Top

TIADAKAH YANG LEBIH BAIK DARI KHIR DAN MUKHRIZ UNTUK KETUA PEMUDA?

September 5, 2008 by admin 

Cerita nak rebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di semua peringkat semakin menarik apabila Datuk Mukhriz Mahathir terus mengangkat dirinya bahawa dia akan mendapat pencalonan cukup untuk bertanding jawatan tersebut setelah UMNO kalah di Permatang Pauh. Kata-kata itu pelik dan nampak sangat Mukhriz macam belum matang walaupun sudah dewasa.

Datuk Seri Mohd Khir Toyo pun sama juga rentaknya berdolak dalik.  Pada awalnya, dia mahu bertanding Naib Presiden.  Bila Negeri Selangor kalah di tangan pembangkang, dia cepat-cepat beralih kepada Ketua Pemuda.  Kononnya memberi laluan kepada Datuk Seri Hihamuddin Tun Hussein sambil mengharapkan Hishamuddin akan tunjuk dia sebagai pengganti tempat yang bakal ditinggalkan.

Hishamuddin pula belum tunjuk sesiapa lagi.  Mungkin Hishamuddin takut nak tunjuk Khir kerana wajahnya dulu lain, sekarang dah lain.  Dulu ori dan sekarang dah tak ori lagi.  Hishamuddin pun gelak besar apabila dia dengar Khir kata mukanya berubah jadi ‘hansem’ kerana banyak makan tempe.

Hishamuddin cabut keris, tapi Khir hulur penyapu pada orang.  Cabut keris lambang pahlawan Melayu tetapi hadiah orang penyapu lambang biadap bagi orang Melayu dengan Melayu.  Walaupun orang Cina marah Hishamuddin hunus keris dengan berkata “Takkan Melayu hilang di dunia” satu slogan bangsa yang dilaungkan sejak berzaman lagi, tetapi orang Cina tak faham bahasa kiasan Melayu menuntut supaya anak bekas perdana menteri ke tiga itu memohon maaf.

Bila mohon maaf, ramailah orang Melayu marah pula pada Hishamuddin.  Tapi bila kita tanya mana lebih mulia daripada minta maaf daripada beri orang penyapu, rupa-rupanya penyapu juga orang pandang sial yang tiada maaf.  ‘Tiada maaf bagimu,’ kata semua peringkat umur orang Melayu di merata-rata tempat.
Kini gendang berbunyi dan berpalu-paluan Khir nak jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, mahu membentuk satu barisan depan membela generasi muda Melayu .  Paling beliau seronok sebelum ini ialah apabila Mukhriz pernah kata dia mungkin tidak dapat pencalonan yang cukup kerana ada orang berpolitik main duit.

Dalam pada Khir seronok, sedar-sedar Mukhriz sebenarnya mengata dia yang main duit (politik wang).  Sekali lagi Khir tersentak.  Datuk Zahidi yang juga menawarkan jawatan itu pun terasa yang Mukhriz mengata dia bermain politik wang.

Tapi Mukhriz mungkin cakap pada Zahidi yang dia tak kata Zahidi tetapi kata Khir.  Bila Khir tanya, Mukhriz mungkin kata dia bukan kata Khir, tapi dia kata Zahidi.  Pandai-pandailah Mukhriz nak hidup.  Nak kata kat Khairy, belum pula Khairy umumkan secara rasmi dia akan bertanding jawatan yang menjadi rebutan itu.

Mungkin juga Khairy pun cerdik juga.  Dia membiarkan saja mereka berebut dulu.  ‘Last-last’ nanti berkemungkinan besar Khairy akan kata: “Siapa nak kerusi Naib Ketua Pemuda, aku nak pergi ke Ketua Pemuda atas dasar ‘promotion’.  Hishamuddin tentu setuju kerana sebelum ini Khairy sudah berkhidmat dengan dia sekian lama.  Di Permatang Pauh pun mereka berdua-duaan.  Khir dengan Mukhriz bawa diri masing-masing berkempen untuk mendapat pencalonan.

‘Result’ yang Mukhriz dapat setelah tamat Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ialah dia akan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding Ketua Pemuda.  Lain benar bunyinya.  Khir senyap aje, tapi merayap dan menyusup menyondol diri minta perhatian pemuda supaya jangan lupakan dia.
Bila Khairy diumumkan menang Ketua Pemuda Rembau tanpa bertanding, darah Khir dan Mukhriz terutamanya mungkin berderau seketika.  Babak pertama kemenangan Khairy sudah mula terbit.

Dari desas desus, ramai betul yang tak suka dengan Khairy semata-mata kerana dia menantu Pak Lah.  Tapi bila dibentangkan perangai Khir  dengan penyapu dan tempenya dan Mukhriz dengan kebudak-budakannya, Khairy nampak lebih berkarisma untuk berdiri di barisan depan dalam senario politik peringkat nasional.
Dalam zaman ini, kita tidak boleh membaca seseroang itu anak siapa, cucu siapa, adik siapa, menantu siapa, suami siapa atau isteri siapa.  Kita kena melihat tuanpunya diri semata-mata apa yang dia boleh, bagaimana persembahannya dalam berlainan pentas dan apa yang diutara dan dipaparkan untuk bangsa dan negara.

Kalau Khairy bukan orang yang patut diberikan tempat menggantikan Hishamuddin, tidak adakah yang lebih baik dari Khir berjenamakan penyapu dan Mukhriz yang ‘very emotional’ dan ‘nyawanya’ sangat-sangat bergantung pada ayahnya untuk bertanding jawatan pelapis penting untuk menerajui negara ini di masa akan datang?

Dengan keadaan Khir lagi membimbangkan.  Kejap nak jawatan naib presiden, kejap nak jadi ketua pemuda dan dekat-dekat dengan pemilihan nanti, jangan-jangan dia kata dia hendak jawatan timbalan presiden pulak.  Atau ‘last-last’ dia kata dia nak ‘join’ PKR pulak gamaknya.

Oleh Abang Mahmor

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

12 Responses to “TIADAKAH YANG LEBIH BAIK DARI KHIR DAN MUKHRIZ UNTUK KETUA PEMUDA?”

  1. labu on September 5th, 2008 1:53 pm

    aku dah dengar si Mukhriz ni umumkan nak lawan ketua Pemuda ni dah lama dah masa awal-awal setelah PRU12 lagi sebab dia nak tunjuk marah dgn Pak Lah dan menantu Pak Lah Khairy, Dia pasti Khairy akan bertanding ketua Pemuda , Itu sebab dia nak lawan Ketua Pemuda, Tak apa lawan -lawan lah , jangan lah personaly buruk pemimpin lain , jangan personaly tunjuk hero dalam UMNO desakl kerajaan , desak pemimpin , kalau awak rasa awaak kuat lawan , apa nak takut tapi lawan secara gentelman lah, tak eloklah kutuk-kutuk , sbb jika lihat lembali di cermin sejarah keluarga , tak lah baik mana pun , nanti kalau org lain ungkit pula lagi buruk jadinya pemimpin melayu ni, Dulu labu minta dgn Mukhriz ini tapu sekarang Labu dah tawar hati, sbb Labu tgk mukhriz ni mcm biadab sedikit dgn org tua -tua dan pemimpin yag lebih tua, Kita tgk siapa yang akan bertanding lagi, nanti kita congak -congak kita berika undi kepada yang layak/

  2. hussein on September 5th, 2008 2:05 pm

    Sama Mcm aku , kau x nak berpihak kepada sesiapa, bagi akun kalau mrk nak bertanding bertanding lah , siapa yg lebih popular dia lah yang akan menang, Cuma pendapat aku Khir Toyo dah tak berkelayakan lagi untuk bertanding jawatan ini kerana track rekord Khir yang telah menyerahkan Selangor kepada PKR adalah sesuatu yang sukar mahu di maafkan dan sampai hari ini rakyat Selangor merasa dan mengalami kepedihan mengernangkan kekalahan ini dan berazam untuk menawan kembali selangor, Tanya teman-teman , Biarlah secara terhormat kita menyampaikan masage ini bukan dgn cara biadab mahupun simbolik untuk kita berikan penyapu kepada Khir, Jika Selangor gagal di pertahanakan , bagaiaman pula mahu menerajui Pemuda UMNO Malaysia. Benarlah ini adalah survival untuk meneyelamatkan saki baki politik beliau , tetapi itukah hakiki yang perlu diterima ,

  3. singkang on September 5th, 2008 2:34 pm

    Tan Seri Adnan Yaakob juga mahu bertannding dan desas desus mengatakan bahawa dia mendapat sokongan dari Hishamuddin, Hisham yang endose, bernakna yang dua ini Mukhriz dan Khir Toyo Hisham tak endose lah, Cuma yang konfirn dan separuh konfirm nak bertanding dan yang telah mentakan hasad mereka hanya bertiga ini. Hisham hanya endose Adnan setakat ini, Kita tunggu lagi siapa yang akan bertanding dan siapa yang akan Hisham endose bertanding lagi.

  4. mikoyan on September 5th, 2008 4:49 pm

    aku sokong khairy jamaludin jadi ketua pemuda..ezam jadi naib ketua..gandingan mantap yg dapat membawa sinar kpd umno..kik..kik..kik

  5. gar_soksek on September 5th, 2008 9:55 pm

    khairy sapa pun susah mo lawan..jgn jadikan sebab dia menantu pak lah….dia ada kelebihan..masa pilihanraya kecil matang pauh….dia antara yang terawal turun…dan yang hari hari turun padang…rajin dan semangat…x lupa juga ezam…tetiap malam buat ceramah…..

  6. mikoyan on September 6th, 2008 2:04 am

    betul tu garosek…mmg hebat kj ni..tapi teringat aku die kene sound ngan azizah dlm sidang parlimen…hebat jugaklah die menangkis hehehe ezam no wonderlaa..sape tak kenal ezam..setiap mlm tanpa jemu berceramah..yg dengar boleh tahan ‘ramainya’…hehe hidup Kj n ezam..kik kik

  7. sangalgojo on September 6th, 2008 4:43 pm

    aku tak tahu lah sbb aku tidak berapa kenal dgn KJ ni, tapi aku kagum juga kerana macam aman Tun sound dia bagai nak rak sekali dia tak pernah membals dan menghina Tun kembali, Apa saja yang Tun tidak pernah buat pada nya hanya kerana dia menantu Pak Lah , Hina sangat ke jadi menantu Pak Lah. Banding dgn Mukhriz yg sama naik dengan ayah nya hentam Pak Lah bagai nak rak orang tua kena hentam dan sedikit tidak ada perasaan hormat pada veteran UMNO dan org yang boleh dihormati sebagai ayah apatah lagi pemimpin tertinggi UMNO lagi, Jika anak muda tidak menghormati orang tua, jika ahli mentah UMNO tidak menghormati pemimpin tertinggi UMNO , apakah orang ini mahu kita nobatkan sebagai pemimpin pemuda.

  8. armnus on September 7th, 2008 4:34 am

    aku rasa singkang paling layak utk jawatan ni, kerana semangat dia yg berkobar-kobar. vote for singkang!!!

  9. singkang on September 7th, 2008 6:16 am

    armnus…….. ko tak payah bodek aku lah…….. aku bukan ada duit nak kasi kat ko , …….. nak nonggeng kat ko pun tak leh….aku geli ,….. aku tak biasa. bukan budaya aku, sbb dlm umno tak ada budaya tuh…… lambang UMNO pun dacing aja , lain lah lambang parti ko ( ) ko faham lah apaaku maksudkan . lubang apa tuh,,,,,

  10. armnus on September 7th, 2008 1:55 pm

    singkang, apa bangang nye ko ni.. tu bukan bodek la sengal..tu KUTUK!!!, memang sah la ko ni poyo nak mampos.. ko suka la tadi aku komen mcm tu..hahaha, bodohnye singkang, asyik kena main je..

  11. CINDERELLA on September 7th, 2008 3:24 pm

    wahai kaum kaum jahil DUMBNO…siapa kah kamu orang yang nak mempertikaikan tentang agama? terutama agama ISLAM?? Kamu dari pihak yang JAHIL, TULI dan RAKUS!! tidak layak untuk kamu memperbincangkan topic2 ini.Elok lagi kamu bincangkan keseronokkan Kepala Kepala Bapak Kamu yang ari ni akan bertolak ke MaCAU di bulan2 posa ni untuk belajar tentang pertanian. Memang telah tertutup pintu hati pemimpin kamu sehingga tak boleh membezakan antara bulan ramadhan and kasino di Macau!! Jalan Paling mudah untuk membeli MP2 kamu..taburkan wang ke Macau berserta dikelilingi maksiat!! INSAFLAH wahai BOHDOWI dan NAJIS!!!

  12. Bron on September 7th, 2008 5:45 pm

    dengak ceritanya ramai selebriti Pas dan PKR nak join sama. hang ikut depa lagi suka.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom