Top

Khairy akui Pemuda UMNO dilanda krisis keyakinan…

September 4, 2008 by Pendeta 

Kini krisis keyakinan melanda Pergerakan Pemuda UMNO bila generasi muda telah menampakkan sikap mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO semasa pilihan raya umum lalu dan terbaru semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menegaskan BN/UMNO sedang berdepan dengan masalah besar iaitu penerimaan golongan muda.

Sambil mengakui suasana itu merupakan masalah masa depan Pemuda UMNO, Khairy berkata,”ramai dikalangan ahli pemuda atau umur pemuda tidak menyokong BN dan UMNO lagi, ianya menuntut satu perubahan.”

Khairy berkata demikian ketika berucap semasa menjadi tetamu kehormat Program Nur Ramadhan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dan bantuan pada anak-anak yatim dan ibu tunggal sekitar Cheras di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, petang Rabu.

Beliau juga membangkitkan cakap-cakap banyak pihak dalam UMNO yang mendesak agar perubahan dilakukan hingga ada yang menyebut perlunya ada perubahan kepimpinan termasuk perubahan Presiden parti.

Dengan nada kesal Khairy berkata, “perkara ini telah ditangani oleh pucuk pimpinan parti dengan pelan peralihan kuasa yang tersusun dan teratur tetapi masih lagi kedengaran suara yang menuntut agar perubahan ini berlaku pada kadar segera”.

“Malangnya, bila kita mendengar suara yang menuntut perubahan itu tidak pula menyatakan cara perubahan yang perlu dilakukan dalam parti kita ini, mereka seharusnya lebih spesifik, mereka perlu melakarkan dan melukiskan satu perancangan perubahan yang perlu berlaku,” tambah Khairy.

Beliau berkata, “bukan kita hanya tahu mengkritik bahawa perubahan perlu berlaku kerana apa yang ada selama ini tidak memenuhi citarasa golongan muda, maka kita akan berdepan dengan persoalan dari golongan muda tentang apakah bentuk perubahan yang hendak kita lakukan untuk membolehkan parti UMNO diterima semula oleh mereka.”

Khairy menganggap Pergerakan Pemuda UMNO sekarang perlu turun ke bawah menjadi pemberi khidmat, jurucakap dan pendamping masyarakat dengan menghulurkan tenaga usaha bagi membantu serta menyelesaikan masalah yang dihadapi “UMNO bukan lagi badan yang hanya menyelesaikan masalah orang Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia, UMNO perlu menjadi parti yang berjiwa besar dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan perlu turun ke bawah memberi penerangan tentang perjuangan UMNO, Agenda Melayu dalam konteks kebangsaan terutama kepada masyarakat majmuk di Wilayah Persekutuan ini,” katanya.

“Perjuangan Agenda Melayu dalam negara Malaysia yang tidak menidak hak-hak kaum lain di negara ini, dengan cara ini kita akan mendapat sokongan serta keyakinan semula dari generasi muda dari pelbagai kaum di negara ini,” ujarnya.

Turut hadir di majlis tersebut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Paduka Norza Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali AlHabshee, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Agama Datuk Shamsul Najmi, ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan.

Sumber : www.agendadaily.com

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

23 Responses to “Khairy akui Pemuda UMNO dilanda krisis keyakinan…”

  1. secretagentman on September 4th, 2008 2:44 pm

    Pade doh!!!
    Sebagai angkatan muda,aku menolak khairy 100%!!!!!!!!

  2. mikoyan on September 4th, 2008 2:59 pm

    Pade Doh !!!

    barula si khairy ni nak mengaku..sblm ni punya angkuh..fuh..aku alu2 kan perubahan yg hendah dibuat oleh KJ…tapi biarlah perubahan ke arah kebaikan dan memenangkan Islam..ambik contoh Pemuda Pas..kenapa begitu teguh dan kuat kepimpinan DPP sehingga berani menegur Ulama semasa muktamar baru2 ni..ramuan utk Pemuda Umno copy ada..upgrade sikit ..peh..barulah umno kembali relevan..

  3. sangalgojo on September 4th, 2008 3:10 pm

    Betul lah apa yang dikatyakan oleh Khairy itu , sememangnya pemuda perlu berubah, pemuda perlu turun ke padang jangan hanya bersikapo sebagai VIP mengejar kekayaan sahaja, kadang kala kita nai benci bila tgk pemuda yang ada jawatan, mcm faizal Klang , punya klah berlagak bila berjalan ,kita tegur pun mcm tak nak pandang, dia ingat dia ni sapa , mentang berjalan dgn Mantan MB Selangor dia rasa mcm dia dah handal dan kaya,
    nila kelmahan UMNIO yang perlu kita atasi, sekurang-kurangnya ikta ikhkas mengur bukanmcm oauk hak tu, nak suruk pekung di dada, nete muuung mikoyan.

  4. abedin on September 4th, 2008 3:20 pm

    Pemuda sekarang ada yang biadab ada yang sudah keras kepala, Sememangnya pemuda perlu perubahan, Sepatutnya semua calon pemuda perlu membentangkan projections mereka sekarang supaya dapat dinilakan oleh pemuda, Bukannya menghina mengutuk atau menjatuhkan calon calon yang lain. kala setakat mahu cari pemuda biadab , banyak ada kat luar sana, tak perlu anak VIP, Ramai ada yang biadab disana, mengapa perlu letak diri setaraf mereka. Ini hal-hal UMNO , pembangkag tak perlu campur.

  5. mikoyan on September 4th, 2008 3:45 pm

    oleh abedin..tok demokratik la demo..hahaha

    ala..pencadang pon campur hal PR..takkan takleh pembangkang campur hal umno..mana tau kami ade idea bernas utk memartabatkan Islam spt yg dilaungkan oleh Pemuda…jange sombong abedin..KJ tak suka org yg sombong…hehe

  6. mikoyan on September 4th, 2008 3:46 pm

    algojo

    sekurang-kurangnya ikta ikhkas mengur bukanmcm oauk hak tu, nak suruk pekung di dada, nete muuung mikoyan

    - uuk aaak uuk aaak…ape ko tulis ni…bahasa jerman ka keh keh keh

  7. mikoyan on September 4th, 2008 3:57 pm

    Bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kedua kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    http://www.malaysiakini.com/news/89072

  8. singkang on September 4th, 2008 5:32 pm

    Mikoyan , report lah itu hak dia , apa masalah nya , dah lama pun dia buat report , ini sememengnya selalu ada dalam UMNO yang mewarnai UMNO yang menjadi kerajaan selama 51 tahun . apa yang nak di herankan , ini lah asam garam budaya kehidupan UMNO , namun umno tetap akan tetap akan kukuh bila bertaub kembali. Biasalah bila adik berdaik ramai. tapi 51 tahun memerentah , tak juga dapat ditumbangkan oleh pembangkang, satu rekord parti politik yang memerentah paling lama di DUNIA tau.

  9. mikoyan on September 4th, 2008 5:54 pm

    wah..diakui sgt2 la tu…so budaya yg ko cakap tu la yg nak dipertahankan oleh penyokong2 umno selama ni…KJ kat artikel tu pon cakap UMNO tak mndapat sokongan golongan muda..budaya UMNO mcm tu la antara faktor menyebabkan golongan2 ni semakin menjauhi UMNO..

    parti politi paling lama memerintah mmg diakuilaa..sejarah umno mmg hebat..tapi kalau tak berubah jugak…mmg patut ditumbangkan..

  10. PKR De Factoed on September 5th, 2008 12:01 am

    GLOBALISASI MENUNTUT LEBIH BANYAK USAHA MEMIMPIN DAN MEMBIMBING.

    KPMU,

    Dari segi politik golongan muda ramai yang tergolong dalam kumpulan atas pagar. Pendirian mereka boleh bergerak ke kiri mahu pun ke kanan. Alangkah bagusnya kalau anak muda mempunyai pemikiran yang terbuka tetapi terkawal.

    Ya, anak muda paling banyak terdedah kepada pelbagai perkara, maklumat dan ideologi. Bertitik tolak daripada itulah mereka membentuk persepsi dan seterusnya berlandaskan persepsi itulah mereka membuat pertimbangan dan tindakan.

    Masalahnya minda orang muda belum berkembang secara maksimum. Dalam minda mereka masih ada lompong-lompong yang belum diisi. Dalam minda mereka ada jaringan-jaringan yang belum disempurnakan pembentukannya.

    Dalam erti kata lain proses membuat penilaian dan rumusan masih cetek dan simplistik. Kaedah penyaringan minda mereka belum lengkap lagi menyeluruh. Dalam konteks ini ketiadaan jaringan-jaringan yang kompleks menyebabkan minda anak muda tidak berfikir secara bertingkat-tingkat mahu pun secara lapis demi lapis.

    Oleh itu apabila mereka tidak dapat mempamerkan sesuatu yang dijangkakan dan diharapkan, mereka tidak boleh dipersalahkan. Mereka tidak boleh dipersalahkan kalau tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi; antara fakta benar dengan tohmahan atau fitnahan.

    Justeru dalam kita meraikan sikap keterbukaan golongan muda, harapannya ialah agar mereka dapat meningkatkan kawalan kediri dan membatasi pemikiran mereka dalam lingkungan sahsiah, agama, adat budaya dan nilai sejati.

  11. armnus on September 5th, 2008 1:36 am

    selagi KJ ada dlm pemuda umno, takkan hilang la krisis korg ni..

  12. Mat Rasuah on September 5th, 2008 7:02 am

    KJ si kicap Kipas Udang…

    Macam mane tak krisis…kau tengok si putera dan puteri UMNo? hujah kosong jika berdebat…bila si putera dan puteri dah besar…maka mereka ini akan bertukar sarung menjadi pemuda dan wanita UMNO.

    Tapi mentaliti tetap sama, IQ zero, matematik zero…yang tahu…kutuk dan mengutuk serta jadi pencacai UMNO.

    Contoh paling dekat adalah KPMU, artikel KO! Aku tak pernah baca artikel korang ..betul! mengarut! …kalau aku baca minda aku bukan maju ke depan …minda aku akan mundur ke belakang.

    tak mencabar..takde fakta…hampeh! kosong!…bila lah korang mula nak mencvabar minda aku sikit…………dari mula launch sampai sekarang…korang KPMU nie makin mundur ke belakang!

    Apa korang nak jadi bilanegara nak ingin mencapai wawasan 2020? nak jadi pencacai ke…pencacai tak dapat idup di negara orang ….pencacai takkab dapat hidup berdikari….hidup atas nyawa UMNO….jika UMNO mampus…maka korang juga yang masuk kubur bersama UMNO.

    Sperti ikan remora pada ikan yu….hidup hisap darah UMNO…parasit!

  13. gar_soksek on September 5th, 2008 7:42 am

    x kisah lah….janji KJ berani ngaku yang umno ada masalah..ni baru anak jantan…panglima melayu..macam bro ezam….. ni PR…ada masalah pun x ngaku…dah tu wat lawak skolah tadika plak….

  14. secretagentman on September 5th, 2008 11:04 am

    Hek eleh….kat dlm berita xde keluar pon pengakuan ni..???
    Aku cabar supaya berita ini didedahkan kat media perdana hanpa kalau KJ anak jantan….

  15. Bron on September 5th, 2008 11:44 am

    Mat Rasuah kata,

    “Tapi mentaliti tetap sama, IQ zero, matematik zero…yang tahu…kutuk dan mengutuk serta jadi pencacai UMNO.”

    Ulasan:

    Tang IQ dan matematik tu terpulang kepada kamu membuat persepsi sendiri. Tetapi, tang kutuk mengutuk itu aku tak setujulah kerana aku suka membaca dan aku membaca semua jurnal baik penyokong atau pun pembangkang.

    Tak payah pergi jauh. Memadai kalau dijengok laman Blog Malaysia Todi. Yang pasti, dari dulu sampai kiamat sekali pun komentar yang di paparkan adalah berbau kutukan, penghinaan, fitnah, menjatuhkan air muka secara berlebihan, dan paling meloyakan ialah apabila pembangkang bertempik ikut ’sedap mulut’.

    Masalahnya pembangkang tidak berjumpa doktor gigi. Sudah tentu apabila mereka bercakap rongga mulut mereka bukan saja berbau malah ternampak magot yang merangkak-rangkak — meloyakan.

  16. mikoyan on September 5th, 2008 4:15 pm

    gar_soksek

    x kisah lah….janji KJ berani ngaku yang umno ada masalah..ni baru anak jantan…panglima melayu..macam bro ezam….. ni PR…ada masalah pun x ngaku…dah tu wat lawak skolah tadika plak….

    - peh..puji KJ n ezam tu…gandingan panglima melayu paling mantap dlm umno..aku sokong 100%..KJ jadi ketua pemuda ezam jadi naib pemuda…bergegar pembangkang kali ni…(tahan gelak)..kik kik kik

  17. PKR De Factoed on September 5th, 2008 7:08 pm

    Ketua pemuda PKR macam mana Mikoyan?
    Hmmm. Ulaslah kerana nampak lembik semacam aja.

  18. mikoyan on September 5th, 2008 8:55 pm

    eh..ni cerita umnolaa dikatoed..nak cerita pasal ketua pemuda parti lain tunggu artikel KPMU yg seterusnya..hidup KJ..hidup ezam..mmg mantap la pemuda umno pasni..

  19. gar_soksek on September 5th, 2008 9:49 pm

    tunggu la…kemunculan semula ezam….panglima melayu zaman moden

  20. effandy_dia on September 5th, 2008 10:56 pm

    KJ nie aku dah dpt dah saper patut lawan dier.. Ustaz Akhil Hayy.. hehehehe.. gerenti die kalah.. Ustaz Akhil Hayy nie paling aku suke..rock2 die pun kuat sokong pas.. ajak debat dgn Ustaz Akhil Hayy pun aku rasa gerenti kalah KJ nie.. ckp besar sgt.. aper korang rasa?? ader telur x si KJ agaknye..

  21. mikoyan on September 6th, 2008 1:04 am

    ada..telor burung unta..hahahaha…tapi betul beb…utz akhil kalau kasik basuh kj n ezam..menangis panglima melayu moden tu haha

  22. nik mot on September 6th, 2008 1:10 am

    Pemuda UMNO

    Khairy Jamaludin mengakui Pemuda UMNO dan UMNO sendiri tidak di terima oleh orang ramai . Sebenarnya orang ramai menolak Khairy Jamaluddin kerana tindak tanduk KJ yang melampau .

    Siapa KJ sebelun Pak Lah jadi PM . Siapa yang menginap di tingkat 4 Putrajaya?

    Kalau Pak Lah benar menjadi PM orang ramai terima tetapi penolakan ini berlaku kerana KJ yang mentakbir di belakang Pak Lah .

    Kj sebenarnya meruntun Pak Lah , UMNO dan BN kalah dalam PRU yang lalu . Kerana KJ inilah Pak Lah kian tertekan . Kerana KJ politik Malaysia jadi tidak stabil . Kerana KJ BN di pandang serong .

    Namun apakah sekadar mengakui bahawa orang menolak BN dan UMNO akan membawa pemulihan keyakinan orang ramai ??

    Sepatutnya KJ meletak jawatan dan jangan ganggu lagi UMNO dan BN .

    Sebenarnya KJ ada petualang Dalam UMNO dan Kerajaan yang ada sekarang .

  23. effandy_dia on September 6th, 2008 12:33 pm

    aku rasa la kan tingkat 4 tue tingkat berhantu kot.. mcm klcc.. kehkehkeh…

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom