Top

Kenapa pula tak jadi ????

September 10, 2008 by admin 

Kenapa pula  tak Jadi..
Kerbau dah ditambat, ayam dah direbankan, kayu api dah dikumpulkan, pondok dah didirikan, anak-anak dan cucu dah dipanggil balik ke kampung. Kumpulan kompang sudah ditempah, jalan semak samun sudah ditebas. Bunga manggar dah disiapakan, semua anak gadis dikampung ini sudah dipanggil balik untuk membawa bunga manggar. Kumpulan Silat sudah ditempah.

Bukan mudah mahu dilakarkan sejarah anak Ceruk Tok Kun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh. Bukan mudah kita mahu jumpa dengan Presiden Bush, Al Gore, Gus Dur, Estrada jika bukan anak Ceruk Tok Kun yang jadi Perdana menteri pasti mereka tidak akan tiba kemari. Hari- hari tok mengadap kelendar, sehelai demi sehelai atok siatkan setiap hari. Sian kat atok.

Kenapa pula tak Jadi..
Tak best lah, atuk dah siap tempah tiga pasang baju Melayu nak pakai pagi tengah hari dan malam, dahulu pun macam itu juga, dah hampir nak jadi Perdana Menteri tapi tak jadi, janganlah main-main, ini bukan perkara main-main, atok serious ni, kenapa tak jadi lak ?  Kumpulan Boria atuk dah tempah lima kumpulan. M Daud Kilau kata nak datang, Ito dengan kumpulan Blues Geng yang main dekat Duke di Duta Vista dah ambil cuti nak datang, Helmi the Gimmik pun nak datang. Ala…kenapa tak jadi, Tak best lah…….

Kenapa pula tak Jadi..
Anak atok kata nak balik seminggu nak buat persediaan menyambut kembalinya anak Ceruk Tok Kun jadi Perdana Menteri, tak jadi ke,,,,,,, ???? ala tak best lah macam ni, mesti cucu atuk tak nak balik. Janganlah main-main, cakaplah jadi ke tak jadi ni. Jalan dah atuk turap, Lebai Seman ngan Mak Jah dah warnakan rambut, Pak Ali baru tempah gigi palsu, 20 tahun tak bergigi palsu, sanggup pergi Dr gigi kerana nak sambut Anak Ceruk To Kun jadi Perdana Menteri.

Kenapa pula  tak Jadi..
TAK JADI LAH ATOK , ATOK TAK FAHAM KE ATOK ….TAK JADI ……. TUHAN TAK NAK JADIKANLAH…. ATOK….. OH ATOK MEMANG TAK JADI ..LAMA DAH TAK JADI ….ATOK TAK FAHAM KE  ATOK TAK JADI ….. MACAMA MANA NAK JADI ATOK…. SEBAB KATAK TAK LOMPAT.. KENAPA KATAK TAK LOMPAT, MACAMMANA KATAK  TAK LOMPAT , MACAM MANA  KATAK NAK LOMPAT TEMPAT BICAK-BICAK. LA…KENAPA TEMPAT BICAK SBB HARI SENTIASA HUJAN , KENAPA PULA SENTIASA HUJAN SEBAB KATAK PANGGIL HUJAN, KENAPA KATAK PANGGIL HUJAN , SEBAB ANWAR SURUH KATAK LOMPAT, KENAPA ANWAR SURUH KATAK LOMPAT SEBAB ANWAR SUKA KATAK . KENAPA ANWAR SUKA KATAK SEBAB KATAK SUKA LOMPAT…….YANG LOMPAT TUN M LAH ATOK ….LOMPAT BALIK DALAM UMNO……KENAPA TUN PULAK YANG LOMPAT….. DAH LAH ATOK WEI………. BILA NAK HABIS  NI…….

Atok jawab : Macam mana nak habis selagi Anwar tak jadi katak.

Yang ini Singkang punya - dia antar lagi aku siarkan lah…..

Singkang juga ada menulis  nota kaki : Sampaikan salam saya  pada Mail dengan pesanan Selamat berbuka puasa bila nak berbuka  selipar jepun sendiri sebelum selipar itu makan diri. (hanya sampaikan salam Singkang sahaja)

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

15 Responses to “Kenapa pula tak jadi ????”

  1. nurhaliza on September 10th, 2008 5:28 am

    ha ha ha ha singkang ko buat aku gelak subuh subuh ni,,,,,,,,,, ko jangan antar lagi tulisan kat admin, ko tulis aja kat komen…….. sbb nanti ada ramai yang meroyan , sebab diorang semua sakit hati kat ko, sbb diorang tak boleh tulis mcm ko tulis.

  2. nurhaliza on September 10th, 2008 5:28 am

    Nak tanya singkang atok tuh atok sapa ekkkk,,,,, atok mail ke ?

  3. armnus on September 10th, 2008 6:51 am

    admin = singkang

    patut la semua artikel nampak bangang je..

  4. gar_soksek on September 10th, 2008 7:25 am

    no no..admin bukan singkang……jgn dok perasan….singkang supporter ….cayalah….aku siap standby nak cuti lagi kalau malaysia dapat perdana menteri baru..wakakakakkaak

  5. malimkundang on September 10th, 2008 9:24 am

    kenapa tak jadi pula Aku dah siap nak buka agensi , agensi jual cawat besi kat remaja lelaki yang jambu dan melecun.

