Top

Banyak perkara Ramlang kena jawab

September 5, 2008 by admin 

Semakin banyak perkara yang perlu dijelaskan imam nikah serta iman masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi apabila pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Prof Masya Khairil Annas Jusoh menafikan beliau dalang yang mengaturkan angkat sumpah Mohd Saiful Bukhar Azlan pada 15 Ogos lalu.

Katanya, dakwaan Ramlang menerusi artikel “Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi” yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.2008-3.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel “Siapa malu besar di Permatang Pauh” terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.2008-6.9.2008) adalah tidak benar.

Beliau menuntut pihak terbabit memohon maaf atau berdepan peguam-peguamnya yang sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang terhadap haknya ke atas Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut.

Penafian Khairl Annas menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Khamis, semakin merumitkan kes membabitkan Ramlang yang kini masih menyambung cuti yang diambilnya sebelum pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Sebelum ini, Rampang muncul di pentas kempen PKR ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh pada 24 Ogos lalu. Beliau turut mendakwa dirinya diarah hadir menjadi saksi Mohd Saiful bersumpah dan mengatakan sumpah bekas pembantu Anwar itu tidak sah.

Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata kenyataan Ramlang tidak boleh diterima pakai kerana imam itu tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.

Sebab itulah banyak perkara perlu dijawab Ramlang. Beliau tidak seharusnya menyembunyikan diri dengan alasan bimbang soal keselamatan diri dan keluarga sedangkan dalam masa sama, beliau mendapat pembelaan peguam PKR.

Malah, Ramlang juga dikatakan tidak bimbang dipecat daripada jawatan sekarang kerana beliau boleh bertugas di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.

Sesungguhnya, imam muda ini sudah meletakkan dirinya dalam komplot politik yang akan membuka pekung didadanya sendiri selain tersepit ibarat ‘ gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah,’.

Agendadaily ada menerima beberapa maklumat daripada kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang rapat dengan Ramlang.

Bahkan, mereka menggambarkan Ramlang seorang imam yang baik, komited dengan tugas dan tidak pernah ada masalah dengan rakan-rakan satu jabatan.

Mereka juga terperanjat dengan apa yang dilakukan Ramlang sehingga sanggup berbuat demikian tanpa berfikir panjang kesan baik buruknya.

Bagi mereka, sebagai kakitangan, Ramlang harus akur dengan arahan tugas pegawai atasan untuk hadir menjadi saksi sumpah Mohd Saiful bukan mempertikainya.

Sama ada benar atau tidak, Ramlang juga dikatakan amat kecewa kerana selepas mejadi saksi angkat sumpah Mohd Saiful, ada antara jemaah yang kerap bersolat di masjid tempatnya bertugas enggan menjadi makmum di belakang Ramlang.

Ada juga cerita mengatakan, keluarga dan saudara maranya yang menyokong PKR dan PAS mengecam Ramlang kerana menjadi saksi sumpah laknat tersebut yang sudah menjadi bahan ketika kempen di Permatang Pauh.

Kedua-dua perkara ini dikatakan menyebabkan Ramlang malu tambahan pula seperti katanya, pegawai atasannya tidak membela beliau apabila ada laman web mengecamnya kerana menjadi saksi sumpah liwat tersebut.

Semua cerita-cerita inilah perlu dijelaskan oleh Ramlang. Sebagai seorang Islam, malah imam masjid yang sentiasa dihormati, beliau harus jujur menceritakan kebenaran kepada orang ramai bukannya membiarkan diri diperalat PKR.

Ketika ini, sesiapa yang mengikuti kes Ramlang, tidak dapat tidak akan mengatakan beliau sudah memilih jalan yang susah bagi membetulkan perkara mudah dan senang.

Maka banyak yang perlu dijawab Ramlang dan apakah beliau bersedia untuk mengikut jejak Mohd Saiful bersumpah mempertahankan diri bahawa beliau tidak diperalat PKR dalam kes ini? Pasti orang ramai mahu jawapan Ramlang.

petikan agendadily.com

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

22 Responses to “Banyak perkara Ramlang kena jawab”

  1. Mail on September 5th, 2008 2:08 pm

    apa nak jadi dgn makhluk2 kpmu.net ni….

    bila org dedah kan kebenaran… daia cakap alat PKR..

    ahahahah… WFT… stupid…

  2. singkang on September 5th, 2008 2:45 pm

    Imam ini terima sebanayak RM200 ribu ringgit, konfirm dan sememang sah kerana semasa Azmin membuat rundigna dengan imam ini di Kuala Lumpur , imam ini meminta pendapat dari seorang rakan setugas, Inilah manusia sekarang , sanggup meniodai kesucian agama hanya kerana wang Rm 200 ribu, Memang bagi Imam ini wang RM200 ribu ini besar, bagi aku ini ciput saja jika mahu dibandingkan dengan dosa yg telah dibuatnya, dosa dia memfitnah dan bersubahat untuk mengaibkan. Hari ini imam ini …….. jap japo sebelum aku lupa ,korang perasan tak ….. dia ni kau rasa tak siuman lah , sbb apa , sbb nama dia yg buat dia jadi mcm tuh. mana ada org nama Ramlang - Ramlan ada lah Porigi - perigi adalah atau pun pigi dah adalah …mana ada porigi, nama pun tak betul ,,,k sambung balik. aku selalu berharap jika apa yang di lakukan oleh Ramlang ini betul , terselamat lah dia , jika tidak buncit lah perutnya atau perut isteri nya kerana makan wang sogokan itu, Sekarang Anwar sungguh mewah ,,,,main tabur saja ,,,,,, tabur……sama juga si Mail ni, dia belum dapat lagi wang dari Anwar dia mengharap kalau ada sesiapa yang boleh ebri tahu Anwar bahawa dia yang kuat sokong Anwar disini nanti Anwar akan suruh lah Azmin cari dia dan ucapkan tahniah dan pokage deal…… siap cuci berapa-berapa ratus ribu.

  3. Mail on September 5th, 2008 2:55 pm

    kalau kau depan aku ni singkang … memang tapak kaki aku kat muka kau la…

  4. Mail on September 5th, 2008 2:55 pm

    panggil2 aku apsal… tak puas hati

  5. mikoyan on September 5th, 2008 5:06 pm

    lex mail…hiburan semata-mata je ni..setakat singkang..tadak apa tu

  6. Mail on September 5th, 2008 5:52 pm

    mmg la… gurau petang2…

  7. gar_soksek on September 5th, 2008 10:06 pm

    ramlang memang dapat duit la…dia jadi cam tu sebab gilakan wang ringgit

  8. Bron on September 6th, 2008 12:20 am

    Tak lama lagi pecayalah sumpah ramlan perigi ni akan keluar kat dalam blog pembagkang terutama Malaysia Todi.

    Itulah cara pembangkang untuk menegakkan benang yang basah. Kalau ada masalah aja depa buat sumpah palsu macam bala, macam RPK maka dengan itu masalah depa settle konon.

    Dia orang ingat orang kampung la ni boleh depa perbodohkan macam mana penyokong PR di perbodohkan. Silaplah wei.

  9. DSAI on September 6th, 2008 12:25 am

    Assalamualaikum ……. kepada semua penyokong saya , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mempertahankan saya di sini, Saya saban malam membaca laman ini dan saya rasa sudah tiba masanya kita mengambil tindakan kepada laman ini.

    Isu Ramlan ini kita boleh tutup kerana saya han berikan dia hanya RM 220 ribu baukan jumlah wang yang besar, Bukan seperti apa yang saya berikan kepada AP BN yang telah berjanji bermati matian untuk lompat parti pada 16 hb ini. Salahkah hanya RM200 ribu untuk Ramlang ousing sedikit cerita untuk mebantu saya, Dai telah bekerja untuk saya dan itu upah yang saya beri , salah kah slahhhhhhhhhhhhh kerrrrrrrrrrrr.

    Sekian terima kasih……. sekejap lupa, En Mail esok datang ke pejabat saya , Saya akan suruh Azmin sediakan RM 200 untuk kamu dan kawan -kawan . kamau ambil RM50 , Bapaku RM 50 mikoyan RM 20 , siapa tuh amnus RM 10 dah lah. Scorpion dan blor sorang RM 5 lagi RM 10 itu kamu semua pergi lah ke pasar remadhan beli juadah berbuka. sorang RM 2. Naik beli nasi ayan tak cukup , belilah air RM 1 dan tahu sumbat dapat 3 keping untuk RM1<, cukup lah tuh……………

  10. Bron on September 6th, 2008 12:31 am

    YANG BERSUMPAH ADALAH SAIDFUL TETAPI LA NI RAMLANG PULA YANG MAHU BERSUMPAH YANG DIA SEBENARNYA TIDAK RELA. HMMM.

    Admin,

    Semua tahu semasa Saiful mengaku diliwat, kerusi Permatang Pauh belum dibubarkan lagi.

    Semasa Saiful di liwat, beliau masih pembantu khas Anwar.

    Kejadian liwat berkenaan dikatakan berlaku disebuah premis yang menjalankan aktiviti PR.

    Paling relevan bila Saiful mencabar Anwar supaya bersumpah dan beliau sendiri menguar-uarkan akan turut bersumpah, kerusi Permatang Pauh belum lagi dikosongkan oleh Wan Azizah!!

    Kesimpulannya:

    Betullah apabila Saiful merancang untuk bersumpah beliau tidak tahu pun yang Anwar akan menjadi calon dalam pilihan raya.

    P/S: jadi sumpah siapa pula yang boleh dipakai — sumpah ramlang atau saidful.

  11. mikoyan on September 6th, 2008 2:30 am

    hehe pandai singkang jadi dsai…

  12. Bron on September 6th, 2008 5:38 am

    DSAI LAGI HEBAT. DEPAN ATAU BELAKANG BAGI DIA SEMUA BOLEH.

  13. Bron on September 6th, 2008 5:43 am

    DSAI on September 6th, 2008 12:25 am

    “Sekian terima kasih……. sekejap lupa, En Mail esok datang ke pejabat saya , Saya akan suruh Azmin sediakan RM 200 ”

    Ulasan:

    Excuse me Datu seri, Mail pesan dia tak mahu tunai. Kalau boleh dia mahu ceck.

  14. effandy_dia on September 6th, 2008 12:38 pm

    karang aku menyamar jadi paklah plak baru tau.. kaw2 aku kenekan bdk2 kpmu yg sengal nie.. hahahaaha..

  15. gar_soksek on September 6th, 2008 1:21 pm

    bosan lah

  16. sivvisa on September 6th, 2008 10:54 pm

    penat tol la baca pasal saiful ni…

    cabar sgt DSAI…….okeh,kalau DSAI bersumpah,abis itu membuktikan sapa salah ??!

    apa bukti Imam tu dapat wang ?? apa bukti anwar tu meliwat saiful tanpa saiful tu rela ??!

    apa punya bangang la saiful ni…TANPA KERELAAN ??!! isy mane pegi kaki kamu ??! tgn kamu ??! kamu jantan ke betina ke khunsa ??! bingai !!

    penah tgk DSAI naik tangga x ??! setiap anak tangga dia akan berhenti.mmg nampak dia sakit …

    bodoh punya unta…

  17. armnus on September 7th, 2008 5:26 am

    Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata kenyataan Ramlang tidak boleh diterima pakai kerana imam itu tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.

    lain kali ko sendiri la jadi saksi woi..kesian mamat ni tak pasal2 invove dgn umno yg bangkai..

  18. Pak Lah on September 7th, 2008 5:31 am

    Minta maaf ye penyokong2 umno sekalian, upah kamu semua saya bayar lepas raya ni. La ni sibuk nak bagi bonus dulu, DSAI dah bagi upah kat geng2 dia, saya lewat sikit la.. singkang, kamu bagi tau kawan2 kamu jgn merusuh ye sebab dapat bayaran lewat. Kalau terdesak sangat nak pakai duit, pegi pecahkan tabung ayam anak2 kamu dulu, nanti saya ganti balik dgn tabung baru sekali.

    sekian, kesulitan amat dikesali.

  19. mikoyan on September 7th, 2008 6:37 am

    haha bagus betul pak lah ni..haha idup pak lah..

  20. Bron on September 7th, 2008 6:11 pm

    armnus,

    “lain kali ko sendiri la jadi saksi woi..kesian mamat ni tak pasal2 invove dgn umno yg bangkai..”

    Ulasan:

    kalau PR lagi teruk. bangkai pun depa boleh buat saksi. hmmm.

  21. Bron on September 7th, 2008 6:15 pm

    sivvisa on September 6th, 2008 10:54 pm

    penah tgk DSAI naik tangga x ??! setiap anak tangga dia akan berhenti.mmg nampak dia sakit …

    bodoh punya unta…

    Ulasan:

    Ada beza apabila Anwar berlakon dan bersandiwara. PR aja yang buat.

  22. ke70-3tgte on September 9th, 2008 6:29 am

    Sumpah Saiful sah atau x sah bukan hak kita utk tentukan, dia bersumpah atas nama ALLAH jadi biarlah ALLAH yang tentukan siapa yg betul n siapa yang salah…

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom