Top

Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi

July 31, 2008 by dewiarjuna 

Pada pandangan penulis sebagai seorang doktor, laporan kesihatan Saiful Bukhari yang terbocor di Hospital Pusrawi, tidak boleh dijadikan bahan bukti terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

1. Ianya terlalu ringkas, tidak lengkap dan tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh pemeriksaan forensik.

2. Malah pemeriksaan ke atas Saiful Bukhari juga tidak lengkap. Hanya PR (per rectum) dilakukan iaitu menggunakan jari untuk memeriksa anal (dubur) pemuda tersebut. Prosedur sebenarnya lebih daripada itu iaitu termasuk memeriksa anal itu dengan alat proktoskop dan sebagainya.

3. Dan biasanya, apabila seorang mangsa seksual datang ke klinik atau hospital swasta di mana kes-kes yang bakal dirujuk kepada pihak polis, akan dirujuk segera kepada pihak hospital kerajaan.

4. Ini adalah kerana hospital kerajaan mempunyai kepakaran forensik serta lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

5. Referral itu dimestikan kerana jika pemeriksaan tidak dilakukan dengan betul dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, peliwat itu boleh dibebaskan di atas sebab bukti-bukti yang tidak kukuh ataupun
technical fault.

6. Yang menimbulkan tandatanya kepada penulis ialah tulisan doktor itu yang hanya menulis bahawa Saiful di assault di satu sudut di hujung laporan itu selepas simptom-simptom yang lain. Dan jika penulis adalah
doktornya, penulis tidak akan menulis ‘tenesmus x 1/52 ‘ sahaja sebagai simptom yang utama seperti tertulis di dalam laporan tersebut. Penulis pasti akan menulis ‘alleged assault’ sebagai perkara pertama
dan kemudian merujuk terus ke hospital kerajaan tanpa berlengah-lengah lagi.

7. Apakah kenyataan ‘alleged assault’ itu ditambah hanya selepas doktor tersebut melakukan pemeriksaan anal menggunakan jari (PR)?

8.Jika benar, penulis pasti PR yang dilakukan itu hanya dengan ringkas sahaja. Atau pun ianya sengaja ditokok tambah ?

9.Satu persoalan lagi ialah, setahu penulis, doktor itu tidak akan membuat sebarang prosedur, sentuhan atau pemeriksaan fizikal yang boleh menjejaskan sebarang bukti yang ada KECUALI jika doktor itu tidak diberitahu daripada awal oleh Saiful, mungkin kerana Saiful malu, takut atau tidak berterus terang .

10. Tetapi andainya doktor itu tahu tetapi meneruskan juga pemeriksaan anal (dubur) ke atas Saiful, ianya menunjukkan doktor tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dan tidak boleh dimaafkan KECUALI jika doktor tersebut mempunyai niat yang lain seperti untuk mengada-adakan cerita atau pun menidakkan cerita!

11.Dalam konteks ini, doktor tersebut telah tersalah langkah.

12.Memeriksa anal (dubur) pesakit tetapi doktor telah diberitahu yang pesakit mengatakan dia diliwat adalah satu tindakan yang tidak profesional dan memalukan para doktor sekalian!

13.Cuma yang betul ialah doktor tersebut menasihatkan Saiful ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya. Itu sahaja yang betul!

14. Dan yang menimbulkan satu persoalan lagi, hampir semua media termasuk media antarabangsa begitu cepat melaporkan isu ini TANPA mendapatkan kesahihan mengenai validity laporan kesihatan daripada
Hospital Pusrawi.

15. Padahal, laporan tersebut tidak sekali-kali boleh dijadikan bukti untuk memaksa kerajaan menggugurkan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim.

16. Dan yang menjadi mangsa sebenarnya ialah rakyat Malaysia kerana telah dikelirukan dan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai isu ini.

17. Memang benar, jika sekali imbas, isu ini pasti nampak menyebelahi Anwar Ibrahim dan rakyat akan marah.

18. Padahal penulis pasti, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa laporan tersebut amat mencurigakan dan tidak bermakna apa-apa pun jika di bawa ke mahkamah.

17. Seperti kata penulis, laporan kesihatan daripada Hospitak Pusrawi tidak valid sama sekali

Untuk rujukan:-

MEDICAL EXAMINATION

General Information

1. All patients should receive a complete head to toe physical examination
2. It is the patient’s right to consent or refuse any aspect of the exam and evidence collection
3. The patient may have a support person (relative, friend, or advocate) present during the exam
4. If suspected or known oral sodomy, it is preferable that the patient does not eat or drink before the exam, but the patient’s comfort should not be compromised to achieve this· Oral swabs, for example, should be obtained immediately if patient is thirsty or wishes to rinse mouth
5. Use powder free gloves and change gloves frequently during exam and
evidence collection

Examination Technique

Perianal bruising, petechiae, edema, discharge, bleeding, tenderness,
abrasions, lacerations, erythema, inflammation, and visible anal
laxity

1. Use good light source
2. Use magnification with otoscope, visor, or colposcope
3. Separate anal folds to visualize injuries
4. Digital exam is not indicated, except if concern for foreign body retention
5. Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain
6. Lubricant should be used for anoscopy. To avoid contamination by lubricant, perform anoscopy only

AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION
7. Apply Toluidine blue to identify abrasions on skin surface only
AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION

oleh :Dr Novandri Hasan Basri

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

12 Responses to “Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi”

  1. sil80 on July 31st, 2008 3:39 pm

    nasib baik aku tak ambik medic masa lepas spm.baco yg kat atas ni pun dh goli goloman.

  2. singkang on July 31st, 2008 4:24 pm

    lepas ni ada apa lagi yang nak di belitkan oleh si Nuar ini, padan lah tuhan tak izinkan dia jadi PM .kalau tidak PM kita kaki belit dan kaki Lee Watt

  3. singkang on July 31st, 2008 4:31 pm

    kalau benar berita i i …gempak anwar dah main cerita lain , mcm mana anwar nak ke parlimen bila pejenayah bertanding……. tak layak …. anwar tempat dia kat sungai buluh

  4. Arnab Biru on July 31st, 2008 5:51 pm

    oya l…agi satu tips, masuukan dildo plastik dalam jubur sendiri lepas tu kata diliwat.

    sil80- enko nak blajar medic, klakar , hurai secara lojik pu tak mampu.

    singkang- bila masa dia jadi penjenayah, pendakwaraya pun belum telitikan kes,

    Ezam pasti kantoi di permatang pauh, dan DSAI akan ke parlimen….

  5. PKR De Factoed on July 31st, 2008 6:34 pm

    TIDAK NAMPAK ANGIN TIDAK SEMESTINYA BUKAN ANGIN YANG GOYANGKAN POKOK

    Pendeta,

    Kesimpulannya daaripada artikel di atas ialah:

    1. Tidak semudah itu untuk pihak perubatan membuktikan seseorang individu itu diliwat.

    2. Tidak ada bukti diliwat (disebabkan kemahiran pemeriksa tidak cukup) tidak bermakna liwat tidak berlaku.

    3. Ambil contoh kes kecurian. Kegagalan pihak penyiasat menemui bukti penting dalam rumah mangsa, tidak bermakna kecurian tidak berlaku. Teknik lebih canggih mungkin dapat membantu.

    4. Kegagalan pihak penyiasat menemui bukti pada tertuduh, walau pun tertuduh dicam sebagai pencuri, tertuduh mungkin dibebaskan (secara teknikal tidak mencuri). Apabila akhirnya bukti ditemui, tertuduh boleh didakwa semula.

    5. Kalau ada portal internet yang mempunyai kepentingan dengan tertuduh mengatakan tertuduh tidak mungkin mencuri, itu tidak boleh dijadikan bukti untuk melepaskan tertuduh.

    5. TRO dalam konteks liwat bermakna pihak doktor mengesyaki liwat berlaku tetapi tidak berupaya mengesannya berdasarkan kepakaran yang doktor itu miliki.

    6. Trend baru telah muncul–internet dijadikan laman untuk memperbesarkan dan memutar belitkan fakta rapuh (yang berpihak terhadap tertuduh) agar seolah-olah dapat menenggelami fakta yang kukuh (yang tidak berpihak kepada tertuduh).

  6. Bron on August 1st, 2008 1:19 am

    PKR De Factoed simpulkan:

    6. “Trend baru telah muncul–internet dijadikan laman untuk memperbesarkan dan memutar belitkan fakta rapuh (yang berpihak terhadap tertuduh) agar seolah-olah dapat menenggelami fakta yang kukuh (yang tidak berpihak kepada tertuduh).”

    Ulasan:

    Kalau trend itu mahu diterima pakai oleh segelintir rakyat yang taksub dan fanatik dalam menilai dan memberi sokongan terhadap kepimpinan mereka (baca:PKR), biarkan ajalah. Pintu hati mereka tidak akan dibuka kepada hujah yang tidak memihak kepada pemimpin mereka. justeru, tidak ada apa yang individu lain boleh lakukan bagi menyelamatkan ‘akidah’ mereka-mereka ini.

    Begitu juga dengan parti yang berlabelkan agama. Kalau mereka juga sengaja mahu menutup sebelah mata terhadap permainan politik yang ditunjukkan oleh rakan sendiri, mereka juga akan dinilai oleh rakyat. Kepimpinan melalui tauladan sudah tidak menjadi nilai murni yang diagung-agungkan.

  7. secretagentman on August 1st, 2008 8:57 pm

    sekali lagi ulasan dari pakar2 liwat UMNO..hahahahahaa
    Detail gile ulasan liwat korang…..
    korang suke liwat2 eekkk???
    hahahahahahahahahaaahahahahaa……………

  8. Bron on August 1st, 2008 9:17 pm

    Daripada jadi jurutanya soalan tukar jadi juru lawak. Memang lawak kau punya lawak.

  9. Bron on August 1st, 2008 9:21 pm

    Pada asalnya jawat jawatan jurutanya soalan. Apabila tidak laku, dia tukar profesion pulak dah — ssshh!! dia jadi juru lawak.

  10. cd3685 on August 4th, 2008 9:36 am

    arnab biru, ko la jolok jubur ko sendirik dengan botol mineral plastik !! ko buleh buat ker ?! wakwakwakawakwakwakwak kahkahkah!! lawak bodo betul la ko ni arnab biru…

  11. sotong kering on August 4th, 2008 1:57 pm

    Negara dikejutkan sekali lagi dengan peristiwa ’skandal seks’, iaitu seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang berumur 62 tahun, yang sakit di bahagian tulang belakangnya, juga tengkoknya dan kedaratnya mungkin tidak segagah dulu, telah berjaya ‘meliwat’ seorang anak muda yang berumur 23 tahun, gagah perkasa dan tinggi lampai orangnya. Yang menariknya kejadian ini bukan sekali dua, tetapi berkali-kali, bahkan ada yang pegawai unit-unit tertentu menyebarkan khabar angin bahawa si pemuda yang gagah perkasa ini telah diliwat dengan rakus sekali, dengan orang tua yang kedaratnya mungkin jauh kurang dari mangsanya. Beberapa pihak menjelaskan tentang bagaimana kes ini perlu ditangani, ada yang memberi cadangan supaya dilakukan muhabalah, ada yang kata perlu penghakiman dalam Islam dan ada yang menginginkan kedua-duanya. (Klik Sini)

    http://mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=832:skandal-liwat-negara-malaysia&catid=49:fikih&Itemid=62

    Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
    Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
    Ada yang menghisabnya.

  12. Bron on August 4th, 2008 11:27 pm

    sotong kering simpulkan:

    “Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
    Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
    Ada yang menghisabnya.”

    Ulasan:

    Termasuklah yang menyebarkan tulisan berkenaan secara muat turun.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom