Kita bukan macam Anwar yang kalah mahu menang ikut jalan belakang
August 27, 2008 by admin
Hari ini kita melihat akan satu pilihanraya yang telus dan secara “gentelman” BN terima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Setiap pertandingan pasti ada yang menang dan yang kalah. BN akur bahawa ini adalah suara rakyat kerana kita bertanding dalam pilihanraya adalah untuk mengetahui dan mendengar dan mengikut apa yang dimahukan oleh rakyat. Kita akur pengundi BN memberikan mandat kepada Anwar Ibrahim.
Anwar tidak boleh kalah dalam pilihanraya kecil ini, itulah sebab dia memilih kubu kuatnya untuk bertanding untuk memastikan beliau akan menang dengan selesa. Beliau tahu, pengundi Permatang Pauh adalah pengundi yang fanatik dan tidak akan menerima atau berfikir lagi kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim. Anwar bertanding ini hanya untuk menang sahaja.
Sikap gentelman BN perlu diberikan pujian kerana BN tidak menafikan mandat yang diberikan kepada Anwar Ibrahim. BN juga tidak mencari alternatif lain untuk menang tidak seperti Anwar Ibrahim yang akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya. Anwar sanggup membeli ahli parlimen setelah tewas dalam PRU 12 yang lalu. Anwar sanggup ikut jalan belakang dan menafikan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada kerajaan BN untuk menerajui negara. Anwar juga mahu merampas kemenangan dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada BN.
Tidak seperti BN yang boleh menerima hakikat kekalahan. Inilah bezanya PKR dan BN. Mereka akan lakukan apa saja untuk menang, mengugut, memberi rasuah untuk membeli Ahli Parlimen untuk melompat parti. Inilah juga bezanya BN dengan PKR. BN menerima keputusan rakyat, PKR akan buat apa saja untuk menang walaupun kalah. Anwar melaung-laungkan demokrasi. Siapa sebenarnya yang tidak demokrasi?
Sama juga seperti mereka melaungkan mahu membersih rasuah tetapi mereka pula yang melakukan rasuah. Sebelum 100 hari BN memerintah Selangor, Pegawai khas MB Selangor telah didakwa menayalahguna kuasa dan melakukan rasuah kuasa. Isnin lepas dua exco PKR pula didakwa kerana rasuah wang dan seks untuk meluluskan projek perumahan dengan seberapa segera. Inilah yang di katakan demokrasi Anwar Ibrahim.



















Bukti yng nyata,rakyat telah m’beri signal & petanda,bahawa mereka sangt benci & muak dgn Bee End!!!!
Kita tolak Bee End!!!
Kita tolak UMNO!!
Kita tolak Pemimpin Korup!!!
Kita tolak pemimpin rasuah!!!
Kita tolak Dolah Badawi!!
rakyat tak tolak BN spt mana segeretagent ini dakwa. keputusan pilihanraya kecil permatang pauh tidak mengambarkan petanda protes rakyat malaysia terhadap kerajaan BN.
aku duduk dipermatang pauh. aku tahu la.
segeretagent,
gi baca buku lagi. PMR nak mai dah…
alhamdulillah ketika berkempen ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak ‘turun’ kepadang dan menyatakan sokongan terbuka mereka pada BN.
saya sebagai penduduk dikawasan permatang pauh, amat menghargai sokongan yang diberi.
insyaallah kita berusaha untuk meraih sokongan rakyat supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih telus dan amanah.
tak la macam exo PKR di Perak, ‘korupsi’ memakan diri……ha ha ha
Sebelum 100 hari BN memerintah Selangor, Pegawai khas MB Selangor telah didakwa menayalahguna kuasa dan melakukan rasuah kuasa. Isnin lepas dua exco PKR pula didakwa kerana rasuah wang dan seks untuk meluluskan projek perumahan dengan seberapa segera. Inilah yang di katakan demokrasi Anwar Ibrahim.
setuju.
Tokmu bluesmurf!!!!
orang UMNO sendiri pon pangkah DSAI..
Majoriti sampai 15k..ape cite..
inilah peel orng UMNO yng bodoh lagi sombong…
sampai bile pon akan tetap jadik dungu…
Masa keputusan undi semalam kat permatang pauh…..
mana Najib?????
Mane Ariff Shah..????
Mane penyokong2 BN?
Takkan malu kot…?
Aiiii…kate rakyat masih lagi syng kat UMNO…
takkan mase keputusan menyorok mcm tikus kot….
“PERMATANG PAUH tekah mengajar penduduk Malaysia apa erti demokrasi dan politk berbilang kaum.
Walaupun seribu fitnah dilemparkan olen UMNO dan barisan Nasional pengundi Permatang Pauh tetap memilih PKR dalam Pakatan Rakyat.
Dari sumber maklumat semua 25 saluran mengundi Di Parlimen Permatang Pauh UMNO DAN BARISAN NSIONAL KALAH
MALAYSIA TOWARDS TO A PAKATAN RAKYAT…..
REFORMASI!!!
REFORMASI!!!
REFORMASI!!!
REFORMASI!!!
TAKBIR!!!!
Dunia dh nk kiamat kalo Pemimpin Jubo jadi PM. Silap2 M’sia kena bencana banjir yg akan tenggelamkan mcm sejarah Nabi Nuh…
Hanya mereka2 yg berada di dalam bahtera BN je yg terselamat tetapi semua penyokong aktiviti menjubo akan terkapai2 dh tenggelam kahakhahkakhahkahahaa….. jgn mare….
KETIDAKTELUSAN DEMOKRASI MENYEBABKAN AGENDA PETRAJAYA–ANALJAYA separuh BERJAYA? PERINGKAT KEDUA IKUT SAJA SHORT CUT
Admin,
Nasib baik PKR dapat pertahan kerusi empuk Wan Azizah walau pun diganggu oleh hantu, syaitan, iblis, jin dan roh jahat. Apa kata kalau lawan PKR yang menang? Tidakkah kisah hantu yang diimaginasikan oleh PKR akan mendapat liputan meluas oleh media pemburu hantu seperti al-Jazeerah, CNIN dan sebagainya?
PKR sedikit gopoh. Kan baik tunggu penumpang yang dianggap sebagai hantu itu turun daripada bas. Perhatikanlah sama ada hantu tadi kakinya berpijak di atas tanah atau pun sebaliknya menglunsur laju secara terawang-awang.
Kalau PKR terlebih rajin lalu mahu memeriksa semua bas ekspress yang berada di atas jalan raya bagi mengesan hantu raya, hantu pocong dan sebagainya maka ia satu tindakan kurang bijak yakni meminggirkan otak manusia dalam membuat percaturan.
Definisi hantu adalah konstan dan kehadirannya tidak mengira status sesuatu masyarakat dan batas sempadan amalan ritual. Walau pun dalam PKR bersemarak aktiviti ritual yang bermacam-macam tetapi ritual kristian, Cina, hindu dan sebagainya tidak ada bezanya dengan ritual-ritual masyarakat sivil sedunia.
Nah bukanlah susah sebenarnya untuk membezakan antara hantu yang suka-suka buang undi dan manusia biasa. Perhatikan saja bahagian kaki dan pada waktu sama sahkan yang undi telah dibuang dalam bakul sampah lawan.
Kalau ciri-ciri ‘pengundi hantu’ telah disahkan, pemburu hantu PKR bolehlah seterusnya memerangkap gambar hantu berkenaan di pintu keluar daripada bilik mengundi. Di pintu itu jugalah pemburu “exit polls” memburu pengundi untuk mendapatkan maklumat siapa yang telah mereka undi.
Kesimpulannya manusia mempunyai jasad dan roh. Mungkin inilah sebabnya kenapa manusia berupaya melihat atau mengaimaginasikan hantu sedangkan binatang tidak mempunyai keupayaan yang sama.
Manusia yang dianugerahkan otak baghal walau pun rendah kualiti mindanya tetapi inovatif dalam ‘mengenakan’ orang lain tetapi licik dalam melepaskan dirinya; mereka juga kreatif dalam melancarkan agenda tertentu tetapi dapat bersembunyi di sebalik sepohon lalang malah dalam masa sama dengan kuasa ’sihir’ di tangan mereka dapat mempotretkan seolah-olah pihak lawan yang punya angkara.
lailasari kata :
Dunia dh nk kiamat kalo Pemimpin Jubo jadi PM. Silap2 M’sia kena bencana banjir yg akan tenggelamkan mcm sejarah Nabi Nuh…
Hanya mereka2 yg berada di dalam bahtera BN je yg terselamat tetapi semua penyokong aktiviti menjubo akan terkapai2 dh tenggelam kahakhahkakhahkahahaa….. jgn mare….
_______________________________________________________________
Hang buat lagi cita mcm ni….
kalau hang nak tau,cerita mcm ni la buat rakyat makin benci dgn Bee End…
Cerita mcm ni la buat UMNO kalah lagi teruk kat PP
Hang x mau belajar dari kesilapan ka?
lailasari
Dunia dh nk kiamat kalo Pemimpin Jubo jadi PM. Silap2 M’sia kena bencana banjir yg akan tenggelamkan mcm sejarah Nabi Nuh…
Hanya mereka2 yg berada di dalam bahtera BN je yg terselamat tetapi semua penyokong aktiviti menjubo akan terkapai2 dh tenggelam kahakhahkakhahkahahaa….. jgn mare….
-kesian2.maknanya nasib bn sekarang hanya terletak di bontot saiful sahaja.hahahahaha.undi BN di kawasan dun ariff shah sendiri pun boleh kalah.wakakakakakakakak
Eleh Bron….
Cakap hang xleh pakai…
Tulisan & idea hang xde yng bernas…
Pengundi permatang pauh telah membuat keputusan.
Keputusan Pengundi Permatang Pauh menunjukan sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat. BN pula gagal menurunkan majoriti yang di perolehi pada PRU mac 08 lalu.
Pengundi dan rakyat Permatang Pauh menolak politik fitnah BN dan cara mereka berpolitik. Rakyat telah memberi mesej yang jelas bahawa politik serangan peribadi terhadap anwar di tolak bulat-bulat, dan reaksi oleh pilihanraya kecil ini adalah jelas bahawa rakyat mahukan perubahan.
Najib perlu letak jawatan kerana gagal meningkatkan sokongan rakyat dan keputusan permatang pauh memberi pertunjuk bahawa BN semakin hilang sokongan.
Sebagai parti yang mempunyai segala jentera dan wang yang banyak, sepatutnya BN mampu mengurangkan majoriti atau hanya memberi kemenangan tipis sahaja kepada Anwar, tetapi mereka gagal. Ini menunjukan rakyat telah hilang ‘mood’ kepada BN.
Harap BN membuat muhasabah kembali cara mereka berpolitik
KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,459
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398
—BERNAMA
Hang telek & study balik keputusan ni…..nipon aku copy dari site hangpa..
Mane bukti rakyat masih lagi menyokong Bee End?
secretagentman on August 27th, 2008 9:43 am
Bukti yng nyata,rakyat telah m’beri signal & petanda,bahawa mereka sangt benci & muak dgn Bee End!!!!
Kita tolak Pemimpin Korup!!!
Kita tolak pemimpin rasuah!!!
Ulasan:
Tanpa mengira sama ada ianya pemimpin Pas atau PKR atau DAP
secretagentman on August 27th, 2008 10:44 am Tokmu bluesmurf!!!!
inilah peel orng UMNO yng bodoh lagi sombong…
sampai bile pon akan tetap jadik dungu…
Ulasan:
Taka apa lagi tuh kerana ada nilai kemuliaan di situ. Jangan jadi macam PKR dan Pas yang di jadikan sebagai “donkey” yang ditunggang semahunya oleh DAP.
ado laie… dah dah la tu
tak abih2…
osah dongki eh ekau DSAI monang…
ari tu kobar an Anwar tak buleh monang…
—> bilo monang cakap plak… anwar kelentong pasa nak isu 30mp lompat parti…
lopeh ni kalau boto.. ado mp lompek parti…
apo plak yang nak ekau kobar an tu..??
nyonyak den tido lam tadi lopeh tau DSAI ku monang…
geng kpmu mlm tadi ado yang monggilo cam kobau.. mongarut ngarut…
cubo toko sAPO..
HKHKAHEKHKEAHKE
KEJAYAAN BN BUKAN UNTUK DINOSTALGIA TETAPI KESTABILAN YANG DICAPAI DALAM SUASANA MASYARAKAT MAJMUK ADALAH SATU KEAJAIBAN
Admin,
secretagentman on August 27th, 2008 10:52 am
“Aiiii…kate rakyat masih lagi syng kat UMNO…”
Ulasan:
Dalam proses demokrasi sayang atau tidak bukanlah faktor penentu bagi sepanjang masa. Walau pun katakanlah Hj Hadi berupaya menang kalau berlawan di kampung halaman sendiri, itu tidak bermakna dia digemari oleh semua rakyat. Ada beza antara jaguh kampung dengan jaguh glokal.
Maksudnya beliau boleh menang di tempat sendiri tetapi kat seluruh negeri teganu beliau boleh kecundang. Dalam keadaan kecundang pun itu tidak bermakna pengikut Pas tak sayang pada beliau. Nah kalah tidak bermakna akan dibenci. Menang tidak bermakna semua sayang. Maksudnya kemenangan mungkin diperoleh kerana pihak lawan dibenci bukan kerana pemenangnya disayangi.
Serupa juga kalau Lim Kit Siang bertanding di gua musang yang mana peluang untuk beliau menang adalah sifar tetapi walau pun beliau boleh kalah, itu tidak bermakna pengikut fanatik beliau akan membenci beliau.
Anwar pun sama juga. Golongan “Kota Sodom” mungkin menyukai beliau tetapi katakan kalau beliau tewas dalam satu pertandingan dam haji di Kepala Batas, itu tidak bermakna “loyal fan” kelab beliau akan membenci beliau.
Sebenarnya ada banyak faktor yang kompleks sedang menguasai senario politik dan minda khalayak massa. Ia tidak dapat dihuraikan di sini dalam kerangka yang terhad ini.
Secreta ….. hang ada pakai otak tak bila menulis, kalau rakyat tak sokong BN mcm mana BN boleh jadi kerajaan ,kalau rakyat sokong PR macama mana PR sampaj nak rompak kerajaan nak jadi kerajaan guna jalan rasuah dan jalan belakang , Tak demokratik, bila mandat diberika kepada BN mereka nak juga curi dari rakyat, Hangpa tak malu ke mega nak jadi penyamun kuasa, Bukan rakytat yg relakan , tapi nak samun kuasa, Yg di hebohkan 16 sept itu kerajaan yg nak disamun dari rakyat , itu pun kalau dapat samun lah , kalau tak dapat malunya,,,,,,,,,,Lu pikir lah sendiri……………
SLOGAN ANTI KEPELBAGAIAN WARNA KULIT PR TIDAK BERPIJAK ATAS BUMI YANG NYATA — ia baru di peringkat ura-ura
Admin,
secretagentman on August 27th, 2008 10:58 am
“PERMATANG PAUH tekah mengajar penduduk Malaysia apa erti demokrasi dan politk berbilang kaum.
Ulasan:
Demokrasi telah lama wujud tetapi Permatang Pauh hanya menampakkan ianya menjadi bertambah subur. Malah tidak salah kalau dikatakan demokrasi yang disaksikan di Permatang Pauh adalah ibarat tumbuhan yang telah terlebih siraman atau baja. Hasilnya adalah demokrasi juga tetapi gradenya mungkin berbeza. Ada yang perasan yang ia mengarah atau telah memasuki zon
‘ekstrem’
Perhatikan pokok lalang. Kalau tidak dibaja ia tumbuh ala kadar aja. Tetapi, kalau di bubuh baja ia akan tumbuh dengan banyaknya hingga menjadi semak samun yang menyakitkan mata yang memandang.
Lebih malang kalau dalam lalang yang terlebih subur tadi ada berselindung ular tedung yang menunggu masa untuk mematuk manusia. Ada elemen bahaya dalam konteks lalang yang terlebih subur.
Warna kulit akan menjadi musuh dalaman manusia sampai kiamat. Dalam sistem dua parti seperti di AS misalannya usia demokrasi bukan faktor yang menyaksikan ianya terhapus atau pupus.
Kempen berkaitan pemilihan presiden walau pun dalam keadaan institusi demokrasi mereka sudah sampai usia ‘beruban’ tetapi isu puak dan kelompok terus menghantui rumah demokrasi berkenaan.
Mail on August 27th, 2008 12:57 pm
lopeh ni kalau boto.. ado mp lompek parti…
apo plak yang nak ekau kobar an tu..??
nyonyak den tido lam tadi lopeh tau DSAI ku monang…DEN SOMPAT BERMIMPI JILAT BUNTUT DIA LAGI.
Ulasan:
Hmm.
PETRAJAYA–ANALJAYA ADALAH AGENDA
YANG SUKAR DI SELAMI KHALAYAK
Admin,
Tidak ramai yang faham apa itu agenda Petrajaya-Analjaya apatah lagi pada golongan yang daif dan golongan marhaen.
Walaubagaimana pun agenda berkenaan telah meresap masuk ke sanubari masyarakat belia dan masyarakat madani yang mempunyai sifat mementingkan diri sendiri.
Persoalannya: Sudah lupakah mereka bahawasanya mereka itu berasal dari rumpun yang sama malah masih mempunyai pertalian persaudaraan dengan masyarakat marhaen dan golongan yang daif tadi?
Rasanya tidak. Mereka tidak perasan bagaimana terumbang ambingnya golongan marhaen dan golongan yang daif sehinggakan tanpa adanya kemahuan politik yang kuat untuk memberikan ruang dan peluang makanya mereka ini akan terus terpinggir dari arus kemajuan.
Sudah tentu tidak kalau manusia itu tidak berpandangan jauh dan jumud. Mereka akan dengan mudah menerima sesuatu perkara yang ditafsirkan sebagai ‘baik’ tanpa mahu menilai secara lebih mendalam impak jangka panjang dan impak kepada persekitaran keluarga dan warisan!
Abedin kata :
Secreta ….. hang ada pakai otak tak bila menulis, kalau rakyat tak sokong BN mcm mana BN boleh jadi kerajaan ,kalau rakyat sokong PR macama mana PR sampaj nak rompak kerajaan nak jadi kerajaan guna jalan rasuah dan jalan belakang , Tak demokratik, bila mandat diberika kepada BN mereka nak juga curi dari rakyat, Hangpa tak malu ke mega nak jadi penyamun kuasa, Bukan rakytat yg relakan , tapi nak samun kuasa, Yg di hebohkan 16 sept itu kerajaan yg nak disamun dari rakyat , itu pun kalau dapat samun lah , kalau tak dapat malunya,,,,,,,,,,Lu pikir lah sendiri
_______________________________________________________________
hahahahhaa……
Rilek beb,jgn emosi..hahahaa
Kalau hang nak tau kerajaan BN adlah kerajaan yng rapuh….
bile2 boleh runtuh & karam…
Aku cadangkan ko buat la sumpah-sumpit banyak2 lagi..hahahaa
Aku rasa tak payahlah gado2…ikut cakap Ku li dan muhriz…kepimpinan sekarang rakyat dah muak…kalau tukar baru lagi bagus….
belajar dari statistik yang secretagentman bagi tu….tak yah dok cakap banyak2 terutama bluesmurf dan lailasari….jangan setakat buka mata….buka hati…
Alhamdullilah….
setakat ni,pemimpin dari UMNO yng aku betul2 respek adalah Ku Li…
Kalau nak compare dgn mana2 pemimpin UMNO…aku rase Ku Li lagi baguih ganti dolah badawi..
Dolah patut undur secara t’hormat sebelom dolah diundurkan secara t’hina..
Hentikan cerita fitnah & merapu….
Hentikan melaga-lagakan sesama sendiri…
Skang nipon bukan rakyat x tau,hangpa dlm UMNO dok tikam sama sendiri..
Mcm mane rakyat nak confiden & respek dgn hangpa,kalau hangpa dok gaduh berebut jawatan & harta…
Hangpa xsah dok cover line,rakyat tngh m’merhatikan gerak-geri hangpa semua…
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) -Selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, Umno terus bergolak dan mengalami keretakan yang serius.
Di kalangan pemimpin mereka saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain akibat dari kekalahan itu.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memberikan alasan kelemahan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Razak sebagai punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil tersebut.
Bekas Presiden parti Semangat 46 dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebaik saja keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan berkata, cebisan-cebisan kredibiliti Perdana Menteri dan Timbalannya yang berbaki selepas 8 Mac kini hilang semuanya.
Beliau juga menegaskan bahawa kepimpinan Umno bukan hanya ditolak oleh rakyat tetapi turut ditolak oleh ahli Umno sendiri di mana jumlah undi yang diterima oleh calon BN, Dato’ Arif Shah Omar Shah adalah jauh lebih rendah berbanding keahlian Umno di kawasan tersebut.
Selain itu katanya, punca kekalahan itu juga disebabkan oleh jentera kempen BN terlalu lemah berbanding Pakatan Rakyat yang penuh motivasi.
Kemenangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim katanya merupakan isyarat jelas kepada Abdullah selaku Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Pengerusi BN bahawa Perdana Menteri itu tidak mempunyai kredibiliti untuk terus mentadbir negara.
Lebih teruk lagi kata beliau, situasi ini amat merbahaya kepada negara dan tidak boleh diteruskan kerana Abdullah tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan bagi mengekalkan kestabilan negara.
Beliau seterusnya menyeru agar ahli-ahli Umno bersatu hati menuntut perubahan dalam pucuk pimpinan parti itu. - mks. _
Baca artikel yang aku lampirkan….BUKA MATA LUAS2….tenangkan fikiran….dan pikir dengan mata hati…nie kata2 orang veteren UMNO!!!!!
Aku setuju dgn pendapat sinar hijau…..
Ulasan yng baguih…
Sinar hijau berbulan,
Tak payahlah dok jadi batu api.
ALLAH YANG MAHA BESAR
– mengatasi kehebatan reformasi retorik.
ALLAH YANG MAHA BERKUASA
– mengatasi laungan reformasi
ALLAH YANG MAHA ADIL
– mengatasi keadilan rakyat
PERTI HIJAU SUDAH ADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP PERIUK NASI SENDIRI DAN KRONI
Sinar hijau,
Pendapat orang yang berkepentingan contoh dalam PARTI HIJAU apabila mengutarakan sesuatu cadangan perlu dilihat dari sudut kedudukan dan kepentingan yang bakal diraih oleh orang berkenaan.
Sebab itu baru-baru ini timbul percanggahan pendapat dalam PARTI HIJAU berhubung cadangan mengadakan ikatan kerjasama dengan parti lain. Ada bersetuju dan ada yang tidak.
Semua itu berlaku kerana pemimpin-pemimpin dalam parti tersebut telah mempunyai saham strategi dan kepentingan tertentu yang perlu dijaga. Lebih daripada itu pemimpin PARTI HIJAU telah maju setapak — telah pandai jaga periuk nasi sendiri dan kroni.
sindrom penafian…. : )
Sindrome lupa daratan dan riyak… : )
De Factoed,
Mula-mula tok guru Hijau sorang terpalit kronisme. Setelah guru kenc**g berdiri…… maka taka lama lagi ramailah dalam kalangan Parti Hijau yang akan menjadikan kronisme santapan jasmani dan rohani.
Biarkan, biarkan.
p/s: Sebelum rasa kronisme mana tahu sedap atau tidak. La ni sudah rasa, hmm.
Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.
Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.
Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.
Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.
Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.
Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.
Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.
Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.
Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.
Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.
Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.
Solat fardu
Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.
Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.
Solat tarawih
Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak ’slow’ sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.
Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.
Mengaji al-Quran
Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.
Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, ‘MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK’ atau seperti komputer yang diberi isiannya.
Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.
Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.
Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.
Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.
Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.
Paku dulang paku serpih…nak ulang lagi sekali pendirian…saya bukan batu api tapi website nielah batu api…kepada PKR De Factoed jangan dok buka mata tapi pekakkan telinga..jangan sampai ati tertutup untuk menerima kebenaran..tak payahlah dok bodek2..zaman sekarang orang tak pakai doh ilmu tu…orang pakai ilmu dengan mencari maklumat…sebagai rakyat malaysia yang rasional bukan emosional kita kena terima segala semua maklumat..yang mana baik kita ambil…yang teruk kita buang..jangan dok baca berita harian, utusan, dan tengok TV3 jer…cariklah alternatif lain jugak…kemudian barulah boleh buat penilaian…otak dijadikan tuhan untuk berfikir dan membuat keputusan..INGAT JANGAN BEKUKAN OTAK!!!!
sinar hijau..derang sumer dah mcm ni..tak dapek buat apo
aku sebagai anak jati matang pauh…nak kasitau….bukan semua penduduk sini taksub kat anwar al jubori tu…cuba check balik pru 12…masih ada 14000 orang yang masih setia ngan bn…dan kali ni….15000 orang setia ngan bn…so..kalau anwar cakap kena kalih……maap la..dulu kini selamanya..umno
Aku anak jati Malaysia…..
Aku nak bagitau kat hangpa,PKR m’oleh kemenangan yng besar di permatang Pauh!!!!!
JUMLAH UNDI :31,195
Bukti yng nyata,rakyat telah m’beri signal & petanda,bahawa mereka sangt benci & muak dgn Bee End!!!!
Kita tolak Bee End!!!
Kita tolak UMNO!!
Kita tolak Pemimpin Korup!!!
Kita tolak pemimpin rasuah!!!
Kita tolak Dolah Badawi!!
Assalamulaikum kepada semua umat Islam dan selamat sejahtera kepada bukan Islam di tanah tumpah airku.
Maaf saya mencelah. Kita analisa P 44 Permatang Pauh
Jumlah Pengundi: 58,449
Peratusan Kaum: M: 68.5% C: 24.79% I: 6.3% L: 0.41%
Bermaksud ada 40038 Melayu,china 14613 org, india ada 3682 orang.Katalah semua china dan India undi DSAI baru ada 18295, kita bulatkan jadi 19000 untuk DSAI.Tolak dengan dari Jumlah Melayu, bermaksud ada 21038 untuk DArif Shah.Tapi DArif Shah dapat 15524 undi bermaksud 5514 undi Melayu dapat kat DSAI. Sekarang cuba kita katakan 5514 itu adalah orang PAS atau Melayu PKR. Apa benarkah?Cuba kita semak Ali UMNO yang berdaftar di Permatang Pauh berapa jumlahnya? Tak mustahil dalam 5514 tu adalah Ali UMNO sendiri? Soalannya kanapa orang UMNO lebih mempercayai PKR dari UMNO sendiri? Pada saya wakil rakyat adalah Pemegang Amanah Rakyat, raktyat memberikan Amanah melaui Undian mereka, Sebenarnya Rakyat adalah Majikan anda, dan anda hanyalah pekerja .Bila anda menjadi wakil Rakyat sama di Negeri atau Parlimen anda berkhidmat kepada kami, bukan Parti Anda.Yalah mungkin deposit diberikan oleh Parti anda, Parti anda mengkin dapat duit dari yuran keahlian ahli ahlinya.. Kalau begitu baguslah . Jangan campur adukkan dengan Duit Negara dari cukai pendapatan. Cukai tersebut adalah dana untuk menggaji pegawai pegawai Kerajaan untuk berkidmat kepada rakyat. untuk membina infrastruktur bagi kemudahan rakyat.Pegawai tersebut termasuklah guru-guru, polis dan tentera, bomba, DO, ADO, wakil rakyat ADUN, ahli Parlimen, Menteri Kabinet, Perdana Menteri,Timbalan Menteri, Setiausaha Politik, Hakim, Doktor, Peguam Negara, Penolong Peguam , dsb nya, termaksuklah IKIM, JAKIM, JAWI dan Majlis Ugama Islam yang Lain.Juga termasuklah Kastam Imigresen. JPJ, Puspakom.Atas tugas yang diberikan amaka anda mendapat imbihan merupakan gaji , elaun dsbnya.Setiap se sen yang diterima akan disoal di akhirat kelak tentang tanggung jawab yang disertakan bersama , yakni amanah yang diberikan.Jangan fikir kehidipan di dunia ini sahaja , sementara sahaja.Ambillah apa yang perlu sahaja untuk hidup di dunia ini. Tak salah besenang, tapi janganlah melampaui batas sehingga mengambil hak orang lain.Kita tidaj akan selamat walau kita mengaku kita Islam tapi amalan kita menyalahi Syara’. Setiap ulas nasi yang datang dari sumber haram atau yang bukan hak kita akan menjadi bahanapi neraka nanti untuk membakar kita.
Lebih tinggi status kita atau jawatan yang kita pegang, maka lebih dasyhat lagi soal bicara dengan peguam peguam Akhirat yang nyata terlebih teliti dan tegas dari apa yang di dunia ini. Maka jalankanlah tanggung jawab anda dengan seupaya baik dan adil .InsyaAllah cukup rezeki yang akan Tuhan berikan kepada kita semua. Kita harus ingat tak semua perbuatan kita mendapat balasan di dunia ini, tapi yang Pastinya Di Akhirat kelak kita akan mendapat ganjarannya.
Ramadhan al Mubarak menghampiri, tunaikan zakat fitrah anda dan tanggungan .
Assalamualaikum
SElamat datang Ramadhan al Mubarakah. Mohon ampun dan maaf kepada anda semua.
Selamat beribadat dan selamat berpuasa.
Wassalam
kaedah PR di ruang siber — tipikal dan sinonim dengan awak azanimn.
fitanah–ayat suci-tohmahan–ayat suci–bla,bla,
tak payah lah jual ayat kau tu semata-mata untuk menegakkan benang yang basah.