Top

Muhyiddin perlu melepaskan jawatan - Alwi

September 14, 2008 by admin 

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Muhyiddin melepaskan jawatannya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas menyifatkan cadangan Zaid itu memang wajar memandangkan Muhyiddin seorang menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri.

”Contohnya dalam ibadat solat, jika seorang makmum (pengikut) yang merasakan imam tidak betul, dia kena mufarakah (berpisah daripada imam),” katanya di sini hari ini.

Mohd. Alwi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaid supaya Muhyiddin meletakkan jawatan jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah.

Menurut Zaid, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah mempunyai kuasa untuk memecat beliau.

Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah ‘tenggelam’ dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Mohd. Alwi turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin membuat kenyataan itu memandangkan beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Etika Pemilihan Parti.

“Apakah tindakan itu menunjukkan beliau (Muhyiddin) beretika atau telah melanggar etika parti?” soalnya.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan rasional dan agenda sebenar tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengeluarkan kenyataan tersebut di Singapura dan bukannya di negara ini.

”Sebenarnya, Muhyiddin boleh memberikan pandangannya semasa perjumpaan dengan Perdana Menteri setiap hari Rabu dan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT), bukan secara terbuka di luar negara,” katanya.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

5 Responses to “Muhyiddin perlu melepaskan jawatan - Alwi”

  1. gar_soksek on September 15th, 2008 1:46 pm

    muhyidin salah sorang yang x bapa leh nak caya

  2. dash on September 15th, 2008 2:44 pm

    Zaid patut berhenti dari kabinet

    MY lah yang berani tegur , yang lain takut.
    kalau tak ubah dari sekarang UMNO akan tinggal sejarah dalam masa terdekat.

    ZAID challenge ISA .
    Saya nak tengok dia berani resign tak .
    Cara ugut PM ni tak elok .
    Apa u semua tak leh fikir ke!!!!!!

  3. dash on September 15th, 2008 2:46 pm

    kalau bapa dah tak ada idea nak govern someone must tell him to resign dengan hormat sebelum disingkir dengan hina.
    The captain should resign.

  4. osanekpmu on September 16th, 2008 1:51 am

    alwi…alwi… kalau awak orang johor barulah saya nak dengar. UMNO kelantan nak dapatkan 5 kerusi DUN pun seksa, nak cakap pasal masa depan menteri konon…

    kalau dah beri pandangan secara tertutup macam mana saya nak pilih hero UMNO. PM sendiri yg kata kerajaan dan UMNO adalah telus. maka biarlah telus, mengapa buat kenyataan yg memerangkap MT UMNO dengan plan peralihan.

    selagi orang macam zahid dan alwi tu wujud dalam UMNO kelantan, selagi itu ‘ mimpi di siang hari’ bagi UMNO untuk menguasai kelantan.

    ikhlas: osanekpmu

  5. dash on September 18th, 2008 11:12 pm

    http://www.malaysiakini.tv/

    lihat ZAID geng ngan pkr kat sana

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom