Terperanjat bukan apa. Read more
Semua telah dijangkakan - kempen jahat sudah bermula.
October 30, 2008 by admin · 87 Comments
Tersebarnya gambar yang memburukkan Khairy Jamaluddin di dalam beberapa blog dan laman web semalam semalam sememangnya telah diduga. Malahan penyokong Khairy amat terperanjat kerana jangkaan mereka meleset sekali kerana mereka menyangkakan gambar yang lebih teruk dari itu yang akan diedarkan. Read more
Hebatkah Ron si Kuda Kepang ?
October 30, 2008 by admin · 4 Comments
Pada 18 Okt. yang lalu Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan Mac tahun depan. Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkannya memperjuangkan idealisme, agama, bangsa dan tanah air secara konsisten, ikhlas dan jujur. Read more
Siapa dan antara yang tertekan ???
October 30, 2008 by admin · 46 Comments
Siapa yang sebenarnya kini tertekan untuk menanti hari pemilihan UMNO yang akan diadakan pada bulan Mac ini. Bagi Datuk Seri Najib yang bertanding sebagai Presiden parti mungkin boleh merasa lega kerana beliau hampir selamat untuk menduduki takhta tertinggi dalam parti UMNO Mac ini. Read more


















