Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA
September 16, 2008 by admin
Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.
Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama “tidak boleh dimainkan”.
“Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan).”
Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.
Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.
Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.
“Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.
“Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?” katanya.
Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.
Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.



















soal azan ni sebenarnya sudah lama berlaku,berpuluh tahun dulu pun kafir laknat ni dah buat komplen. bukan dia tak tahu, azan ni adalah salah satu dari syiar islam. tapi dia tetap nak komplen. tambah2 waktu sekarang, dia tahu yang dia orang dah hampir berjaya sedikit sebanyak memecahbelahkan orang islam terutama melayu kat malaysia ni. tidak kira samaada terasa cock terlibat atau tidak, perkara ni memang ada berlaku di merata tempat, terutamanya di taman2 perumahan.
masaalahnya mengapa dia orang begitu berani buat komplen pasal hal agama kita? kalau dan dasar keturunan kurang ajar dan biadap…
1.Pemahaman yang nyata ialah, petisyen itu keatas penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bukannya keatas asan.
2.Teresa dalam penjelasannya, langsung tidak membangkitkan isu asan, sebab dia sudah lama tinggal dikawasan berkenaan yang berhampiran dengan masjid.
3.Kalau ceramah yang dimaksudkan, maka pembesar suara itu haruslah dipelahankan hanya untuk mereka yang berada di dalam masjid sahaja, sebab yang diluar masjid sudah nyata tidak hadir untuk ceramah walaupun mereka beragama Islam.
4.Soal mempermainkan agama, tidak timbul, dari apa yang dinyatakan dalam banyak media.
ini semua manipulasi politik umno sahaja.
konon2 pembela Islam.
tahap sebenarnya Islam hancur kerana mereka la.
dlm hal ini, kita mesti adil dgn bangsa lain.
jgn kerana orang melayu yang mengaku beragama islam tetapi cara hidup mcm orang kafir, berlagak membela islam sampaikan menzalimi orang lain.
Islam tak mcm itu hingga tindakan isa ini menyebabkan fitnah kembali kepada islam.
ISA
Seribu orang seribu pemahamannya yang di tafsir tengan ISA . Namun apa yang kita nampak hari ini mungkin seolah-olah mengainaya seseorang . Tapi apakah kita terfikir bahawa seorang penjenayah tidak pernah terfikir yang dia akan tertangkap dan pihak penguatkuasa akan jumpa bukti kesalahannya.
Dan tak ada seorang penjenayah yang akan mengaku salah atas jenayahnya.
Begitu juga ISA berbagai ulasan boleh akan di beri tapi apapun pihak keselamatan tentu telah mengkaji sedalam- dalamnya bukti dan kesan tindakan yang telah di ambil .
Apapun pepatah orang tua-tua ada menyebut ” mencegah lebih baik dari mengubati ” . Fikir-fikirkan keamanan anak cucu kita bukan sekarang sahaja .
O.K LAH KALAU CERAMAH YANG MENJADI ISU NYA, YANG AKU DOK PERHATIKAN SELAMA INI, YANG SUKA BUAT CERAMAH KAT MASJID ATAU SURAU SAMBIL MENGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEPENUHNYA LUAR DAN DALAM MAJORITINYA ADALAH GENG2 PAS JUGA. KEMUDIAN DENGAN SUARA YANG KERAS MEMAKI SANA, MENGHAMUN SINI SAMBIL YANG MENDENGARNYA KETAWA GEMBIRA. DAN SUARA2 SUMBANG SEPERTI INILAH JUGA YANG SAMPAI PADA PENDENGAR YANG DILUAR SANA, TANPA MENGIRA BANGSA DAN UGAMA. MEREKA YANG MENDENGAR INI TERUTAMANYA YANG BUKAN ISLAM AKAN MERASAKAN BAHAWA AGAMA ISLAM NI PENUH DENGAN KEBENCIAN, TUDUH MENUDUH, MAKI MEMAKI, SUKA BERGADUH, SUKA BERPUAK2 DAN BERBAGAI LAGI PERKARA YANG NEGATIF. TIDAK KAH KITA TERFIKIR BAHAWA SUARA2 SUMBANG SEPERTI INILAH YANG MENJADIKAN MEREKA BOSAN DAN SAKIT TELINGA MENDENGARNYA? DARI SUDUT DAKWAHNYA PULA, ADAKAH INI CARANYA BERDAKWAH DIDALAM ISLAM? TETAPI YANG MENAHAN SAKIT KENA BALING BATU IALAH UMNO KERANA UMNO ADALAH OBJEKNYA. SEDANGKAN TANGAN YANG MEMBALINGNYA DISEMBUNYIKAN KEBELAKANG TANGAN YANG SEBELAH LAGI DIGUNAKAN UNTUK MENUDING DAN MENUDUH ORANG LAIN. MINTA MAAF, AKU TIDAK BERPEHAK PADA MANA2 PARTI PUN KERANA AKU TIDAK SUKA MENJADI PENYOKONG TAKSUB YANG BUTA DAN TULI. AKU HANYA INGIN MENYATAKAN APA YANG BENAR MELALUI PENGAMATAN DAN PENGALAMAN AKU SENDIRI. AKU TIDAK MEMUSUHI MANA2 PARTI POLITIK KERANA SEMUA NYA INGIN BERJUANG DEMI KEPENTINGAN RAKYAT. TETAPI AKU AMAT BENCI PADA INDIVIDU YANG MEMPUNYAI PELBAGAI SIFAT2 NEGATIF YANG BERSELINDUNG DIDALAM SESUATU PARTI POLITIK ITU.
