Pemuda perlu jadi wadah generasi muda
September 20, 2008 by admin
ALOR STAR: Pemuda Umno tidak boleh dilihat eksklusif untuk ahli pergerakan itu saja, sebaliknya perlu menjadi wadah untuk perjuangan seluruh generasi muda negara, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Bagi mencapai matlamat itu, beliau berkata, Pergerakan Pemuda Umno perlu memantapkan hubungan dengan ahlinya pada peringkat akar umbi, sesama ahli Pemuda komponen Barisan Nasional (BN) dan generasi muda di luar parti.
“Pemuda Umno perlu bergerak di atas tiga teras ini bagi memastikan ia terus menjadi wadah perjuangan semua pihak dan bersifat inklusif.
“Hanya dengan merapatkan jurang antara cawangan dan Pusat, ahli Pemuda Umno pada peringkat akar umbi akan berasa mereka diperkasakan menerusi semangat setia kawan.
“Bagi Pemuda Umno dan BN pula, kita nampak hubungan itu perlu diperkukuhkan lagi kerana pada masa ini kelihatan longgar sedikit disebabkan isu seperti perkauman.
“Perlu ada satu perjanjian baru di antara Pemuda Umno dan BN untuk melihat bagaimana hendak menangani isu itu dengan cara yang berhemah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan program Nur Ramadan kepada 116 warga emas, ibu tunggal dan orang miskin di Masjid Hidayatul Solihin di sini, semalam.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Pemuda Umno juga perlu mendekatkan diri dengan golongan muda di luar parti itu supaya dilihat sebagai wadah perjuangan seluruh rakyat.
Khairy adalah antara empat calon yang setakat ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini.
Calon lain ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis sama, Khairy juga meminta ahli Pemuda Umno mendampingi generasi tua termasuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan sebagai mengenang jasa mereka ketika perjuangan menuntut kemerdekaan.
“Tidak kira sama ada kita (Pemuda Umno) berada di negeri diperintah pembangkang, kita perlu terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
“Pemuda perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang miskin,” katanya.



















Blur on September 20th, 2008 6:07 pm
sebab malaysia memerlukan orang asing untuk buat keja kat sini… sebab orang melayu lebih minat kat rempit n pusat serenti dan rela mengganggur dan mengharapkan bantuan kerajaan dari idup berdikari…
jgn lupa …ada juga rakyat malaysia yg merantau untuk cari rezeki kat negara orang lain plak…. heheheheh
Kalau orang bangla, burma, indo x mai sini dah lama malaysia ni kekurangan tukang sapu sampah, buruh binaan orang gaji, pekerja kilang dan sebagainya yang mengakibatkan malaysia dipenuhi sampah sarap, bangunan pun lambat siap, kilang tutup sbb x mampu nak beroperasi dan sebagainya…
orang malaysia yg rajin buang sampah jer, maki orang, mengarah itu dan ini, komplen sana sini….padahal kedatangan diorang pun banyak membantu dalam kehidupan korang selama… contoh….kalau orang gaji lari dari rumah…tuan rumah x senang duduk carik pengganti sampai sanggup cuti dan berhabis duit…hehehhe
________________________________________________________________
sebab malaysia memerlukan orang asing untuk buat keja kat sini… sebab orang melayu lebih minat kat rempit …
ULASAN:
TAK SALAH KALAU ADA MINAT UNTUK MEREMPIT ASALKAN MEREKA TIDAK MELANGGAR PERATURAN JALAN RAYA. TAK SALAH MEREMPIT KALAU GUNAKAN MOTOSIKAL DAN WANG POKET SENDIRI.
TAK SALAH MEREMPIT KALAU ADA CITA-CITA LEBIH BESAR SEPERTI MENJADI MEKANIK, PEKERJA “PIT” DI LITAR LUMBA ATAU PELUMBA SUPERBIKE PROFESIONAL SATU HARI NANTI.
NAH PERLU ADA KEBIJAKAN DALAM MERANGKA PROGRAM AGAR SIKAP NEGATIF MEREMPIT DAPAT DI UBAH KE ARAH MELAKUKAN AKTIVITI ATAU KEGIATAN LEBIH BERFAEDAH.
MENUDING JARI DAN MENGELUH TERHADAP KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN ANAK BANGSA TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH. SEMUA PIHAK HARUS BERGANDING BAHU MEMBANTU SEDAYA UPAYA DENGAN KAPASITI MASING-MASING AGAR LAMAN MASYARAKAT BEBAS DARIPADA GEJALA SOSIAL. IA SEMEMANGNYA SUKAR TETAPI TIDAK MUSTAHIL.
n pusat serenti dan rela mengganggur dan mengharapkan bantuan kerajaan dari idup berdikari…
ULASAN:
BEGITU JUGA DENGAN PUSAT SERENTI. KALAU ADA KEMAHUAN UNTUK MENJADIKAN IANYA KOSONG DAN TIDAK BERPENGHUNI MAKA KESEDARAN ITU PERLU BERMULA DARIPADA INDIVIDU, INSTITUSI KELUARGA, MASYARAKAT, INSTITUSI PENDIDIKAN, SEKTOR PEKERJAAN DAN NEGARA.
NAMUN SEMUA ITU MASIH SUKAR DIJAYAKAN KALAU ‘NAJIS’ –YANG DIPERLUKAN OLEH INSAN YANG BERPOTENSI MENGHUNI PUSAT SERENTI– MUDAH DIPEROLEH. YA, SEKAT KEMASUKANNYA DI PINTU SEMPADAN. TETAPI, APABILA DIFIKIRKAN SECARA MENDALAM DAN REALISTIK TERNYATA IA HANYA MUDAH DIMULUT TETAPI SUKAR DILAPANGAN.
PENGANGGUR INI MENDAPAT BANTUAN? MAKSUD AWAK KEWANGAN? KALAU ITULAH MAKSUDNYA MAKA ANGGAPAN AWAK SALAH. KALAU PENGGANGGUR MENDAPAT BANTUAN MAKANYA RAMAILAH YANG MEMILIH UNTUK MENGANGGUR.
TIDAK ADIL UNTUK MEMBUAT KENYATAAN SECARA PUKUL BORONG BERKENAAN PENGANGGURAN. INI KERANA BANYAK SEBAB DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGGURAN.
NAMUN SATU ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN APABILA MEMEPRKATAKAN USAHA MENGURANGKAN PENGANGGURAN IALAH PERNIAGAAN.
BIDANG INI BUKAN SAHAJA MENJANJIKAN PENDAPATAN YANG BAIK MALAH DAPAT MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA ORANG LAIN. LUBUK INILAH YANG PERLU DITEROKAI SECARA LEBIH AGRESIF SEKIRANYA ASPEK PENGANGGURAN MAHU DISELESAIKAN SECARA MENYELURUH DAN TUNTAS.
jgn lupa …ada juga rakyat malaysia yg merantau untuk cari rezeki kat negara orang lain plak…. heheheheh
ULASAN:
IA ADALAH SIKAP POSITIF. APA SALAHNYA? BIARKAN AJALAH.
Kalau orang bangla, burma, indo x mai sini dah lama malaysia ni kekurangan tukang sapu sampah, buruh binaan orang gaji, pekerja kilang dan sebagainya yang mengakibatkan malaysia dipenuhi sampah sarap, bangunan pun lambat siap, kilang tutup sbb x mampu nak beroperasi dan sebagainya…
ULASAN:
MINAT TERHADAP KERJA-KERJA YANG SEKARANG INI DILAKUKAN OLEH PEKERJA BURUH ASING, PERLU DITINGKATKAN DAN BERANSUR-ANSUR DI AMBIL ALIH OLEH ANAK TEMPATAN. PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN MEKANISASI BAGI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA YANG PADA AKHIRNYA DAPAT MEMBERIKAN GAJI YANG LEBIH BAIK BERBANDING SEKARANG DAN INI DENGAN SENDIRI MENAMBAH MINAT ANAK TEMPATAN UNTUK MENGAMBILALIH KERJA BERKENAAN.
orang malaysia yg rajin buang sampah jer, maki orang, mengarah itu dan ini, komplen sana sini….padahal kedatangan diorang pun banyak membantu dalam kehidupan korang selama… contoh….kalau orang gaji lari dari rumah…tuan rumah x senang duduk carik pengganti sampai sanggup cuti dan berhabis duit…hehehhe.
ULASAN:
ALANGKAH RUGINYA KALAU PELUANG MENUBUHKAN PUSAT JAGAAN HARIAN UNTUK KANAK-KANAK TIDAK DISAMBAR OLEH ANAK TEMPATAN.
IA BUKAN SAJA MEMBERIKAN PENDAPATAN YANG BAIK MALAH DAPAT PULA MENGURANGKAN KEPERLUAN TERHADAP PEMBANTU RUMAH ASING.
apa yg bron merepek ni, kesian aku tgk dia hari2 dah mcm tak betul je..layan la bron..
KERANGKA 916 PECAH BERDERAI — PUING-PUINGNYA MEMBADAI OTAK PR
Orang ‘tidak betul’ mana nak mengaku yang dia adalah tidak betul. Hanya orang gila yang beria-ia mertertawakan orang lain dengan nada berikut: “hehehe orang gila, orang gila”. Pada hal dia yang gila.
Persoalannya kenapa semakin ramai mat PR yang ‘mereng’ pemikiran mereka? Ia sudah tentu ada kaitan dengan kekecewaan melampau yang memberikan tekanan maksimum terhadap otak PR yang sememangnya tidak ada daya tahan.
Semua ini berpunca daripada slogan retorik ‘16 September’ yang diujudkan oleh PR. Bayangkan bagaimana ia telah dipalu dan didendang setiap hari dengan keyakinan yang ianya menjadi kenyataan. Malah ada kalangan ekstrem yang menjalankan ritual tertentu (asap dan kemiyan) untuk memberikan nilai tambah kononnya. Ish, ish.
Kini perancngan 16 September hancur berkecai dan serpihannya melayang-layang dalam laman PR. Tentu ada yang terkena hentamannya. Ibarat pepatah mengatakan terkena mata buta; terkena kepala ‘konkusi’ dan meroyan!
PEMUDA HARUS BERANI BUAT PENDIRIAN
Pemuda Umno sebagai sayap kanan UMNO harus berani membuat pendirian yang tegas dan berani bukan kerana bayangan seseorang .
Sebagai contoh sokongan KJ adalah datang dari Pak Lah yang juga PM Malaysia . Jika Pak Lah tidak menjadi PM adakah KJ akan ada dalam senarai EXCO Pemuda ? Realitinya nya KJ hanya sokongan pada KJ adalah palsu semata .
Pemuda UMNO harus berani membuat pendirian supaya orang ramai kembali percaya kepada UMNO . Jika budaya berlindung atau di payung oleh bapa atau bapa mentua ini masih menjajah UMNO , kepimpinan itu tak akan kekal kerana sokongan yang di beri itu hanyalah palsu dan yang menang itu juga bukanlah perjuang yang sebenar .
Pemuda UMNO nak dijadikan wadah perjuangan generasi muda. Boleh tetapi bukan KJ. Kalau kekayaan dijadikan umpan menjadi pemimpin, ia kan merosakkan generasi muda. Bagaimanalah orang kata KJ ini berwawasan. Mungkin orang-orang itu tak waras. Tengok sajalah cara KJ berkempen, wajarkah program begini dijadikan tempat untuk meraih sokongan dan simpati nak jadi pemimpin.
Sudahlah… dahlah DSAAB lembab, ini pulak menantu yang akan merosakkan minda generasi.
CBB
http://www.malaysiatoday.com/Latest-News/get-ready-for-global-recession-pm-tells-glcs.html
yeah mytruth DSAI is going to sell away the Malays right to the US!
can this be classified as hasutan or threat to national security
I try to paste your writing in a few forum and maybe the authorities can catch up with this.
and also to remind the malays of DSAI secret agenda that you have revealed.
KHAIRI? Siapa la BUDAK nie?!! kalau tak jadi menantu kesayangan PAK LAH? KEBIJAKSANAAN? Apakah yang dia akan buat? Sibuk campur tangan dalam pentadbiran kerajaan. SUARA PEMUDA? Wah! TAK PADAN LANGSUNG dan memang TAK LAYAK. Biasanya orang yang berwibawa akan datang dengan senyap memberikan idea2 yang bernas, bertoleransi dan sederhana dalam serba serbi tetapi bijaksana dalam setiap tindakan dan pertuturan. Bukannya bersandar kepada bapa mertua yang namanya PM tak ke mana.
Hapuskan la golongan ini dalam menguasai kepentingan politik mereka sekeluarga. HAPUSKAN DARI BUMI KU MALAYSIA…
hmmm…kata2 dr bakal PM termuda Malaysia…hahahahahaannncusss Malaysia…ekekekekke….
sebab malaysia memerlukan orang asing untuk buat keja kat sini… sebab orang melayu lebih minat kat rempit …
ULASAN:
TAK SALAH KALAU ADA MINAT UNTUK MEREMPIT ASALKAN MEREKA TIDAK MELANGGAR PERATURAN JALAN RAYA. TAK SALAH MEREMPIT KALAU GUNAKAN MOTOSIKAL DAN WANG POKET SENDIRI
……………………………………………………………………………………
brontok..
merempit tu maknanya bawak moto ikut peraturan jln raya ek…
hahaha lawak la ko ni bron