APAKAH ANWAR TERLALU ISTIMEWA BOLEH BUAT CERAMAH MEMBELA DIRI DI MERATA TEMPAT?
July 30, 2008 by Pendeta · 17 Comments
Sejak minggu lalu, penasihat unggul PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan siri ceramahnya menjelajah seluruh negara menemui rakyat Read more
Saiful tak pernah lakukan pemeriksaan akibat liwat - Pusrawi
July 30, 2008 by Pendeta · 6 Comments
KUALA LUMPUR 30 Julai – Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. hari ini menafikan bahawa seorang doktor pakarnya telah melakukan pemeriksaan terhadap aduan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu. Read more
UCAPAN TAKZIAH - DI SINI
July 30, 2008 by Pendeta · 11 Comments
AL-FATIHAH - KPMU.NET INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM DATO’ MUFTI SHUIB. SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH SWT. KEPULANGAN BELIAU KERAHMATULLAH ADALAH MERUPAKAN KEHILANGAN YANG BESAR. JASA DAN BAKTI BELIAU KEPADA AGAMA, BANGSA, PARTI DAN NEGARA TIDAK MAMPU DIBALAS. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT-NYA KE ROH ALLAHYARHAM.
Belum ada dakwaan…nak gugur apa
Pertamanya belum ada dakwaan rasmi dan kedua jangan buat spekulasi, itulah reaksi dan amaran Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Syed Hamid, bagaimana gesaan Anwar agar dakwaan liwat yang melibatkan dirinya hendak digugurkan sedangkan siasatan pihak polis belum pun selesai dan tiada pendakwaan dibuat setakat ini.
“Belum ada dakwaan rasmi lagi…. Jadi mana timbul soal hendak menggugurkan apa-apa dakwaan lagi,” katanya kepada para pemberita pada sidang media sempena Persidangan Antarabangsa Berkaitan Islam Di dalam Media hari Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Anwar agar kes yang membabitkan dirinya itu digugurkan dan siasatan dihentikan kerana mendakwa laporan perubatan seorang doktor hospital Pusrawi mengesahkan tiada kesan liwat terhadap Saiful.
Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar pada 28 Jun lalu membuat laporan polis mendakwa dilliwat Anwar di sebuah kondominium mewah di Damansara, Kuala Lumpur.
Selain itu, Anwar juga membuat kesimpulan dengan adanya laporan berkenaan, ia merupakan bukti wujudnya konspirasi untuk mensabitkannya dengan kejadian liwat berkenaan.
Menurut Syed Hamid, pihak polis perlu meneruskan siasatan terhadap aduan yang dibuat sehingga memperolehi semua bukti yang berkaitan.
Malah ujarnya, siasatan yang membabitkan kes berkenaan tidak boleh dihentikan hanya kerana adanya laporan yang didakwa sebagai laporan perubatan yang mendakwa tiada kesan liwat terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh seorang doktor sebuah hospital swasta.
Mengenai dakwaan wujudnya konspirasi, Syed Hamid mengingatkan Anwar agar jangan membuat tuduhan melulu kerana penyiasatan polis terhadap dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya sedang dijalankan.
“Tiada siapa yang cuba memerangkap Anwar. Polis akan menentukan kesahihan laporan perubatan itu.
“Kenapa beliau (Anwar) enggan membiarkan polis menyiapkan penyiasatan itu. Jika tidak, beliau (Anwar) juga bertanggungjawab membuat spekulasi,” katanya.
Beliau turut menafikan tuduhan Anwar bahawa dakwaan liwat terhadap dirinya adalah bermotifkan politik.
Beliau juga menyangkal dakwaan Anwar yang menjadikan rekod pemeriksaan perubatan berkenaan mengesahkan teori konspirasi itu.
Syed Hamid berkata tidak perlu kerajaan membuat konspirasi terhadap Anwar kerana polis menjalankan penyiasatan terhadap kes liwat itu secara adil dan akan melayani semua pengadu secara saksama, tanpa berat sebelah.
Anwar enggan jawab kenapa dia ke kondiminium itu
July 30, 2008 by Pendeta · 166 Comments
Saya tertarik untuk mengulas laporan dari Agendadaily.com yang dilaporkan oleh sdr Lokman mengenai isu Anwar enggan menjawab soalan wartawan berkenaan mengenai keyataan Anwar Read more
‘PKR reps in Perak getting restless’
July 30, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat elected representatives in Perak are getting restless.
They are uncomfortable with their leaders who they said had lost their focus in serving the people.
Former PKR Youth head Mohamed Ezam Mohd Nor said the disgruntled members had been discussing with him their frustration.
He said PKR members from other states were also talking to him about the same problems. “I do not deny discussing with some of them as they are my friends. This is happening not only in Perak but also in the other states.”
Ezam, who rejoined Umno in June, was asked to comment on talks that he was acting as a mediator in getting the Pakatan Rakyat assemblymen in Perak to cross to Barisan Nasional.
Perak Barisan Nasional chairman Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali had earlier this month said that the Pakatan Rakyat state government would fall come Aug 31.
However, Ezam denied he was playing the role of mediator in getting these assemblymen to defect.
On Datuk Seri Anwar Ibrahim’s intention to contest the Kulim-Bandar Baharu parliamentary seat in a by-election, Ezam said he was prepared to stand against him.
“I am ready to contest against Anwar if that is the wish of the party’s leaders.”
Anwar announced at a rally in Kulim on Sunday night that he would contest if the current MP Zulkifli Noordin loses an election petition. The ruling is expected next month.
PKR spokesman Tian Chua was quoted by Associated Press as saying that Zulkifli would resign as MP to force a by-election.
Ezam also said that he believed Anwar’s statement that Pakatan Rakyat would be able to form the Federal Government on Sept 16 was merely a political diversion.
“Anwar is merely making up the story. There are not more than five MPs who would cross from BN to Pakatan. I challenge Anwar to name the states these politicians are from. This would give more credence to his claims.”
Source www.nst.com.my
Anwar wants stop to probe
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim has demanded that the sodomy investigations against him be dropped and that the case be reclassified as “No Further Action (NFA)”.
The Parti Keadilan Rakyat de facto leader’s latest salvo comes in the wake of the leaked medical report from Hospital Pusrawi which allegedly stated that his accuser, Mohd Saiful Bukhari Azlan, was not sodomised.
“Stop the investigation, forward the report to the Attorney-General’s Chambers and re-classify the case as NFA,” Anwar demanded.
He also questioned the failure by police in not disclosing the medical report from Hospital Pusrawi.
“Why have police, during the last four weeks of their ‘thorough and professional investigations’, overlooked such a critical piece of evidence?” he asked. “So far, no one has challenged the report.”
He said ever since the sodomy allegation surfaced last month, he and his family have endured a lot.
Anwar also called on the authorities to ensure the safety of Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, who had examined Mohd Saiful at Hospital Pusrawi on June 28.
He said this at a press conference at the PKR headquarters at Tropicana here.
Anwar’s lawyer, R. Sivarasa, who is also PKR vice-president, said that it is standard procedure for victims of criminal cases like rape or sodomy to be referred to a government hospital.
“Private clinics or hospitals will usually tell the complainant to go to the government hospital as a police report can be lodged there.”
It was reported that Mohd Saiful was referred to a government hospital by Dr Mohamed Osman. Mohd Saiful then went to Kuala Lumpur Hospital where he underwent another round of examinations.
Another of Anwar’s lawyers, Sulaiman Abdullah, said they will continue with the qazaf (slander) case against Mohd Saiful, which Anwar had lodged with the Kuala Lumpur Religious Department on July 9.
Source www.nst.com.my
Ada pemimpin amal rasuah politik - Tengku Adnan
July 30, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
JOHOR BAHRU 29 Julai - Ibu pejabat UMNO telah menerima beberapa aduan mengenai amalan rasuah politik semasa Mesyuarat Agung UMNO peringkat cawangan yang sedang berlangsung sekarang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia membabitkan sogokan untuk meraih pencalonan bagi merebut pelbagai jawatan di peringkat bahagian.
“Ada yang memberi sogokan untuk mencabar dan bertanding jawatan di peringkat bahagian termasuk sebagai ketua, timbalan, naib ketua, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri.
“Pada prinsipnya setiap aduan yang kita terima akan diteliti, disiasat dan diperhalusi sebaik mungkin kerana kita tidak mahu ada pihak yang teraniaya.
“Bagi mereka yang memberikan sogokan melebihi daripada pendapatan, kita akan minta bantuan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk membantu menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati ahli-ahli parti supaya memaklumkan kepada pejabat UMNO negeri jika terdapat sebarang keraguan atau tindakan tidak sihat semasa mesyuarat agung dijalankan.
Dalam pada itu, Tengku Adnan memberitahu, setakat ini sebanyak 40 peratus cawangan UMNO di seluruh negara telah mengadakan mesyuarat agung.
Katanya, mesyuarat agung UMNO cawangan yang memasuki minggu kedua akan berakhir pada 24 Ogos ini.
Tengku Adnan turut mengingatkan pemimpin yang menawarkan diri bertanding merebut sebarang jawatan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan parti tidak mengamalkan rasuah politik dan tidak muflis.
“Ini kerana kita mahu setiap pemimpin yang dipilih benar-benar bebas daripada masalah rasuah dan muflis. Rasanya mana ada ahli parti mahu pemimpin mereka dibelenggu dengan hutang dan terlibat dengan gejala rasuah.
“Ini semua jika dibiarkan berleluasa bukan sahaja akan menjejaskan pemimpin, malah UMNO yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu selama ini,” katanya.
Sumber www.utusan.com.my
Bawa kebaikan - Azizan
July 30, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
ALOR STAR 29 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap muzakarah UMNO dengan Pas, selain membincangkan penyatuan orang Melayu akan turut memberi manfaat kepada pentadbiran negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah memberitahu, ini kerana muzakarah tersebut boleh menjadi tempat untuk meluahkan perasaan berhubung masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri yang selama ini terhalang.
“Kita harap ia (muzakarah) membawa kebaikan kepada kita. Kita dapat luahkan masalah. Kita harap boleh minta apa yang selama ini tidak diberi kepada kita,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat Ekspo Rakyat sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah di Stadium Tuanku Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muzakarah antara UMNO dengan Pas yang mendapat reaksi berbeza daripada pemimpin parti dalam pakatan pembangkang termasuk Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.
Kelmarin, Karpal menganggap tindakan Pas itu sebagai tidak ikhlas kerana ia mengundang keraguan tentang kredibiliti parti itu dalam pakatan pembangkang dan menggesa keanggotaan Pas dikaji semula.
Mengenai tawaran UMNO Perak kepada Pas untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak, Azizan berkata, apa sahaja tindakan perlu mendapat keputusan daripada Pas Pusat.
“Itu di Perak saya tidak mahu campur. Di Kedah, kita tiada masalah, UMNO pun tidak ganggu kita,” kata beliau.
Sumber www.utusan.com.my
Oleh ZAINU’L AZHAR ASH’ARI
Bukan untuk musnahkan pakatan pembangkang
July 30, 2008 by Pendeta · Leave a Comment
KUALA LUMPUR 29 Julai - Muzakarah antara Pas dan UMNO bukan bertujuan memusnahkan pakatan pembangkang sebaliknya ia dilakukan berdasarkan keperluan untuk menyatukan orang Melayu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, penyatuan orang Melayu adalah aspek terpenting di negara ini.
Katanya, kesatuan orang Melayu akan mewujudkan sebuah negara yang bersatu memandangkan orang Melayu adalah kelompok masyarakat yang terbesar.
“Muzakarah dibuat bukan untuk memusnahkan pakatan pembangkang tetapi atas dasar keperluan untuk orang Melayu,” katanya pada sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Berkaitan Islam Di Dalam Media, di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas mengenai muzakarah UMNO dan Pas serta kemungkinan kedua-dua parti bertunjangkan kaum Melayu itu bersatu tidak lama lagi.
Syed Hamid berkata, sebarang tindakan penggabungan adalah atas dasar persefahaman dan bukannya dilakukan dengan paksaan.
Ditanya kenapa baru sekarang UMNO berminat dengan Pas, beliau berkata, itu adalah langkah politik yang penting untuk orang Melayu.
“Politik memang macam itu, kita akan mula bercakap apabila wujud keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Hamid memberitahu, beliau reda dan menyerahkan kepada para ahli untuk menentukan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi memandangkan jumlah cawangan yang mencalonkannya hanya tiga bahagian setakat ini.
“Janganlah kita bertanding seolah-olah esok hendak kiamat,” katanya.
Jelas Syed Hamid, pertandingan antara beliau dan pencabarnya adalah pertandingan dalaman parti, justeru ia tidak perlu menjadi terlalu ganas atau panas.
Katanya, yang paling penting adalah UMNO terus subur dan bersatu.
Syed Hamid, dijangka dicabar oleh seorang ahli biasa dalam bahagian itu, A. Malik Abdul Rahman.
Sehingga Ahad lepas, A. Malik sudah pun memperoleh 10 pencalonan yang melayakkan dirinya untuk bertanding jawatan ketua bahagian.
Sumber www.utusan.com.my


