PERDEBATAN ISU SENSITIF DI LAMAN BLOG: KRITERIA PENGANJURAN TERSANGAT LONGGAR, TIDAK SAKSAMA DAN TIDAK IKHLAS.
Kecenderungan pihak tertentu terutama laman web pembangkang dalam membincangkan secara terbuka pelbagai isu yang diklasifikasikan sebagai sensitif dalam masyarakat perlu dipantau secara ketat kerana ia boleh meninggalkan kesan yang tidak dijangka terutama kalau ia tidak mengikut kaedah dan landasan tertentu.
Tidak dapat dinafikan bahawa perbahasan melibatkan isu sensitif boleh mengguris perasaan dan emosi apatah lagi kalau ianya tidak dijalankan secara berhemah, terkawal dan adil.
Atas sebab itu perkara berikut perlu diberi perhatian apabila membahaskan sesuatu isu sensitif:
1. Tajuk — tajuk harus tepat dan khusus. Janganlah menggunakan tajuk “Peluk Islam” yang terlalu umum misalnya sedangkan perbincangan adalah mengenai harta dan hak penjagaan anak.
2. Matlamat dan manfaat — perlu jelas dan bukan sekadar suka-suka. Hadkan ianya untuk mencari kebenaran tetapi bukan untuk mencari populariti atau lebih teruk kalau ianya untuk mencaci, mengutuk, mengecam dan menghina, menjatuhkan maruah (individu atau kumpulan). Ia mesti bebas daripada mengandungi agenda tersembunyi.
3. Penyertaan — kumpulan pengkritik/penyokong dan penentang/pembela harus seimbang. Janganlah komentar daripada satu kumpulan di paparkan sedangkan komentar kumpulan yang lain disekat.
4. Penganjur — harus mempunyai integriti, bebas dan berpengetahuan yang luas mengenai tajuk perbahasan.
5. Syarat dan peraturan — harus terpakai secara saksama terhadap dua kumpulan yang mengambil bahagian. Janganlah satu kumpulan seolah-olah terlalu bebas yakni contohnya tidak terikat dengan set perundangan yang berkaitan dengan isu sensitif sedangkan satu kumpulan lagi amat terikat dengannya.
Justeru, jika dilihat dengan minda terbuka sudah tentu tidak ada salahnya mengadakan perdebatan secara terbuka mengenai sesuatu isu sensitif dengan syarat 5 perkara di atas diutamakan dan tidak dikompromikan.
Hakikatnya, perbincangan mengenai isu sensitif yang rata-rata berlansung dalam medium pembangkang atau pihak lain yang diragui keupayaannya dari segi penganjuran terutama yang melibatkan integriti, keikhlasan, keadilan serta bebas daripada agenda peribadi, kumpulan atau politik.
Perbincangan mengenai isu sensitif dalam laman pembangkang ternyata tidak diadili secara profesional dan paling membimbangkan ia hanya melibatkan pandangan dan komentar yang bersifat unilateral. Oleh itu hasilnya hanyalah kepalsuan, ketidakadilan dan membelakangkan undang-undang berkaitan.
Wah saudara mahyuddin mahzan, dah pandai nak membela Teresa Kok DAP ni. You orang PAS atau PKR? atau mungkin DAP. Tak kisahlah….saya setuju dgn pandangan anda…Itupun kalau apa yg dikatakan oleh dia tu betul.
Memang saya setuju , ada masjid yg guna pembesar suara semasa ceramah. Ada ceramah tu berapi-rapi hinggakan meluat orang mendengarnya dan ada yg pekak telinga di buatnya. Itu saya setuju kalau volume diturunkan atau tak ada pun tak apa. Benda ni biasa kalau ada orang PAS bagi ceramah.
Tapi mahyuddin kena ingat, mereka yg buat petisyen ni kenapa buat sekarang, kenapa tak dari dulu lagi? sebabnya ialah Selangor dibawah pembangkang dan majoriti ADUN adalah bukan melayu ( DAP semua bukan melayu dan separuh PKR bukan melayu). Mereka rasa mereka dah kuat dan ada suara.
Tapi mereka ni pandai, buat sikit-sikit dulu. Lepas tu tengok macam mana. Bila dia tengok, tak ada apa hal dan yg Melayu pun sokong dia, nanti dia tambah sikit lagi dan seterusnya. Ini kita kena beringat dan berwaspada… Mereka ada strategi.
Di Singapura pun dulu azan tak boleh dilaungkan. Biasalah PAP ( parti pemerintah kat Singapura sekarang ni) kan adik kepada DAP. Lepas tu sekarang boleh azan tapi corong speaker kena didongakkan kebawah bukannya keatas dan volume tak boleh kuat.
Ombak mesti x pernah dgr ceramah agama kat masjid…..kalau pasal masjid ngan ceramah nak kaitkan Pas…agaknya memang betul UMno ni x pernah gi masjid ke?….wakakakaka
Sebab tu khutbah jumaat kena tapis dulu kan…..kuikuikui
kalau x tapi khutbah abihla pahala solat jumaat……mai masjid batu di permatang pauh la…seminggu sekali mesti ada pesta makian
Janganlah blur dalam isu ini. Lihat dalam perspektif yang betul dan secara objektif. Ya, semua setuju bukan saja kat masjid malah kat premis kedai, rumah dan pesta Pas pun mengeluarkan bunyi yang lebih. Ia boleh diukur.
nama pun blur, itu pasal dia asyik blur je, sampai tak tahu mana benar mana salah…blur,blur..itulah asyik dengar ceramah maki hamun, umpat sana umpat sini,klentong sana klentong sini,pusing sana pusing sini, konar sana konar sini, sampai kepala hotak pun ikut berputar sampai jadi blurrrr. kesian…
maki sudah, kutuk sudah, pusing sudah, konar terbalek pun sudah..apa lagi, gaduhlah! sesama bangsa sendiri tak gheti nak bertolak ansur, yang untungnya siapa??? aku juga.. he! he! jangan mare…
Betoi kata sdr ombak….kebanyakan ceramah Pas kat masjid2 terlalu over…kalau boleh nak bagi satu dunia dengaq…..
kpd umnopiap takpayahlah nak nafikan apa yg sdr ombak kata…itulah kebenarannya….telan sajalah….
bukan sehari dua dah bertahun2 weiii….puak2 hang saja yg masih dlm state of denial….mungkin matlamat menghalalkan cara…sudah tentu……tak gitu…
Cuba Chek tenguk siak siak masjid kinrara tu geng PAS ke UMNO
Biasanya masjid yg ditadbir oleh PAS lebih maju dan ramai org datang
sebab banyak progrem tazkirah.
Manakala masjid tadbiran UMNo usang kadang kadang imam sorang jer semayang isyak yang lain tenguk astro
sebab banyak program tazkirah, banyaklah pakai pembesar suara…sebab ramai orang datang ialah untuk memeriahkan lagi program tersebut dengan gelak ketawa. kadang2 pelek juga memikirkan bila penceramah dok mengumpat sana dok menumpat sini, dok memfitnah sana, dok memfitnah sini,dok mengutuk sana dok mengutuk sini, dok maki sana dok maki sini, tapi yang mendengarnya dok tersenggeh2 ketawa gembira. macam cite lawak pulak. tapi penceramahnya tak pulak macam pelawak…pelek…pelek. selalu juga aku memikirkan mengapa program2 cite lawak yang tak lawak macam ni begitu mendapat sambutan. sedangkan program2 tazkirah yang lebih menumpukan soal tauhid, hukum-hakam dan lebih2 lagi yang menyentuh persoalan akhlak begitu kurang mendapat sambutan. mungkin takut terkena batang hidung kot…
persoalan mengenai pembesar suara ni, sebenarnya bukanlah satu perkara yang besar sampai kita sanggup bermusuh2an kerana nya. bertoleransi lah sikit pada yang bukan islam jika kita duduk di kawasan yang berbilang agama dan bangsa. cukuplah berceramah dengan megunakan speaker dalaman sahaja. kita perlulah juga menghormati hak mereka. jangan asyik syok sendiri saja… lainlah jika kita duduk di kawasan yang majoriti penduduk nya memang islam, tentu lah perkara seperti ini tidak mungkin akan menjadi persoalan..lantak kome le, nak pasang speaker sampai meletup pun tak pe!
( laa.. aku pun terikut nak jadi pelawak, he! he!)
dan sebab masjid umno usang pasal tak dak program tazkirah, macam hang kata la ni… lagi chek pelek bin ajib!! buat apa lah dia orang nak pasang speaker? tak tahu kalau hang dengak dia orang pasang lagu dangdut kot! hang ni kelakak la!! he! he!
Ada satu tempat tu lagi pelik. Pejabat parti politik pembangkang kat tengah pekan kecil dan berhampiran masjid pulak tu…tah apa fesyennya waktu pejabat pasang lagu. Seolah-olah depa dan kroni depa aje yang menetap kat situ. Bingitlah!!
Cerita ini lagi pelik. Menurut satu kajian pemakanan haiwan adalah didapati bahawa ‘anjing-anjing’ Malaya memerlukan sekurang-kurangnya dua biji telur rebus untuk makan tengah hari dan malam.
Sekiranya ini dibandingkan dengan nilai pemakanan ‘masyarakat ulu’ (kais pagi makan pagi, kais petang makan petang) maka dapat disimpulkan bahawa ‘anjing-anjing’ Malaya mendapat nilai pemakanan jauh lebih berkhasiat berbanding majoriti masyarakat ulu.