Zaid desak Muhyiddin dipecat
September 13, 2008 by admin
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah pula mempunyai kuasa untuk memecat beliau.
”Perkara ini cukup mudah, jika Muhyiddin tak puas hati dan tidak yakin dengan Abdullah, beliau harus meletakkan jawatan sebagai menteri,” katanya.
Zaid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran bertajuk Wallscapes: Catan Merdeka oleh Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei dan Dunia Ketiga oleh Shen Jiawei di Galeri Petronas di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Naib Presiden UMNO itu yang mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.
Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.
Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah ‘tenggelam’ dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
Zaid menegaskan Abdullah tidak wajar memiliki menteri seperti Muhyiddin yang cuba mempertikaikan kepimpinannya.
”Jika saya tidak berpuas hati dengan Abdullah tindakan yang akan saya ambil adalah meletakkan jawatan,” katanya.
Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar mana-mana pemimpin tertinggi UMNO yang mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri.
Kata beliau, perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat mendukacitakan seolah-olah satu sokongan yang membawa rebah.
”Saya amat sakit hati, dukacita dan kecewa kerana orang yang dipercayai oleh Abdullah semakin hari semakin menuding jari kepada Perdana Menteri,” katanya



















Kita ni terlalu byk politiking. Silap2 macam lebih byk daripada semasa kempen pilihanraya yg lepas. Sebenarnya , orang2 dalam UMNO terbawa-bawa dgn cara mainan politik DSAI. Dia sebenarnya yg mencetuskan ketidak tentuan politik selepas pilihanraya dan sebahagian pemimpn2 umno pun seoalah-olah terikut rentaknya.
My advice : Stop politiking. Concentrate on your work. Think how to make malaysia more peaceful country and all the peoples can stay together in harmony.
Jangan hiraukan pasal DSAI, pasal 16 Sept, pasal kalah kat Permatang Pauh (memang dah lubuk dia) dan macam2 lagi.
1.Concentrate on your work, I have to agree, but the majority, they are too buzy concentrating on working for themself.
2.Why must Muhyiddin be ask to resign? Just because he speak his mind? Zaid should go back look himself in the mirror, carefully.
3.Kalau nak melatahpun bior la ada yang cucuk.
TAN SRI MUHYIDDIN YASIN HANYA MENYAMPAIKAN SUARA MAJORITI RAKYAT. ADAKAH ITU SATU KESALAHAN? SATU PERTANYAAN, MENTERI BERKERJA UNTUK SIAPA? HARAP FAHAM…WALAU BAGAIMANA PUN BERILAH PELUANG PADA PM UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN YANG AMAT KUSUT INI. CUMA DUA TAHUN SAJA KAN? BUKAN LAMA PUN…SETIDAK2NYA PM TELAH MENUNJUKKAN YANG BELIAU BUKANLAH SEORANG BACUL YANG LARI MENINGGALKAN MEDAN PERANG APABILA MELIHAT TENTERANYA HAMPIR KALAH.DENGAN INI BELIAU TELAH MEMBUKTIKAN YANG BELIAU ADALAH SEORANG PAHLAWAN…PAHLAWAN DIDALAM MEDAN POLITIK. TERUSKAN PERJUANGAN MU PAKLAH! SEMOGA ANDA BERJAYA. JANGAN LUPA, RAKYAT JUGA DIDALAM KERISAUAN YANG TERAMAT SANGAT SEKARANG. KEADAAN EKONOMI TELAH MENUNJUKAN TANDA2 SURAM… SUMBER2 KEWANGAN SEMAKIN MENIPIS…ENTAH ESOK LUSA AKAN HABIS.. RISAU JUGA BILA TERKENANGKAN PELAJARAN ANAK2, DAN SEGALA HUTANG PIUTANG YANG DITANGGUNG…HARGA BARANG2 TERLALU TINGGI..RISAU…RISAU…
aduhh
ini perkembangan yg membimbangkan
hentikanlahh
Senator Zaid ibrahim,
Rasanya TSMY tidak salah membuat gesaan pada Pak Lah . Kerana umum semua orang tahu dan mahu Pak Lah berundur . Namun pak lah yang enggan kerana masih mahu berkuasa .
Pak Lah harus menerima dengan hati yang terbuka yang kepimpinan beliau lemah dan banyak menberi ruang pada pembangkang dan kaum lain mengambil kesempatan atas kelalaian dan kelemahannya .
Namun atas taksiran bahawa rakyat mahu perubahan Pak Lah pekakkan telinga dan gagahi juga walaupun rakyat telah memberi isyarat supaya Pak Lah meletak jawatan . Pak Lah seharusnya meletak jawatan ketika sekarang .
Bagaimana jika apa yang DSAI war-warkan 169 benar-benar berlaku ? Siapa yang menyerahkan tampuk pemerintahan yang di tunjangi UMNO dan BN kepada PR ?
Siapa yang keluarkan DSAI dari Sg Buloh ? Dan apakah jasa orang keluarkan DSAI dari SG Buloh di kenang ?
Mungkin Senator Zaid Ibahim tahu akan sejarah ini dan maklum keadaan yang sebenarnya politik UMNO sekarang .
haha..tau plak penyokong umno ni bimbang..aku ingat depa konfiden dgn parti depa..habislah dah nak tumbang la lepas ni..
elok pecat je semua sekali
syabas kpmu kerana berani menyiarkan artikel ini ..syabas
Huk Alah!!!!!
Kata Datuk Zaid Ibrahim terhadap T.S Muhyuddin ” …he resigns or Pak Lah should sack him”(N8 The Star 13 Sept.
Apakah kata kata ini dari Zaid?.Tetapi kalau dari Zaid memang dia ini kaki ampu.Apa yg dia hendak lagi .Menghancurkan pluang T.S .Muh.
T.S Muhyuddin sebenarnya adalah MP yg telah lama dan Johor terdapat ramai MP BN berbanding P.Pinang .Tok Zaid ini siapa ?!!! dan wakil rakyat mana ?.Selalu menyibuk…
Sekian,tQ
Cat.doG(”,*
kalau dia si zain ni nak populariti mcm ahmad ismail pun tak yah lak rosakkan parti..buat aje benda lain..ishk ishk…nak dapat muka pun jangan la sampai buat org menyampah..cukup2 lah dengan perpecahan..sokong pak lah dengan suruh dia buat apa yang patut..bersikap adil lah.. dan lagi sorang tu..jgn kerana nak naik cepat. sampai jadi org2 yang tak bertanggungjawab dan cakap atas periuk nasi sendiri bukan rakyat!!! cakap perlu depan2 bukan belakang2..pulak tu cakap di singapore. Bincang wisely bukan ikut nafsu.
ini zaid cakap
“Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.
“Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota Baru hari ini.
OK KALAU DIA BIKIN APA YG DIA CAKAP KITA PEGANG KATA KATA DIA