Top

Lagi hak bumiputera dipertikai

August 12, 2008 by Pendeta 

Usul Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka kuota pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada saya, ia satu ancaman besar kepada kaum bumiputera khususnya bangsa Melayu. Kerana ia akan menyebabkan anak bangsa kita makin di tinggalkan jauh berbanding bangsa lain.

Saya akui bangsa kita masih lemah dalam penguasaan akademik, maka dengan mengekalkan UiTM sebagai universiti untuk bumiputera, ia dapat memelihara keistimewaan orang Melayu supaya tempat mereka di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terjamin.

Walaupun begitu, ia bukan bermakna pelajar Melayu takut untuk bersaing dengan bangsa lain, tetapi apabila melihat bagaimana majoriti penguasaan akademik dimonopoli oleh bukan bumiputera ia akan menampakkan lagi jurang di antara mereka.

Persaingan tidak hanya perlu di peringkat dalam IPTA. Kerana sememangnya wujud persaingan lain dengan bukan Melayu apabila berlangsungnya program-program antara universiti seperti pertandingan, sukan dan sebagainya.

Pada pandangan saya, IPTA dan IPTS yang mempunyai kuota untuk bukan Melayu sudah banyak di negara ini, maka tidak perlulah untuk kita membuka kuota baru pula di UiTM.

Untuk membentuk persaingan secara global, kita tidak perlu untuk membuka kuota terhadap bangsa lain, dengan alasan untuk meningkatkan keserasian dan kemesraan dengan bangsa lain. Ini kerana pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha untuk membentuk masyarakat makmur berbilang kaum.

Apa yang perlu ialah pihak UiTM harus meningkatkan kualiti pembelajaran di kalangan pelajarnya selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin membentuk identiti pelajar yang mempunyai modal insan yang tinggi dan mampu bersaing dalam industri di peringkat global.

Pada saya, tindakan Abdul Khalid itu juga hanyalah atas kepentingan politik parti pembangkang untuk mengekalkan sokongan pengundi bukan melayu.

BEKAS PEMIMPIN PELAJAR UITM
Kota Bharu Kelantan

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

9 Responses to “Lagi hak bumiputera dipertikai”

  1. hamir_1984 on August 13th, 2008 1:26 am

    kHalid ibrahim tuh memang bodoh ,elok masa zaman dia nak sambung pelajaran masa dulu2 ,awal-awal lagi xde hak istimewa orang melayu, baru dia tahu susah tak susah nak sambung pelajaran,inilah orang yang bila berjaya pukul tuan dia balik……… paling bagus bak kacang lupa kan kulit………….elok dulu awal-awal lagi kerajaan janganhantar dia belajar, :( aku marah betul ngan dia ini

  2. mriarsenal on August 17th, 2008 3:11 pm

    aiiiii khalid…khalid…..apa laaaaa kahalid….kamu ni jenis apa ni…belajar la dgn Brahim Ali macam mana nak jaga melayu..

  3. secretagentman on August 19th, 2008 11:07 am

    Hahahaha…
    sebenarnye orng UMNo yng bodoh….
    Khalid sebenarnye saje provoke UMNO….
    tup2..bile bukak balik,usul itu pernah dicadangkan oleh UMNO…
    tngk saja kuota utk MRSM…10% telah dibuka utk non-Bumi…
    Mula2 aku angin jugak dekat khalid ni,tapi bile flashback balik isu ni….
    Aku dpt satu kesimpulan….
    sebodoh-bodoh lembu….
    bodoh lagi orng UMNO!!!
    hahahahaha…….baru aku tau…hahahahaha

  4. singkang on August 20th, 2008 1:20 am

    scere biasanyaorang gila x cakap dia gila dia kata orang lain pulak yang gila, samalah orang yang bodoh tak cakap dia bodoh dia cakap orang lain bodoh, lu pikir lah sendiri………

  5. nuoxmach on August 20th, 2008 8:05 am

    Orang UMNO ni pelik.. asal Parti lain buat cadangan je, semua kotor, hina dina, dan dimaki hamun plak. sekurang-kurangnya dengarlah penjelasan dulu.
    Asal cadangan tuh dari sape??? UMNO gak @ BN. Tuh cadangan kat Sepang bina Kandang bersepadu untuk khinzir, sape yang cadangkan? UMNO @ BN gak. Asal cadangan tuh dari UMNO @BN je, semuanya ok, baik untuk Bumis.Why? Seharusnya gunakan minda dahulu. Kaji selidik dan baru canangkan. “Kalau LU dah pikir, bagus la “. Jangan tunjukkan semangat asabiyah tuh di depan rakyat. Malu den. Apa yang Kalid lakukan sebenarnya, mahu segelintir rakyat yang masih belum bangun nih sedar dari tidur.

  6. secretagentman on August 20th, 2008 12:41 pm

    secare biasenye orng yng gila akan kuat merapu spt sinkang the jubo kankang…haha

  7. Blur on August 23rd, 2008 1:01 pm

    Saya tersangatlah confuse bila orang cerita pasal bumiputera n hak2nya skali. Bumiputera ni adalah orang Melayu n orang2 native kat Malaysia ni kan? Apa jadi kalau orang cina or India yg convert Islam tu dah kira bumiputera juga ke? Maksud saya yg masuk islam ni bukan sebab kawin melayu, yg kiranya dapat hidayah. Sebabnya mungkin kita terlepas pandang dalam hal ni…setau saya, kalu masuk islam skalipun bangsa tetap sama juga kan…cuma nama je yg tukar lebih kepada melayu or Islam. Tapi yang peliknya kenapa golongan seperti ini pula layak melabur dalam ASB atau ASN yer…? Kenapa plak hal ni x pernah orang Melayu kita nak pertikaikan….bukan ke ASB n ASN hanya untuk bumiputera aje…? Atau mungkin kalau masuk islam diterima sebagai bumiputera juga? Ada sesapa boleh tolong jawab? Dah lama dok pikir hal ni…
    Kalau macam ni lebih baik kita jaga hak orang Islam dari hak bangsa sendiri sebab x semestinya melayu itu Islam dan rasanya lebih berkat kita menjaga Islam sebab dalam Islam tidak ada bersifat perkauman. Kan lebih cantik macam tu dan bukankah Islam adalah agama rasmi Malaysia dan juga dikenali sebagai Negara Islam. Singapura yang negara kafir tu pun kalau perayaan Islam yang tertentu seperti Israk Mikraj , Awal Muharam pun depa boleh buat kat stadium. Masjid pun buat jugak, stadium pun buat juga… hebar dwang ni.

  8. Blur on August 23rd, 2008 1:12 pm

    Uitm tu kalau buka 10% kat non bumi, belum tentu laku pun. Lagi baik dwang masuk UNITAR ke , Lim Kok Weng ke UM atau yg seangkatannya. Kadang2 keistimewaan yang kita ada belum tentu dapat memajukan diri kita malahan boleh merosakkan diri kita juga. Sebab dah terbiasa manja. To be the best among the best kenalah usaha lebih bukan mengharapkan ihsan dan keistimewaan aje. Kalu dulu Dr M kata Melayu Baru tapi semangat dok cam tu gak…sebab dah manja sangat. Bohsan….

  9. umnopiap on September 2nd, 2008 1:10 pm

    SALAH KHALID SEBAB DOK DALAM PKR.
    KALAU DIA DARI UMNO, MESTI DAH DISOKONG.

    ITULAH CORAK POLITIK UMNO YG TAK LAMA LAGI NAK PIAP DARI MALAYSIA INI.
    KALAU ORANG CAKAP, SEMUA SALAH. KALAU DATANG DARITANGKI NAJIS CAP UMNO, MESTI DISOKONG WALAUPUN MENGJAHANAMKAN BANGSA DAN AGAMA SENDIRI.
    KHALID CUMA BAGI PENDAPAT @ MGKIN SAJA NAK PROVOKE.
    TAPI HERAN, apesal student UiTM bebas buat demonstrasi walaupun AUKU masih belum dipinda?????????
    so, sapa yang TAK CERDIK ( aku tak mahu tulis umno parti bodoh ) kalau tidak dari PARTI KEBANGSAAN MELAYU BERSATU?????
    ( UMNO )

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom