Pemimpin PAS tak sekata
July 24, 2008 by Pendeta
Pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) mula berbalah berhubung cadangan mengadakan muzakarah dengan Umno bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan agama Islam dan kepentingan umat Islam negara ini.Ketika Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan kesediaan parti itu menjayakan muzakarah berkenaan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pula mahu usaha itu dihentikan segera.
Malah, Menteri Besar Kelantan itu tidak gembira dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mengesahkan pertemuan pemimpin tertinggi Umno dan PAS sebelum ini.
Datuk Seri Abdul Hadi dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini kelmarin berkata PAS sudah bersedia untuk menjayakan muzakarah dengan Umno demi kebaikan umat Islam dan bangsa Melayu. Beliau turut mengesahkan pemimpin tertinggi parti itu pernah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah yang juga Presiden Umno, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu.
Kelmarin, Datuk Nik Abdul Aziz berkata beliau mahu semua pemimpin parti itu menghentikan segera usaha mengadakan muzakarah dengan Umno kerana menganggap ia boleh memecah-belahkan perpaduan ahli PAS dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
‘Saya menolak muzakarah. Saya minta pemimpin dan ahli PAS menghentikan kerja ini (muzakarah) dan menumpukan kepada perkara lain,’ katanya.
Menurutnya, isu muzakarah menimbulkan kemarahan ahli PAS dan pada masa yang sama parti itu berdepan dengan kemarahan rakan dalam Pakatan Rakyat yang boleh menyebabkan PAS dipencilkan. ‘Kalau berpolitik macam ini ertinya politik kita untuk tolong lawan bukannya jaga kestabilan diri sendiri. Ini bukan politik, ia perangkap namanya dan keadaan ini adalah satu kejayaan pada pihak lawan yang boleh memperbesarkan isu yang bukan-bukan,’ katanya.
















Pemimpin PAS tak sekata….. macamlah pemimpin UMNO sekata. Paku dulang paku serpih punya cerita lah!
Presiden n timbalan presiden UMNO pon tak ngam.Ada hati nak menyerang PAS.Balik umah cermin diri dulu la wei.
nak buat muzakarah kena ikhlas demi agama dan bangsa.kalau dok buruk sangka baik tak payah muzakarah.
Pandangan ikhlas RPK,
“now PAS is planning to sodomise all those voters who voted for them in the recent general election as well.”
Ulasan: Hmmmm
bron…
bole x ko bagi link pasal RPK kat sini…
bole kite share & bace ramai2…
nak tngk jugak kesahihan berite ko tu…
Yang aku tau UMNO telah diperbodoh-bodohkan dlm hal ni..hahaha
Orng gile jer sanggup serah leher utk dikelar…
Enough is Enough!!
dolah mesti tngh diulit mimpi indah skang ni..hahahaa
tapi jgn mimpi tingal mimpi dah le..hahaha
UMNO sejak kebelakangan ini sering bercakap dan cuba menjadi juara perkauman dengan mengutarakan idea mengenai ketuanan Melayu.
Hakikatnya perjuangan Islam adalah lebih sesuai untuk menyelamatkan Melayu dalam konteks Malaya, kerana 80% Melayu beragama Islam maka perjuangan berlandas dan lunas Islam adalah lebih sesuai. Islam tidak pernah mengutamakan kaum atau bangsa, sebaliknya Islam dikehendaki berlaku adil kepada yang bukan Islam juga.
ATAS DASAR PAS SELAMA INI YANG BERJUANG ATAS NAMA ISLAMLAH IA DITERIMA OLEH KAUM-KAUM LAIN. SEHINGGA PR MENGUASAI 4 NEGERI DAN 1 WILAYAH.
Mengikut Lapuran Harakahdaily YB Padang Serai, N Gobalakrisnan telah menimbulkan satu soalan kepada Dr Mohd Puad Zarkahsi (BN-Batu Pahat) mengenai satu surat kepada jurutera sebuah agensi kerajaan meminta disenaraihitamkan kontrektor tertentu, berikut adalah ekstrak dari berita tersebut: Akibat sokong pembangkang, kontraktor disenarai hitam
KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) - Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan mendakwa seorang Ahli Parlimen Umno di Johor telah menulis surat kepada seorang jurutera sebuah agensi kerajaan agar menyenaraihitamkan kontraktor yang menyokong pembangkang.
Semasa mencelah ucapan Dr Mohd Puad Zarkahsi (BN-Batu Pahat) dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan pada 16 Julai lalu, Gobalakrishnan berkata, “Saya ada satu surat di mana ditulis oleh seorang Melayu kepada jurutera daerah yang berbangsa Melayu, kononnya surat ini menyatakan dengan segala hormatnya, pendaftaran Kontrak Kelas F, (Melayulah), di atas dirujuk.
“Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama-nama kontraktor yang sudah kami semak dan perlu disenaraihitamkan kerana mereka adalah penyokong dan bersimpati kepada PartiPembangkang,” kata Gobala memetik salinan surat yang diperolehinya itu.
“Ini adalah surat daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Jadi adakah Yang Berhormat Batu Pahat menafikan ini? Ini Yang Berhormat Batu Pahat seorang Melayu, mahu senarai hitamkan kontraktor-kontraktor Kelas F, kesemuanya kontraktor Kelas F, mereka adalah orang-orang Melayu. Jadi, apa surat ini?,”soalnya.
Sementara itu, Puad dalam menjawab isu itu berkata, beliau hanya meyatakan soal keadilan kerana baginya ada sesetengah kontraktor yang mendaftar 50 syarikat di bawah satu pemilik yang sebenarnya. [Menipu lagi walupun bukti ada ditangan YB Padang Serai, N Gobalakrisnan]
Namun, Gobala yang tidak berpuas hati dengan ulasan Puad itu berkata, dalam surat itu tidak disebutkan soal pendaftaran 50 syarikat di bawah satu nama, sebaliknya isu menyokong pembangkang yang menjadi alasan senarai hitam. - mks._
Apa yang menarik disini ialah pembelaan nasib rakyat yang terhimpit oleh fahaman sempit politikus BN di bela oleh YB PR TANPA MENGIRA BANGSA DAN KAWASAN.
Dengan sikap pemimpin UMNO BN yang sebegini rupa perlukan kita bersekongkol dengan puak-puak ini.
Untuk renungan Kepimpinan PAS fikirkanlah baik-baik, YB Padang Serai, N Gobalakrisnan telah menunjukan komitment membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama, perjuangan PAS berlandas Islam telah diterima oleh semua kaum apa yang kita perlukan dengan UMNO jika benar UMNO ikhllas dan jujur UMNO yang patut menyertai PAS / PR.
Pandangan secretagentman,
“ATAS DASAR PAS SELAMA INI YANG BERJUANG ATAS NAMA ISLAMLAH IA DITERIMA OLEH KAUM-KAUM LAIN. SEHINGGA PR MENGUASAI 4 NEGERI DAN 1 WILAYAH.”
Ulasan: Betul ke? Baca perenggan di bawah.
That was why many non-Muslims voted for PAS in the recent general election. They knew that PAS is all lip service and that there is no way in hell PAS can turn Malaysia into an Islamic State. The gullible and naïve Malays did not know this though. They thought PAS really meant what it was saying. But PAS is a political party. And politicians never tell the truth.
nak tamabh , bahasa melayu….. mereka juga tahu PAS adalah parti jadi-jadian yang boleh bertukar wajah dan bulu mengikut keadaan masa dan persekitaran, jika masuk pub dia jadi bangsa yang masuk pub , bila masuk masjid dia jadi rupa yang paling alim , bila masuk dang dut dia lah penari yang paling baik , bila masuk disco dialah yang paling groovy dan vox bila berceramah dialah yang paling bijak ,,,,,,,,,
UMNO also is a plitical party.And politicians never tell the truth…hahaha
singkang says:
nak tamabh , bahasa melayu….. mereka juga tahu PAS adalah parti jadi-jadian yang boleh bertukar wajah dan bulu mengikut keadaan masa dan persekitaran, jika masuk pub dia jadi bangsa yang masuk pub , bila masuk masjid dia jadi rupa yang paling alim , bila masuk dang dut dia lah penari yang paling baik , bila masuk disco dialah yang paling groovy dan vox bila berceramah dialah yang paling bijak ,,,,,,,,,
______________________________________________________________
Ini adalah budaya UMNO…
p/s:terima kasih memuji PAS palin bijak…. : )
Orang UMNO bila berkuasa lupa Melayu, bila tersepit cakap pasal ketuanan Melayu, Khir cakap ketuanan Melayu, YB Batu Pahat senaraihitamkan kontraktor Melayu kelas F kerana menyokong pembakang – hebat sungguh UMNO ini.
Karpal Singh pernah berkata, langkah mayatnya dulu sebelum PAS mahu menubuhkan negara Islam. Tetapi orang-orang PAS tidak pernah melangkah mayat Karpal Singh dan Karpal Singh tidak pernah melakukan apa-apa untuk menyekat PAS dari melaksanakan konsep pentadbiran Islam di Kelantan.
Sebaliknya, mayat penyokong PAS yang dilangkah tetapi bukan oleh DAP tetapi oleh Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO. Saki baki kabinet zaman Memali masih lagi didalam kerajaan hari ini. Abdullah Ahmad Badawi, Shahrir Samad dan Rais Yatim antara mereka yang mempertahankan Musa Hitam menyembelih manusia PAS dan Islam di Memali. Musa Hitam hari ini masih sahabat baik Abdullah. Pada mereka masih tercalit setitis dua darah suci Arwah Ibrahim Libya.
ياربنا! اغفر و ارحم الشاهد إبراهيم الليبي
يا ويلكم يا قاتلين
دمه دم عزيز و دمكم دم الخنازر
شو معنى الحق بلا العدل
يا ويلكم يا ويلكم
Saudara saya seorang bekas anggota keselamatan (berpangkat pegawai) semasa menjalankan tugas telah ditembak dari belakang. Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih dalam buaian.
Bron kata:
Saudara saya seorang bekas anggota keselamatan (berpangkat pegawai) semasa menjalankan tugas telah ditembak dari belakang. Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih dalam buaian.
——————————————————————-
اللهم اغفر له ارحم روحه
UMNO sejak kebelakangan ini sering bercakap dan cuba menjadi juara perkauman dengan mengutarakan idea mengenai ketuanan Melayu.
ulasan:benda ni sebenarnya dah lama dah.dari 1946 lagi.Umno bukan je berjuang demi kemerdekaan,tapi juga utk ketuanan melayu sejak 62 tahun lalu.
Padangan secretagentman,
“Karpal Singh tidak pernah melakukan apa-apa untuk menyekat PAS dari melaksanakan konsep pentadbiran Islam di Kelantan.”
Ulasan:
Ya betul, DAP tidak dapat berbuat apa-apa dengan konsep pentadbiran Pas di Kelantan. Tetapi, itu tidak bermakna mereka faham dan bersetuju. Kalau tidak faham siapa yang gagal membuatka mereka faham. Apakah yang berlaku di Perak tidak cukup untuk menggambarkan prinsip dan pendirian DAP?
melainkan mengkritik dan mengkritik. Berapa ramai yang sedar tentang perkara ini?
Saudara saya seorang bekas anggota keselamatan (berpangkat pegawai) semasa menjalankan tugas telah ditembak dari belakang. Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih dalam buaian.
Sambungan:
Tidak salah menelusuri sejarah. Perkara yang berlaku satu masa dulu ada sebab musababnya. Sebab dan musabab berkenaan hanya berlingkar dalam persekitaran dan masa yang sempit itu. Ia tidak akan berlaku tanpa keizinan yang maha Kuasa.
Semua itu sudah menjadi sejarah. Yang penting sejarah tidak menghalang waktu untuk terus beredar; dan tidak sepatutnya menyekat manusia untuk memandang ke hadapan dengan penuh yakin lagi optoimis.
secretagentman on July 24th, 2008 8:37 pm
Sebaliknya, mayat penyokong PAS yang dilangkah tetapi bukan oleh DAP tetapi oleh Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO. Saki baki kabinet zaman Memali masih lagi didalam kerajaan hari ini. Abdullah Ahmad Badawi, Shahrir Samad dan Rais Yatim antara mereka yang mempertahankan Musa Hitam menyembelih manusia PAS dan Islam di Memali. Musa Hitam hari ini masih sahabat baik Abdullah. Pada mereka masih tercalit setitis dua darah suci Arwah Ibrahim Libya.
tak tengok ke klip video kisah memali. diperut orang-orang PAS yang berparang itu….ada tangkal-tangkal. tangkal itu diberikan sendiri oleh pak berahim. bukan dari bomoh siam. bila diinterbiu dek media pada balu-balu…….depa kata tangkal tu ‘tak lut peluru’……tak boleh ditembusi peluru….
so apa citer?
sebut pasal memali…..alkisah tabung memali, sampai la ni…..tak settle-settle. kata telus? nampaknyer ‘jerlus’ saja….
”Fadzil perlu menyiasat ke mana aliran wang hasil kutipan tabung itu selepas ia dilancarkan pada tahun 1987,” tegasnya yang mendakwa dirinya sebagai ahli Pas.
Seorang lagi mangsa, Azmi Salim, 51, mendakwa, hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah.
Akibat daripada penyelewengan itu, menurutnya, ahli-ahli Pas di kawasan itu berpecah belah termasuk dalam soal menguruskan kenduri kendara di kalangan ahli parti itu.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2000&dt=0830&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=fp_05.htm&arc=hive
ko nak suruh aku refer kat utusan meloya..?
hahahahahaa…
rakyat semue dah tau korang ni kaki kencing & kaki fitnah…
Bagi link Utusan Melayu hahahaha..Sape bace surat khabar kerajaan ni weii..mangkuk la kau !!!
UMNO jilat ludah sendiri sekarang..dulu hina PAS bukan main lagi..sekarang merayi ajak berbincang pasal melayu dan Islam….
desperate time calls for desperate measure huh ?
Hanya PKR dalam situasi sekarang menaruh perasaan sangsi berbaur iri hati. PKR sebenarnya sedang dilanda masalah dalaman. PKR sedang senak dibahagian perut, sebu dan berangin, sebab itu tak boleh duduk diam semenjak dua menjak ini.
Lagi pun janganlah kau perkecilkan wibawa Pas dalam soal perpaduan. Mereka tahu apa yang mereka lakukan. Tentulah menghairankan kalau orang lain sibuk bercakap tentang perpaduan tetapi PKR sibuk dengan urusan peribadi.
Utusan melayo ko bagi? Ade orang bace lagi ke? Hahaha.
perselisihan pendapat tu biase la, mase korg jadi ketua kelas pon korang anti pengawas jugak. Same je, cume on bigger scale nampak lagi dasyat la.
Asik citer pasal PR je, UMNO sekepale? Kelakar lah korang ni,
baling batu,
kene kepale orang tu,
kene jugak kepale sendiri,
ade baik ko gigit lidah sendiri.