  6. nik mot on September 10th, 2008 12:35 pm

    Jangan terlalu seronok mempermainkan orang lain

    Tarikh 16 Sept jauh lagi , jangan terlalu seronok memperolokan orang lain . seharusnya kita semua berusaha untuk mengukuhkan kerajaan yang ada bukan bersorak riuh hingga menimbulkan rasa meluat orang .

    nik mot bertanya bangaimana jika orang lain pula memperolok dan mempermainkan kita ? tentu rasa geram dan marah akan timbul juga . dan jika kemarahan dan emosi gagal di bendung berlakulah pertumpahan darah malah lebih teruk mungkin ada nyawa yang akan melayang .

    Biarlah kewarasan minda mendahului perbuatan dan pertuturan .

  7. Bron on September 10th, 2008 1:13 pm

    JANGANLAH AMBIL SERIUS SATIRA POLITIK. IA BERSIFAT LUCU DAN DIAKUI MENYAKITKAN HATI.

    TETAPI DUNIA POLITIK SIBER KALAU DIPERHATIKAN SEMEMANGNYA PENUH DENGAN PERKARA YANG MENYAKITKAN HATI.

    TAK USAHLAH TERLALU APOLOGETIK DALAM HAL INI KERANA LAWAN TIDAK AKAN BERSIKAT APOLOGETIK TERHADAP KAMU. PERCAYALAH.

    KALAU ADA UNSUR YANG MEMBAWA KEPADA KEROSAKAN DAN PERPECAHAN, IA BUKANLAH KERANA ARTIKEL SATIRA POLITIK TETAPI KERANA SIKAP TIDAK DAPAT MENGAWAL EMOSI DAN MENERIMA KEKALAHAN SEADANYA….

  8. Mail on September 10th, 2008 1:37 pm

    Yang ini Singkang punya - dia antar lagi aku siarkan lah…..

    Singkang juga ada menulis nota kaki : Sampaikan salam saya pada Mail dengan pesanan Selamat berbuka puasa bila nak berbuka selipar jepun sendiri sebelum selipar itu makan diri. (hanya sampaikan salam Singkang sahaja)

    ———————————————————————————————————–

    hehe.. waalaikum salam bro singkang…

    ingat juo ekau kek den yo…
    slipar jopon mano leh pakai.. laie pun den takdo slipar jopon
    den pakai slipar jenama ‘croc’ boli kek subang parade..

    dah.. la.. den nak buek kojo..

    happy posting. hmmm

  9. Mail on September 10th, 2008 1:41 pm

    nurhaliza :
    Nak tanya singkang atok tuh atok sapa ekkkk,,,,, atok mail ke ?

    —————————————————————————————————

    palo abah kau .. atok den takdo laie..

    ..poie buek kojo no more speculation.

    den lotih.. maleh nak layan dah.. baco yo.. cukup
    abg2 den lain ado.. takpo…

  10. effandy_dia on September 10th, 2008 2:37 pm

    wei.. korang nie dah mcm cite ujang je aku tgk.. nie tempat lawak ker tempat aper nie?? mmg kelakar la kpmu mcm nie.. hahahaha.. tergelak aku sorang2..

  11. effandy_dia on September 10th, 2008 2:37 pm

    Kelab Pembaca Majalah Ujang… hahahahahhaa… dumb

  12. mikoyan on September 10th, 2008 2:50 pm

    hahahaha singkang mmg pelawak no 1 negara..kalah nabil

  13. armnus on September 10th, 2008 7:36 pm

    cayo den dgn ekau fendy..hahaha, raso er la kan, kono boto dgn apo yg kau ckp tu..kelab pembaca majalah ujang..

    lain kali agak2 tension je dgn keje bukak la kpmu ni, atlest bleh buat ketawa apa..

    selipar jopon payah nk dapek skrg ni bai.. selipar jamban ala2 selipar jopon tu byk la kek pasaran. selipar jopon ni kalau den kocik2 dulu buek main baling tin, bukan buek makan do.. gilo singkang tu, selipar jopon pun tak kona

  14. Mail on September 10th, 2008 9:40 pm

    yer la.. bro…
    sorry to say… kpmu.net ni tempat aku release tension…
    senam otot muka tu…

    hehehe.. ;)

    tak dapek baco majalah ujang kpmu.net jadi pengganti jadi lah……;)

  15. effandy_dia on September 10th, 2008 9:47 pm

    tue la pasal aku selalu bukak.. hilangkan rasa bosan.. w’pun selalu jer kene dgn org umno takpe.. sbb seronok.. diaorg nie buat lawak je lebih.. tue sbb aku anggap kpmu nie tempat hiburan aku jer.. bosan dowh duk kedai x buat aper nie.. hari2 aku baca org umno duk kenekan pembangkang.. sikit pun x terasa.. buat geli hati jer.. hahahaha.. singkang dgn geng2 die mmg dah x puas hati.. biar la dia terjun dgn labu2nye.. org bagi nasihat tknk degar.. mcm dah bagus sgt.. tue yg malas aku nk tegur dah..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom