Top

RAJA PETRA AKAN DIDAKWA ATAS TUDUHAN JENAYAH FITNAH

July 16, 2008 by Pendeta 

Raja blog yang tersohor dengan segala perlakuan penyebaran fitnah dan cerita palsu melalui laman maya (website), Raja Petra Kamaruddin akan didakwa dibawah jenayah fitnah dan telah diberikan arahan untuk menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), esok pada jam 10 pagi.

Menurut isteri beliau, Marina Lee Abdullah, Raja Petra telah menerima waran tangkap melalui peguam mereka pagi ini dan pengesahan berkenaan waran tersebut telah dibuat dan ianya benar sepertimana yang ternyata dalam waran tersebut.

Raja Petra akan didakwa di bawah jenayah fitnah yang mana dalam akuan sumpahnya sebelum ini, Raja Petra menuduh Rosmah Mansor, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Raja Petra yang juga berkata, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.

Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom ‘C4′ dan isterinya yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.

Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau turut mendapat maklumat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.

Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu.

Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat.

Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, “seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan.”

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

18 Responses to “RAJA PETRA AKAN DIDAKWA ATAS TUDUHAN JENAYAH FITNAH”

  1. Bron on July 17th, 2008 1:49 am

    IKUT TAKTIK MAHAZALIM BERTINDAK PASIF TERHADAP “BLOGGERS”?

    PENDETA,

    DALAM KONTEKS POLITIK BEGITULAH KEADAANNYA. SATU KETIKA DULU DALAM MALAYSIA TODAY TIDAK ADA ISU LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN MAHAFIRAUN DAN MAHAZALIM - KORUPSI, KRONISME, NEPOTISME, KUKU BESI, DAN SEMUA –ISME YANG NEGATIF SIFATNYA..

    ADAKAH MAHAZALIM BERASA MALU ATAU MENUNJUKKAN APA-APA REAKSI BALAS? ADAKAH DIA AMBIL APA-APA TINDAKAN SEPERTI SAMAN DAN SEBAGAINYA?

    KINI MAHAZALIM TELAH MENGIKUT MENGIKUT TREND YANG TELAH DIRINTIS OLEH MALAYSIA TODAY. MALAH, MAHAZALIM KINI LEBIH KRITIS DAN LEBIH TAJAM BERBANDING RPK.

    PERSOALANNYA, PERLUKAH PEMIMPIN DI MASA DEPAN TERPANGGIL UNTUK MEMBERI REAKSI TERHADAP PAPARAN DALAM BLOG? ATAU MEREKA JUGA SEBAIKNYA IKUT CARA MAHAFIRAUN YANG DULU ITU — TUNDUK MEMBISU.

  2. Bron on July 17th, 2008 3:38 am

    USAH BIARKAN ISU SI “A” MEMBELENGGU PERASAAN

    Pendeta,

    Siapa yang bergembira? Sudah tentu tiada. Malah, semua yang menulis kat laman ini semuanya sedang dilamun kesedihan tetapi itu tidak bermakna kita harus menunjukkan sentimen berlawanan semata-mata kerana ada naluri sedemikian di dalam kalbu.

    Lihat isu secara adil dan menyeluruh. Tidak salah meratapi dan menangisi ‘pemergian sementara’ si “A” tetapi janganlah “over”. Begitu juga kalau mahu mengambil apa-apa tindakan, janganlah pula dipinggirkan komponen akal yang rasional.

    Kalau digunakan logik akal dan pertimbangan yang adil lagi saksama barulah aspek buruk dan baik dalam konteks isu si “A” dapat dilihat aspek kebenaran dan kewajarannya.

    Ini penting kerana tindakan seterusnya amat bergantung kepada penerimaan hati. Memang sukar untuk hati menerima perkara baru. Namun setelah diberikan masa, sedikit demi sedikit ia akan reda dan dapat menerima kenyataan.

    Tidak dinafikan semua insan mempunyai pilihan sama ada untuk bersetuju atau menentang perasaan yang terbuku di dalam hati. Ibarat individu yang kehilangan seorang kekasih. pilihannya ialah sama ada terus melayani perasaan atau melangkah keluar daripada perasaan negatif yang membelenggu. Sudah tentu pilihan yang terakhir itu adalah lebih baik walau pun ia sesuatu yang sukar dilakukan tanpa adanya kekuatan jiwa.

    Mereka yang ada kekuatan mental, emosi dan spritual pastinya tidak mudah berserah kepada nasib setiap kali berhadapan dengan cabaran. Setiap kali bertembung dengan permasalahan mereka akan berjaya mencari jalan keluar.

    Tetapi, kalau hati sudah tersangkut pada sesuatu isu sedangkan dia enggan mencari jalan keluar maka dirasakan berat dan sukar baginya untuk bergerak ke depan.

    Kalau itu berlaku maka tersangkutlah dia dipertengahan jalan dan lebih malang baginya kerana gagal dalam usaha untuk sampai ke destinasi akhir.

  3. bluessmurf on July 17th, 2008 12:11 pm

    alhamdulillah. raja ‘fitnah’ diambil untul soal siasat. kita tengok sejauhmana pengakuan bersumpah raja fitnah ini…..

  4. proimpessa167 on July 17th, 2008 5:42 pm

    HAAAAA…. raja dah masuk dah. sebab dia fitnah berleluasa

  5. effandy_dia on July 19th, 2008 4:32 pm

    hati2.. masih ada lagi raja fitnah diluar sana masih bebas mefitnah org..

  6. hellboy on July 22nd, 2008 12:07 pm

    Raja Petra mempertahankan kebenaran .Kes altantuya dalam mahkamah, mcm kes kartun,jd bahan jenaka je,takder sapa nak tgk.Hanya budak2 UMNO(3 suku)je yg percaya.

  7. secretagentman on July 22nd, 2008 4:36 pm

    I fully support RPK!!!
    Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah…
    Lawan tetap lawan!!!

  8. PKR De Factoed on July 22nd, 2008 7:00 pm

    RPK GAGAL MEMBERI IMPAK POSITIF DALAM KALANGAN BR

    Pendeta,

    Tidak mengapa kalau mahu menyatakan sokongaan kepada individu yang sedang dipertikaikan tetapi biarlah dalam kerangka yang ada nilai ilmiah atau setidak-tidaknya secara logikal.

    Kalau setakat mengatakan saya sokong sepenuhnya si polan tanpa memberikan alasan (sedikit pun tak apa) kenapa sokongan dibuat, semua pelayar boleh lakukan.

    Tidak hairanlah, setelah sepuluh tahun RPK mendoktrinasikan penyokong BR dengan pelbagai isu tetapi hasilnya masih tidak lebih bagus daripada pendapat secretagentman:

    “I fully support RPK!!!
    “Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah…
    “Lawan tetap lawan!!!

    Oleh itu ramai penulis profesional berani jamin kalau diberikan 10 tahun lagi pun, RPK tetap tidak dapat mengubah BR menjadi manusia yang mempunyai minda yang dapat merubah lanskap politik negara.

  9. bluessmurf on July 23rd, 2008 5:07 pm

    patut tak hairanlah bila pakatan mega babi rakyat anjurkan konsert tempohari….aksi tayang bontot dan ajak jilat.

    nampaknya budaya kota sodom dah mula meresap kedalam juak-juak PKR dan PAS. unit amal tak terkecuali……ha ha ha

  10. sil80 on July 23rd, 2008 11:32 pm

    mcm mana ada org tahu RPK tu benar ke salah?pakai bomoh ke?yg ckp RPK tu benar boleh bagi bukti?

  11. Bron on July 24th, 2008 10:58 am

    RPK tu benar kerana dia bicarakan kes musuh beliau dalam media. Yang suka pergi ke laman beliau hanyalah mereka yang hilang pertimbangan di bahagian otak yang bernas, mereka yang ketagih untuk menjilat punggung Nuar, Pak Roi dan Karpal.

  12. hellboy on July 24th, 2008 11:12 am

    Ye lah tu Bron,UTUSAN MESIA the best lah ek.Bodoh punya penyokong UMNO.Buta tuli,kepala batu,hati hitam pekat.

  13. Bron on July 24th, 2008 12:03 pm

    Ye lah tu hellboy ,harakah the best lah ek.Bodoh punya penyokong BR.Buta tuli,kepala batu,hati hitam pekat, liwat, meliwat dan peliwat.

  14. Pro-Kebenaran on July 24th, 2008 2:53 pm

    Yang aku kelakar kat sini RPK didakwa atas tuduhan jenayah fitnah gara2x telah menjadi whitle blower & membuat aduan.

    Tapi si Sotong Saifool tu pulak harus diberi perhatian istimewa… kenapa pulak laporan polis dia tu tak kena dakwa atas tuduhan jenayah fitnah jugak ??

    Betul-betul kredibel ke report Saifool tu sampai boleh buat seluruh jentera kerajaan bertindak ke atas DSAI secara efisien serta merta… gara2x pasal report tu… Tapi report RPK pulak terus kena label jenayah fitnah…. memang heran & yg kelakarnya boleh yakin Rakyat jelata semua pasti akan percayakan ni semua.

  15. Bron on July 25th, 2008 2:30 am

    Si Saiful mangsa tragedi.

    Si RPK strategi fiksyen.

    tentu jauh bezanya.

  16. AnakAdam on July 25th, 2008 3:13 am

    Bron,
    Engko baca habis ke tulisan-tulisan si RPK tu nak kata Fiksyen? aku sendiri baca both sides…. BN aku baca, PR aku baca. lepas tu sendiri buat pertimbangan la.

    Yang engko ni balik2 defend si Saiful tu apa ke hal?. Cerita ni al kisah RPK dgn TPM.. nothing to do dengan Saiful laaaaaaaa….

  17. Bron on July 27th, 2008 11:11 pm

    Pandangan AnakAdam,

    “Engko baca habis ke tulisan-tulisan si RPK tu nak kata Fiksyen? aku sendiri baca both sides…. BN aku baca, PR aku baca. lepas tu sendiri buat pertimbangan la.

    “Yang engko ni balik2 defend si Saiful tu apa ke hal?. Cerita ni al kisah RPK dgn TPM.. nothing to do dengan Saiful laaaaaaaa…

    Ulasan:

    Kalau tak dibaca habis masakan boleh tahu sama ada sesuatu artikel itu sekadar fiksyen dan rekaan semata-mata.

    Yang engkau mahu bela RPK kenapa? Adakah dia banyak menulis? Adakah engkau menelan bulat-bulat semua tulisan RPK sejak 10 tahun yang lampau?

    RPK adalah penulis blog politik dan bukan penulis blog agama, saintifik, sejarah, undang-undang dan sebagainya. Kau faham apa maksudnya?

  18. Bron on July 27th, 2008 11:32 pm

    Kadang-kadang manusia tidak sedar betapa sakitnya hati orang yang dia singgung, fitnah dan buruk-burukkan. Semua individu mempunyai cita-cita tetapi malangnya dalam mengejar cita-cita berkenaan dia sanggup langgar batasan, moral, etika dan mungkin peraturan.

    Pada tahap tertentu dia yang amat teruja dengan puji-pujian dan berasakan betapa dia saja yang betul; dan dia hanya ada hati dia saja yang perlu dijaga sedangkan orang lain seolah-olah tidak punya hati dan perasaan.

    Sekarang, baru anda nampak betapa sakitnya hati dia dan semua yang selama ini menyokong dia apabila orang yang dia/mereka puja dan sayangi di kritik, difitnah dan diburuk-burukkan sedemikian rupa. Ini adalah ujian sama ada anda adalah pengikut biasa, setia, taksub atau berfikiran terbuka.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom