Top

Ke mana arah tuju PAS?

August 29, 2008 by admin 

KE MANA arah tuju PAS yang sebenarnya diakhir zaman ini yang penuh dengan fitnah ke atas Islam seperti mana yang terkandung dalam aL-Quran dan hadith ? Perjuangan untuk Islam sepenuhnya atau kepentingan politik separuh dan agama separuh?

Dalam Al Quran Allah telah pun mengingatkan kita supaya diakhir zaman akan ada kuasa kuasa besar yang terdiri daripada Yahudi dan Kristian yang akan memecah belahkan Islam dan akan menyerang Islam seperti mana yang telah pun terjadi sekarang contohnya Amerika yang cuba hapuskan kebangkitan negara-negara Islam. Allah telah berfirman Jangan kamu ambil mereka ini sebagai kawan kamu dan penolonng kamu.

Pada hari ini kita melihat saudara Dato Seri Anwar Ibrahim berkawan rapat dengan Pihak Amerika dan yang mengagumkan lagi adalah Pihak Amerika sentiasa berpihak kepada saudara Anwar Ibrahim tanpa berbelah bahagi. Amerika sanggup ikuti setiap perkembangan di Malaysia demi saudara Anwar Ibrahim.

Kalau sampai Amerika sanggup membela, bukankah itu sesuatu yang patut kita ragui? Kenapa kita menutup sebelah mata untuk kepentingan dunia? Kenapa PAS terpedaya dengan permainan Yakjuj dan Makjuj?

Bagaimana keadaan kalau negara kita menjadi seperti Turki satu hari nanti seperti mana yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk yang menjadi punca kejatuhan sistem khalifah Islam akibat berkomplot dengan Barat untuk kepentingan sendiri dan perpura pura menjadi wira bangsanya pada ketika itu? Perlukah kita seorang lagi Mustafa Kamal di negara kita? Kita patut menjaga kepentingan Islam dan eratkan persaudaraan sesama ummah dan bukan sebaliknya.

NISHAHUL MADAR

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

10 Responses to “Ke mana arah tuju PAS?”

  1. Blur on August 29th, 2008 10:35 pm

    Malaysia ni nama je Islam agam rasmi@negara Islam…tapi indah khabar dari rupa….Setakat mengaku je Islam tapi x mengamalkannya buat apa….jadi buat apa nak heboh pasal agama kalau negara kita bukan negara Islam sepenuhnya… x payahlah nak gunakan agama untuk mengaburi mata orang lain sedangkan diri sendiri pun takut nak ikut hukum Islam… Patutnya kita jaga hak orang Islam bukan taksub kepada bangsa Melayu yang belum tentunya Islam….orang cam gini lagi bahaya…

    X salah nak berkawan dengan sesiapapun asalkan akidah kita boleh jaga…Buhsan ler…asyik2 melayu, meayu, melayu…. Kengkadang lebih baik kawan ngan orang bukan melayu dari melyu sendiri yg suka menghina mencemuh sesama sendiri….

  2. nik mot on August 31st, 2008 12:22 pm

    Islam dan Melayu

    Persoalan dan tanggapan masyarakat dari dahulu . jika di katakan melayu pasti islam adalah agamanya . dan jika di kata kan islam seolah-olah milik melayu . persepsi ini harus di ubah , kerana Agama Islam milik semua bangsa yang menganutinya . Islam ada lah agama yang benar dan bukan milik satu bangsa sahaja . ini hakikat yang perlu di terima.

    Namun bangsa melayu dari dahulu adalah satu bangsa yang tidak pernah belajar dari kesilapan , satu bangsa yang payah untuk berubah . dalam masyarakat melayu penuh dengan dengki kianat dan tidak pernah boleh bersatu padu . Bangsa melayu akan sentiasa berpuak-puak mungkin hingga kiamat .

    Dari zaman Kesultanan Melaka hingga lah ke zaman Pak Lah melayu tetap tidak mahu berubah dan setiasa ada si kitun yang menjadi dadjal menghasut melayu berpecah . Hasilnya bukan islam ( kafir yang di katakan kawan sahabat ) akan mengambil kesempatan .

    Jika dahulu tanah Melayu kini Malaysia ada yang sudah berani menuntut hak kesamaan . Itu pun Bangsa Melayu masih seronok berpecah belah lagi malah ada yang menyokong untuk memberi hak kesamaan tersebut . Begitu lah jika sudah murtad bangsa ( bukan murtad agama ) . Patutkah bangsa melayu begini ??

    Persoalan yang ada Tetapi jawapan dan jalan penyelesaiaannya belun di temui lagi . Peminpin yang ada hari ini hanya sibuk mencari pengaruh untuk kekuasaan hari esok tampa memikirkan nasib bangsa yang kian menjadi pelarian di tanah Malaysia ini .

  3. PKR De Factoed on September 1st, 2008 12:39 am

    KEMANA ARAH TUJU PAS? SUDAH TERANG TIDAK PERLU
    DISULUH — PAS HANYA MELIHAT KELUAR BUKAN KE DALAM DIRI.

    Admin,

    Bagaimana mahu mengharapkan parti yang berjenamakan agama agar membantu dalam menyebarluaskan syiar agama kepada mereka yang tidak serumpun sedangkan dengan sesama serumpun sekali pun parti ini masih tidak dapat berkomunikasi dengan baik.

    Terbaru, perhatikan bagaimana lidah rasmi Pas (Harakah) menggunakan pandangan Mufti Perlis yang tersirat dalam sebuah puisi diulas semata-mata kerana ia memberikan kelebihan dari segi politik. Menurut pandangan jumud Harakah puisi berkenaan ditujukan terhadap parti lawan.

    Di bawah ini diperturunkan puisi SS Tuan Mufti Perlis:

    Kota sarat disimpan tempayan
    Zahir berlian di sunyi hari
    Harta rakyat dijadikan taruhan
    Akhir kebencian menjadi api.

    ImageGula dan santan diuli roti
    Kelapa diparut dimakan sama
    Bila kebencian menjadi api
    Apa dihasut ditelan semua.

    Anak singa di Pulau Teberau
    Anak tebuan seekor lari
    Jika negara sudah kacau
    ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

    Pergilah mandi di Titi Tinggi
    Jalan tersepak tali pencuci
    Carilah ganti berbudi tinggi
    BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.

    Anehnya, pendapat Mufti yang sama yang tepat terkena batang hidung Pas telah tidak dipedulikan. Di bawah adalah petikan artikel Tuan Mufti:

    “Maka tidak mungkin mereka yang mendakwa berjuang untuk Islam, dalam masa yang sama berkasih-sayang kepada penentang ajaran Islam secara terbukti. Bagaimana mungkin mereka yang ingin menegakkan Islam sebagai prinsip dan asas sesebuah negara akan berkasih saya dengan sesiapa yang menentang Islam sebagai teras sesebuah negara? Jika itu berlaku, cinta perjuangan itu tidak mutlak dan ada pembohongan di sebalik dakwaan.”

    Jadi semua pelayar KPMU boleh menilai sendiri fokus dan keutamaan Pas dalam arena politik. Sikap menjaga tepi kain orang yang sudah sebati dan menimbun dalam jiwa Pas tidak banyak berubah.

    Ironinya apabila ada teguran (walu pun daripada individu yang mereka sanjung) yang menyentuh unsur-unsur dalam kain Pas terutama terhadap prinsip dan halatuju perjuangan mereka, ia seolah tidak kelihatan pada pandangan mata Pas, dianggap tidak relevan dan tidak mungkin akan diulas sebagaimana Harakah mengulas puisi Mufti Perlis.

  4. mikoyan on September 4th, 2008 3:14 pm

    Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang sinis seruan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyeru umat Islam bersatu dan mengelakkan perpecahan.

    DPP Pusat menyokong sebarang usaha untuk menyatukan ummah, bahkan umat Islam adalah umat yang satu. Yang menjadikan mereka berpecah hanyalah satu sebab sahaja, iaitu tidak mahu berpegang kepada al-Quran dan Sunnah sebagai landasan hidup mereka. Pada hari ini, perkataan ‘bersatu’ hanya diperalatkan sahaja untuk tujuan politik sempit, sedang penyeru sendiri tidak berbuat demikian.

    DPP Pusat sedar pada hari umat Islam di seluruh dunia berpecah sehingga menyebabkan mereka ditindas dan dihina di mana-mana.

    Ia adalah satu fenomena yang mesti diamatkan dengan segera. Yang menjadi masalah ialah di kalangan pemimpin umat Islam yang lebih mementingkan agenda peribadi daripada kepentingan umat.

    Para pemimpin negara umat di seluruh dunia masih leka dengan cara hidup yang tidak mengikut ajaran Islam, bahkan meninggalkan al-Quran dan Sunnah dalam memerintah negara.

    Mereka lebih selesa menganut fahaman nasionalisme, sosialisme, kapitalisme, sekularisme dan sebagainya yang didakwa kononnya lebih moden berbanding dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran al-Quran dan Sunnah. Kerana itulah umat Islam berpecah dan tidak bersatu.

    Bagaimanapun, seranan yang dibuat oleh Abdullah dalam Muzakarah Ulamak Umarak di Kuala Lumpur semalam adalah berbau agenda politik peribadi.

    Semenjak Umno/BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya lepas termasuk di Permatang Pauh, Abdullah sengaja membesar-besarkan isu perpaduan, ketuanan Melayu Islam dan sebagainya untuk menjerat mangsa politiknya.

    Abdullah sangat mengharapkan supaya orang Melayu bersatu dalam maksud bersatu dengan Umno yang diistilahkan oleh beliau sebagai ummah itu.

    Beliau bimbang jika ahli-ahli Umno/BN ‘bersatu’ atas tiket Pakatan Rakyat, sekali gus menghancurkan masa depan politiknya. Sebelum ini PAS cuba dipancing untuk bersatu dengan Umno, tetapi usaha mereka gagal.

    Umat Islam di negara ini tidak harus terjerat oleh seruan sempit yang berkepentingan peribadi ini kerana perpaduan yang lebih menyeluruh boleh dibuat dengan meninggalkan Umno/BN.

    Selama ini Umno/BN membakar api perkauman, permusuhan dan perpecahan supaya mereka boleh terus mengokong kebebasan rakyat. Tetapi apabila rakyat bersatu hati untuk menolak mereka, mereka menyeru pula atas nama perpaduan dan ketuanan Melayu.

    Abdullah harus sedar bahawa tidak ada perpaduan yang boleh didirikan untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni, sebaliknya perpaduan hanya boleh wujud apabila umat Islam bersatu hati untuk taat kepada Allah.

    SALAHUDDIN HAJI AYUB
    Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat _

  5. mikoyan on September 4th, 2008 3:19 pm

    http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1489&Itemid=71

    nak tahu hala tuju Pas..layari laman web Parti Islam seMalaysia

  6. Bron on September 20th, 2008 12:47 am

    Halatuju bahtera pas memang dah ditetapkan tetapi kadangkala arah tiupan angin atau kesilapan pemanduan boleh menyebabkan ianya tersasar laluan.

  7. effendi77 on October 25th, 2008 3:57 pm

    PAS mana ada arah tuju lagi dah…yg penting adalah kuasa……kuasa adalah segala2nya….hahahaha……..tolak perjuangan islam………yg penting BN mesti jatuh………….

  8. baijaybee on November 26th, 2008 8:36 am

    ni satu lagi perkara yang betul-betul memeningkan kepala…PAS tiada lagi arah tuju? rasanya betul juga persoalan tersebut..apa yang diperkatakan oleh TUN Mahathir baru-baru ini bahawa PAS tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan hak-hak istimewa kaum Melayu, tidak boleh menjadi pembela kepada agama dan bangsa adalah benar…Agak-agaknya apa peranan yang boleh dimainkan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat..rasa-rasanya setakat jadi pemerhati jer kot…yelah, macam mana PAS yang ideologinya memperjuang Islam boleh duduk ’sekatil sebantal’ dengan DAP yang terang-terang menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islam serta hak-hak keistimewaan orang Melayu…janganlah setakat nak memerintah dengan diselubungi perasaan amarah dan dendam yang membara PAS sewenang-wenang boleh meminggirkan apa yang diperjuangkan selama ini…say setuju dengan komen effendi 77 tu…selepas PRU-12, PAS dah jadi ‘pengecut’…langsung tidak berani bersuara berkenaan perkara-perkara yang berkaitan Islam dan hak-hak istimewa kaum Melayu…Apa yang dilakukan Majis Peguam berhubung isu agama Islam baru-baru ini dipandang sepi sahaja oleh PAS…yang aku bertambah geram, ahli-ahli PAS ini macam ‘buta hati dan buta mata’….memandang segalanya dengan sepi sahaja…wallahualam

  9. baijaybee on November 26th, 2008 10:17 am

    Apa nak jadi ni..Kemenangan besar pembangkang pada PRU-12 yang lalu telah membawa satu perubahan besar sosio politik dalam negara..Pakatan Rakyat dianggotai oleh Keadilan Nasional, PAS dan DAP telah menguasai pentadbiran beberapa negeri khususnya di Utara tanahair. Berdasarkan pandangan umum, kekalahan BN bukan disebabkan rakyat sudah tidak boleh menerima parti tersebut tetapi disebabkan semacam satu proses ‘membalas dendam’ disebabkan perasaan marah didorong oleh isu-isu semasa yang tidak terungkai. Cuma satu sahaja yang ingin saya nyatakan di sini, adakah Pakatan Rakyat ini sanggup berkrompomi antara satu sama lain. Adakah PAS yang mempunyai ideologi berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh DAP sanggup duduk dalam katil dan bantal yang sama. Masa yang akan menilai semuanya ini…

  10. sil80 on December 18th, 2008 3:57 am

    PAs kena cuba ubah perangai ahli2 nya yg ekstrim.serang bas,lari sana sini tgh jalan,suka maki hamun.tak gaya langsung cam parti islam

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom