Top

Dewan Pemuda Pas pula yang cabar Anwar bersumpah

August 21, 2008 by admin 

Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

Sememangnya itulah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah peribadi dan sekali gus untuk membersihkan nama beliau sekiranya beliau bersumpah bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah, namun ini tidak mungkin terjadi kerana jika Anwar mahu bersumpah telah lama dia melakukan dan tidak mungkin mencari seribu satu macam helah.

Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor , Sallehen Mukhyi meminta Anwar Ibrahim untuk bersumpah dan berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.

Apa pula anggapan Dewan pemuda Pas Selangor seandainya Anwar enggan bersumpah, apakah Dewan pemuda Pas juga akan menganggap Anwar takut dan bersalah . Apakah Dewan pemuda Pas menerima hakikat sememangnya Anwar melakukan perkara terkeji ini dan takut untuk bersumpah. Anwar
seharusnya berhenti mempertikaikan sumpah Saiful kerana itu hak beliau dan dalam Islam tidak pernah melarang beliau bersumpah untuk membuktikan bahawa sememangnya benar perkara ini berlaku.Anwar tidak sepatutnya mempertikaikan hak Saiful untuk bersumpah kerana dia sendiri tidak berani untuk manfikan malakukan perkara sumbang ini dengan cara bersumpah.

Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang membolehkan beliau memberitahu masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan liwat Anwar adalah benar. Anwar telah bersusah payah pula kali ini untuk mempertikaikan sumpah yang dibuat oleh Saiful sehingga terpaksa membawa ulamak yang telah disingkir di Indonesia , sahabat baik beliau untuk mempertikaikan sumpah yang dibuat oleh Saiful adalah salah. Siapa Gus Dur untuk mempertikaikan sumpah Saiful sedangkan beliau sendiri pernah malakukan zinah.

Yang penting Saiful mahu membuktikan kebenaran, salah atau benar bukan hak Anwar atau Gus Dur untuk mempertikaikan . Disini kita dapat membuat kesimpulan Anwar sebenarnya takut untuk bersumpah
sehingga terpaksa mempertikaikan sumpah yang dibuat oleh Saiful.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

17 Responses to “Dewan Pemuda Pas pula yang cabar Anwar bersumpah”

  1. baniADAM on August 21st, 2008 11:49 am

    Apasal Dewan Pemuda Pas Selangor tidak mencabar Anwar bersumpah di Muktamar Pas kat Ipoh ari tu…..awat takut Tok Guru marah kah? Lagipun kalau setakat cabaran DPPS ni, Anwar setakat pandang sebelah mata aje, Tok Guru2 & Ulamak2 Pas semua dah dok bawah cengkamannya, kan elok DPPS sarankan kpd Presiden & Mursyidul Am Pas agar Anwar bersumpah saja, tengok apa kata depa…..ada berani? ,,,,,,,,,,,,,silap2 Anwar akan bawa masuk pula org2 macam Gus Dur utk mempertahankan dia…..sapa ye….kat Turki banyak tu….

  2. Mail on August 21st, 2008 5:36 pm

    ni aku terbaca kat malaysiakini.com…
    biasa copy dan paste lah… janji sama cerita dgn topik.. kan..kan

    Sumpah: Pemuda PAS nafi cabar Anwar

    kemaskini 5:07pm Ketua Pemuda PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menafikan beliau mencabar calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat seperti laporan sebuah akhbar hari ini.

    “Saya tidak ada cabar (Anwar bersumpah),” katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia.

    “Saya kata (kepada wartawan itu), terpulang kepada beliau (Anwar), itu hak beliau (untuk bersumpah atau sebaliknya).

    “Tetapi perkara (bersumpah) itu tidak ada peruntukan syariah.

    “Dalam kes ini, ada dua penyelesaian, pertama pengadu mesti mengemukakan saksi, dan kedua sama ada tertuduh itu mengaku.

    “Oleh kerana Anwar tidak mengaku, penuduh perlu mengemukakan saksi,” katanya.

    Bekas pembantu penasihat PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bersumpah di sebuah masjid di Kuala Lumpur pada 15 Ogos, sehari sebelum Anwar menjadi calon pilihanraya kecil Permatang Pauh berdepan calon-calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat.

    Akhbar itu melaporkan Sallehen mencabar Anwar melakukan sumpah laknat “jika beliau di pihak yang benar”.

    Ketua Pemuda itu juga dilaporkan berkata bersumpah laknat merupakan langkah terbaik bagi bekas timbalan perdana menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

    Beliau turut dilaporkan berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

    Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Sallehen berkata, tindakan Mohd Saiful bersumpah Jumaat lalu, “tidak kena dengan masa” dan menyebabkan timbulnya pelbagai tafsiran orang ramai.

    “Ia menimbulkan pelbagai persepsi (orang ramai). Dalam keadaan (menjelang) pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak kena dengan masa untuk beliau bersumpah,” katanya.

    Walaupun tidak bersetuju dengan cara ia dilakukan, Sallehen mengakui Mohd Saiful mempunyai hak untuk bersumpah.

    Mengulas kesan sumpah pemuda itu kepada peluang Anwar memenangi pilihanraya kecil 26 Ogos nanti, beliau berkata tindakan itu tidak menjejaskan undi untuk tokoh pembangkang itu di Permatang Pauh.

    “Perkara ini bukan isu bagi pengundi Cina dan bukan Melayu. Orang Melayu pula, dengan wujudnya pelbagai persepsi, ia tidak akan menjadi isu besar,” katanya.

  3. Mail on August 21st, 2008 5:37 pm

    tapi yang pasti…
    kpmu.net punya cerita, banyak pusing…. auta lebih putar belit… sembelit

  4. armnus on August 21st, 2008 7:54 pm

    berita utusan meloya..biasalah..putar belit.. org ckp lain dia pusing lain..

  5. mikoyan on August 21st, 2008 9:43 pm

    thats good mail..baik paste cerita benar dari mereka cerita fitnah dan penuh penipuan ni

    hahaha dah dunia umno tu penuh dgn menipu dan putar belit..tu yg bron marah kalau ada yg lebih menipu dari parti keramat org melayu spt bron tu…

  6. mikoyan on August 21st, 2008 10:04 pm

    Isu Anwar: Ustaz Sallehan akan saman Utusan Malaysia
    Saidah Hairan
    Thu | Aug 21, 08 | 6:43:27 pm MYT

    KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana memutar belit dan mengubah kenyataan beliau berhubung perakuan sumpah Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
    Iklan

    Utusan Malaysia pada Khamis, 21 Ogos, melaporkan; “Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

    “Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.”

    Merujuk laporan tersebut Ustaz Sallehen berkata beliau langsung tidak ada menyebut perkataan mencabar Anwar supaya bersumpah tetapi hanya memberi pandangan sumpah itu merupakan hak Anwar.

    Katanya, Anwar tidak perlu bersumpah kerana dalam kes tuduhan meliwat tidak ada tuntutan syariah untuk melakukan perkara tersebut.

    “Sumpah hanya berlaku dalam kes lian (suami isteri) dan sumpah yang dilakukan oleh pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak ada dalam kaedah syariah,” tegasnya.

    Tambah beliau, terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah kerana itu merupakan hak peribadi beliau.

    Beliau mempersoalkan suatu perkara yang menimbulkan persepsi buruk apabila sumpah Saiful itu dilakukan sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

    Menurut beliau jika kes itu diselesaikan di mahkamah syariah terdapat dua cara sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.

    Bagaimanapun katanya, kes tuduhan liwat itu telah dijadikan isu untuk mengaibkan Anwar.

    Sehubungan itu, beliau terkilan dan kesal dengan pihak akhbar tersebut yang membuat laporan bercanggah dengan kenyataan sebenar.

    “Ini suatu yang tidak bermoral, adakah akhbar tersebut terdesak untuk mencari isu yang boleh memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya di Permatang Pauh?” soalnya.

    Menurut beliau,Utusan Malaysia dan akhbar lain wajar bersikap profesional dan melaporkan berita yang tepat dan berfakta.

    Katanya, pihak Utusan perlu sedar dalam keadaan pasaran yang menurun sepatutnya laporan mereka lebih telus sebab rakyat sekarang sudah muak dengan akhbar yang sering memutarbelitkan fakta.

    “Saya sedang berbincang dengan pihak peguam untuk membuat saman terhadap pihak akhbar Utusan Malaysia,” tegasnya.

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16573&Itemid=1

    - penuh putar belit..itulah dunia penipuan UMNO yg cuba ditegakkan oleh BRON

  7. Mail on August 21st, 2008 11:15 pm

    bangang yang amat golongan buat cerita dongeng ni..

  8. PKR De Factoed on August 22nd, 2008 1:06 am

    Petikan artikel malaysiakini,

    “Ketua Pemuda itu juga dilaporkan berkata bersumpah laknat merupakan langkah terbaik bagi bekas timbalan perdana menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.”

    Ulasan:

    Yang tak faham hanyalah bebudak PR yang tidak dapat menerima kenyataan. Kalau ya pun apa salahnya ada pendapat yang berbeza dalam kalangan Pas.

    Demokrasi bersuara dalam Pas usah di cantas. Jika itu berlaku akarnya tak akan mati dan ia aka tumbuh semula.

    Itu yang berani bersuara dalam Pas yang tidak berani buka mulut entah berapa ramai agaknya!

  9. armnus on August 22nd, 2008 5:05 am

    kena saman pulak la utusan meloya.. lain org ckp lain yg dia tulis, elok la tu.. ni la utusan fitnah namanya..

  10. Bron on August 22nd, 2008 12:34 pm

    Dari segi kebenaran sudah tentulah akhbar arus perdana terutama media cetak lebih diyakini nilai kebenaran yang terkandung dalam aspek pemberitaan. Mereka ini profesional, beretika dan tertakluk di bawah akta mesin cetak.

    Media di alam maya terutama milik pembangkang tidak mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Tujuan asal mereka hanya lah untuk membalas dendam dan menyebarluaskan fahaman tidak bertamadun iaitu reformasi jalanan.

    Tujuan mereka hanyalah untuk membuat laporan yang bertentangan dengan media arus perdana walau pun ianya menjurus kepada pemalsuan, fitnahan dan tidak profesional sama sekali. Senang cakap, media pembangkang tidak ada “quality control”.

    Impak ketaranya ialah terhadap pembaca yang kebanyakannya PR. Isi, lenggok dan dekorasi bahasa amat berbeza. Itu kesan jangka pendek. Pada jangka panjang hanya Tuhan yang tahu apa yang akan terjadi.

  11. mikoyan on August 22nd, 2008 10:55 pm

    Bron merapu..

    Dari segi kebenaran sudah tentulah akhbar arus perdana terutama media cetak lebih diyakini nilai kebenaran yang terkandung dalam aspek pemberitaan. Mereka ini profesional, beretika dan tertakluk di bawah akta mesin cetak.

    - hahaha lawaknyee..benar kepala hotak dok ikut telunjuk UMNO…lu cek laa nape usman awang, abd rahim kajai dan beberapa lagi tokoh wartawan negara keluar utusan…

    PKR De Factoed

    - ko bace tak link yg aku bagi..bukan masalah berbeza pendapat..masalah utusan putar belit dan mengADAkan cerita..org suh bace ko mengira..tu yg kuar hujah BODOH tu..

  12. Bron on August 24th, 2008 11:16 pm

    cancerlink tu ke?

  13. Bron on August 24th, 2008 11:22 pm

    Takkanlah harakah hadhari, malaysiakini dan malaysia today nak ikut cakap Mugabe. Tak lojikkan?

    Dah tentulah depa tuh ikut cakap bos depa. Kalau tidak miss syorulah..

  14. cd3685 on August 25th, 2008 8:32 am

    liwat, liwat, liwat….jangan tak liwat….
    lubang depan si anu tu dah lohe…kendur…kering..sebab tu le si anu tu cari lubang belakang si anu….wakahwakahwakahwakahwakah…
    laknatullah si keturunan penentang nabi Lut…

  15. mikoyan on August 25th, 2008 5:21 pm

    tak ikut cakap bos..nak ikut cakap sapa bron..lu ka..tapi ikut bos ikut juga..etika kewartanan kena patuhi..kejujuran perlu ada dlm setiap berita..bukan memutarbelitkan fakta..kalau bos pon tak betul..berita yg nak disampaikan kpd rakyat jadi tak betul jgk laa..rakyat yg bace keliru..utusan melayu, berita harian, tv3 yg sepatutnya kene dlm menyampaikan berita..bukan memihak kpd mana2 individu atau parti..lebih2 lagi utusan melayu yg pernah berjasa menghidupkan semangat org melayu melawan penjajah inggeris..tapi skang ni dah jadi kuda tunggangan umno/kerajaan…mana yg buruk pasal kerajaan disembunyikan..mana yg baik dari parti pembangkang diputar belitkan..

    lainla kalau media/blog yg menjadi suara parti..belasahlaa cth spt KPMU, harakah,tranung,malaysian today..malaysiakini lebih neutral dlm menyampaikan berita..lu try cek ade tak berita dlm harakah yg memutarbelitkan fakta..mungkin utk berita yg memenangkan PAS ada (dah lidah rasmi pas) tapi mengadakan cerita yg takde atau menyiarkan cerita bohong..kalau ada lu bgtau gua..boleh aku belasah harakah sekali hahahaha

  16. mikoyan on August 25th, 2008 5:22 pm

    cd3685

    liwat, liwat, liwat….jangan tak liwat….
    lubang depan si anu tu dah lohe…kendur…kering..sebab tu le si anu tu cari lubang belakang si anu….wakahwakahwakahwakahwakah…
    laknatullah si keturunan penentang nabi Lut…

    - tak habis lagi mamat ni buat dosa..lantak ko laa

  17. umnopiap on August 25th, 2008 7:01 pm

    TGU JA SAMAN NANTI……..
    KUA3X………….
    TINDAKAN YANG MEMBAWA PADAH. MMG SAH2 GUNA KEPALA LUTUT UNTUK BUAT FITNAH.
    PUTAR…………..
    JGN TAK PUTAR…………………….

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom