Top

Shahaniza sahkan bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO

September 20, 2008 by admin 

Ketua Penerangan Puteri Umno Datuk Shahaniza Shamsudin hari ini mengesahkan hasrat bertanding jawatan Ketua Puteri pada pemilihan parti Disember ini.

Katanya beliau membuat keputusan itu setelah mendapat maklum balas positif daripada akar umbi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Shahaniza, 38, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Maran berkata fokus utamanya adalah untuk menguatkan parti.

Jika berlaku sebarang pertandingan, beliau berharap ia berlangsung dalam suasana harmoni dan tidak memecah-belahkan Puteri, katanya kepada pemberita selepas majlis Beli-Belah Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah di sini, hari ini.

Naib Ketua Puteri Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebelum ini turut melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan itu.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom