Top

Penulis blog Kickdefella dilanjut reman

September 20, 2008 by admin 

Perintah tahanan reman terhadap penulis blog Kickdefella, Said Azidi Said Abdul Aziz (gambar) dilanjutkan sehari lagi oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Menurut peguam Amrit Pal Singh, Majistret Fadzlin Suraya Mohd. Shah hanya membenarkan tempoh tahanan reman itu dilanjutkan sehingga pukul 5 petang, esok meskipun polis memohon perintah itu dilanjutkan selama tiga hari.

Said Azidi, 38, sebelum ini telah diperintahkan menjalani perintah reman selama dua hari mulai semalam oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan.

Amrit memberitahu wartawan, Said Azidi memberi pesanan kepadanya untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan terhadapnya.

”Said Azidi berharap supaya tiada sesiapa menyertai sebarang bentuk perhimpunan yang tidak sah di sisi undang-undang bagi menyokongnya.

”Said Azidi yang berada dalam keadaan sihat dan bersemangat juga berharap dapat meneruskan semula tulisannya dalam laman blog beliau mulai esok,” katanya.

Turut hadir di mahkamah ialah empat orang kakak Said Azidi dan isterinya, Bariah Ishak, 37.

Penulis blog tersebut ditahan pada pukul 5.05 petang Rabu lalu di rumahnya di Demit, Kota Bharu oleh tiga anggota polis sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam, selepas mendapat perintah tahanan reman.

Dia didakwa pernah mencadangkan supaya Jalur Gemilang dikibarkan terbalik semasa negara menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

2 Responses to “Penulis blog Kickdefella dilanjut reman”

  1. PKR De Factoed on September 20th, 2008 5:10 pm

    Patutlah jadi pembangkang selama 1/2 abad. Pemikiran pembangkang kat mana-mana pun adalah sama — songsang dan menyesatkan.

    Apabila ada kuasa mereka pasti terbawa-bawa pemikiran ‘kartun’ ke dalam aspek pentadbiran dan membuat keputusan.

    Sedar atau tidak, kartun adalah khayalan sedangkan kuasa dan kepemimpinan adalah realiti. Malangnya, bukan setakat pembangkang aliran sekular diresapi pemikiran kartun malah yang ‘jumud’ juga tidak terkecuali!!!

  2. armnus on September 21st, 2008 12:01 am

    betul tu dekatod..kartun tak bagus, reality show gak yg membina minda kita kan..mcm yg diorg umno layan tu..best betul la

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom