Top

‘Kita akan bertindak tegas’

September 11, 2008 by admin 

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana Menteri berkata, ini berikutan situasi hubungan kaum yang semakin merosot hingga memungkinkan boleh berlakunya ketegangan.

Kata beliau, keputusan itu sejajar dengan ditetapkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini serta Jemaah Menteri yang telah membincangkan sama pagi tadi.

”Isu-isu yang biasa tidak pernah ditimbulkan dahulu telah ditimbulkan, perkara yang tak pernah dibincang juga nak dibincang, jadi ini menimbulkan pelbagai reaksi.

”Kita tak boleh biar situasi seperti ini berterusan yang boleh menegangkan keadaan hingga merosakkan ketenteraman awam,” katanya.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mesyuarat itu diadakan khas untuk menentukan bentuk tindakan ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berikutan kenyataannya yang didakwa berunsur perkauman baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu Abdullah berharap rakyat akan memahami bahawa tindakan yang akan diambil itu adalah kerana negara ini didiami rakyat berbilang kaum dan oleh itu adalah perlu untuk dipelihara keamanan dan ketenteraman.

Kata beliau, langkah itu juga diambil agar rakyat terus saling meyakini dan menghormati antara satu sama lain supaya situasi ketenteraman, keamanan dan muhibah terus kekal dan merupakan faktor utama kemajuan negara.

”Kita perlu sayang kepada negara kita dan buat apa juga sebaiknya bagi mengelak pergaduhan dan sebarang perkara yang boleh mengancam keselamatan.

”Kita perlu selamatkan Malaysia daripada pergaduhan kaum, itu yang penting,” jelasnya.

Pada perkembangan yang sama ketika ditanya pemberita sama ada kenyataan beliau itu bermakna ISA akan digunakan dalam mengatasi isu yang boleh menimbulkan ketegangan kaum, Abdullah berkata; ”Kalau perlu, kalau perlu, (sebenarnya) jika yang telah berlaku itu sudah jelas menjadi kewajaran untuk diambil tindakan (ISA), maka saya percaya menteri yang berkenaan (Menteri Dalam Negeri) tentunya berpendapat ia juga sudah wajar tindakan ISA diambil,” katanya.

Mengenai tindakan yang bakal diambil kerajaan itu akan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara, Abdullah menegaskan, tidak ada kebebasan tanpa sekatan.

”Kita pun nak kebebasan bersuara tapi tidak ada kebebasan di dunia yang tidak ada sekatannya. Undang-undang mesti dihormati.

”Negara kita negara demokrasi lalu tidak ada seorang pun atas nama kebebasan nak berucap boleh cakap apa saja yang dia suka hingga jejas ketenteraman awam, sampai menyakiti hati orang lain dan langgar undang-undang,” tambahnya.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

11 Responses to “‘Kita akan bertindak tegas’”

  1. armnus on September 11th, 2008 11:29 am

    sapalah yg cetuskan isu perkauman ni.. bulan2 pose ni pun nak buat onar..ish.ish..

  2. Bron on September 11th, 2008 3:30 pm

    Bagus kalau ada semangat untuk menghapuskan perasaan perkauman dalam kalangan sesama manusia. Ia perbuatan murni.

    Namun, janganlah hipokrit. Janganlah ayat yang digunakan untuk mengecam seolah lebih kuat bau perkaumannya berbanding dengan orang yang dikecam.

  3. armnus on September 11th, 2008 4:38 pm

    salahke ayat yg aku tulis tu..alamak, bahaya ni..silap2 bleh kena ISA

  4. sil80 on September 12th, 2008 2:21 am

    sokong pak lah

  5. CINDERELLA on September 12th, 2008 3:59 pm

    PADA 12TH SEPT 2008 JAM 110 MAKA SAHLAH HANCURNYER SYSTEM DEMOKRASI TANAH MALAYA KERANA DIKOTAK KATIK KAN OLEH BODOHWI, NAJIS DAN C KITOL. BIARLAH SATU RAJA PETRA YANG TUMBANG INSYAALLAH DILINDUNGI YANG MAHA ESA DI KAMUNTING TAPI AWAS BERIBU LAGI BAYANG2 RAJA PETRA AKAN MUNCUL..BERGELAK LAH KAMU DUMBNO BUAT SEMENTARA KAMU BOLEH.ATAU KAMU SEKARANG SIBUK MULA MENGALIRKAN WANG KAMU KE LUAR TANAH MALAYA? TIME IS RUNNING SHORT!!! DAH MEMANG SAH POLIS2 DAN HOME MINISTER TANAH MALAYA TAK FAHAM BACA ENGLISH KERANA TAK MAMPU MEMBEZAKAN HINAAN ATAU PUJAAN..KERANA TIDAK SEMUA PUJAAN SOUND GOOD…SELAMATKAN LAH TANAH MALAYA DARI DUMBNO!!!

    HOI SIL80 - APA KE BODOH NYER KO NI BERABIS SOKONG LAH PAK LAH KUNUN…. BODOHWI MANA LEH DI SOKONG NANTI SATU MALAYA TIDO AJER SAMBIL PINTU BELAKANG RUMAH TERBUKA PUN TAK PERASAN!!!

  6. dash on September 15th, 2008 12:12 am

    pak lah patut unduq cepat sikit

    anda fikir bagaimana?

  7. dash on September 15th, 2008 12:14 am

    rpk menulis mencerca melayu agama dll
    cuba baca blog rpk, blog lim kit siang

    nak dibiarkan ke???

  8. secretagentman on September 16th, 2008 5:44 pm

    Bodo punye Dolah!!!!
    Hang x paham ke !!!
    Hang patut berundur!!!!!

  9. cat.dog", on September 17th, 2008 9:59 am

    Ermm….Secretagentman :
    Bercakap dengan orang yang pekak dan bisu cukup susah. Jadi cara yang paling terbaik ialah-ACTION. Action speaks louder than word.

  10. Mat Rasuah on September 28th, 2008 10:57 am

    F**k ISA! Abolish ISA!

    Mengenai tindakan yang bakal diambil kerajaan itu akan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara, Abdullah menegaskan, tidak ada kebebasan tanpa sekatan.

    ”Kita pun nak kebebasan bersuara tapi tidak ada kebebasan di dunia yang tidak ada sekatannya. Undang-undang mesti dihormati.

    ”Negara kita negara demokrasi lalu tidak ada seorang pun atas nama kebebasan nak berucap boleh cakap apa saja yang dia suka hingga jejas ketenteraman awam, sampai menyakiti hati orang lain dan langgar undang-undang,” tambahnya

    mat rasuah:

    apa yang demokrasinya bila kita ada undang-undang ISA? Apa kejadah maksud demokrasi jika kita masih lagi mendokong Undang2 rimba seperti ISA?
    Apa ke bingung nya anak seorang Ulamak mendukung sesuatu yang melanggar prinsip undang2 Islam?

    Kita semua percaya dengan Allah swt dan kita percaya apa yang ditulis oleh Al-Quran tiada cacat cela. Kita percaya apa yang di bawa oleh Muhammad itu perfect. Islam itu perfect dan Tiada yang lebih maha adil, maha Bijak sana dan maha saksama adalah ALLAH swt.

    Kita juga percaya bahawa model contoh dan setiap perbuatan Muhammad saw adalah perfect.

    Allah swt berkata, setiap manusia akan dihadap dan disoal jawab sebelum hukuman dijatuhkan di mahkamah akhirat kelak. Setiap manusia akan di beri peluang utk melihat apa yang di buat nya semasa dunia dan ditunjukkan bukti sebelum di adili. Dosa dan pahala sebasar akan dikira tanpa pengurangan dan tanpa berlebihan.

    Tapi setiap perbuatan manusia ALLAH sudah pun tahu dan sudah tertulis, namun apa dibuat oleh Allah adalah suatu contoh perbuatan Maha Adil iaitu sifat tuhan yang kita perlu mengikuti dan taat.

    ISA adalah bercanggah dengan prinsip ISLAM dan Mahkamah keadilan akhirat yang akan kita terima selepas hari kiamat. Sesiapa yang menyokong ISA adalah pendokong cita-cita manusia yang membenci sifat keadilan ALLAH swt, dan rasulnya. Maka, sesiapa menentang prinsip keadilan tuhan adalah seolah-olah sama seperti Iblis mempertikaikan perintah Allah kepada makhluknya supaya bersujud kepada Nabi Adam AS.

  11. Mat Rasuah on September 28th, 2008 11:03 am

    petikan dr KPMU:

    Perdana Menteri kemudian berbuka puasa dan bersolat jemaah Maghrib, Isyak dan diikuti Tarawih secara berjemaah.

    Perdana Menteri berkata, golongan umara perlu mendalami ilmu pengetahuan Islam agar dapat memahami peranan yang dimainkan oleh ulama.

    ”Apabila kita melihat kembali sejarah kegemilangan Islam, kebanyakan pemimpin zaman itu mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam tentang Islam dan tidak hairanlah mereka pada masa itu dikenali sebagai ulama

    mat rasuah:

    ala…sembang boleh la Lah….setkat cakap utk ditulis didalam akhbar boleh la….
    ulama Islam….semua tidak menyokong ISA….jangan nak sembang kalau tak boleh buat…

    ish! bosan betul bila Lah bercakap mengenai kegemilangan ISLAM…..sbb dia nie lidah bercabang….zaman kegemilangan ISLAM…corruption zero…tapi dia sendiri maintained 5.1 utk 3 tahun berturut-turut…

    mungkin itu kut istilah model kegemilangan LAh….kekalakna index rasuah…dan tahan manusia tanpa bicara….

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom