Top

Pembangunan Modal Insan oleh BN - Apa janji PR pula? Hanya omong kosong.

August 31, 2008 by admin · 5 Comments 

Sejak kebelakangan ini, buah mulut dan perbualan rakyat banyak berkisar dan tertumpu kepada kemelut politik tanahair. Walaupun ada segelintir yang beranggapan bahawa silat politik umpama suntikan semangat perjuangan, lebih banyak yang beranggapan kisah politik yang tidak menentu ini sudah berlansung terlalu lama. Read more

RINGANKAN BEBAN, JANJI DILAKSANA

August 31, 2008 by admin · 1 Comment 

Saya merupakan diantara peratusan kecil warga Malaysia yang terpaksa membayar cukai pendapatan. Apa yang menyedihkan ialah saya terpaksa akur dengan ketetapan ini walaupun pendapatan saya tidaklah begitu tinggi. Tetapi, langkah Kerajaan yang dilaksanakan pada perbentangan bajet 2009, telah memberi sinar yang baru dalam kehidupan keluarga saya.

Memang rakyat diperingkat pertengahan sering merasa tertekan disebabkan kenaikan harga barang dari krisis makanan dan di dalam masa yang sama kenaikkan harga minyak secara mendadak. Walaupun kami faham kenaikan ini bukan hanya melanda Malaysia namun kami tetap merasa keperitanya.

Kami berada didalam keadaan yang amat tersepit dimana pendapatan kami dalam ketegori RM2000 ke RM3000 sebulan mungkin dianggap mewah tetapi apabila hidup dibandar besar seperti di Kuala Lumpur ini ianya tidaklah begitu bermakna.

Dengan perlaksanaan pengurangan cukai pendapatan persendirian bagi ketegori 28% ke 27% dan 13% ke 12% pada perbentanggan bajet 2009 sebenarnya membantu kami. Mungkin dari segi peratusan, ianya Nampak kecil tetapi ianya membawa makna yang besar bagi kami. Dengan pengurangan cukai ini maka ia akan meningkatkan tahap perbelanjaan rakyat dan meringankan beban saya sekeluarga.

Pada masa yang sama mereka yang layak membayar cukai bagi pendapatan tahunan RM35,000, nilai rebet dinaikkan dari RM350 ke RM400. Sebanyak 100,000 rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar cukai. Inilah contoh Kerajaan yang bersama rakyat dan memahami apa yang diperlukan oleh rakyat dimasa kini .

Saya juga dapati pada perbentangan bajet 2009 juga memperlihatkan tindakan kerajaan yang terus menerus membantu rakyat yang sepatutnya dibantu. Pelepasan dari tidak perlu membayar bil elektrik bagi pengguna yang menggunakan elektrik dibawah RM20 sebulan, membuktikan kejujuran pemimpin negara yang amat prihatin terhadap golongan rakyat yang miskin. Mungkin ada pihak akan mengatakan bahawa berapa sangatlah golongan yang mempunyai bil elektrik dibawah RM20 sebulan? Memang benar tetapi bukankah ini akan mengajar rakyat supaya berjimat?

Kerajaan yang adil dan cekap adalah kerajaan yang memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan pembelaan dan bukanya kepada semua pihak seperti yang dihebohkan oleh parti pembangkang.
Bermula dengan rebet bagi pengguna kenderaan persendirian hingga pengurangan cukai pendapatan peribadi. Pemberian ini setidak-tidaknya boleh membantu rakyat dalam meringankan beban dan dalam masa yang sama peningkatan taraf pengangkutan awam yang akan dijayakan akan mempermudahkan kehidupan rakyat di bandar.

Ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan yang sentiasa berusaha sedaya upaya bagi membantu rakyat dan di dalam masa yang sama memastikan masa hadapan Negara juga terjamin.

Bagi saya Kerajaan yang adil adalah Kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan hanya cuba memberi mimpi-mimpi indah tetapi Kerajaan yang menjadikan mimpi-mimpi indah menjadi realiti.

Ahmad KG BARU

ILUSI 16 SEPTEMBER: PEMIMPIN BESAR TAK PERLU KOMEN, BIAR RAKYAT MENGEJEKNYA NANTI

August 31, 2008 by admin · 17 Comments 

Sehingga hari ini, orang ramai dari semua peringkat dan golongan masih bercerita pasal kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi dan mengungkit kelemahan-kelemahan BN. Read more

Pekung dalaman PAS mula berbau (III)

August 31, 2008 by admin · 9 Comments 

Ada lama web pro Pas yang sudah mula mempersoalkan akan kemelut kumpulan Erdogan yang disokong oleh Nik Aziz terhadap Presiden Pas Hj Hadi dan Nasharuddin. Artikel ini kami petik dari laman penulis Pas Sdr Sayuti Omar. Read more

Siri I - Bajet 2009 – Pembangkang menjanjikan harapan sedangkan kerajaan telah pun melaksanakan harapan itu.

August 31, 2008 by admin · 16 Comments 

Mukadimah :

Bajet yang telah dibentangkan oleh Peradan Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 hb Ogos yang lalu membuktikan bahawa kerajaan melihat dan mendengar rintihan Read more

Bajet prihatin

August 30, 2008 by Pendeta · 4 Comments 

CERIA… Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

——————————————————————————–

Hari ini kita berdepan persekitaran harga global yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Namun, saya yakin sekiranya kita bersatu padu, kita akan sekali lagi berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.

Kerajaan akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh beramanah tanpa membuat janji-janji populis seperti dicanang oleh pembangkang yang boleh memusnahkan kedudukan kewangan kerajaan dan mewariskan negara muflis kepada generasi muda.

Jaringan

Keselamatan sosial
* Tabung khas RM25 juta bantu keluarga hilang punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

* Kelayakan pendapatan bantuan kebajikan dinaikkan dari RM400 kepada RM720 sebulan (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM960 (Sabah).

Rebat cukai
* Rebat cukai dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

Pendapatan dari faedah ke atas simpanan individu dikecualikan cukai.

Bil elektrik
* Bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan dikecualikan bayaran berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Elaun khas polis
* Elaun bayaran insentif khas anggota polis ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Sara hidup nelayan
* RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Pinjaman rumah
* Lanjut tempoh pinjaman perumahan kakitangan awam dari 25 tahun ke 30 tahun.

* Kemudahan pinjaman ubah suai rumah untuk rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman kerajaan.

* Pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian penuh duti setem.

* Pembeli rumah pada harga sehingga RM250,000 dikecuali duti setem 50%.

Pengangkutan awam
* Laluan LRT baru sepanjang 42km dari Kota Damansara ke Cheras.

* Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. dipertingkatkan.

* Membina terminal bersepadu di Bandar Tasik Selatan bagi kemudahan teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.

* Turunkan tol 50% bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008.

Dikecualikan cukai jualan bagi pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.

* Cukai jalan RM20 setahun bagi semua bas, teksi, kereta sewa dan limosin.

* Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bonus
* Sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi kakitangan awam.

* Dibayar dua kali pada September dan Disember ini.

Pencen
* Kakitangan kerajaan berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun menerima pencen tidak kurang RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Petani
* Peruntukan RM475 juta bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Elaun perjalanan
* Pengecualian cukai sepenuhnya kepada elaun perjalanan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.

Elaun OKU
* Elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

* Elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru.

Barangan pengguna
* Duti import beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada 10 peratus hingga 60 peratus kepada lima peratus hingga 30 peratus.

Cukai jalan
* Kadar cukai jalan kenderaan persendirian berenjin diesel individu dan syarikat sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 September 2008

16 Sept niat jahat melumpuhkan ekonomi negara

August 30, 2008 by admin · 57 Comments 

16 Sept yang telah dilaungkan oleh Anwar Ibarhim sebelum ini dan dibiarkan begitu lama adalah sebenarnya satu-satu ungkapan yang berniat jahat bagi melemahkan ekonomi Malaysia kerana ianya boleh manakutkan pelabur untuk melabur di Malaysia. Read more

Pekung dalaman PAS mula berbau (II)

August 30, 2008 by admin · 63 Comments 

Kemelut yang melanda kepiminan Pas kian meruncing apabila Datuk Husam Musa menafikan beliau menyusun barisan pemimpin atasan parti, yang digelar “kumpulan Erdogan”, Read more

Pak Lah cakap depan-depan

August 30, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

BERDEPAN… Jika selama ini isu pembentukan kerajaan 16 September menjadi bahan ‘perbahasan’ terbuka di medan yang berasingan, hari Jumaat, semasa pembentangan Bajet 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyentuh isu itu berdepan dengan orang yang bercita-cita membentuk kerajaan baru berkenaan.

Abdullah dalam ucapan penutupnya semasa membentangkan bajet tersebut walaupun tidak menyebut nama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tetapi kalimat yang dilontarkan sudah cukup untuk ditafsirkan sebagai ingatan kepada Anwar.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara.

“Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak….Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan. Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihan raya umum secra sah dan mengikut lunas demokrasi,” katanya.

Ucapan beliau disambut dengan tepukan meja oleh Ahli-Ahli Parlimen BN dan Anwar kelihatan tersenyum sambil menundukkan kepalanya.

Keyakinan Abdullah melontarkan ingatan tersebut berasas kerana selama ini Anwar memberitahu beliau sudah mempunyai bilangan Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Namun hari Khamis, 50 Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak telah menandatangani ikrar untuk terus bersama dengan BN. Empat lagi Ahli Parlimen BN iaitu dua daripada SAPP dan dua lagi dari UMNO tidak menandatangani ikrar tersebut.

Dua Ahli Parlimen UMNO dari Sabah iaitu Ahli Parlimen Kimanis dan Kalabakan iaitu Datuk Anifah Aman dan Datuk Ghapur Salleh yang tidak menurunkan tandatangan mempunyai alasan tidak berbuat demikian.

Bagi Anifah, beliau telah berulang kali secara terbuka menafikan akan lompat parti dan menganggap itu adalah bukti yang cukup beliau akan terus bersama BN.

Ghapur pula menyifatkan ikrar sokongan itu seolah-olah Ahli Parlimen Sabah tidak boleh dipercayai dan tindakannya tidak menandatangani ikrar itu bukan bermakna beliau tidak setia dengan BN.

Selain isu kerajaan baru, Abdullah turut melontarkan kenyataan yang bersahaja tapi penuh bermakna bahawa beliau ada melakukan beberapa kesilapan tetapi mengakuinya.

Bukan macam ada sesetengah orang katanya, melakukan kesilapan tapi tidak mahu mengaku salah. Kenyataanya itu dirasakan dituju kepada Anwar.

Abdullah turut mengambil peluang bersemuka dengan Anwar semasa pembentangan bajet itu menegaskan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,permasalahan rakyat akan diatasi terutama golongan yang berpendapatan rendah.

“Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik.

“Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan setiap kita, malah menjejaskan kemakmuran negara,” tambahnya.

Anwar pula dalam reaksinya, menyifatkan Abdullah membangkitkan isu pembentukan kerajaan baru itu kerana bimbang lompat parti benar-benar akan berlaku.

Sumber:www.agendadaily.com

Pekung dalaman PAS mula berbau

August 30, 2008 by admin · 61 Comments 

Apakah Pas kini berpecah kepada dua kumpulan, kumpulan Erdogan yang menyokong Anwar adalah Nik Aziz, Husam dan juga Dr Hatta. Read more

Next Page »

Bottom