Top

Ke arah doktrin yang bahaya

July 23, 2008 by Pendeta 

ISU penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menghantui senario politik di Malaysia. Ini sedikit sebanyak menggambarkan satu realiti tentang pemikiran masyarakat yang sedang menuju ke satu doktrin yang bahaya.

Ini kerana terdapat beberapa kelompok yang memperjuangkan pandangan masing- masing dalam isu keadilan dan hak asasi tanpa mempedulikan prinsip sebenar ke- adilan.

Jika dilihat kepada senario sekarang, kedua-dua pihak adalah kelompok yang melanggar prinsip keadilan. Mungkin masyarakat yang terdiri daripada pakar, sarjana, mahupun bijak pandai di Malaysia ini telah membutakan mata mereka dengan menikmati aliran baru tentang keadilan.

Penahanan Anwar oleh polis adalah satu tindakan yang betul dan tepat. Tetapi tindakan ini sebenarnya adalah paling tidak wajar malah tidak berlaku adil kepada pengadu kes kerana pihak polis mengambil masa yang lama untuk menahan seseorang suspek pada hal suspek berkenaan sudah berada di depan mata polis.

Kelompok yang satu lagi adalah kelompok yang mendakwa memperjuangkan keadilan tetapi sebenarnya telah mencaci, mengutuk, merendah-rendahkan integriti dan tindakan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang dan keadilan. Mereka inilah yang sebenarnya lebih banyak tidak berlaku adil.

Keadilan tidak akan dapat dipenuhi sekiranya pihak ini melarang, tidak menyokong serta memberi tanggapan negatif terhadap prosedur polis dan sentiasa berpandangan serong bahawa DNA contohnya boleh dimanipulasikan oleh pihak polis. Ini adalah kata-kata yang sebenarnya telah menolak keadilan.

Semua orang tahu dan semua kes je- nayah telah terbukti yang DNA adalah satu kaedah yang diiktiraf oleh seluruh dunia, boleh dijadikan bukti nyata dalam sesuatu kes. Alangkah malangnya, pihak yang mendakwa memperjuangkan keadilan dalam tidak sedar, merekalah paling banyak tidak berlaku adil dalam semua hal.

Kerajaan yang memerintah sepatutnya lebih tegas menegakkan keadilan daripada golongan yang berjuang untuk kepentingan diri. Kerajaan dan undang-undang di Malaysia sudah cukup untuk menentukan keadilan, cuma penerapan dan pelaksanaannya sentiasa mengikut rentak golongan yang mendakwa pejuang keadilan.

Jika perkara begini berterusan semua penjenayah yang disyaki dan suspek sesuatu kes jenayah akan bermaharajalela, apabila boleh dihalang daripada ditangkap dan diambil sampel DNA untuk membuktikan kes.

Adakah golongan yang mendakwa pejuang keadilan akan melakukan perkara yang sama dengan mengatakan bukti yang diambilkan akan dimanipulasi oleh polis yang akan bertindak kejam, zalim, kasar dan macam-macam lagi.

Bayangkan sekiranya kejadian seperti dirogol, dirompak ini berlaku kepada anda dan pihak polis boleh melambatkan penangkapan tidak mengambil DNA seperti yang diberi keistimewaan kepada tokoh tertentu.

Apa perasaan anda? Fikirlah sendiri.

JEBAT

Perlis

Sumber www.utusan.com.my

Comments

Peringatan: KPMU.net tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat terhadap artikel ini.

Anda harus berdaftar untuk memberi komen.

One Response to “Ke arah doktrin yang bahaya”

  1. Blur on August 23rd, 2008 1:18 pm

    Rasanya kalu bab2 kes zina ke liwat ke yg bertentangan dengan hukum syarak patut di heret kat Mahkamah Syariah n ikut undang2 Islam….kan lebih mudah. Dah naik muak dengan cerita2 mcm ni… Kalu pemimpin lain yg berzina dengan artis ke pelacur ke orang x bising pun. Skarang ni bersepah lesbian dgn gay, orang x heran pun nak dakwa ke apa. Patut seret semua yg terlibat zina n liwat. X kira lah pemimpin ke pengikut ke, orang biasa ke…

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or Register an account now!

Bottom