Melatah - apa agenda Muhyiddin ?
July 16, 2008 by Pendeta
NAIB Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin terus melatah serta mengeluarkan kenyataan yang berbagai-bagai mengenai isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib pada 2010 nanti. Beliau seperti tidak dapat menerima pelan peralihan kuasa dan ramai pemerhati politik bertanya, mengapa Muhyidin bersikap sedemikian, menongkah arus sedangkan Presiden dan Timbalan Presiden telah pun menerima dan bersetuju dengan pelan tersebut. Muhyiddin dalam kenyataan beliau seakan tidak boleh menerima keputusan yang telah dibuat oleh kedua-dua pemimpin ini.
Sikap Muhyiddin tersebut telah menimbulkan tanda tanya ramai dan ada yang mempersoalkan, adakah Pak Lah dan Najib harus mendapatkan persetujuan beliau terlebih dahulu sebelum melakukan transisi kuasa ini?
Ataupun Muhyiddin merasakan masa depan politiknya akan terjejas untuk beliau tunggu dua tahun lagi? Sebagai anggota parti, Muhyidin tidak boleh berterusan dengan sikap sedemikian dan sepatutnya menerima pelan peralihan tersebut dengan berlapang dada.
Apa pula terjadi dengan persefahaman Najib-Muhyidin seperti yang diwar-warkan oleh Muhyidin ? Khabarnya Muhyiddin telah datang jumpa Najib sebanyak tiga kali dan dia minta Najib lawan jawatan Presiden dan beliauĀ bertanding jawatan Timbalan danĀ apakah persefahaman ini benar-benar wujud ataupun sengaja diada-adakan oleh Muhyidin sahaja bagi mendesak Najib?
Kalau ahli-ahli UMNO benar-benar marahkan Pak Lah dan tidak bersetuju dengan pelan peralihan kuasa yang akan berlaku dua tahun lagi, ini adalah masa yang terbaik untuk Muhyidin tunjukkan kehebatannya bertanding jawatan Presiden dan bukannya Timbalan Presiden serta belaiu tidak sepatutnya mengheret ataupun menjual nama Najib untuk kepentingan peribadinya.
Tetapi sebelum berbuat demikian, Muhyidin perlu lepaskan jawatan sebagai Menteri Kabinet dan sepatutnya Muhyiddin sudah lama meletakkan jawatan ini kerana beliau bukan sahaja marah kepada Pak Lah malah dikhabarkan juga menganjurkan majlis-majlis khusus ke seluruh Negara menyelar dan melecehkan kewibawaan Perdana Menteri yang telah melantik beliau sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ( MITI).
Bukankah inilah jawatan yang dinantikan-nantikan oleh Muhyiddin untuk karier politiknya kerana Muhyididn sendiri percaya kononnya kerana jawatan yang penting inilah beliau akan dapat menyekat kehebatan Najib dan boleh digunakan sebagai benteng mempertahankan Pak Lah daripada diserang oleh Najib dan orang-orangnya
Tetapi sayangnya apa yang terjadi adalah sebaliknya. Muhyidin menyerang Pak Lah dan mahu berpakat dengan Najib dan sejauh mana pakatan ini yang diuar-uarkan oleh Muhyidin akan berkekalan, tunggu sampai bulan Oktober dan kalau pakatan ini tidak menjadi, maka Muhyidin akan jadi seperti burung unta kasawari, kepala dalam tanah, buntut tertonggeng keluar.
Apakah Muhyiddin akan dapat cukup pencalonan untuk Timbalan ataupun Presiden sekiranya beliau berhasrat untuk bertanding? Sebaliknya juga sekiranya Muhyiddin cuba mengekalkan Naib Presiden, apakah Muhyidin juga akan mendapat cukup pencalonan atau terpaksa menjerit di dada akhbar meminta pencalonan sebagaimana yang berlaku pada pertandingan yang lalu.
Apakah Muhyiddin masih ingat Ketua-Ketua Bahagian atau mana-mana bahagian yang mencalonkan beliau? Apakah Muhyiddin masih ingat nama-nama jenteranya dan orang-orang yang membantu jentera kempennya sebelum ini untuk memenangkan beliau sebagai Naib Presiden?
Secara rasionalnya Muhyidin tidak akan ataupun takut ataupun tahu dia akan kalah sekiranya dia cuba mempertahankan jawatan Naib Presiden kerana ada 3 nama lagi iaitu Khalid Nordin, Hisahmuddin dan Syed Hamid Albar yang akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu.
Dengan kedudukan Syed Hamid dan Khalid Nordin dilihat sebagai orang Pak Lah manakala Hishamuddin pula ada hubungan darah dengan Najib, apakah logik untuk Muhyidin bertanding Presiden ataupun Timbalan Presiden. Adalah tidak masuk akal untuk ahli-ahli UMNO di Johor mencalonkan Muhyiddin untuk melawan Presiden atau Timbalan Presiden.
Adakah Ghani Othman dan Sharir Samad akan membiarkan Muhyidin bermaharajalela di Johor dan secara jelasnya kepimpinan UMNO Johor sendiri tidak bersama Muhyiddin. Jadi, mahu ke mana Muhyiddin? Siapakah pula Ketua Bahagian di Johor yang berani mencalonkan Muhyidin untuk mana-mana jawatan tertinggi yang akan ditandingi oleh Muhyidin?
Secara realitinya, UMNO Johor sendiri tidak memungkinkan untuk Muhyidin mendapat pencalonan kerana rekod Muhyiddin sebelum ini di Johor tidak memihak kepadanya dan pemerhati politik percaya, Ghani Othman mahupun Sharir Samad yang lebih mengenali Muhyidin tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada Muhyidin serta hubungan dingin yang berterusan antara Istana Johor dengan Muhyiddin masih belum pulih hingga ke hari ini. Kita difahamkan untuk sebarang majlis berkaitan Istana Johor, Muhyidin tidak pernah dijemput.
Kita berani membuat ramalan bahawa selepas pemilihan UMNO nanti, nama Muhyiddin akan terbuang daripada senarai Menteri Kabinet dan apakah Muhyidin akan kembali kepada Anwar Ibrahim yang dikatakan pernah menyelamatkan beliau daripada satu kes membabitkan BPR satu ketika dulu.
Dipetik dari www.malaysia-hariini.com
















Comments
Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.
Anda harus berdaftar untuk memberi komen.
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!