Wan Azizah letak jawatan - Anwar bertanding
July 31, 2008 by dewiarjuna
Kertas siasatan kes liwat Anwar Ibrahim selesai dan Syed Hamid telah mengesahkan bahawa siasatan kes liwat Anwar telah dihantar kepada AG, bererti ada dakwaan akan dibuat sekiranya terdapat bukti yang kukuh terhadap yang dituduh,
Anwar sudah mengetahui bahawa beliau akan didakwa dan telah mengumumkan di N.S baru-baru ini. Lantas Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatan sebagai MP permatang Pauh dan Anwar mengumumkan akan bertanding di sana .Segala ini dilakukan kerana Anwar mahu mengelakkan diri dari di dakwa dan mahu lari dari kesalahan yang dibuat.
Anwar sebelum ini telah bermain wayang dan menguntai Kulim, Bandar Tun Razak tetapi Anwar tidak boleh menunggu lagi kerana perjalanan ke Sungai Buluh telah nampak terang dan jelas.
Anwar akan meraih simpati politik untuk mengelakkan kes janayah dan berselindung di sebalik pengaruh politik. Di sini kita dapat lihat betapa liciknya permaianan mereka yang telah menyediakan skrip demi skrip untuk mengelakkan Anwar ditahan . Mereka akan menggunakan alasan ini untuk memastikan bahawa pihak polis dan kerajaan dibenci oleh rakyat. Demi kedaulatan negara dan undang-undang , Anwar perlu didakwa jika sabib dan ada bukti bahawa dia ada melakukan perbuatan keji ini, Rakyat perlu dilindungi. Rakyat sanggup menghadapi kebangkitan kumpulan reformasi sekiranya Anwar benar-benar sabib
melakukan pekerjaan terkeji ini.
Pak Lah perlu bertegas dan seluruh kebinet perlu berdiri teguh di belakang Pak Lah untuk memastikan undang-undang kita tidak dicabuli. Pastikan undang-undang negara tidak diliwat dan pastikan
undang-undang negara benar-benar dilaksanakan. Inilah masanya Ezam membuktikan bahawa beliau benar-benar komited kepada UMNO dan inilah masanya Ezam perlu mendedahkan semua penipuan dan salah laku Anwar.
Kita bertemu di Permatang Pauh yang akan menyaksikan calon BN akan bertemu dengan calon PKR tetapi bukan Anwar Ibrahim , Calon perlu bersih dari sebarang rekod jenayah.




















Anwar lwn Ezam……pasti Ezam kantoi……..ha ha ha
Ini lah masa yang paling sesuai untuk pahlawan umno turun gelanggang. Ezam, kalau benar engkau jantan, apalagi….
Dewi Durjana mengatakan….
“Mereka akan menggunakan alasan ini untuk memastikan bahawa pihak polis dan kerajaan dibenci oleh rakyat”
Tak payah nak tunggu alasan tu pun la wei… skrg pun pihak polis dan kerajaan sudah dibenci rakyat. Ni seterusnya akan pasti membuatkan kebencian tu meluap-luap.
Buat sesuatu la wei yg lebih mulia & dihormati utk memenangi hati rakyat semula setelah terkilan sewaktu PRU-12. Bukan dengan cara ini utk memenangi hati rakyat semula malah ini semua pasti membuatkan penghormatan dan perasaan nasionalisme rakyat terhadap kerajaan semakin jauh.
PELUANG DI TEMPAT LAIN TIDAK TERCONGAK OLEH ANWAR
Pendeta,
Beluk kiri, beluk kanan akhirnya sirih pulang ke gagang. Memang dah dijangkakan.
Anwar dah taksir satu malaya dan rumusannya beliau dah dapat — tak boleh makan kalau bertanding kat tempat lain.
Permatang pauh bagi Anwar adalah ibarat Ipoh Timor bagi Lim Kit Siang. Anwar boleh menang dan kalau pun dia menang itu hanyalah kemenangan biasa sebagaimana LKS menang di Ipoh Timor.
Pro perhambaan kata,
“Tak payah nak tunggu alasan tu pun la wei… skrg pun pihak polis dan kerajaan sudah dibenci rakyat. Ni seterusnya akan pasti membuatkan kebencian tu meluap-luap.”
Ulasan:
Rakyat yang kau maksudkan hanyalah ahli BR dan mereka yang terkilan kerana tak dapat tumpang pondok usang Putrajaya.
Bron kepala Botol…. Kenapa ko yakin sangat ke rakyat bukan BR akan bergembira dan bersyukur ke atas semua ni ??
Berikan sebab ko yg bodoh tu kalau ko dah tak dapat bagi sebab yg pandai… supaya kami boleh duk ketawa sini sambil menghirup teh …
“Lantas Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatan sebagai MP permatang Pauh dan Anwar mengumumkan akan bertanding di sana”
Ulasan:
Dah katakan faktor Anwar hanya di hargai oleh anak beranak dia aja. Nak harapkan kengkawan dalam BR, hmmmm. Hampas.
Wan Azizah jugalah kena buat sesuatu untuk Anwar walau pun setiap hari dia ‘makan hati berulam jantung’.
Namun, pengorbanan ini biarlah dengan setulus hati dan bukan disebabkan ada hasrat yang lebih besar–raih tempat tinggal di Putra Jaya.
BERAKHIRNYA ERA EPIK THREE STOOGES, BERMULA ERA….?
Adakah Kak Wan termakan hati apabila banyak yang mengaitkan Anwar dengan epik “The adventure of three stooges”?
Tidak baik merajuk — Kak Wan.
Kak Wan menyebabkan DAP dan PKR sama taraf–berpotensi membentuk pakatan bapa dan anak, minus spouse.
DAP–bapa borek anak berbelang; PKR–bapa borek anak bertindik.
Seribu satu sayang, Kak Wan tade lagi kt parliament nak hentam BN.
Sudah tiba masenye utk PAS-DAP-PKR memerintah. Dengan izin Allah, insyaAllah kita dapat membentuk kerajaan yang baik lepas ini.
dh tentulah ezam kalah.lawan kat kubu kuat
NH berangan,
“Sudah tiba masenye utk PAS-DAP-PKR memerintah Kota Sodom”.
Ulasan:
Setakat itu sajalah merit yang PAS/DAP/PKR ada.
Apabila Wan Azizah tidak lagi masuk parlimen –
Pas — menangis.
DAP — kecewa
PKR — kesunyian
– Tempat jeling-jeling dan main mata sudah kena ‘gam’
Anwar– gelak sakan…
Kak “One” duduk rumah jaga anak dan cucu.
Ezam vs Anwar?
Seperti biasa siAnwar menikus lagi. Kali ini bukan di mana2 kedutaan tapi kampong halaman. Sebelum ini kedengaran beliau akan bertanding di Bandar Tun Razak kemudian Kulim Bandar Bahru & kali ini Pmtg Pauh. Sebabnya senang saja. Kemenangan akan tentu memihak kpd beliau kerana Pmtg Pauh adalh kubu kuat PKR.
Secara rasional sdr Ezam (jika dicalonkan) akan kantoi TETAPI sdr Ezam mungkin dapat mengurangkan majoriti. Dgn mengurangkan majoriti boleh dianggap ‘kemenangan’ buat sdr Ezam. Pengundi Pmtg Pauh sudah lama terdedah dgn politik siAnwar yg akan membangkitkan isu2 yg sama seperti kenaikan harga minyak, kenaikan barangan runcit, rasuah, sistem kehakiman & sudah tentu ‘konspirasi’ liwatnya, namun sdr Ezam akan membuka ruang baru dlm senerio politik di Pmtg Pauh jika pendekatan yg betul diambil oleh sdr Ezam. Sdr Ezam selama ini menyimpan banyak persoalan tentang hubungan politik beliau dgn siAnwar. Sdr Ezam pernah mehilangkan diri demi perjuangan siAnwar, merengkok dlm lokap & menjadi penghuni tahanan ISA demi siAnwar namun sebaliknya skrg beliau menentang ‘idola’nya atas sebab2 yg mungkin beliau akan dedahkan kpd pengundi Pmtg Pauh. Ini akan memberi impak yg besar utk menarik pengundi2 Pmtg Pauh terutama pengundi Melayu utk mendengar penjelasan2 beliau dlm kempen yg akan datang. Sekalipun sdr Ezam tidak diberi laluan utk menentang siAnwar, namun beliau harus diberi peluang mengetuai barisan hadapan utk menjelaskan kedudukan sebenar ‘perjuangan’ siAnwar. Kemenangan adalah sesuatu yg mustahil buat UMNO/BN namun segala bentuk pendedahan sedikit sebanyak akan menjadi perhatian keseluruhan rakyat Malaysia.
Selamat Berjuang!
Anwar vs Ezam…..macam Chelsea vs kampung dusun
Hebat, hebat betul penyiasatan…..
Bila kak wan announce letak jawatan, terus siap laporan…
Hebat, hebat…
Bron Tulis:
Pro perhambaan kata,
“Tak payah nak tunggu alasan tu pun la wei… skrg pun pihak polis dan kerajaan sudah dibenci rakyat. Ni seterusnya akan pasti membuatkan kebencian tu meluap-luap.”
Ulasan:
Rakyat yang kau maksudkan hanyalah ahli BR dan mereka yang terkilan kerana tak dapat tumpang pondok usang Putrajaya.
______________________
baru nak jawab hang dah jawab kat bawah
bertandingnya anuar di permatang pauh menunjukkan anuar tidak yakin dgn sokongan rakyat pada kali ini. pada pendapat peribadi aku anuar sepatut bertanding ditempat khalid menang untuk kerusi parlimen pada pru12 dahulu.. khalid sendiri memegang dua kerusi jadi kenapa dia harus mengagadaikan kerusi kak wan malahan kak merupakan tokoh penting dalam br terutamanya di parliman.
sepatutnya anuar yakin di bandar tun razak majoriti pengundi cina di sana. bukankah lebih mudah untuk brader kiter ini menang. atau melalui kajian yang dilakukan oleh anuar sokongan pengundi cina terhadap semakin berkurang dan kredebilitinya sebagai bakal perdana menteri telah berkurangan di mata pengundi cina.
Satu lagi skript drama Kamasutra moden dicipta!!! ,simple aje mesejnya.
Jika Anwar didakwa kelak, mudahlah dia mendakwa bahawa kerajaan BN ini terserlah zalimnya dan akan melakukan apa saja untuk menghalang dia muncul semula di Parlimen. Maka burung-burung belatuk dalam PAS dan DAP juga akan lebih kuat angguknya mengiakan teori Anwar ini . Simpati aku kepada para pengundi di Ptg. Pauh. Kuasa undi mereka begiru murah di ‘ Trade In’ kan atas nama demokrasi.
kalau dilihat dari perbincangan di kpmu.net. majoriti pro-anuar sudah pun meletakkan yang anuar telah dizalimi. jadi semua sudah tahu implikasi selepas perbicaraan itu apabila tamat dimata pro2 brader kiter. anuar menang mahkamah adil, anuar kalah mahkamah zalim. tiada istilah dosa kepada breder kiter sebalaiknya brader kiter diletak markam yang tinggi darjatnya harap2 tidak diletakkan lebih tinggi dari para nabi dan rosul kite, nauzubillah.
hanya yang berfikiran waras dan adil dalam erti kata sebenar (bukan parti keadilan) yang hanya akan menjatuhkan hukum selepas berakhirkan perbicaraan nanti itupun sekiranya berlakunya dakwaan. kami pro kpmu hanya mahu keadilan untuk si mangsa saiful ditegakkan.
1) Gagal mempertahankan kemenangan besar BN seperti PRU 12. Ini bermakna rakyat menolak BN terutama di Semenanjung dimana Pakatan Rakyat menang 82 kerusi Parlimen dan BN menang 85 kerusi, malah BN hilang kekuasaan di 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan. BN mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Ini merupakan kayu ukur paling penting yang sepatutnya menjadi alasan supaya Imam Hadhari digantikan dengan Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat.
2) Gagal memastikan ekonomi Malaysia berkembang atau dipertahankan. Indeks BSKL merudum seminggu dua ini. Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan gagal meyakinkan pelabur tentang kestabilan negara.
3) Menaikkan harga minyak dan gagal mengawal harga barangan menyebabkan inflasi meningkat, rakyat semakin susah dan sengsara. Pemimpin Kerajaan BN sudah ketandusan idea dan langkah untuk memastikan harga minyak tidak dinaikkan kalaupun tidak diturunkan. Sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat telah berulang kali melaungkan keyakinan bahawa harga minyak akan diturunkan sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk.
4) Kedua-dua pemimpin utama iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di tuduh dengan pelbagai dakwaan melibatkan anak, menantu, isteri dan mereka sendiri tetapi malangnya tiada siasatan secara telus dibuat menyebabkan negara luar mula hilang keyakinan kepada Malaysia.
5) Gagal mempertahankan kedaulatan negara apabila Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura setelah Malaysia gagal menyediakan bukti-bukti kukuh untuk menyokong dakwaan kita bahawa Pulau Butih milik kita.
6) Perdana Menteri bercakap bohong dalam beberapa perkara besar antaranya tarikh pembubaran parlimen, kenaikan harga minyak dan lain-lain. Seseorang Perdana Menteri yang berbohong boleh dipertikaikan kredibiliti dan integritinya. Jadi sepatutnya pemimpin Umno dan BN menilai semula sokongan mereka kepada pucuk pimpinan mereka ini.
7) Gagal memastikan negara dalam keadaan selamat apabila indeks jenayah seperti bunuh, rompak, rogol dan sebagainya semakin meningkat. Sebagai contoh statistik rogol menunjukka hampir 7 orang dirogol setiap hari tahun lalu.
Gagal memastikan kedaulatan agama Islam apabila kes-kes murtad berlaku tanpa ditangani dengan serius dan berkesan.
9) Rasuah semakin parah apabila Indeks Rasuah Antarabangsa, CPI Malaysia merudum dengan teruk walaupun PM seringkali berjanji untuk membenteras rasuah
10) Gagal membendung gejala fitnah menfitnah dalam negara sehingga keadaan politik negara agak kelam kabut menyebabkan ekonomi negara turut terjejas. Dakwaan liwat yang amat memalukan timbul semula.
11) Gagal bertindak tegas dalam hal-hal berkaitan agama sehingga IFC berani bersuara dan anggota kabinetnya sendiri yang bukan Islam berani menghantar memo yang sensitif kepada Imam Hadhari
12) Meneruskan tindakan Zalim kepada tahanan ISA yang tidak dibuktikan bersalah di Mahkamah.
13) Meneruskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sehingga ranking dunia IPTA merudum teruk kerana IPTA lebih sibuk berpolitik dengan student daripada hal-hal akademik yang lain.
Bankrap isu dah bebudak BR tuh.
hahahahaa…..
ko lawak la bron…
ala,bron….ini yng kite tekankan…
drpde dok sembang pasal liwat x abis2
aku tau la korang semue expert bab2 liwat…hahahahahaa
ANWAR MEMANG LARI BERHALANG TETAPI HALANGAN TERSEBUT BUKAN ORANG LAIN YANG PASANG.
Mesti ada sebab kenapa Anwar tidak dapat merealisasikan niat tidak ‘demokratik’ untuk berumah di Putra Jaya walau pun beliau kononnya mendapat bantuan daripada ‘katak-katak yang melompat.
Kalau kegagalan tersebut kerana kelemahan perancangan beliau sendiri, janganlah pula disalahkan takdir atau dituding jari kepada manusia lain.
Kalau pun beliau masih mahu menuding jari dan mengaitkan kegagalan tersebut kerana dihalang oleh manusia lain maka beliau juga tidak dapat lari daripada hakikat berikut: ‘manusia merancang dan Tuhan penentu segalanya’.
Dalam perkataan lain, sebanyak mana manusia berusaha ‘menghalang’ seseorang lain untuk mendaki ke puncak kejayaan tetapi kalau Tuhan tidak membenarkan halangan tersebut maka individu yang mendaki tadi tetap akan sampai ke puncak tersebut.
Begitu juga, sebanyak mana usaha seseorang untuk sampai ke puncak kejayaan tetapi kalau ianya tidak mendapat keredaan atau pun tidak dibenarkan oleh Tuhannya, ia tidak akan mencapainya walau pun tiada manusia yang menghalangnya!
Dewiarjuna ku!!! tibalah masanya umno menunjuk jantan…letaklah calon dari luar…jangan letak anak tempatan kali ini…nanti dikata orang umno tiada ber te**r pulak…nanti malu pula satu dunia. Tu la standard pemimpinmu duhai arjun….yang berkata tuuu…bertanding ditempat sendiri ka???? saya menunggu arjuna di ptg pauh…
Aah… Permatang Pauh. Bagus sangatlah. Bila lagi kita nak saksikan Pak Sheikh kecundang digelanggang sendiri. Kita tunggu saja tarikh keramatnya, bilamana segala kedurjanaan beliau dibongkarkan satu-persatu.