Top

Peguam Saiful yakin ada kes

July 22, 2008 by Pendeta 

Puluhan wartawan dalam dan luar negara hadir dalam satu sidang media yang telah diadakan oleh keluarga Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya mengadakan sidang media pada jam 4.30 petang. Peguam Zamri Idrus secara terbuka menegaskan, secara peribadi setelah meneliti semua fakta, beliau yakin memang adanya kes yang melibatkan Anwar dalam isu liwat tersebut.

“Saiful adalah anak guam saya, sebagai peguamnya saya memang yakin berdasarkan keterangan Saiful kepada saya,” katanya ketika ditanya adakah beliau yakin adanya kes terhadap dakwaan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Katanya itu adalah pandangan peribadinya mengenai kes itu dan terserah kepada siasatan polis untuk menentukan kedudukan sebenar.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah bapa saudara Saiful ‘Uncle Pet’. Zamri membacakan kenyataan media yang dibuat oleh bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim. Sidang media tersebut yang bertukar seolah-olah menjadi sesi ‘perbicaraan’ turut menyaksikan isu sama ada laporan polis itu benar-benar wujud atau tidak ekoran kenyataan Anwar yang mempertikaikan sehingga kini beliau tidak mendapat salinan laporan polis berkenaan.

Zamri berkata, laporan polis memang telah dibuat dan beliau sendiri telah melihat salinan laporan polis tersebut. Terdahulu semasa membaca kenyataan bapa Saiful itu mendesak supaya Anwar memberikan kerjasama kepada polis untuk menyegerakan siasatan termasuk memberikan kerjasama untuk membolehkan ujian DNA dijalankan.

Menurut Azlan, sikap berdolak dalik Anwar telah menyebabkan siasatan tersebut tidak dapat disegerakan dan mendesak pihak berkuasa agar segera menyelesaikan siasatan kes berkenaan dan membawa indvidu yang terbabit dalam kes berkenaan ke muka pengadilan. Azlan juga dalam kenyataannya itu berkata, anaknya Saiful bersedia untuk bersumpah menurut cara Islam di mana-mana masjid dengan disaksikan oleh ulama untuk menegakkan kebenaran.

Bagaimanapun katanya, sumpah berkenaan hanya boleh dibuat setelah pihak polis menyelesaikan siasatannya. Ketika ditanya adakah Saiful seorang gay (homoseksual), Zamri menegaskan anak guamnya bukan terdiri daripada golongan tersebut. Ditanya, adakah benar Saiful kini dalam jagaan polis, peguam itu berkata, Saiful kini bukan dalam jagaan polis tetapi dalam perlindungan polis untuk menjamin keselamatannya. Selain persoalan berkenaan, wartawan juga bertanya kenapa bapa Saiful sendiri tidak tampil untuk membuat kenyataan berkenaan, Zamri berkata, buat masa ini bapa Saiful mempunyai komitmen lain dan pihaknya diminta untuk berbuat demikian.

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

37 Responses to “Peguam Saiful yakin ada kes”

  1. hellboy on July 22nd, 2008 12:02 pm

    Bla bla bla bla… ZzZzZz…..Rakyat mesia tak percaya,masyarakat dunia pun tak caya.Org2 UMNO je percaya

  2. Bron on July 22nd, 2008 12:57 pm

    RAKYAT MAHU ANWAR CEPAT SELESAIKAN PERTUDUHAN SAIFUL TERHADAPNYA.

    Pendeta,

    Persoalan yang amat kritikal pada waktu ini–ia itu ketika Anwar ada ura-ura untuk menukar pasukan kepemimpinan di Petrajaya–ialah berlaku atau tidak kejadian liwat seperti yang dituduh oleh Saiful. Noktah.

    Bagi penduduk ‘Kota Sodomi’ pastinya mereka tidak percaya kerana ia melibatkan maruah dan martabat mereka yang akan turut merudum sekiranya tuduhan Saiful adalah benar.

    Bagi semua rakyat yang berbegang kepada budaya timur, calon “PM malaysia-in waiting” mestilah tidak boleh dipertikaikan prinsip dan diragui moralnya.

  3. hellboy on July 22nd, 2008 3:52 pm

    Pemimpin2 UMNO ko tu bagus sgt ke?Penipu,perasuh,penzina,peminum todi,kongsi gelap,pemfitnah,penzalim.Dan paling basic skali,bini pon tak pakai tudung…

  4. rienniey on July 22nd, 2008 4:16 pm

    Pemimpin2 UMNO tu bagus sangat ke?
    50 tahun kemerdekaan…. warisan Melayu tetap dijulang!!!!!! Bukan semua yg jahat. Pakai tudung pon kalau perangai tak elok pon, amalan tak lengkap jugak!

    Pemimpin2 KEADILAN,DAP ?
    Isk….. Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Anwar, Wan Azizah, Izzah…… Parti Anak beranak….

    Polis, Peguam, Hospital, Doktor, BPR suma salah!!

    Najib kena, Musa kena, Azalina kena, Dr pon x pasal2 dah kena!!

    Tak tau beza mana masalah peribadi @ umum…..

    Tuduh sana, tuduh sini…

    Ntahlah….. lagi satu hellboy tukarlah nama tu.. bagi yg elok sket…. Heaven ker? sedap gak !

  5. ranziz on July 22nd, 2008 4:51 pm

    Amboi sedapnye Bron, “Kota Sodomi” lah, budaya Timur lah.Ko UMNO bhg mana Bron? Kita tak pakai budaya Timur, kita pakai budaya Islam. Ada fahammm

  6. hellboy on July 22nd, 2008 5:15 pm

    Wei rienniey(kalau nko beragama Islam),nko kalau jahil pasal agama jgn cuba nak membuat sebarang komen.Bertudung tu hukum Allah,nko telah mempersendakan hukum Allah.At least kalau nak sgt mempertahankan UMNO,jgn lah gadaikan iman nko tu.

  7. effandy_dia on July 22nd, 2008 5:24 pm

    http://www.time.com/time/specials/20…735709,00.html

    link membuktikan DSAI no 9 terpengaruh didunia.. najib maner?? paklah tido x msk..

  8. hellboy on July 22nd, 2008 5:37 pm

    Itu Pak Jis n Pak Bodowi tu jaguh kampung.Berani berkokok di mesia jer,dimana polis dan mahkamah di bawah telunjuk mereka.

  9. Bron on July 22nd, 2008 8:37 pm

    Pandangan ranzizi:

    “Amboi sedapnye Bron, “Kota Sodomi” lah”, HAI ADA RASA TU BAGUSLAH. INGATKAN SEJAK DIINDOKTRINASIKAN OLEH RPK SEMUA SUDAH JADI BUTA HATI DAN TERBIASA DENGAN BUDAYA FITNAH MEMFITNAH.

    KALAU ADA PIHAK YANG NAK DISALAHKAN DALAM ASPEK KEBEBASAN MENULIS, TOLEHLAH KE BELAKANG DAN NILAILAH PERBUATAN RPK DAN DIRI SENDIRI TERUTAMA DALAM RUANG MAYA.

    SELAIN MENGAJAR MELONTARKAN KRITIKAN MENURUT PERASAAN HATI, RPK SEPATUTNYA AJARLAH SEKALI BAGAIMANA NAK MENGELAK LONTARAN BALAS OLEH PIHAK LAIN. KALAU TIDAK, BENJOLLAH DAHI BRKAN?

    “Ko UMNO bhg mana Bron?” SAYA BAHAGIAN TR (TANJUNG RAMBUTAN) Kita tak pakai budaya Timur, kita pakai budaya Islam. APAKAH CARA ANWAR BEKERJA DENGAN PEMBANTUNYA MENGIKUT BUDAYA ISLAM? APAKAH CARA PROTES DALAM STADIUM DENGAN MENDENGAR MUZIK BERAT BERTEPATAN DENGAN BUDAYA ISLAM?

    p/s: kenapa PKR nak nampak lebih Islamik daripada Pas? Bolehkah?

  10. hellboy on July 22nd, 2008 11:43 pm

    Kalau di buat analisis menteri2 ko bron,lagi lah hancur.Adakah seorang peminum arak layak mentadbir negara?Adakah penzina juga layak mentadbir negara?Apatah pula pembunuh yg menggunakan C4?Pemimpin yg flip flop dan penipu?Pecah amanah?Rasuah bilion2?Menyalah guna kuasa utk kepentingan diri?Sombong dan bongkak?Islamik kah?

  11. Bron on July 23rd, 2008 1:01 am

    Apa guna kau senaraikan semua itu sedangkan ia boleh disenaraikan balik kepada BR?

    Oh ya, ada satu aja yang terdapat dalam kalangan pembangkang iaitu istilah sodomi tetapi tidak ada dalam kamus pemerintah. Pelik tetapi tidak melucukan?

  12. hellboy on July 23rd, 2008 1:36 pm

    Pemerintah UMNO raja konspirator,satu sikap yg pengecut yg melacurkan institusi kehakiman dan pihak polis utk mempertahankan kuasa.Ye lah,kalau takder kuasa nanti, bila rakyat bukak file2,kompem lah puak2 tu menghuni penjara Sg buluh,mahupun penjara Kajang.Rata-rata 20 tahun penjara,dan ada juga yg bakal ke tali gantung.

  13. Oghangkampung on July 23rd, 2008 2:00 pm

    Sumber rujukan penyokong kuat PR adalah web RPK… Baguslah… RPK kata semua angguk lepas tuh balik kampung dok cerita kat oghang… Oghang tuh salah… Oghang ini salah… Apa dalam tuh SEMUA depa percaya… Lepas tuh semua tuh jadi bukti pulak tuh… Lagi la pening…

    Bila diminta buat satu site kat oversea letak segala bukti2 nih bagi oghang tengok… Tak dak pulak yang sanggup… Macamana tak nak kena tangkap.. Pikiaq2 lah sendiri… Kalau dah dok kata oghang bodoh… Kita saja pandai, buatlah… Cakap saja tak guna… FITNAH namanya…

  14. bongkersz on July 23rd, 2008 2:55 pm

    RPK memang bodoh, sebab dia tak letakkan semua bukti, bagitau apa yang dia ada supaya orang UMNO boleh fikir bagaimana nak hapuskan bukti. RPK memang bodoh. Itu pasal kena tangkap polis. Tapi polis, dengar cakap Syed Hamid Albar, Syed Hamid dengar cakap Pak Lah.

    Oghangkampung, jikalau ko pernah baca Malaysia Today, berlambak bukti, surat-surat, laporan polis, pengakuan bersumpah ada disertakan dalam artikel RPK. Bodohnya beliau.

  15. bongkersz on July 23rd, 2008 2:59 pm

    Bron, kalau tak boleh bagi hujah yang pintar sikit.. tak payahlah.. nanti orang ketawa. Buat macam aku.. buat bodoh. Kalau ada kes liwat, pertama, mana laporan polis. Jangan banyak alasan, laporan polis RM2 boleh dapat, mengapa kes liwat Anwar susah nak dapat? Layanan istimewa? Kedua, buat tuduhan di mahkamah, mengapa lepaskan Anwar tempoh hari? Apa yang hendak ditunggu lama-lama?

  16. bluessmurf on July 23rd, 2008 5:23 pm

    RPK suka lempar FITNAH sebab beliau dan bang Nuar banyak DUIT. al maklumlah…..pihak barat backing mesti power punyer……bukan sejuta dua.

    lu lempar fitnah RPK, wa lang tanggung lu!

    mungkin itu yang diucapkan oleh wakil barat pada kedua-dua mereka.

    p/s i’m not surprise at all…….

  17. bluessmurf on July 23rd, 2008 5:26 pm

    bonkersz,
    lu tak baca keputusan hakim bila hakim memutuskan keputusan 2:1. lu baca betul-betul. lu bongkar yang tu dulu.

    antara yang disentuh oleh keputusan ketiga-tiga hakim ialah

    ‘kami tidak nafikan perkara di tivolli villa itu benar-benar berlaku’.

    cuba lu kasi hujah yang benar lagi sohih untuk membidas dakwaan wa. ada beran?

  18. sil80 on July 23rd, 2008 11:28 pm

    mintak kes ni cepat disiasat supaya kita tahu sapa benar.tak kira la anwar benar ke saiful benar ke.tak perlu nk lambat2 dan byk songeh(cth:tanak bg DNA).org dh tak sabar nak tgk muka sebenar gay msia.saiful atau anwar?

  19. Bron on July 24th, 2008 1:25 am

    Bonkerz,

    Bron, kalau tak boleh bagi hujah yang pintar sikit.. tak payahlah.. nanti orang ketawa. Buat macam aku.. buat bodoh. Kalau ada kes liwat, pertama, mana laporan polis. Jangan banyak alasan, laporan polis RM2 boleh dapat, mengapa kes liwat Anwar susah nak dapat? Layanan istimewa? Kedua, buat tuduhan di mahkamah, mengapa lepaskan Anwar tempoh hari? Apa yang hendak ditunggu lama-lama?

    Kau bolehlah cakap sebab bukan kau yang terlibat dan bukan kau yang tanggung malu kalau liwat sememangnya berlaku?

    Kan kau boleh saman bagi pihak Nuar kalau kau rasa dia layak dapat repot berkenaan, ia adalah percuma.

  20. Bron on July 24th, 2008 1:28 am

    Agak-agaknya dia ni “paedophile ke?

    p/s: hai bonkerz, cun nampak

  21. hellboy on July 24th, 2008 10:01 am

    Kerajaan Mesia byk buat klakar dalam kes Anwar ni.Tu pasal lah rakyat mesia (yang celik) dan masyarakat dunia anggap ianya sbg konspirasi.Cuba la siasat secara profesional,ini sampai anu pon nak ukur bape panjang.Jahanam lah mesia tak lama lagi dibawah kepimpinan yg korup

  22. Bron on July 24th, 2008 10:40 am

    lagi seorang mangsa beliau

  23. bongkersz on July 24th, 2008 10:56 am

    bonkersz,
    lu tak baca keputusan hakim bila hakim memutuskan keputusan 2:1. lu baca betul-betul. lu bongkar yang tu dulu

    bluesmurf, lu memang nampak bebal. kes lingam ada ikut? ada baca ulasan kes lingam? siapa hakim kes anwar? siapa pegawai penyiasat? siapa peguam negara? dimana mereka sekarang? kalau takder baca, diam lah. nanti nampak lagi bodoh :) wa apa yang tidak berani, lu satu soalan gua pun lu tak jawab lagi.

    Bron, jawab soalan, jangan sidetrack. Ko ni tak boleh jawab soalan dengan baik macam shabery cheek itu ke? soalan simple macam tu tak boleh jawab, melencong jauh gila babi. aku memang boleh cakap macam tu, tapi soalan aku ada isi, tak macam jawapan ko yang entah hapa hapa.

    inilah contoh orang umno, sentiasa melencong dari isu sebenar. itu gambar masa kecik aku. ko meleleh air liur tengok?

  24. bongkersz on July 24th, 2008 10:58 am

    RPK suka lempar FITNAH sebab beliau dan bang Nuar banyak DUIT. al maklumlah…..pihak barat backing mesti power punyer……bukan sejuta dua.

    lu lempar fitnah RPK, wa lang tanggung lu!

    mungkin itu yang diucapkan oleh wakil barat pada kedua-dua mereka.

    p/s i’m not surprise at all…….

    This kind or argument by you, I am not surprise at all why you are supporting UMNO. UMNO memang perlukan orang yang otak dekat punggung untuk terus memerintah.

  25. hellboy on July 24th, 2008 11:05 am

    Budak2 UMNO ni malas membace ler,balik2 baca utusan n website UMNO,itu jer.Itu yg nampak bodoh sgt tu bila setiap kali berhujah. Baguslah jugak mereka di pihak UMNO,samalah 2 x 5 dgn menteri2 dia. Memalukan mesia sungguh ada bangsa jenis ni.

  26. Bron on July 24th, 2008 12:33 pm

    Pandangan BR,

    “Budak2 UMNO ni malas membace ler,balik2 baca utusan n website UMNO,itu jer.Itu yg nampak bodoh sgt tu bila setiap kali berhujah. Baguslah jugak mereka di pihak UMNO,samalah 2 x 5 dgn menteri2 dia. Memalukan mesia sungguh ada bangsa jenis ni.”

    Ulasan:

    Betullah tu BR ni dok baca harakah dan Mt tetapi takut lontar kritikan terhadap harakah dan Malaysia Today. Semua ini dapat diikuti dengan jelas sejak dari dulu lagi.

    Hakikatnya Harakah tu penuh dengan cerita konspirasi dan MT penuh dengan karya fiksyen. Kedua-duanya menarik minat bebudak Pas dan PKR. Itu pun kita faham kerana naluri manusia suka cerita mengarut.

    BN saya nampak banyak kelainannya. Mereka ini dah biasa dengan kritikan. Sebab itu blog KPMU ini cool dan selamba aja kalau ada pelawat dari kalangan BR yang menampilkan sikap tidak berhemah dan rendah budi bahasa.

    Malangnya apabila Pas dan PKR kena liwat, rogol dan paedophile di laman siber, mereka tidak nampak seperti seorang muslim atau rakyat yang matang. Mereka tidak dapat menerima kritikan dan paling teruk menggunakan agama sebagai perisai!!!

  27. Bron on July 24th, 2008 12:44 pm

    Pandangan BR (bonkersz),

    “UMNO memang perlukan orang yang otak dekat punggung untuk terus memerintah.”

    Ulasan:

    Kalau setakat ini kebolehan BR mereka sebenarnya jauh tidak berotak berbanding dengan BN

    “Pas/PKR memang perlukan orang yang otak dimasukkan dalam dubur untuk terus menjatuhkan pemerintah.

  28. hellboy on July 24th, 2008 12:45 pm

    Cool apanyer Bron.Tak abis2 bila nko dah mati akal,masuk balik bab liwat.Itu ajer yg ko tau,kalau nak merasa pergi le chow kit.

  29. singkang on July 24th, 2008 2:56 pm

    BISMILAHHIRAHMANIRAHIM
    SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHD SAW.ASSALAMUALAIKUM MASYAALLAH ! TUDUHAN KPD ANWAR TERUK.BACA DAN RENUNGKANLAH.

    Tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang amat berbeza dgn situasi 1998.pd masa itu anwar mungkin boleh berkata konspirasi kerana beliau masih tpm,sekarang bukan tpm.pd 98 semua tertuduh kes liwat ditahan polis terlebih dahulu dan membuat pengakuan diliwat semasa dlm tahanan polis,keculi azizan yg membuat pengakuan awal di hadapan bekas imam besar masjid negara,yg mana sekarang bekas imam itu ahli parlimen baling ,kedah.

    Sekarang pulak si saiful ini buat pengakuan bukan di bawah tahanan polis.betul saiful ada berjumpa dgn najib (tpm),tetapi najib pun tak berani bagi komen apa2 kerana takut dituduh berkonspirasi atau perangkap drp anwar,najib hanya berkata kpd saiful buat apa yg perlu.habis setakat itu pertemuan dgn najib.keesokan hari saya difahamkan saiful ke hkl kerana hendak buat pemeriksaan susah utk membuang air besar dan setelah pemeriksaan doktor megarahkan saiful membuat laporan polis di pondok polis hkl.bukannya saiful pergi buat laporan polis secara “grand” dgn diiringi wartawan dan dan politician,kemudian hebahkan di media masa secara meluas.

    Media masa mula melaporkan perkara ini pun setelah dihebahkan oleh anwar di hotel quality shah alam yg polis akan menangkap beliau kerana ada konpirasi politik terbaru.dan keberanian yg ada pada saiful ini agak luar biasa,tanpa akuan bersumpah,dgn diiringi keluarga ke hkl utk pemeriksaan.dan jarak antara tempoh diliwat dgn tempoh laporan sgt dekat.diliwat 26.jun,laporan polis 28.jun.

    Sebenarnya pada 27 jun,anwar sudah mula gelisah apabila saiful hilang.beliau menelefon ke sana sini bertanya tentang saiful dan mengarahkan org2 yg rapat dgn beliau mencari saiful.kenapa beliau gelabah jika pembantu kpd pembantu peribadi beliau yg hilang ? pd tahun 98,kita semua boleh lihat pd masa itu majority org melayu bersama anwar.tetapi sekarang berapa kerat sgt org melayu bersama anwar.ini boleh diukur dgn perhimpunan di ipk kl dan di rumah anwar.

    Persoalannya jika saiful pembantu kpd pembantu anwar,kenapa anwar agak rapat dgn saiful dan dibawanya saiful beberapa kali ke luar Negara dan ke sabah.jika anwar betul2 ada akal beliau tidak pilih budak saiful ni sbg pembantu,saiful ni budak mentah lagi,tiada pengalaman politik,kenapa beliau tidak pilih di kalangan pemuda2 pkr atau mpt pkr sbg pembantu,sedangkan mereka ini lbh pengalaman.

