Top

PAS - Jika sesat pulanglah ke pangkal jalan

July 24, 2008 by Pendeta 

Jika kita teliti kisah pertemuan PAS dan UMNO jelas PAS sememagnya sangsi untuk bekerjasama dengan PKR dan PAS juga agak keberatan untuk menubuhkan kerajaan dengan PKR. Kesangsian ini telah ada di peringkat awal mereka boleh menubuhkan kerajaan melalui kemenangan campuran parti pembangkang. Oleh kerana keakraban Anwar dan juga Kamaruddin telah mendorong PAS bersama dengan PKR dan DAP menubuhkan kerajaan Selangor.

Nik Aziz bersendirian dan tidak dibawa campur dalam pertemuan ini kerana mereka faham bahawa Nik Aziz tidak akan berkompromi dengan UMNO kerana bagi Nik Aziz UMNO terlalu jijik berbandingkan dengan DAP atau PKR. Akhirnya PAS memilih untuk mengikut kesesuaian masa dan mengikut rentak dan tari PKR dan DAP hanya kerana mahukan sokongan kepopulariti mengikut keadaan dan bukan kerana perjuangan. PAS mengikut arus dan sanggup membuang semua perjuangan asal mereka.

Kata Nik Aziz : Kita nak jaga Islam, jaga UMNO apa yang akan kita dapat. UMNO ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana UMNO. “Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan UMNO, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,”ujarnya. Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin UMNO.

DAP dan PKR bukan parti sekular, mungkin DAP dan PKR adalah parti yang memperjuangkan Islam, itulah sebabnya Nik Aziz bekerjasama menubuhkan kerajaan di Selangor. Apa yang mereka perolehi sekarang ?
Projek Mega Babi, dan Projek Bandar Cina. Apakah potfolio EXCO-EXCO Melayu dalam kerajaan Selangor hari ini berbanding dahulu ? Itu sahaja taraf orang Melayu yang berjaya PAS perjuangkan. Kita lihat pula siapakah yang menguasai kedudukan ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Berapa ramai aktivis PAS yang berada di situ, berapa ramai Melayu yang ada di situ?

Masihkah penyokong PAS mahu menafikan bahawa dalam masa empat bulan ini pusat penjualan VCD cetak rompak dan lucah tumbuh bak cendawan muncul selepas hujan di kawasan-kawasan seperti Subang Jaya, Ampang dan Klang? Dahulu PAS mendakwa kerajaan BN anti Islam kerana membenarkan Pusat hiburan dibuka sehingga jam 1 pagi. Hari ini bukan sahaja ia tidak ditutup atau dikurangkan masa, malah bertambah pula masa pembukaannya. Berjayakah PAS melaksanakan agenda Islamnya?

Hakikatnya, PAS tidak lagi berminat untuk agenda politik Islam dan Melayu mereka. Sebab itu Khalid Samad boleh berucap di dalam Gereja di Shah Alam menyokong usaha membenarkan nama Allah digunakan sebagai ganti nama tuhan dalam bible bahasa Melayu. Pas hanya mahukan kuasa. Mereka tahu kerajaan campuran BN-PAS akan berakhir apabila berlaku pilihan raya. Belum tentu mereka akan menang seperti sekarang. Ini bermakna jawatan mereka tidak akan berpanjangan.

PAS kini terumbang ambing tidak tahu kemana arah tunju perjuangan politik mereka, jika dahulu mereka memperjuangkan Hudud kini mereka sendiri membuat laporan Polis terhadap khabar angin mereka akan
menubuhkan kerajaan Islam dan melaksanakan hudud. Bukankah ini agenda perjuangan mereka? JIka pun ia tidak benar, mengapa PAS hari ini begitu takut dengan isu-isu negara Islam dan hukum hudud, jauh sekali membicarakan perjuangan Melayu. Di Pulau Pinang, PAS menerima penubuhan Majlis Antara Agama oleh kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Mana perjuangan mereka ketika membantah Inter Faith Council suatu ketika dahulu? UMNO terus membantah penubuhan IFC biarpun kalah dalam pilihan raya, tetapi PAS sudah menerimanya kerana menang pilihan raya yang lalu.

Oleh : Mat Zin

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

45 Responses to “PAS - Jika sesat pulanglah ke pangkal jalan”

  1. bluessmurf on July 24th, 2008 3:40 pm

    Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, ” Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan cara mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka.” (Sahih Bukhari 2297)

    Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyia ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan. Menurut hadith: ” Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama”.

    Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua ? Menurut Hadith ini : Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.

    Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang bodoh ? Menurut hadith di atas : Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya.

    Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana didapati bahawa Dato’ Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam ? Bagaimana pulakah fatwa Dato’ Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut ?

    Persoalan seterusnya ialah PAS berkata “Cuma ulama sahaja yang layak menjadi pemimpin”. Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS, mestilah terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Fadzil Nor, Mohammad Sabu dan Mahfuz Omar menjadi ulama. Mereka semua mengaji kat mana ? Berapa juzuk AlQuran yang mereka hafal ? Jangan-jangan mereka ini orang bodoh yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.

    Ketahuilah! Sesuatu disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah benar dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Oleh itu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith tersebut di atas

    sekian.

  2. politikus on July 24th, 2008 3:41 pm

    MCM NI LA MUDAH, JIKA PAS SESAT, TAK PAYAH NAK PUJUK KE PANGKAL JALAN, FATWAKAN SAJA MENGGUNAKAN MAJLIS FATWA BAHAWA PAS SESAT DAN WAJIB DIHAPUSKAN. ITU SAHAJA CARANYA KITA BERHADAPAN DENGAN PUAK-PUAK YANG SESAT SEPERTI YANG DILAKUKAN KEPADA KUMPULAN AYAH PIN DAN RASUL MELAYU

  3. Bron on July 24th, 2008 3:56 pm

    Buatlah kajian yang objektif. Berapa orang ulama yang ada dalam Pas dan berapa ramai pula yang berada di luar Pas.

    Walau pun Pas menyarung jersi agama itu tidak bermakna pandangan mereka dari sudut berkenaan akan sentiasa diiakan sepenuhnya seolah-olah pendapat mereka ini (manusia) 100% benar.

    Pas hanya sebuah parti politik. Ia bukan NGO. Pas mempunyai matlamat duniawi. Dari aspek ini mereka tidak juga ada bezanya dengan DAP dan PKR.

  4. bluessmurf on July 24th, 2008 4:04 pm

    bron. betul tu.. PAS hanya sebuah parti politik. stakat tu saja.

  5. Bron on July 24th, 2008 4:05 pm

    Ulama dulu lain. Mereka sanggup meredah lautan bergelora dan gurun pasir nan kering kontang semata-mata untuk menyampaikan mesej dan menyeru manusia kepada kebaikan.

    Parti politik lain. Ia tidak berfungsi seperti ulama yang disebutkan di atas. Matlamat mereka juga lain. Paling menonjol, mereka perlukan kawan untuk beroleh kejayaan.

    Kalau kawan mereka satu kepala tidaklah mengapa. Bagaimana kalau kawan mereka itu hanya mahu memperkudakan mereka untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.

  6. politikus on July 24th, 2008 4:08 pm

    HARAMKAN PAS LA, KAN KE SESAT TU. TAKYAH CAKAP BANYAK

  7. bluessmurf on July 24th, 2008 4:09 pm

    antara perkara yang dilakukan oleh partai pewaris nabi….

    Katanya, sebagai mangsa tragedi itu, dia mahu hasil kutipan tabung itu diserahkan kepada pihak yang sepatutnya.
    ”Fadzil perlu menyiasat ke mana aliran wang hasil kutipan tabung itu selepas ia dilancarkan pada tahun 1987,” tegasnya yang mendakwa dirinya sebagai ahli Pas.
    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2000&dt=0830&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=fp_05.htm&arc=hive

    p/s cuba lihat isu tabung memali. aliran tunai tabung itu masih lagi tak telus. tak masuk lagi perihal tabung-tabung kutipan semasa ceramah diadakan. ntah kemana pergi mengalirnya duit tu……berlagak pewaris nabi tapi rembat duit orang kampung!

  8. bluessmurf on July 24th, 2008 4:14 pm

    Fatwa seleweng pecah belah ummah

    Sebagai contoh, antara ucapan yang paling bahaya ialah Amanat Tuan Guru Haji Ab. Hadi yang dipetik daripada ceramah beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Hukum yang boleh difahami daripadanya ialah mati syahid kerana lawan UMNO dan BN.

    Kesan buruk dari amanat itu telah mencatat ‘hari ini dalam sejarah ibadat umat Islam’ kerana menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam dan sembahyang dua Jumaat sekampung. Amalan ini masih berterusan sehingga sekarang di 39 buah kariah di Terengganu.

    Peristiwa orang Pas menunggu orang UMNO selesai sembahyang Jumaat baru mereka menunaikan Jumaat berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di masjid kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Saya mempunyai rakaman video peristiwa itu sebagai bukti.

    Peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985 juga ada kaitan dengan amanat tersebut. Dalam video yang saya rakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan rumi.

    Amanat Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Saya sendiri berada di dalam DUN itu ketika Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan iringan tangis kerana sedih dengan fatwa karut itu. Abdul Hadi bangun mencelah, “itu memang benar ucapan saya”.

    Peristiwa Memali adalah suatu tragedi yang sungguh menyayat hati. Wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis daripada menjalankan tugas. Golongan lemah ini kelihatan terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Penjenayah yang sebenar berlindung di dalam kawasan rumah pemimpin mereka, Ibrahim Libya.

    Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin Pas akan terus menyelewengkan fakta bahkan mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut di samping terus menegakkan hukum ciptaan mereka.

    Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut, Terengganu pada 29 Disember, 1985 mengulangi ketegasan hukum syahidnya itu (rakaman video ada pada saya).

    Katanya; Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syhuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid.

    Fatwa yang sama juga pernah dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buktinya ada dalam buku Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi karangan Omar Khalid, bekas aktivis Pas.

    Omar pada muka surat 26 dalam buku berkenaan menyebut: Saya telah mendengar sendiri daripada mulut ustaz Nik Abdul Aziz semasa dia mengajar di masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid.

    Bagaimanapun, nampaknya akhir-akhir ini pimpinan Pas cuba menafikan seboleh-bolehnya tentang tindakan mereka mengkafirkan orang UMNO. Berita Harian 3 Jun 1999 melaporkan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan pelampau-pelampau Pas di mana beliau menganggap merekalah yang mengkafirkan orang UMNO.

    Mingguan Malaysia 6 Jun 1999 pula melaporkan Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor dengan terang-terang menyalahkan UMNO mengenai isu mengkafirkan ahli UMNO ini. Pokoknya apabila sudah terkepung terpaksalah mencari pelindung. Belum lagi sampai ke akhirat sudah pun tidak sanggup bertanggungjawab. Apa pula halnya dengan ahli-ahli Pas yang sekian lama bermusuhan sesama saudara, bercerai-berai suami isteri dan sembahyang berlawanan selama ini? Sudahkah pemimpin Pas isytiharkan kepada ahli Pas bahawa orang UMNO tidak kafir dan parti mereka tidak boleh menjamin syurga dan neraka? Bagaimanakah pula kepada mereka yang telah mati?
    Bagaimanapun, penafian mengkafirkan ahli UMNO ini nampaknya tidak disampaikan kepada ahli-ahli Pas. Dengan itu tidak hairan jika mereka tetap terus berpegang kepada fatwa lama dan menganggap orang UMNO kafir. Buktinya sangat mudah. Jika penafian berkenaan sudah sampai kepada ahli Pas dan mereka menerimanya, sudah tentu pemulauan tidak akan berlaku dan sembahyang Jumaat dua sekampung akan berhenti. Itulah jawapan praktikal saya.

    Abdul Hadi juga cuba membuat penafian mengenai amanatnya dalam akhbar tabloid Eksklusif 21-27 Jun 1999 di mana beliau berkata: Malahan dalam ucapan saya itu tidak pernah saya mengatakan UMNO itu kafir, cuma saya menyatakan batasan antara iman dan kufur.

    Hairannya, jika Abdul Hadi tidak boleh faham apa yang diungkap oleh beliau, bagaimana boleh timbul hukum “mati kita adalah mati syahid” kalau orang yang kita tentang itu tidak kafir?

    Kalau dikatakan hukum itu tidak ditujukan kepada UMNO, ia juga tidak benar kerana beliau begitu jelas berkata: Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO ….

    Dengan itu saya berani menegaskan bahawa Amanat Haji Abdul Hadi mengandungi hukum yang bercanggah dengan Islam iaitu Lawan UMNO mati syahid. Saya yakin itulah juga kefahaman ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ketika bersidang di Pekan, Pahang pada 19 Februari 1986.-
    OLEH: SAFEI DAUD Pendakwah Bebas.

  9. Pro-Kebenaran on July 24th, 2008 4:27 pm

    PAS yang sesat ke atau UMNO yg sesat ?

    Siapa yg sebenarnya harus pulang ke pangkal jalan ni ??

    Gajah di depan mata tak nampak… tapi kuman seberang laut boleh nampak.

  10. tam on July 24th, 2008 4:31 pm

    AKU TAK BERANI NAK KATA PAS SESAT….SERAHKAN PADA ULAMA YANG MUKTABAR

    Tapi satu soalan lari dari tajuk aku nak tanya korang ?

    ADA KE PEMIMPIN (Pembangkang/Kerajaan) SELAIN TUAN GURU NIK AZIZ YANG SANGGUP HIDUP SEDERHANA DAN TAK SIBUK DOK MENGUMPUL HARTA BENDA ?

    Bak ni aku respek Nik Aziz. Dari sini boleh nampak satu nilai kepimpinan luar biasa

  11. tam on July 24th, 2008 5:11 pm

    Satu lagi dalam dok sibuk kata sapa sesat…

    MINTAK KPMU TEGUR LE.. MENTERI2 WANITA YANG TAK PANDAI2 NAK TUTUP AURAT……TAKKAN KAT MALAYSIA NI TAK CUKUP LAGI KAIN…KALAU BENDA ASAS TU PUN TAK TERJAGA…BENDA2 LAGI BESAR….NTAHLER…TU PUN KENALAH KEMBALI KE PANGKAL JALAN…TAK IKUT ARAHAN ALLAH BUKANKE TU SESAT….JANGAN MARE……

  12. takmaujadimelayu on July 24th, 2008 5:23 pm

    Islam Hadhari kata laki boleh pegang bahu Michele Yeoh!

    Islam Hadhari kata pompuan boleh laga pipi salman khan…

  13. hellboy on July 24th, 2008 5:34 pm

    Cermin diri dulu ler UMNO baru boleh nak tuduh org lain sesat.Cakap macam bagus sgt,ye lah media ko pegang,ko manipulasi.Mintak rakyat yg celik jgn terpengaruh dgn berita yg dilaporkan oleh media yg dikongkong kerajaan.Seeloknya cuba cari maklumat alternatif dan cuba bandingkan.Jgn telan bulat2 je media kerajaan.Media penipu,kalau btol pon maklumat tu dlam 40% ajer.

  14. singkang on July 24th, 2008 5:42 pm

    Hellboy, aku juga rasa kau juga patut balik ke pangkal jalan , terlalu nagatif dalam kehidupan dan selalu beperasangka dan jika 1000 anak melayu yang sentiasa nagatif seperti kau, hancurlah melayu, pulanglah sayang ke pangkal jalan , pesanan ibu terhadap hellboy, Nick pun dah sesat

  15. singkang on July 24th, 2008 5:44 pm

    kenapa x berikan kome tenteng artikel ini, maksud saya isi kandung nya, banyak yg didedahkan pasal projek mega babi, pasal pas boneka dan DAP dan PKR yg menjadi sekutu Pas, Benarkah mereka ikhlas berjuang menggakan agama Islam terutamanya DAP

  16. hellboy on July 24th, 2008 5:51 pm

    Singkang,kau yg sepatutnya balik ke pangkal jalan.Kalau ada 1000 org mcm ko ni org melayu takkan ke mana pun.Dok hari2 baca utusan n tgk berita rtm n tv3,mmg akan mengkorupkan minda anda.Seeloknya cuba lah byk membaca,tak kisah lah blog pembangkang atau kerajaan.Dan cuba buat perbandingan dan pertimbangan sebelum terus melulu menyerang hanya berdasarkan pada akhbar n media2 tersebut.

  17. sil80 on July 24th, 2008 6:00 pm

    pas sebenarnya tak sesat.matlamat mmg murni.pemimpin atasan mmg ok.saya sendiri respect dgn TG Nik Aziz.malangnya ada terdapat strategi2 dan tindakan2 yg tak menyenangkan org lain menyebabkan org kurang gemar bersama PAS.ini byk melibatkan pemimpin bawahan dan segelintir penyokong yg agak ekstrem dan tak menerapkan strategi dakwah yg lemah lembut dan berkesan.kutukan2 dlm ceramah patutnya dihindaran.ia langsung tak menarik minat org2 UMNO utk faham perjuangan PAS.kalau PAS guna strategi yg lemah lembut dan berkesan dlm perjuangan dah tentu ramai yg akan tertarik dgn PAS.sbg contoh isu kafir mengkafir,sikap segelintir penyokong yg melampaui batas (cth byk kat komen di atas) dll .ini menyebabkan PAS kurang dilihat sebagai pejuang utk menegakkan islam tapi lebih dilihat sebagai parti yg menggunakan agama.saya tak kata PAS gunakan agama tapi ini adalah salah faham yg disebabkan sikap segelintir golongan PAS sendiri.dlm isu muzakarah pun kita lihat bagaimana sikap segelintir org2 yg PAS berburuk sangka dgn UMNO.mengapa perlu buruk sangka?

  18. sil80 on July 24th, 2008 6:06 pm

    dalam kata lain sikap PAS dicerminkan dr tindakn dan percakapan pemimpin dan penyokong mereka.kalau ada yg melampaui batas,bkn saja org2 UMNO malah org2 cina dan india tak akan melihat PAS sebagai sebuah parti perjuangan Islam yg unggul.

  19. Pro-Kebenaran on July 24th, 2008 6:15 pm

    Singkang,

    Bukan tak nak komen tetapi artikel2x yg korang tulis kalau bukan kes liwat, pasti tak lari mesti sengaja nak cari pasal menyentuh pasal isu perkauman & agama. Jadi kalau korang menyerang dgn taktik kotor dan jahat sedemikian, susahlah org nak komen …sebab siapa la berani kan nak ambil risiko nak berdebat dgn sesuatu yg bodoh dan tak bertanggungjawab ni.

    Contohnya petikan dari artikel di atas :

    1) Apakah potfolio EXCO-EXCO Melayu dalam kerajaan Selangor hari ini berbanding dahulu ? Itu sahaja taraf orang Melayu yang berjaya PAS perjuangkan. Kita lihat pula siapakah yang menguasai kedudukan ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Berapa ramai aktivis PAS yang berada di situ, berapa ramai Melayu yang ada di situ?

    2) Hakikatnya, PAS tidak lagi berminat untuk agenda politik Islam dan Melayu mereka. Sebab itu Khalid Samad boleh berucap di dalam Gereja di Shah Alam menyokong usaha membenarkan nama Allah digunakan sebagai ganti nama tuhan dalam bible bahasa Melayu

    Point 1 & 2 di atas jelas adalah kenyataan2x kurang ajar dan tak bertanggungjawab sengaja menimbulkan isu2x perkauman & agama. Jadi kenapa nak sengaja cari pasal ajak semua org bertikam lidah pasal ni ke ? Dah la perkara tu sensitif kenapa sengaja nak api-apikan isu perkauman & agama di sini ??

    Tu la mungkin yg lain tak berani komen idea2x bengap & bodoh mcm ni yg sengaja nak cari pasal & nahas. Dah la Pak Lah & Najib sendiri dah kata beribu-ribu kali jangan api-apikan isu perkauman / agama kerana sgt sensitif…ni selamba aje kat sini penyokong UMNO semua nak ajak org berdebat lagi pasal isu ni…gila ke apa kamurang ni kalau bukan bebal dan bahalul pun ????

    Penulis artikel ni pun lagi satu tak pakai otak…. berani betul cari pasal siarkan artikel2x mcm ni yang tak bertanggungjawab. Kalau nak menghentam PR pun…buatlah dgn cara yg betul, ilmiah dan professional, tanpa menyentuh isu-isu perkauman atau agama . Pasti 100% Pak Lah & Najib sendiri pun tidak akan sokong hal-hal begini… kecuali kamurang2x yg bersetuju yg bangang dan bengap kat sini.

  20. Bron on July 24th, 2008 6:41 pm

    Pandangan RPK (PKR),

    “would any tourist worth his or her salt want to come to a country that bans lipstick and high heels? And they are talking about banning lipstick and high heels for women, mind you.”

    Ulasan: Itulah Pas tak mahu bincang dahulu dengan kengkawan. Tengok apa dah jadi RPK dah balik asal.

  21. singkang on July 24th, 2008 7:19 pm

    ERM KENAPA TAKUT DENGAN TULISAN YANG SEBEGITU ,KENAPA PENYOKONG PAS DAN PKR TAKUT DENGAN TULISAN YANG BERBAU PERKAUMAN KERANA JELAS DAN NYATA MEREKA DI BULI DAN DIPERMAINKAN OLEH KAUM ASING DAN KINI MENJADI BONEKA DI NEGARA MELAYU DAN MENJADI TOPENG ISLAM DAN MELAYU SEDANGKAN MENUJU KEAARAH MENGHANCURKAN MELAYU ITU SENDIRI. MEREKA KAT SINI DAH X BOLEH NAK JAWAB TENTANG KEHANCURAN MELAYU YANG DIAKIBATKAN OLEH PENAKUTNYA PEMIMPIN MEREKA. LIHAT DAN LIHAT APA SUDAH ADI DGN MELAYU SELANGOR DAN PERAK, PULAU PINANG X PAYAH LAH KITA CERITA. MELAYU KEDAH DAN KATAN SEMAKIN KEBELAKANG TETAPI TIDAK TERTINDAS NAMUN TETAP TERUK,

  22. singkang on July 24th, 2008 7:21 pm

    PRO - KEBENARAN YANG TAKUT PADA KEBENARAN SILA JAWAB HUJAH ITU JANGAN HANYA MAHU MELEPASKAN DIRI DENGAN MENGATAKAN INI ISU PERKAUMAN, SEMEMANGNYA KAUM KITA DI TINDAS DI SELANGOR ……. BUKANKAH ITU SATU ISU, MANA KEBENARAN ???? SIAN …

  23. secretagentman on July 24th, 2008 8:46 pm

    Sebagai teras kepada Barisan Nasional, UMNO juga harus merasa bertangungjawab mengapa majoriti orang-orang bukan Melayu menolak BN dan sanggup mengundi Parti Islam di dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

    UMNO juga harus bertanggungjawab terhadap undi-undi orang Melayu yang telah lari kepada PKR dan DAP

  24. takmaujadimelayu on July 24th, 2008 8:53 pm

    UMNO parti racists… tak mesra kaum2 lain…. cubalah muzakarah ngan DAP ka? Hindraf ka?

  25. Pro-Kebenaran on July 24th, 2008 9:49 pm

    Woi Singkang lahanat… lu ni betul2x memalukan parti dan bangsa aje la… terlampau teruk komen perkauman lu tu… dah gila ke atau terlampau bodoh mcm tak ada pelajaran langsung lu ni ???

    You’re damn bloody racist you know that ??? Siapa kata kaum Melayu tertindas kat Selangor & negeri di bawah PR ?? Apa bukti mengatakan tiada penisdasan pulak di negeri2x bawah BN ?? Kenapa masih ramai org miskin Melayu yg merempit merana di negeri2x di bawah BN kalau apa lu kata itu benar ??? Jadi org Melayu di negeri2x BN semua hidup kaya raya, makmur & tak tertindas ???

    Bengap betul la lu ni entah kepala hotak lu dah jadi singkang dlm longkang ke ??

  26. PKR De Factoed on July 24th, 2008 11:44 pm

    Pandangan Tam,

    “ADA KE PEMIMPIN (Pembangkang/Kerajaan) SELAIN TUAN GURU NIK AZIZ YANG SANGGUP HIDUP SEDERHANA DAN TAK SIBUK DOK MENGUMPUL HARTA BENDA ?

    Bak ni aku respek Nik Aziz. Dari sini boleh nampak satu nilai kepimpinan luar biasa”

    Ulasan:

    Dalam bab bersederhana itu ada kebenarannya. Tetapi apabila masa beredar nilai kesederhanaan turut berubah. Contohnya kalau dulu naik basikal dianggap mewah tetapi sekarang ia dianggap biasa.

    Kalau pegawai kerajaan pada zaman kolonial yang naik kereta dianggap mewah, sekarang sudah jadi keperluan.

    Kalau makan nasi di zaman Jepun dianggap mewah, sekarang sudah jadi makanan ruji.

    Kalau dulu pegawai kerajaan tinggal dirumah sendiri dianggap mewah, apabila negara maju, hampir semua mampu memiliki rumah batu.

    Oleh itu perlu ada definisi yang tepat berhubung istilah kesederhanaan yakni tidak berubah mengikut tempat dan masa. Tanpanya, kalau dinilai secara objektif, semua kita adalah dikategorikan sebagai hidup dalam kemewahan berbanding dengan kehidupan di era Tanah Melayu!!!

    Dalam soal kumpul harta (halal), ia adalah satu tuntutan. Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Banyak yang boleh disumbangkan terhadap masyarakat dan negara sekiranya ada harta yang banyak. Janganlah menampakkan oarang Islam lebih mulia kalau hidup tanpa harta.

  27. Bu Lan on July 25th, 2008 5:17 am

    Apa yang nak kita hairankan dengan orang-orang yang ‘takut’ untuk membicarakan soal ketuanan Melayu dan Islam. Brader Singh dok jeling kat atas nuh, maunya tak terkencing diorang nih!! Yerlah, nak harapkan sapa lagi, Pak Lah dikatanya tidur, nepotisme. Najib pulak dengan Altantuyanya. Bang Nuar jugak yang bijak dan kreatif.

  28. hellboy on July 25th, 2008 8:26 am

    Budak2 UMNO ni mmg racist.Apa ada pada ketuanan melayu,sebab yg sapu benefit hanya pak lah anak beranak n kroni2 nya.Korang budak UMNO kat KPMU ni masuk angin kuar asap.Dpt tambah dosa jer mempertahan kerajaan yg pecah amanah.

  29. Oghangkampung on July 25th, 2008 8:26 am

    Kadang-kadang diri sendiri tak dapat bezakan mana racist, mana HAK… SO SAD… “There’s a quote masa PRU12 ari tuh by somebody dan keluar dalam paper rasanya… “Mengundi BN sama dengan mengundi UMNO”… Maafkanlah kalau aku tersilap….

  30. XMenteri on July 25th, 2008 12:44 pm

    XMenteri kembali dengan bergaya sekali

  31. XMenteri on July 25th, 2008 12:55 pm

    Hoi jangan gaduh. Ikut sama XMenteri inshallah semua akan berjaya.
    By the way Oghangkampung, Singkung dan Bron kalu unko diberi peluang utk conteng arang kat muka pak lah, benda apa yg kamu nak conteng ?

  32. singkang on July 25th, 2008 1:55 pm

    marah sgt beruk-beruk dalam kpmu ni yang pertahankan pak liwat nya dan pertahankan perkauman nya, jangan jadi bingung , menang sorak kampung tergadai, nak tanya bila babi dah berkeliaran kat sepang , bila cina town di buka di selangor , mana org melayu tuh nak pergi, x kan nak suruh anak-anak mereka main ngan babi, hang bolehlah mian ngan babi. hang boleh lah main nagan anak-anak cina tuh kat chian town. apa perkauman yg awk nak cerita. DAP tuh bukan perkauman ke,,,,,,,,, jangan nak tunjukn hero sanggup mengadai maruah bangsa, konon tak nak perkauman, tapi apa yang kita dapat di selangor bukan perkauman ke. tuh kubur cina di gombak. apahal kubur cina kat lawasan orang melayu. dah lah yang hidup nak kawasan orang melayu, yang mati pun nak juga duk kat kawasan orang melayu, kenapa x buat kat kepong atau kat jinjiang. tolong lah bro…kita bukan perkauman , kita bela bangsa yang tertindas,,,,,,,,,,, suka ke selangor dikenali sebagai pengekspot babi terbesar di dunia di mana anda adalah anak selangor jati , zaman tok moyang kita dulu pertahankan hak melayu , zaman hang gadai hak melayu………

  33. takmaujadimelayu on July 25th, 2008 3:18 pm

    sinkang kata:

    “hang boleh lah main nagan anak-anak cina tuh kat chian town”

    ———————————————————————————-

    di mana semangat Barisan Nasional hang? menangis kawan2 hang dalam MCA dan Gerakan dengaq stament camni!

    Anak-anak cina rajin belajar, kalau kawan ngan orang cina kita pun secara automatik akan berjaya macam orang cina

    kalau dok kawan ngan melayu saja…esok besaq jadi mat rempit, mat gian, bohsia, bohjan…..

  34. takmaujadimelayu on July 25th, 2008 3:20 pm

    singkang kata:

    “kita bela bangsa yang tertindas,,,,,,,,,,, ”

    ————————————————————————-

    eih….50 tahun perintah Malaysia pun orang Melayu masih tertindas…apa UMNO buat?

  35. XMenteri on July 25th, 2008 3:41 pm

    Umno memastikan Org Melayu terus lemah, bodoh dan terlindas, spy peluang utk mengaut kekayaan demi kepentingan pemimpin dapat diteruskan.

    Ingat “Umno bukan satu parti tetapi Konspirasi.”

  36. effandy_dia on July 25th, 2008 4:03 pm

    saper berani nk haramkan PAS?? ko nk saper jadi ulama? mat2 rempit tapi jln?? ker org2 umno yg minum arak byk2?? fikir la sikit.. klu PAS sesat ustaz nik aziz x duk masjid.. mesti dah kene tangkap sbb bagi jaran sesat.. aku cukup marah klu org menghina ulama nie.. ko nk saper jadi imam ko?? klu x sbb ulama islam kat malaysia hancur.. pantang betul aku org kata ulama aku sesat.. Mati nanti jwp la ko dgn tuhan sbb aper ko menghina ulama.. sbb ko kata sesat?? mcm tue?? dahlah cetek agama nk persoalkan ilmu ulama kiter plak.. tue la org ckp bodo marah..

  37. Bron on July 25th, 2008 4:45 pm

    Bulan kata:

    “Bang Nuar jugak yang bijak dan kreatif.”

    Ulasan:

    Lawak2, si Nuar tu berlakon pun depa anggap real. Manusia, manusia.

  38. XMenteri on July 25th, 2008 4:46 pm

    lihat gambar di atas. Tok guru tanya Apa dia? tak dengaq pun.
    Jgn marah gurau aje.

  39. Bron on July 25th, 2008 4:48 pm

    takmaujadisodom kata:

    “eih….50 tahun perintah Malaysia pun orang Melayu masih tertindas…apa UMNO buat?”

    Ulasan:

    Apa BR buat?

  40. Bron on July 25th, 2008 4:51 pm

    Oh ya BR buat projek mega babi

    Oh ya BR buat projek yang telah dibuat oleh BN

    Oh ya BR busy jaga imej Kota Sodom.

  41. PKR_laknat on July 26th, 2008 2:05 am

    Kehadapan Saudara Bron yang suka Babi..

    Cuba check status kontrak yang dimeterai untuk projek babi ni..ia telah diluluskan sebelum PKR memerintah lagi..Cuba pulak check, kompeni mana yang terlibat..jangan terkejut kalau ada orang BN kat dalam kompeni tu..nak tahu, ko pegi tanya KHIR TOYOL PENTERNAK BABI YANG ASAL..

    Babi UMNO berlambak kat Melaka tu, tak nak gi jenguk ker??

    Bron..Bron..Kenapa lah kau jadi bebal..Heran sunggoh aku…Cuba kau hantuk kepala kat dinding sikit, tengok, kot2 la jadi ok ker sikit..Ilmu agama dah la kurang, tapi pandai pulak mengutuk orang yang lebih tinggi ilmu agama..

    Bron..Sembahyang Subuh ada berapa rakaat ??? Saja la nak test..

  42. PKR_laknat on July 26th, 2008 2:09 am

    Bluesmuss pun satu hal…Tau tak kenapa mata pelajaran PENGAJIAN HADIS DAN SUNNAH ni ada kat universiti..Sebab, takut jadik macam kau yang salah pemahaman pasal hadis dan sunnah…Kau baca hadis, pas tu kau faham ikut suka kau jer nak faham…

    Mengaji agama tak tinggi, tapi berlagak pandai..ini lah DAJAL

  43. azanimn on July 27th, 2008 2:33 pm

    Assalamualaikum
    Muzakarah antara Pas Umno amat lah saya sukai dan setujui kerana demi mencari damai dan kata sepakat. Saya ingin mengatkan diri saya dan anda semua bahawa kita semua adalah makhluk Allah , kita telah ditakdirkan dan dibentuk dalam rupa manuasia, berbangsakan Melayu, berugamakan Islam, bernegarakan malaysia, berbenuakan asia berplanetkan bumi, bercakerawalakan Bima Sakti dan ber ‘masa’kan kini. Esok lusa, Allah jua yang tahu.Carilah persamaan bukan perbezaan, sedarlah diri kita bukan nya maksum, tak sunyi dari dosa. Teleklah diri sendiri, muhasabah diri, kembalilah pada jalan Allah. Salahkah orang Melayu mengamalkan Islamnya, salahkah orang Islam meninggalkan budaya yang menyalahi syariat Islam, salahkah kita untuk bersatu? Adakah demi menegakkan bangsa kita boleh membelakangkan agama? Adakah amanah yang Allah kurniakan boleh diselewengkan?Apakah amanah kita? Amal makruf nahi mungkar.Adakah Islam itu hanya setakat sembahyang lima waktu sahaja, bagaimana pula muamalat, munaqahad, jinayat,syaria’at,ibadat? Apakah kefardhuan kita hanya fardhu ain, sahaja, bagaimana pula fardhu kifayah? Bukankan Islam terangkum dengan Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ihsan. Apa itu Rukun Ihsan? Kita beribadat sepertimana seolah olah kita melihat Allah, yang mana mustahil, yang mana Allah itu bukan ciptaan yang boleh dilihat , dipegang , difikirkan.Allah itu yang Maha Mencipta, Dia yang mencipta Ruang dan Masa, Mustahil Allah itu bersempadan, Mustahil Allah itu berpendahuluan dan berpengakhiran. Allah itu wajibal wujud, tidak ada Tiada bagiNya.Allah itu Maha Besar, tidak ada kesudahan KebesaranNya.Apa itu ibadat, apa sahaja yang kita lakukan yang dianjurkan oleh Syariat kerana Allah, hatta bila kita menjadi ahli Umno atau ahli Pas sekalipn boleh dikategorikan ibadat asalkan syariat menganjurkan. Bukankah manusia diciptakan oleh Yang Maha Kuasa untuk menjadi Khalifah di mukabumi? Apa itu Khalifah? Peminpin. Pemimpin apa? Pemimpin kepada setiap makhluk Allah yang di izinkan bermaustatin di bumi ini. Termasuklah kuman, kumin, molekul, organik, gas, galian, logam, tanah, hutan ,pokok, haiwan,.Kalau jin dan syaitan yang bmerayap di muka bumi, maka kita adalah khalifahnya.. Agak agaknya makhluk makhluk tadi akan kata apa bila melihat kita bercakaran sesama sendiri? Menegakkan benang yang basah demi EGO?Ini ke khalifah kita? Tak malukah kita di hadapan Allah nanti. Yang Pasti Hari Kiamat kan tiba, takutilah Azab dan Penghakiman Allah, Kalau kita lepas di dunia melakukan apa saja, Itu adalah kerana Allah izinkan atas dasar sifat PemurahNya ,di Akhirat walau seberat zarahpun dosa kita tetap akan diadili dan dibalasi, dan ketahuilah Allah maha Penyabar terhadap perbuatan kita selama ini. Tapi di Akhirat kelak Kemurkaan Allah ridak ada Penghujungnya terhadap makhlukNya yang berdosa. Jadi Bertaubatlah selama masa diIzinkanNya.Bertaubat tu wajib bukan sunat. Bertaubat itu sekarang , bukan lepas pencen atau 40 ke atas.Saya berpesan keda diri saya dan saudara saudari sekalian. Sila hubungi e mel saya untuk pertanyaan, amndpe@gmail.com, kelawar_jingga@hotmail.com, jojet_30@yahoo.com
    InsyaAllah saya akan cuba menjelaskan sebaik mungkin. Wallahu a’lam

  44. Bron on July 27th, 2008 2:43 pm

    Pandangan PKR laknat,

    “Kehadapan Saudara Bron yang suka Babi..

    “Cuba check status kontrak yang dimeterai untuk projek babi ni..ia telah diluluskan sebelum PKR memerintah lagi..Cuba pulak check, kompeni mana yang terlibat..jangan terkejut kalau ada orang BN kat dalam kompeni tu..nak tahu, ko pegi tanya KHIR TOYOL PENTERNAK BABI YANG ASAL.

    Ulasan: Manusia hanya merancang. Mesti ada hikmah kenapa perancangan asal tidak dapat dilaksanakan. Ambillah iktibar.

  45. nik mot on July 27th, 2008 7:27 pm

    PAS DAN UMNO

    Sejarah telah terbentuk dengan adanya PAS dan UMNO . Dari sebelum merdeka hinggalah sekarang . Dari Malaya hinggalah ke Malaysia PAS dan UMNO membentuk personaliti namun apa yang yang mungkin kita terlepas pandang ialah kedua-dua parti politik ini di dukung oleh satu bangsa iaitu Bangsa Melayu yang beragama Islam .

    Rasanya semua orang tahu hakikat ini , Tiada siapa yang dapat menafikan fakta ini . Polisi Parti politik sentiasa berubah dan akan terus berubah mengikut peredaran masa . Namun kita harus bijak dalam menilai polisi tersebut. Setiap parti politik ada matlamat namun matlamat tersebut haruslah cenderong kepada yang membawa kebaikkan bukan kemusnahan kepada bangsa ataupun negara. Para penyokong seharusnya sudah matang dalam menilai polisi parti tersebut . Bukan menyokong apa sahaja . Tetapi jika terdapat polisi yang kurang di senangi gunakanlah saluran yang tersedia untuk membetulkan keadaan . Bukan menghukum atau membuat protes jalanan .

    Kita tidak seharusnya menghukum PAS atau pun UMNO dalam hal perpaduan orang melayu . Seharusnya kita mengambil iktibar dari kisah-kisah zaman yang telah berlalu . Namun apa yang kita lakukan kini ialah menghukum terus tampa mahu bermuzakarah dan berbincang . Pada pendapat saya tajuk di atas tidak seharusnya keluar . Kenapa harus kita menyatakan PAS -jika sesat pulanglah ke pangkal jalan . Maksud tajuk ini terlalu fomal yang boleh membawa kepada perpecahan bangsa melayu . Tidak membawa kebaikan dan tidak menyumbang kepada penyatuan bangsa melayu .

    Seharusnya KPMU berusaha kearah perpaduan bangsa melayu bukan bertindak sebagai batu api yang boleh memecah belahkan bangsa melayu . Apakah rasionalnya KPMU berbuat demikian . Tajuk perebatan tersebut lebih menguntungkan bangsa lain . Kerana apabila bangsa melayu berpecah kekuatan melayu itu sendiri akan semakin lemah dan bangsa lain akan mengambil kesempatan . Seharusnya KPMU bijak dan berfikiran panjang sebelum mengeluarkan sesuatu tajuk untuk di bahaskan .

    Kepada semua rakan-rakan di atas fikirkanlah apa yang telah anda semua keudarakan . Cuba anda semua banyangkan jika anak-anak kita yang masih di bangku sekolah membaca ulasan anda semua . Apakah implikasi yang akan terjadi . Negara kita sudah maju tapi sikap kita masih primitif dalam memberi ulasan . Emosi lebih mendahului pemikiran .

    Rasanya PAS dan UMNO tidak adan dapat bersatu jika anda semua penyokong parti tersebut masih berfikiran demikian dan perpaduan tidak adak tercapai . Dan kekuatan bangsa Melayu akan semakin terhakis . Fikir-fikirlah Negara Ku Malaysia tanahair Orang Melayu suatu hari nanti akan di perintah orang asing yang bukan bangsa Melayu .

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom