Top

Tun kata Najib lemah - Muhiyuddin akan cabar Najib

July 15, 2008 by Pendeta 

Tun dalam satu wawancara semalam ketika merasmikan Pejabat Persatuan India Muslim (Kimma) mengatakan bahawa sekiranya Muhyiddin Yassin bertanding kerusi No. 2menentang Najib, dia boleh menang kerana katanya ramai orang berpendapat bahawa Najib adalah pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai pendirian sendiri dan sentiasa mengikut dan menyokong sahaja.

Tun seolah-olah cuba mengapi-apikan keadaan agar Muhyiddin yang sedang celaru bagaikan tersepit tidak tahu ke mana hala tuju untuk menentukan masa politik beliau di masa akan datang. Beliau juga menyatakan bahawa Najib gagal untuk membaca tujuan dan pemikiran orang.

Abdullah dan Najib telah mendapat sokongan padu dari 6 negeri setakat ini. Jika Najib bertanding kerusi No. 2 dia akan bertanding menentang Muhyiddin dan jika ini berlaku Najib akan tewas. Kata beliau lagi, Ini bermakna Tun mahu Najib dan Muhyiddin berganding untuk menentang Presiden UMNO. Menurut beliau lagi adalah satu tradisi jika Perdana Menteri menyerahkan jawatan dan jawatan itu akan diserahkan kepada Timbalan Presiden dan sekiranya Najib tewas dan Muhyiddin yang menang, Najib tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin Tun silap lagi jika ini bacaan beliau. Tun sering silap dalam bacaan beliau dalam membuat keputusan besar. Ini juga pernah diakui oleh Tun sendiri. Jika ini yang diharapkan oleh Tun, ianya tidak mungkin akan terjadi. Menganggap Najib sebagai lemah juga adalah satu kesilapan yang besar yang telah dilakukan oleh Tun. Bersetuju pada sesuatu perkara dengan kesabaran ada juga kebaikan dan hikmahnya, Najib punya cara beliau sendiri untuk melakukan sesuatu yang beliau rasa baik. Najib tidak boleh ikut cara Tun yang terlalu banyak bermusuh dan memaksa untuk mendapatkan sesuatu.

Tun juga tidak boleh memaksa Najib atau mana-mana pemimpin lain untuk mengikuti cara beliau. Masing-masing punya cara tersendiri. Apakah Muhyiddin tentu bekerjasama begitu rapat sekali dengan Tun dan pasti akan menetang Najib pada pemilihan UMNO yang akan datang. Harap-harap Muhyiddin dan Najib tidak akan membuat kesilapan dalam membuat keputusan kerana keputusan ini amat penting untuk menentukan masa depan politik mereka. Tun juga jangan lupa untuk mengambil kira bahawa Najib juga punya banyak akar umbi yang sedang sabar menunggu untuk menjulang Najib sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri setelah Pak Lah sudah menjamin tempat untuk beliau.

Oleh: Samad Ismail

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

3 Responses to “Tun kata Najib lemah - Muhiyuddin akan cabar Najib”

  1. Oghangkampung on July 15th, 2008 10:28 pm

    Tun terlupa sesuatu… “MELAYU MUDAH LUPA”… Tun bukan lagi Perdana Menteri… Namun begitu jasa beliau kita tetap hargai…

  2. alfie60 on July 16th, 2008 3:32 am

    Dr M dah mula nyanyuk.Dia punya berdirian senang sahaja,siapa punya tindakan sama haluan dengan dia,depa tu orang BAGUS!
    Orang tua ni gila kuasa lepas kata PakLah tak layak ,la ni pulak Najid pun tak layak Muhiddin pula bagus.
    Dah pencen pun nak control sampai jangka masa Umno 3 perdana menteri in the future.
    Memang betul kata orang 1000tahun Dr M tak akan lepas power dia.
    Masa dia sukarela umum dia nak pencen dia kata Mak dia suruh berhenti makan sebelum kenyang.
    Tengok keadaan sekarang nampaknya bukan sahaja Dr M tak kenyang tapi lapak melahak!
    Anak yang derhaka sebab tak dengar kata nasihat mak dia! ;-)

  3. effandy_dia on July 16th, 2008 9:59 pm

    saper kata najib lemah?? skali die C4 muhyiddin.. hahahaha.. jaga la ko muhyiddin.. rosmah tgh berangan kat umah jadi isteri PM jgn sampai die bom ko sampai org x jumpa ko lagi muhyiddin.. mmg betul la artical nie.. muhyiddin tgh pening kepala takut kene C4 dgn najib.. hahahaha..

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom