Kerajaan bincang turun harga minyak Rabu ini
September 22, 2008 by admin
Kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat Kabinet berkenaan untuk diputuskan.
“Insya-Allah, saya perlu bawa rancangan penurunan harga minyak ke kabinet Rabu ini kerana Rabu ini adalah mesyuarat terakhir Kabinet sebelum kita berhari raya.
“Kita akan bincang bila tarikh penurunan dan kadar penurunan yang sesuai,” katanya.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim kawasan Flet Sri Stulang, di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti tarikh penurunan harga minyak kerana penurunan harga dikhuatiri menyebabkan kekurangan bekalan pada musim perayaan ini.
“Kita kena buat penyesuaian kerana kita khuatir segelintir pengusaha stesen minyak tidak mahu mendapatkan bekalan daripada pembekal sekiranya mereka tahu harga akan turun,” katanya.
Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70. BERNAMA



















lembab betul la..harga minyak dunia dah turun lama, rabu ni baru nak bincang..baru tau ke woi..slow betul la, konfom nye la dia akan kait dgn subsidi..tu pun mau berkira ka..rakyat msia juga bukan rakyat monggolia yg dapat subsidi tu
1.Pak Lah tempoh hari ada menyatakan kemungkinan harga minyak akan diturunkan lagi sebelum menjelangnya Hari Raya ini. Nampaknya Pak Lah dalam keadaan separuh sedar bila membuat kenyataan itu sebab masih tidak sedar yang Hari Raya tinggal beberapa hari lagi.
2.Alasan demi alasan diberi supaya harga minyak tidak dirutunkan. Walaupun harga minyak dunia sudah lama menurunkan harganya.
3.Shahrir sepatutnya membawa usul ini keparlimen awal-awal lagi bukan hari rabu ini. apakah rasional nya.
4.Mungkin inilah salah satu cara untuk mengabuli mata rakyat yang sedang menanti peralihan kuasa pemerintahan negara.
tu la.. ari tu naik minyak kelam kabut sgt… x pk….
pastu bl rakyat desak naper naik banyak sgt, bg la rebat tunai..
rebat tunai tu x leh mansuh sblm cukup setahun sbb rakyat akan mengamuk…
jd bila kerajaan nk turunkan harga minyak tu, dia kena buat kira2 balik…
aku x tau saper yang cadangkan harga minyak naik sampai mcm tu skali…
pak lah tu aku tau, dia ikut jer aper org kata.. aper org kata dia ikut..
satu lagi org2 tepi paklah (pembodek) selalu ckp yang keadaan baik dan stabil..
tu yang paklah rs selesa jerk…
mana janji paklah untuk terima teguran kalo pentadbiran dia x betul?
aku ingat lagi tu la janji paklah bila dilantik jd PM..
x kan pak lah ni imam yang munafik… ish x nak aku dipimpin oleh org munafik..
harga barang dh naik…
sbb minyak naik… kawalan harga barang perlu diselaraskan semula…kalo minyak turunn harga barang still sama x guna jgk….
harga barang naik sbb minyak naik….
aku malas nak bincang psl ekonomi dunia…
selesaikan 2 perkara tu dulu…
mcm mn ni ckp nak jaga rakyat..
tp x tau ker rakyat sekarang seme merana…
ada yang bercerai berai…
yang pakai kete dh jual kete..
yang pakai kete lagi dibeban dengan hutang bertimbun..
nelayan hanyut n sesat sbb minyak abis..
ader ker seme tu pemimpin tau?????????
selesaikan 2 perkara tu dulu
baru rakyat respect sikit…
ok?
kalo setakat kemungkinan, kemungkinan ari2 kita kena byr minyak dgn harga yang sama jgk..
turun kan laaaa..
time naik x der bincang2 pon… laju jerk
time turun nak bincang2 plk….
biasa lah…dah nama Barang Naik
nasib…nasib …dapat PM macam nie…..poning den!!
Releks la bro2 di atas..x lama lagi turun la minyak tu..klu nak lagi cepat suruh la bang nuar turunkan harga minyak ..untung2 bl bang nuar naik, raya ni minyak dpt free. Beraya atas jalan la kite….
bincang punya bincang maka minyak turun seposen je….lahabau…aritu 15sen campur yg ni seposen jadik 25sen minyak turun….tang naik aritu sampai 70 sen…. time turun ciputtt pdhal rega minyak mentah sedunia dh turun….lahabau betoi !! mau gaya krajaan nak kurang beban rakyat konon….pala hotak hangpa!!!
INflasi naik 8.5 !!!!!!!!!!!!! Semua SEBAB MINYAK MALAYSIA NAIK LAH!!!!!!!!!!!!!!!!!! BODOH LAH UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!