Top

Khairy cabar Anwar bersumpah jika tidak bersalah

August 24, 2008 by dewiarjuna 

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat bagi membuktikan beliau tidak bersalah berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

Menurut Khairy, walaupun kes itu adalah perkara peribadi antara Anwar dengan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan namun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu berani menyahut cabaran.

Sumpah berkenaan, katanya, perlu dilakukan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

”Tetapi masalahnya sampai hari ini Anwar mencari pelbagai alasan untuk mengelak daripada bersumpah.

”Ini (sumpah) bukan perkara politik. Mohd. Saiful melafazkan sumpah laknat itu atas keturunannya maksudnya jika dia berbohong maka semua keturunannya akan kena.

”Ia bukan perkara main-main, jadi jangan politikkan perkara itu,” katanya ketika berucap di hadapan anggota Putera UMNO di Jalan Tenggiri di sini malam ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Khairy, sebelum ini, Abdul Azeez telah meminta Anwar bersumpah, jadi cabaran itu sekali lagi diulangi agar Anwar melakukannya.

Bagaimanapun Khairy berkata, apa yang penting bagi Barisan Nasional (BN) ketika ini ialah memastikan calon parti itu, Datuk Arif Shah Omar Shah memperoleh kemenangan.

”Lawan tetap lawan,” katanya ketika mengakhiri ucapan pada majlis berkenaan.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

32 Responses to “Khairy cabar Anwar bersumpah jika tidak bersalah”

  1. secretagentman on August 21st, 2008 9:59 am

    Wei…orang UMNO skang dah pandai cakap “Lawan tetap Lawan”..hahahaha
    Lawak sampai nak t’cabut pangkreas aku…hahahahahaa

  2. azanimn on August 21st, 2008 11:15 am

    Sebelum kita mencabar orang untuk bersumpah demi membuktikan kebenaran, kita harus tanyakan diri kita adakah kita sunyi dari berbuat dosa, adakah kita sendiri tidah pernah melakukan apa jua kesalahan termasuk salah guna kuasa, rasuah, zina, seks haram, minum arak, berjudi kerana ini juga merupakan kesalahan selain dari liwat. Kita suruh orang bersumpah, buktikan kebenaran kerana kita tak tahu samada dia benar atau tidak, yang pasti kita serahkan pada Allah untuk menunjukkan pada kita. Dalam pada itu kita juga jangan lupa bahawa kita juga sentiasa di awasi oleh Tuhan Azza waJalla, termasuklah saya yang menulis ini. Bukankah kita perlu menghisab diri sendiri dahulu atau muhasabah. Janganlah demi kepentingan di dunia ini kita membelakangkan akhirat. Saya menyeru pada diri saya dan saudara saudara saya yang berbangsa Melayu dan berugama islam. Nasib sesuatu kaum tidak akan diiubah oleh Tuhan sehingga kaum itu berusaha untuk mengubahkannya. Dahulukala nenek moyang kita sembah batu, pokok, busut, jembalang, puaka, binatang, petir, guruh, hujan, bukit. Tapi Allah kurniakan kita Islam , jadi anutilah Islam sepenuhnya, bukan separuh Islam, separuh lain (toleransi konon) Sesungguhnya Ugama di sisi Allah adalah Islam.Bangsa Melayu sebelum ni begitu mundur, Kegemilangan Melaka adalah semasa kedatangan Islam bukan semasa kedatangan lain. Maka kembalilah kita ke arah Islam.

  3. singkang on August 21st, 2008 2:24 pm

    Amin ……. azani Quit smoking is bad for your health.

  4. sil80 on August 21st, 2008 3:35 pm

    liwat tetap liwat

  5. secretagentman on August 21st, 2008 3:56 pm

    C4 TETAP C4!!

  6. secretagentman on August 21st, 2008 3:56 pm

    MINYAK TETAP NAIK!!

  7. secretagentman on August 21st, 2008 3:57 pm

    RASUAH TETAP RASUAH!!

  8. secretagentman on August 21st, 2008 3:57 pm

    HAHAHAHAA….

  9. tam on August 21st, 2008 4:31 pm

    jumpa kat MAHKAMAH lah September ni !

    Apsal kecoh2 buat sumpah, bukan boleh jadi bahan bukti mahkamah pun !

    JANGANLAH GELABAH SANGAT HEHEHEHE…

    Tunggulah kat mahkamah

    GELABAH BETUL NAMPAK HEHEHEHE…

    Gelabah tahap gaban punya pasal sampai ULAMA dok bergaduh pasal sumpah….tunggulah kat MAHKAMAH….

    SABARLAH HEHEHE

  10. armnus on August 21st, 2008 8:19 pm

    khairy jamaluddin!!! dah takde ulama lain ke dlm umno ni yg nk cabar anwar.. kalau dia ni org gelak je la.. tgk diri sendiri dulu baru bleh sembang.. dlm parlimen pun tergagap jawab soalan wan azizah, bila dia ckp PKR pjk khinzir raksasa org balas BN babi negara dia melenting.. ni la hero melayu umno skrg..hebat gila..

  11. mikoyan on August 21st, 2008 11:08 pm

    ko jgn anus…khairy jamaludin menantu paklah tu..Pade DOh..pasal die punya kempen laa Umno kalah teruk kat kelantan..ada can kat permatang pauh ni..hidup KJ..teruskan ceramah merapu mu itu hahahahha

  12. Oghangkampung on August 22nd, 2008 2:33 am

    aku macamana pun tetap nak CAKAP… KJ hang dok diam2 la… Tok sah dok tambah undi kat DSAI… Komen pasai benda lain2 la… SALAH TEMPAT LA SELALU MAMAT SOGHANG NIH…

  13. armnus on August 22nd, 2008 4:59 am

    KJ membantu utk umno.. membantu utk lingkup..hahaha

  14. Mail on August 22nd, 2008 10:02 am

    takpa… hangpa pro-gomen bagi sokongan padu kat KJ

    KJ akan merialisasi kan penjenamaan semula KPMU
    dalam masa terdekat ni…
    Kelab Penyokong Mayat Umno.

    teruskan usaha bingai ko KJ

  15. singkang on August 22nd, 2008 11:41 am

    KJ telah mendapat tepukan dan sambutan yang hebat dari penduduk pesrmatang pauh . lihat lah u tube, dia hak dengki ni hak nak kasi dia kalah ketua pemuda UMNO aja.

  16. Azmi on August 22nd, 2008 2:47 pm

    ala biasalah itu singkang….bila dia buat ucapan yang mempermainkan agama islam seperti dalam video dibawah ini pun orang UMNO tepuk tangan jugak.tengok jangan tak tengok video dibawah ini forumer sekalian terutamanya singkang dan bron.

    http://www.youtube.com/watch?v=bsjCXHGi3Zg

  17. Mail on August 22nd, 2008 4:29 pm

    bodoh nyer khairy jobo ni…
    dia kata… hari kiamat nanti hanya dacing yang tinggal….

    wuhaahahahahahahah

    kelakar… kelakar…..

    wuhahahahhahaha

  18. hidup melayu. on August 22nd, 2008 10:21 pm

    dacing yang tinggal untuk kira dosa beso ko mail!!!

  19. PKR De Factoed on August 22nd, 2008 10:54 pm

    Azanim kata,

    “Nasib sesuatu kaum tidak akan diiubah oleh Tuhan sehingga kaum itu berusaha untuk mengubahkannya.” TERIMA KASIH AZANIM.

    Dalam konotasi lain:

    PerangaI BURUK sesuatu kaum (PR) itu tidak akan di ubah oleh Tuhan sehingga kaum itu berusaha mengubahkannya.

  20. mikoyan on August 22nd, 2008 11:13 pm

    silap tu dikatoed…

    perangai buruk pemimpin2 umno tu tidak akan diubah oleh Tuhan sehingga rakyat berusaha mengtongsampahkan mereka..

  21. hidup melayu. on August 22nd, 2008 11:39 pm

    ish2!
    jahil beno pasai agama si mikoyan.

  22. Azmi on August 23rd, 2008 12:31 am

    bukan dacinglah yang akan menimbang dosa pahala orang wahai hidup melayu…..Ia sejenis alat penimbang yang saya takkan sebutkan disini namanya……dacing hanya salah satu dari alat penimbang….bukan dacing bn ye yang akan timbang dosa pahala korang ya wahai hidup melayu.bukan dacing ya….ko pun sama macam khairy…..

    mikoyan kau memang betul….aku sokong kau

  23. taklupa on August 23rd, 2008 12:55 am

    jangan la suruh bakal pm bersumpah… tak baik… dia kan nak jadi PM

  24. mat rasuah on August 23rd, 2008 7:52 am

    hidup melayu. on August 22nd, 2008 10:21 pm

    dacing yang tinggal untuk kira dosa beso ko mail!!!

    Mat rasuah:

    salah tu….BN la…dacing tali putus…sbb berat sebelah. Tak tau la plak…berat dosa ke berat rasuah..

  25. mat rasuah on August 23rd, 2008 7:55 am

    ANWAR telah Mencabar KJ si hitam pekat debat tentang kronism dan kontrak tolong anak beranak:

    sila klik link ini jika anda ingin bukti:

    http://www.youtube.com/watch?v=k_GGcyAY3rI

    (cakap biar ada bukti, baru lah anak melayu sejati…bukan sepol - Mat rasuah)

  26. mikoyan on August 23rd, 2008 9:51 pm

    hidup melayu.

    ish2!
    jahil beno pasai agama si mikoyan.

    - ni la die umno..kalau lu tuduh gua jahil..lu kene tuduh dikatoed jahil jugak..baru adil..betul tak..sbb ayat dikatoed pon lebih kurang ayat gua je hehehe..

    n azmi..thanks..

  27. Bard008 on August 25th, 2008 7:03 pm

    Jiran aku kata, jiran lama dia bercerita semasa di kampong (disatu daerah di negeri 9) 10 tahun dulu, busines yang paling bagus ialah menternak dan menyewakan KJ kepada orang kampong. Jiran aku tu kata, dia pun tanya lah jiranya itu, “ternak dan sewakan KJ?” Jirannya itu jawab YES! Manyak untung woo. “KJ tu apa?” Jiran aku tanya jiran lamanya. Itu KJ ialah khinzir jantan, kita bela sama dia dan kasi sewa sama lain2 orang bikin bunting dia punya khinjir betina. Kira macam busines sewakan induk khinjir laa….

    Rupanya macam itu ye, orang buat busines dalam penternakan khinzir. Bron mungkin faham kot. …

  28. mat rasuah on August 26th, 2008 4:00 am

    mat rasuah on August 26th, 2008 3:48 am DEAR MAT RASUAH.

    ape yg aku tau-
    IMAN seseorang hanya tuhan yg tau,kita xlayak bg markah pada IMAN org lain kan?

    ISLAM nya seseorg kita boleh tau,melalui SOLAT nya,PUASA nya,ZAKAT nya dll.tetapi kita sebagai seorg ISLAM masih tidak boleh nak pertikai kan islam sesorang itu.kita hanya lah manusia.

    Mat rasuah:

    salah tu mad…sekarang nie versi UMNO..tahap ke-islam-an seseorang itu bergantung kepada tahap sumpah seseorang itu…

    Jika sumpah itu dibuat dengan bersaksikan dengan Imam kampung, ke-islam-an itu mungkin separuh…..jika sumpah itu di buat di depan mufti, keislaman mungkin penuh.

    situasi sama berlaku kapda najib..kerana Pak najis…opss!! Pak Najib bersumpah di depan Mufti Keislaman nya 100%. Tambah-tambah lagi jika ia di “endorsed”kan oleh Pegawai perbadanan Islam seperti JAWI atau pun YADIM. Kerana badan-badan begini yang mewakili Tuhan selepas ketiadaan Muhammad saw. Jika badan - badan Islam mengesahkan sah atau haram, maka sah lah atau haram pada tuhan.

    Para Ulama dah tidak diguna pakai di MALAYSIA, seperti juga mahkamah Syariah sudah pun mencapai tarikh luput ..tidak sah lagi. sekarang ini, sumpah saja…di depan Imam yang di endorsedkan oleh UMNO…maka sesuatu isu itu akan selesai.

    Anda Bunuh orang!?
    Anda perlu hanya bersumpah yg anda tidak melakunya…isu selesai

    Anda rogol orang! ?
    Anda perlu hanya bersumpah yg anda tidak melakunya…isu selesai

    Anda Bom Orang?!
    Anda perlu hanya bersumpah yg anda tidak melakunya…isu selesai

    Anda merompak di bank?!
    Anda perlu hanya bersumpah yg anda tidak melakunya…isu selesai

    keh…keh…keh!!

  29. mat rasuah on August 26th, 2008 6:26 am

    Tahniah Anwar Ibrahim kerana mengalahkan pejuang2 dan abdi-abdi UMNO

    UMNO = United Malayan Non-Sense Organisation …

    itu lah name sesuai utk UMNO sekarang nie…keh…keh..keh!

  30. secretagentman on August 27th, 2008 12:34 pm

    Kita beroleh kemenangan yng besar di Permatang Pauh!!!
    Syukur Alhamdullilah….
    Reformasi!!
    Reformasi!!
    Reformasi!!
    Takbir!!

  31. Najib Al-Tantuya on August 27th, 2008 3:24 pm

    Kalah di Permatang Pauh, BN dimakan sumpah sendiri
    Irwan Muhammad Zain
    Wed | Aug 27, 08 | 11:40:15 am MYT

    KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh akibat dimakan sumpah yang dijaja oleh mereka sendiri.

    Mahfuz berkata demikian, ketika diminta mengulas kemenangan besar yang diperolehi oleh Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil yang diadakan semalam.

    “Di Permatang Pauh BN asyik bersumpah dan Najib juga sering saja bersumpah ketika berkempen dan akibatnya mereka kalah teruk,” kata beliau.

    Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Permatang Pauh yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya telah menolak budaya politik fitnah yang menjadi amalan Umno-BN.

    Malah kata beliau, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Umno telah meminta pengundi di Permatang Pauh agar menolak budaya politik fitnah dan seruan Perdana Menteri itu disahut oleh mereka dengan memberikan kemenangan kepada calon yang mewakili Pakatan Rakyat.

    “Abdullah minta rakyat tolak budaya politik fitnah tetapi beliau sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk membanteras amalan kotor yang dibawakan oleh jentera kempen BN yang diketuai oleh Najib,” tambah beliau lagi.

    Kemenangan besar calon Pakatan Rakyat juga kata beliau membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah menolak politik yang tidak beretika yang dibawa oleh BN dan parti yang semakin parah itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka semakin ditolak oleh rakyat.

    Mahfuz juga menjelaskan bahawa suasana baru diperolehi dalam pilihan raya kecil ini kerana pengundi menggunakan kematangan mereka untuk memilih calon yang layak dan tidak menggunakan emosi.

    “Lebih penting lagi kemenangan Anwar membuktikan harapan rakyat untuk melihat perubahan landskap politik di negara ini,” kata Mahfuz.

    Justeru itu kata beliau, adalah wajar bagi pemimpin yang bermaruah agar segera berundur.

    “Abdullah dan Najib sudah sewajarnya meletakan jawatan kerana keduanya telah terbukti gagal,” kata beliau.

    ______________________________________________________________

    mmg kena bala betul umno!!!!

  32. secretagentman on August 29th, 2008 11:36 am

    REFORMASI!!!
    REFORMASI!!!
    REFORMASI!!!
    REFORMASI!!!

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom