Tee Keat ulangi cabar Kit Siang buktikan dakwaan
September 22, 2008 by admin
Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini mencabar Lim Kit Siang membuktikan dakwaan beliau kononnya beberapa anggota MCA Selangor telah membuat laporan polis hingga menyebabkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Beberapa hari selepas Lim Kit Siang (Penasihat DAP) membuat dakwaan itu, kami membuat siasatan dan mendapati tuduhan itu tidak benar.
“Saya mencabar beliau supaya menunjukkan bukti bahawa MCA telah meminta anggotanya membuat laporan polis terhadap Teresa Kok. Perkara ini tidak benar sama sekali.
“Sekiranya beliau tidak boleh menunjukkan bukti, maka beliau perlu memohon maaf, bukan saja kepada MCA, tetapi juga kepada rakyat dan masyarakat Cina,” kata Ong selepas majlis perasmian Konvensyen MCA Selangor oleh Presiden parti, Datuk Seri Ong Ka Ting di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau yang akan bertanding jawatan Presiden MCA bulan depan berkata, sekiranya Lim gagal menunjukkan bukti tentang tuduhannya itu atau tidak memohon maaf, maka MCA akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap beliau.
Ditanya tentang bentuk tindakan yang akan diambil itu, beliau berkata: “Kami akan buat keputusan tentang perkara itu apabila tiba masanya.”
Kata beliau, tuduhan Lim itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab dan bertujuan mewujudkan kekeliruan, bukan saja dalam di kalangan masyarakat Cina tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, berhubung pendirian MCA mengenai ISA.
“Kami telah nyatakan selama ini bahawa ISA perlu dikaji semula dengan teliti. Kami bercakap tentang perkara ini dalam Kabinet dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (mesyuarat). Sememangnya, kami tak mengharapkan DAP akan berterima kasih tentang perkara ini.
“Kami perlu dedahkan jenis politik yang menjadi mainan DAP. Kami beri kepada mereka tempoh masa yang berpatutan bagi mengemukakan bukti, jika tidak, Lim Kit Siang kena minta maaf,” kata beliau yang juga Menteri Pengangkutan.
Teresa ditahan mengikut ISA pada 12 September dan dibebaskan Jumaat lepas.
Menyentuh perkara berasingan, Ong yang juga ketua MCA Selangor, berkata oleh kerana negeri itu kini ditadbir oleh pembangkang, MCA Selangor perlu mengubah kedudukannya untuk berperanan sebagai pemerhati yang berkesan terhadap segala tindaktanduk kerajaan Pakatan Rakyat.



















Satu tulisan menghina SULTAN
http://mt.m2day.org/2008/content/view/12943/84/
rakyat johor harap bertindak
written by cheekhiaw, September 21, 2008 18:04:10
People should note that we may have as many idiots like Sultan of Johor as virtuous and wise men like the Sultan of Perak in the Council of Rulers.
It is a good thing the Sultan of Terengganu is the current Agung - a quiet and stern man that seem to be one not to shy away from doing what is right for his people.
There will be no hope of the Johor idiot is the king.
Current circumstances seem to favour the good and virtuous. Which gives us hope.
No need to look at other stars in the sky for signs like some astrological idiots do.
xxx
report abusevote downvote upVotes: +11
LIM DAP SUWEI BIJAK MENYEMBUNYIKAN SIKAP RASIS YANG HIDUP SUBUR DALAM KAMAR HATINYA.
Lim Dap Suwei mana ada teloq nak jawab cabaran Tee Keat. Dia hanya tahu lontar batu lepas tu sembunyi tangan beliau yang terpalit dengan pemahaman rasis yang sempit.
Ada ke patut kalau setakat seorang badut yang pakai songkok menyertai parti beliau makanya itu sudah cukup dijadikan bukti yang mereka adalah parti berbilang kaum? Pirah…mabuk.
Tidak semudah itu, Lim Dap dapat memukau orang Melayu untuk bersetuju dengan haluan perjuangan mereka yang terlalu sekular. Sememangnya Lim Dap nampak seperti ‘Maksom’ sebelum mendapat kuasa tetapi kesucian perjuangan mereka masih belum teruji.
Namun, ramai percaya Lim Dap tetap manusia biasa. Naluri kemaruk kuasa dan mata duitan…lambat laun akan melemaskan prinsip hidup mereka. Jelas bahawa, tanda-tanda sedemikian itu sudah mula menguasai Lim Dap dan kroni.
.