Siapa yang Najib pilih sebagai regunya?
July 23, 2008 by Pendeta
PELAN Peralihan Kuasa (selepas ini disebut PPK), sudah dipersetujui. Yang bersetuju, ialah orang yang terlibat dengan PKK ini, iaitu Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Najib). Yang lain-lain, sama ada Naib Presiden Umno, ketua Pemuda, Wanita dan Puteri, termasuk Ahli MT, cukup mengetahui PKK ini.
Soal mereka bersetuju atau tidak, setelah diumumkan, selepas usai mesyuarat MT, turut diumumkan kepada Ketua-ketua Bahagian (Umno), perlulah dilihat – diterima dengan ’sebulat suara’. Ada seorang dua, terlajak berani, mengatakan, ia boleh berjalan mengikut seperti yang sudah diputuskan tetapi suara demokrasi dalam Umno perlulah diteruskan.
Pelik bunyinya tetapi itulah ‘rupanya’ kepimpinan Umno hari ini. Ketika mereka bersetuju, sebagai satu keputusan bersama, dalam mesyuarat MT, satu-satunya ‘badan tertinggi’ yang boleh membuat keputusan apabila ketiadaan Perhimpunan Agung, seperti enggan dipatuhi.
Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan ia terlalu lama. Hishammuddin Hussein pula tidak membenarkan sesiapa melarang jika ada cawangan-cawangan mahu mencalonkan orang lain, selain dari Pak Lah dan Najib untuk jawatan nombor satu dan dua. Turut bercakap demikian, Muhyiddin dan Muhammad Muhd Taib, selain Dr Khir Toyo, melalui laman webnya.
Bila PPK sudah dipersetujui, dipersetujui kedua-dua pihak yang terlibat, iaitu Pak Lah dan Najib, kenapa masih ada orang lain yang ’susah hati’? Kenapa ada orang lain yang beria-ia sangat mahu PPK ini disegerakan, dan mahu membenarkan percalonan dibuat terhadap nama-nama lain bagi jawatan Presiden dan timbalan?
Pelik sebenarnya! Sepatutnya, apa yang Najib, Muhyiddin, Muhammad dan Hishammuddin, ialah turun ke bawah member penerangan kepada cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian, bahawa ‘hormatilah keputusan PPK ini’ seperti mana yang sudah dipersetujui suara ramai dalam MT. Apakah susah sangat untuk menerangkan semua ini? Atau, masing-masing berangan-angan mahu menjadi TPM selepas Najib, lebih penting dari bekerja memberi penerangan kepada cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian supaya ‘menghormati keputusan PPK’ itu.
Jangan terkejut, dalam pemilihan kali ini, orang yang tidak disangka-sangka akan menang dalam pemilihan Naib Presiden kali ini.
Di bawah, para penyokong Najib seolah-olah tidak percaya kepada janji Pak Lah mahu menyerahkan jawatannya kepada Najib dalam bulan Jun, 2010. Mereka bercakap, seolah-olah Pak Lah bila-bila masa sahaja boleh menukar ‘pendirian’ jika Najib dilihat lemah.
Namun, mereka tidak pernah mahu bercakap, ‘ikhlasnya Pak Lah dalam berjanji. Walaupun masih sihat dan mampu meneruskan tugas, sanggup melepaskan jawatannya kepada Najib dalam masa dua tahun,’ Ketika mereka mengutuk Pak Lah mungkin tidak menepati janji, mereka lupa bahawa Najib bukanlah ’secara otomatik’ boleh menjadi pengganti Pak Lah jika dia sendiri gagal dalam beberapa hal, termasuk beberapa dakwaan yang menghimpitnya sekarang.
Setakat ini, hanya Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali AlHabshee sahaja yang sudah menjanjikan bahagian yang dipimpinnya, mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden dan Najib sebagai timbalan. Yang lain-lain, masih menunggu dan tidak berani membuat sebarang ‘janji’ kerana masing-masing tidak yakin diri sendiri akan terselamat di dalam pemilihan bahagian kali ini.
Kalau ketua-ketua bahagian mahu mencari pemimpin Umno yang jujur dan telus, mereka tidak akan ragu-ragu mempertahankan Pak Lah kerana Pak Lah tidak pernah menyusun strategi mahu menjatuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi timbalan dahulu.
Yang peliknya, baru-baru ini, sebelum kedengaran secara rasmi PPK, ada cerita mengatakan Najib dan Muhyiddin sudah berpakat untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden dan timbalan. Malangnya, apabila Pak Lah mengumumkan PPK, Najib ‘meninggalkan’ Muhyiddin keseorangan yang mungkin menyebabkan Muhyiddin tewas di kerusi Naib Presiden, kerana dia sudah ‘mengumumkan’ mahu bertanding jawatan yang lebih tinggi dari apa yang disandangnya sekarang.
Amatlah sukar untuk Muhyiddin menentang Najib sebagai Timbalan Presiden tetapi adalah lebih baik Muhyiddin tewas sebagai Timbalan Presiden di tangan Najib daripada kalah sebagai Naib Presiden dari saingan yang kurang poipular dan baru dalam kabinet.
Tidak mustahil, jika Muhyiddin bertanding Timbalan Presiden, Najib akan tewas seperti yang diramalkan Tun Dr. Mahathir tetapi, bukan senang Muhyiddin hendak mendapatkan cukup percalonan untuk bertanding jawatan nombor dua itu.
Ramai yang meramalkan Hishammuddin dan Zahid Hamidi adalah calon popular Naib Presiden kali ini, tetapi dengan kemasukkan ramai calon ‘heavyweight’ seperti Isa Samad, Ali Rustam, Rahim Tamby Chik, Shahidan Kassim, Muhammad Muhd Taib, Shafie Afdal dan Khaled Nordin, jangan terkejut mereka yang kurang popular akan menang kali ini.
Najib mesti mahukan ‘orang-orangnya menang’. Siapa orang-orang Najib dalam barisan calon yang ramai ini? Ada juga yang mengatakan, ada juga calon ‘yang berpaut’ dengan nama Pak Lah untuk menarik sokongan, manakala yang mempergunakan ayat-ayat ‘untuk memperkasakan parti’ juga dilihat ingin mencari sokongan seolah-olah tanpa kedudukan Naib Presiden, Umno tidak boleh diperkasakan.
Jika Pak Lah dilihat lembut, memilih Najib yang dilihat lantang. Najib yang lantang, mungkin mahu mencari ‘regunya’ yang dilihat lembut. Siapa yang kita nampak lebih lembut dari ‘mak nyah’ di kalangan ramai-ramai calon yang menawarkan diri ini? Mulai sekarang, cuba-cubalah calon-calon ini belajar untuk bercakap dengan nada lembut, berjalan juga lembut tetapi janganlah sampai berlenggang seolah-olah melepaskan semua tanggungjawab memperkuatkan parti di tangan pucuk pimpinan sahaja.
Oleh Saiful Malek Muda
















siapa lagi , kalau bole Hishamuddin lah, pasti Hisham perlu menang jawatan Naib , pasangan sepupu , kalau bukan hishamuddin .
Regunya warden Sg Buloh ler.By 2010 mesti dah kene tendang dari UMNO.Skang pon KJ tgh pegang telo dia,pasal isu altantuya.Tu yg menikus tu,kecut tak berani melawan.Ini lah balasan tuhan,lepas ni lebih teruk lagi balsan tuhan,tah2 pak jis ke tali gantung sbb membunuh.
HUH sian aku kat budak ni yang merapu hanya kerana nakkan rm 50 sebukan dan diarahkan oleh pkr utnuk merapu dalam kpmu ini, apa 2 tah dia cakap kat sini macam orang hilang akal. yang regu kat sungai buluh tuh bung nuar ngan rpk dan ko jadi penyedap dia bila dihantar oleh orng PKR untuk menjadi penyedap si nuar dan rpk, x ingat ke siapa yang menjadi penghuni sungai buluh dan dalam perjalanan pulang ke sana x lama lagi wahai hellboy……….
Aku lakukan secara ikhlas tanpa bayaran.Kami tak perlukan sebarang bayaran demi utk mempertahankan pemimpin yg adil,yg disayangi rakyat.
Singkang lu ni mat rempit yg diupah oleh KJ ke?rendah sungguh tahap pemikiran anda.Lu bwk moto kap chai ke?cukup bulan boleh lah tuka moto sbb byk sungguh anda post msg2 tahap rempit pada bulan ini.