    Sepertimana yg kita semua sedia maklum yg saiful ini bersedia utk bersumpah,tapi kenapa anwar tak sanggup bersumpah.MASYAALLAH ! wahai sahabatku sekelian sedarkah anda semua tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang AMAT BERAT,DICELA,DIHINA,DIAIBKAN bukan saja seluruh Negara malah boleh dikatakan seluruh dunia.dan ini boleh mencacatkan pandangan masyarakat dan dunia islam terhadap anwar yg sering dipandang dan dilabel sbg pemimpin berimej islam.Pesoalan juga timbul difikiran saya,kenapa kedua dua peguam yg mewakili anwar dlm kes ini India.kenapa tiada peguam melayu islam sepertimana dlm kes pertama dulu,yg mana beliau diwakili oelh 9 peguam terdiri drp pelbagai agama dan bangsa termasuk islam.

    Perbicaraan di mahkamah masih lagi lambat,imej anwar harus dpulihkan segera.tida cara lain utk membersihkan nama beliau melainkan dgn cara BERSUMPAH ATAU BERMUHABALAH.andaikata perbicaraan di mahkamah nanti pun memutuskan anwar bersalah,tetapi jika anwar sudah bersumpah ianya dapat mengembalikan keyakinan org2 islam utk bersama beliau,dan org2 ini tetap yakin anwar tak bersalah dan pada masa kita dpt bayangkan berapa ramainya penyokong anwar pada masa itu.dan pada masa itu barulah kita boleh bercakap perkara ini semua konspirasi.

    Anwar tak perlu guna helah ada ulamak kata tak perlu bersumpah,anwar juga harus ambil kira ada ulamak yg suruh bersumpah termasuk tok guru nik aziz.perbezaan pendapat ulamak ini perkara biasa,seperti mana sabda nabi perbezaan pendapat antara ulama diakhir zaman ini adalah rahmat buat umatku (kpd mereka yg arif,kalau saya salah tentang sabda ini tlg perbetulkan saya).

    Tentang qazaf dan apa yg saya faham,qazaf ini digunapakai terhadap tuduhan berzina,maknanya org yg melakukan seks atau liwat atas dasar suka sama suka dan apabila ditangkap mereka tak mengaku,maka hendaklah kita kemukakan empat saksi.sebab itu pencegah maksiat jika hendak buat serbuan mereka mesti ada 4 org atau lebih.bg org yg membuat pengakuan dia diliwat atau dirogol jika kita gagal kemukakan 4 saksi maka penyelesaiannya ialah BERMUHABALAH.Anda semua harus pandai bezakan antara zina dan rogol.zina suka sama suka,rogol paksaan.mana ada dlm dunia ni perogol atau peliwat yg nak rogol atau liwat mangsanya di depan 4 org.mestilah ianya dilakukan ditempat sunyi,kalau dah ada 4 org saksi maka si perogol atau peliwat ini dah tentu MAKAN PENENDANG 4 org ini tanpa sempat merogol atau meliwat.

    Sbg contoh seorang wanita cantik cun melecun sedang berjalan di kawasan sunyi,tiba2 dtg seorang lelaki tarik beliau masuk ke dalam kereta dan dibawa ke dlm hutan lalu merogolnya.wanita itu tidak melawan semasa dirogol kerana takut dibunuh dan bibakar mayatnya,maka wanita itu pun terpaksalah buat berpura pura suka pada perogol ini.selepas selesai episode rogol merogol ini,wanita ini pun pulang dgn selamat dan beritahu keluarga beliau yg dia dirogol,kemudian wanita ini di bawa ke pejabat agama utk buat laporan,dan pada masa itu pegawai agama itu akan bertanya begini.kamu ada 4 saksi tak melihat kamu dirogol ? wanita itu jawab tiada.kalau tiada kamu boleh balik,kerana gagal kemukakan 4 saksi.ADAKAH INI KEADILAN YG DIKEHENDAKI DLM ISLAM ? DI MANA KEADILAN ? CUBA BAYANGKAN JIKA PERKARA INI BERLAKU KPD ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA KITA.

    Wahai sahabatku,islam dan sains teknologi ini ada kena mengena,kalau takde kena mengena maka sampai hari ini pun kita masih naik unta atau kapal laut ke mekah,jika tiada kena mengena susah kita hendak menentukan arah kiblat,tarikh puasa dan hari raya.jika tiada kena mengena maka tak sampailah org islam di angkasa lepas.sebab itu ada satu ayat yg diperkatakan oleh yusof qardhawi (ulamak sanjungan anwar) iaitu QARENAH.dan QARENAH ini ,pendapat drp yusof qardhawi ini yg mengatakan kaedah yg boleh diterima pakai oleh semua pihak dlm islam sekarang adalah perkara yg berkaitan dgn sains dan teknologi termasuklah cctv ,DNA dan apa2 lagi yg ada kaitan yg boleh dijdikan bukti dari sudut sains dan teknologi,selain drp 4 saksi tadi.

    Oleh yg demikian jika anwar ibrahim atau saudara mara beliau atau kenalan2 beliau yg terbaca tulisan ini,nasihatlah kpd beliau jika beliau tak bersalah cepat cepatlah bersihkan nama beliau dgn cara BERMUHABALAH,tak payah lagi teruskan pelbagai kerenah seperti sekarang kerana ianya amat lambat utk pulihkan imej beliau.kasihanilah bapak beliau (pak berahim) yg sedang uzur sekarang dan juga kasihanilah anak isteri beliau.apakah dia sanggup melihat bapa beliau memejamkan mata di dunia ini dgn pelbagai tuduhan yg mengaibkan anwar,sperti mana ibu anwar dulu memejamkan mata beliau sewaktu anwar di penjara..ingat wahai sahabatku,tuduhan terhadap anwar ini amat aib sekali,maka beliau perlu berusaha membersihkan nama beliau secepat mungkin.anwar juga harus memikirkan maruah anak isteri beliau,mereka juga malu hendak berdepan dgn masyarakat selagi anwar tak bersihkan nama beliau.saya juga dimaklumkan yg anak lelaki anwar sekarang ini mohd ikhsan juga hidup dlm tekanan,hingga berkrisis teruk dgn anwar.budak remaja ini seperti tiada arah tuju sekarang,sudah mula merokok di kawasan kolej (help institute) damansara,hingga merunsingkan pengetua kolej.sebab itu jika kita melihat setiap kali kemuculan anwar dimana2 beliau hanya ditemani oleh anak2 perempuan,anak lelaki tunggal beliau tidak ikut sama.wallahualam.

    Sekiranya anwar bersalah,maka saya rasa lebih baik beliau selesai kes ini dgn saiful diluar mahkamah,serta mohon maaf kpd seluruh rakyat Malaysia,jgn terlibat dgn politik lagi dan bawa keluarga berpindah ke luar Negara.jika anwar sanggup lakukan semua ini rakyat Malaysia akan kenang anwar sbg pemimpin yg jujur dan berani mengaku kesalahan.pd pendapat peribadi saya,tak ingin melihat anwar dipenjara,kerana beliau sbg bekas pemimpin sedikit sebanyak ada juga jasa kpd Negara,tak sanggup melihat seorang yg dah berusia 60 tahun ada anak isteri,cucu dan menantu berada di penjara.kerana pada waktu usia sebegini sepatutnya waktu utk beliau hidup bersenang lenang bersama keluarga,bukannya di penjara.ingat wahai dsai masih belum terlambat utk kita menyesali kesalahan yg pernah kita lakukan.allah itu maha pengampun,maha penyayang kpd umatnya.sedangkan nabi boleh memaafkan umatnya ,apatah lagi kami rakyat Malaysia yg sentiasa mudah melupakan kesilapan2 pemimpin2.jika anwar berada diluar Negara sekalipun,tidak semestinya beliau tidak boleh memberi pendapat2 yg bernas yg boleh dikongsi bersama utk Negara ini.saya tidak nafikan ada juga pendapat2 anwar ini yg baik dan boleh dipakai.saya juga sanjung pendapat2 anwar semasa debat harga minyak tempohari,sekurang kurangnya ianya dpt membuka mata kerajaan melihat masaalah rakyat. Saya pun tak suka juga harga minyak mahal.

    Oleh yg demikian saya harap anwar dapat fikir semasak masaknya,keputusan yg harus dibuat.jgn buang masa dgn pelbagai kerenah seperti sekarang,kerana jika ianya tidak diselesaikan dgn segera maka lebih banyak persepsi yg akan timbul dan lebih banyak pekung didada yg akan terbongkar.walahualam,hanya allah swt dan anwar sendiri yg tahu segala galanya.

    Sekian sahaja setakat ini,yg baik dtg drp allah,yg buruk dtg drp saya.

    wasalam
    ZEMI

  30. sil80 on July 24th, 2008 6:23 pm

    Muhabalah utk bersihkan nama,yang paling penting supaya rakyat dapat melihat KEBENARAN!

  31. singkang on July 24th, 2008 7:44 pm

    itulah kebenaran yang rakyat mahukan , bila nama dah bersih maka itulah kebenaran, x nuar takut pada kedua-duanya.

  32. singkang on July 24th, 2008 7:44 pm

    jambu gak bapa saudara saiful ni ek,,,,,aku rasa dia sebenarnya hellboy

  33. hellboy on July 25th, 2008 8:45 am

    Itu uncle pet la

  34. melayu on July 25th, 2008 1:06 pm

    hye…hellboy ko tak abis2 ckp pasal menteri pempuan tak pakai tudung….tp aku tgk masa PRU baru ni ramai jugak org2 PAS yg tak sembayang subuh asyik takbir je sbb blh tangkap pengundi hantulh konon, benda ni aku tgk dgn mata aku sendiri padahal tempat berlakunya kejadian di pekarangan masjid..kata parti islam penyokongnya tak sembayang subuh …benda ni betul2 berlaku di masjid terapung trg…aku duduk dlm masjid sampai pkl 8.30 pg dgr org mengajar…. takde penyokong pas yg msk nk menunaikan solat…mana perginya islam diorg ni….kalu sembayang pun tak…

  35. hellboy on July 28th, 2008 3:37 pm

    Kalau tudung pon dah tak pakai,apatah lagi solat kan.Pikir2 kan lah

  36. melayu on July 29th, 2008 1:06 am

    yang saya maksudkan dikalangan org2 pas itu sendiri yg tidak solat subuh dlm kes yg seperti sy terangkan diatas… saudara hellboy….adakah mereka islam klu solat pun tak? n adakah seorg yg tidak pakai tudung itu tidak solat….adakah saudara nampak ia tidak solat? klu tak ia dinamakan fitnah….tentu saudara tahu apa hukumnya dlm islam…n berapa kalikah saudara hellboy tinggal solat subuh? fikir-fikirkanlh antara yg tak pakai tudung dgn yg tidak solat mana yg lebih teruk? bkn hanya tak solat malah menakutkan jemaah yg hendak menunaikan solat di masjid dlm kes ini….ini bermakna ia menghalang seseorg muslim menunaikan ibadat kdp yg maha esa…besar betul dosanya…

  37. Bu Lan on July 29th, 2008 1:51 am

    Alamak!! kat sini ada juga manusia yang melabelkan diri mereka sebagai ‘ahli neraka’ yang boleh berhujah berkenaan dengan Islam, tudung, solat?? Apakah ini salah satu petanda bahawa hari kiamat semakin hampir?

    Adakah ini merupakan petanda awal kemunculan al-masih Dajal? Mampukah kita melawan fitnah daripadanya? Berdoalah agar kita sama-sama dilindungi.

    Jangan kita terpengaruh dengan dakwaan makhluk ini, walaupun ia membawa risalah kebaikan, kesenangan, dan keamanan. Berwaspadalah kita dengan tipu muslihatnya. Ibarat menghulurkan sebuku roti berperisa racun tikus kepada seorang musafir yang kelaparan, begitulah perumpamaan muslihatnya. Seorang insan yang berjuang demi Tuhannya, tidak akan sekali-kali mecalitkan kekotoran dan kehinaan pada dirinya dengan sengaja (termasuk nama-nama yang hina), melainkan ia difitnah.

    Namun jika sudah terang lagi bersuluh kita nampak akan kejahatannya (nama atau tingkah lakunya) sedang ia masih berupaya untuk mengubahnya (dengan akal yang waras), melainkan tiada sebarang kepastian akan dirinya, jadi mengapa harus kita melayan segala kehendak nafsunya?? Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya….

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom