Top

Bajet prihatin

August 30, 2008 by Pendeta 

CERIA… Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

——————————————————————————–

Hari ini kita berdepan persekitaran harga global yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Namun, saya yakin sekiranya kita bersatu padu, kita akan sekali lagi berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.

Kerajaan akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh beramanah tanpa membuat janji-janji populis seperti dicanang oleh pembangkang yang boleh memusnahkan kedudukan kewangan kerajaan dan mewariskan negara muflis kepada generasi muda.

Jaringan

Keselamatan sosial
* Tabung khas RM25 juta bantu keluarga hilang punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

* Kelayakan pendapatan bantuan kebajikan dinaikkan dari RM400 kepada RM720 sebulan (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM960 (Sabah).

Rebat cukai
* Rebat cukai dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

Pendapatan dari faedah ke atas simpanan individu dikecualikan cukai.

Bil elektrik
* Bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan dikecualikan bayaran berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Elaun khas polis
* Elaun bayaran insentif khas anggota polis ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Sara hidup nelayan
* RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Pinjaman rumah
* Lanjut tempoh pinjaman perumahan kakitangan awam dari 25 tahun ke 30 tahun.

* Kemudahan pinjaman ubah suai rumah untuk rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman kerajaan.

* Pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian penuh duti setem.

* Pembeli rumah pada harga sehingga RM250,000 dikecuali duti setem 50%.

Pengangkutan awam
* Laluan LRT baru sepanjang 42km dari Kota Damansara ke Cheras.

* Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. dipertingkatkan.

* Membina terminal bersepadu di Bandar Tasik Selatan bagi kemudahan teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.

* Turunkan tol 50% bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008.

Dikecualikan cukai jualan bagi pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.

* Cukai jalan RM20 setahun bagi semua bas, teksi, kereta sewa dan limosin.

* Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bonus
* Sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi kakitangan awam.

* Dibayar dua kali pada September dan Disember ini.

Pencen
* Kakitangan kerajaan berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun menerima pencen tidak kurang RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Petani
* Peruntukan RM475 juta bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Elaun perjalanan
* Pengecualian cukai sepenuhnya kepada elaun perjalanan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.

Elaun OKU
* Elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

* Elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru.

Barangan pengguna
* Duti import beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada 10 peratus hingga 60 peratus kepada lima peratus hingga 30 peratus.

Cukai jalan
* Kadar cukai jalan kenderaan persendirian berenjin diesel individu dan syarikat sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 September 2008

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

4 Responses to “Bajet prihatin”

  1. armnus on September 2nd, 2008 8:01 pm

    pendita ni tau menilai ke tak.. ko ni mesti byk ponteng kelas kan dulu..ish..ish..ish.. mende yg prihatin nye dgn bajet ni.. ni nak bagi lingkup rakyat lagi ada la.. kemut betul la pak lah ni, ko ni pendita apa bos ko ckp semua angguk, takut nk komplen..tapi aku rasa mmg ko penakut pun dan kurang bijak..ahaks.. kalau tgk video ko kat youtube lagi la memalukan..bdk yg baru belajar guna computer pun bleh edit lagi mantap rasanya..

  2. secretagentman on September 3rd, 2008 11:22 am

    prihatin tokmu!!!!!!!!
    harga minayk naik 76 sen..
    turun sebanyak 15 sen…

  3. nik mot on September 9th, 2008 7:04 pm

    Bajet prihatin??

    Bajet prihatin inilah yang membuatkan kapal BN hampir karam .

    Bajet ini sebenarnya bukan bajet prihatin tetapi bajet keinsafan , insaf dari lamunan mimpi indah yang konon kuasa adalah hak mutlak dan tiada sesiapa yang mampu menewaskan nya .

    Lantaran dari ke egoan itulah rakyat menghukum . Namun keegoan manusia kadang kala sukar di duga . Keras kepala bukan di buat-buat , bangai manapun tahniah pada KJ yang banyak berjasa atas pemikiran anda hingga BR hampir menawan Malaysia .Teruskanlah mengumpul kekayaan dan mengharu-biru kan pentakbiran .

    Kerana anda dari Oxford yang bijak pandai hinggakan 5 negeri anda berjaya beri pada pembangkang .

    Tahniah

  4. Tuntelanai on September 10th, 2008 1:23 pm

    Sbg manusia aku dpt rase kan bgi mane sebak nye dade Pak Lah tike ini,n sgb manusie juge aku amat yakin jauh disudut hati Pak Lah die mahu melepaskn segale bebanan yg di tanggung nye.

    Tp percaye lah desakkn demi desakkan dr yg berkepetingan TINGGI membuat kn Pak Lah tdk melepaskn jawatan nye.

    Wkt ini aku benar2 simpati atas derite yg ditanggung Pak Lah,die yakin andai diri nye BERUNDUR tentu nye yg terbaik drpd TERBUANG.

    Buat kuncu2 Pak Lah jgn lah kalian memperkude kan org tue tu,biar kan die TERBUANG TP TERBILANG drpd TERBUANG DGN TERLANJANG.

    Pak Lah,buat lah keputusan segere,jgn didengar segale PUJUK RAYU teman2 sekeliling tu,itu semue racun semate.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom