Top

Jalin kerjasama umara, ulama

September 3, 2008 by admin 

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu golongan umara (pentadbir) dan ulama menjalinkan kerjasama lebih rapat supaya segala isu berkaitan Islam dapat diselesaikan secara lebih menyeluruh.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga mampu mengelakkan perbalahan serta pergeseran di kalangan umat Islam apabila timbul sesuatu isu.

Menurutnya, semua pihak harus sedar bahawa kedua-dua golongan terbabit sangat berpengaruh dalam struktur organisasi masyarakat.

“Saya yakin gabungan umara dan ulama mampu menghasilkan sesuatu yang amat bermanfaat bagi kesejahteraan ummah kerana masing- masing mempunyai pengaruh yang cukup besar di dalam masyarakat.

“Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam manakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerlukan gabungan kedua-dua pihak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perjumpaan dan Dialog Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Perdana Menteri kemudian berbuka puasa dan bersolat jemaah Maghrib, Isyak dan diikuti Tarawih secara berjemaah.

Perdana Menteri berkata, golongan umara perlu mendalami ilmu pengetahuan Islam agar dapat memahami peranan yang dimainkan oleh ulama.

”Apabila kita melihat kembali sejarah kegemilangan Islam, kebanyakan pemimpin zaman itu mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam tentang Islam dan tidak hairanlah mereka pada masa itu dikenali sebagai ulama.

”Golongan ulama turut menjadi pelopor kepada sesuatu kebangkitan dan menjadi penggerak kepada arus perdana perubahan masyarakat,” katanya.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

2 Responses to “Jalin kerjasama umara, ulama”

  1. secretagentman on September 3rd, 2008 11:20 am

    TURUN PAK LAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. effandy_dia on September 7th, 2008 12:56 am

    setakat ckp jer mmg la boleh.. tapi nk lakukan x pernah skali.. aper lagi nk degar nasihat mufti.. paklah.. paklah..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom